We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Apa Yang Disebutkan Tentang Zat, Sifat-Sifat Dan Nama-Nama Allah January 19, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tauhid — visitor74 @ 2:09 am
Tags: , , , , , , , ,

Bolehkah guna perkataan ‘dzat allah’? Yang kata tidak boleh itu adalah kerana mereka kata ‘dzat’ itu adalah lafaz muannas. Tidak ada pada tempat lain digunakan ayat muannas untuk merujuk kepada Allah. Imam Bukhari adalah antara orang yang mengatakan bahawa boleh menggunakan perkataan itu.

Dzat selalu digunakan untuk benda. Padahal Allah bukan benda. Walaubagaimanapun, memang ada sifat-sifat Allah yang macam sama dengan sifat manusia. Maka, ianya dibolehkan. Macam sifat Mendengar. Manusia pun ada sifat mendengar juga.

بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الذَّاتِ وَالنُّعُوتِ وَأَسَامِي اللَّهِ

Bab Tentang Apa Yang Disebutkan Berhubung Dengan Zat Sifat-Sifat Dan Nama-Nama Allah

وَقَالَ خُبَيْبٌ وَذَلِكَ فِي ذَاتِ الْإِلَهِ فَذَكَرَ الذَّاتَ بِاسْمِهِ تَعَالَى

Dan berkata Khubaib itu kerana tuhan. Dia telah menyebutkan dzat bersama namaNya.

6853 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ أَبِي سُفْيَانَ بْنِ أَسِيدِ بْنِ جَارِيَةَ الثَّقَفِيُّ حَلِيفٌ لِبَنِي زُهْرَةَ وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشَرَةً مِنْهُمْ خُبَيْبٌ الْأَنْصَارِيُّ فَأَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عِيَاضٍ أَنَّ ابْنَةَ الْحَارِثِ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهُمْ حِينَ اجْتَمَعُوا اسْتَعَارَ مِنْهَا مُوسَى يَسْتَحِدُّ بِهَا فَلَمَّا خَرَجُوا مِنْ الْحَرَمِ لِيَقْتُلُوهُ قَالَ خُبَيْبٌ الْأَنْصَارِيُّ وَلَسْتُ أُبَالِي حِينَ أُقْتَلُ مُسْلِمًا
عَلَى أَيِّ شِقٍّ كَانَ لِلَّهِ مَصْرَعِي
وَذَلِكَ فِي ذَاتِ الْإِلَهِ وَإِنْ يَشَأْ
يُبَارِكْ عَلَى أَوْصَالِ شِلْوٍ مُمَزَّعِ
فَقَتَلَهُ ابْنُ الْحَارِثِ فَأَخْبَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْحَابَهُ خَبَرَهُمْ يَوْمَ أُصِيبُوا

6853. Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Azzuhri telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bin Abu Sufyan bin Usaid bin Jariyah Atstsaqafi sekutu bani Zuhrah yang merupakan salah seorang anak buah Abu Hurairah, bahwa Abu Hurairah berkata, “Pernah Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam mengutus sepuluh orang sahabatnya yang di antaranya ialah Khubaib Al anshari, lantas Ubaidullah bin Iyadl memberitakan kepadaku bahwa anak perempuan Al Harits mengabarkan kepadanya, tatkala mereka (Banu Harits bin Amir bin Naufal) berkumpul, Khubaib bin ‘Adi meminjam sebuah pisau cukur kepada anak perempuan itu untuk digunanya. Tatkala mereka keluarkan Khubaib dari tanah haram untuk dibunuh, Khubaib Al anshari mengungkap syiir ini, “Aku tak peduli ketika aku terbunuh sebagai seorang muslim # Di bagian tubuh manapun akan rebah karena Allah # itu semua demi Dzat Allah # Kalaulah Allah mengkehendaki, diberkatiNya sendi-sendinya atau urat yang terputus itu.” Khubaib kemudian dibunuh oleh anak laki-laki Al Harits, dan nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kabarkan berita tentang mereka kepada sahabat-sahabatnya pada hari mereka diserang.”

Khubaib guna perkataan dzat Allah dan Nabi tak tegur. Nabi tidak bantah penggunaan perkataan yang digunakan. Kerana kalau salah, tentulah Nabi kena tegur. Kejadian pembunuhan Khubaib itu terjadi di Mekah. Dan Nabi semasa itu berada di Madinah. Khubaid dan teman-temannya telah ditipu oleh musyrikin mekah dan dikepung kemudian dibunuh. Nabi menceritakan kejadian itu kepada para sahabat termasuklah dengan apa yang dikatakan oleh khubaid itu. Walaupun Nabi semasa itu tidak bersama mereka. Tapi Nabi telah diberitahu kejadian itu.

Yang mengatakan bahawa penggunaan ‘dzat Allah’ adalah kerana mereka mengatakan ini adalah penggunaan oleh puak mutakallimin khalaf dan mereka gunakan perkataan itu tanpa dalil. Tapi apa yang Imam Bukhari nak cerita adalah sahabat pun ada pakai juga. Dan dibenarkan penggunaannya oleh Nabi sendiri.

Banyak perbincangan ulama berkenaan apakah yang dimaksudkan dengan makna ‘dzat’ itu. Ada yang mengatakan ianya adalah fiil muannas untuk ‘dzu’ yang bermaksud ‘yang’. Seperti ayat ‘dzul qarnain’ yang bermaksud yang mempunyai dua tanduk.
Ada juga yang mengatakan bahawa maknanya lain.

Dalam hal ini, Imam Bukhari nampaknya bersetuju dengan pendapat golongan mutakallimin didalam menafsir makna ‘dzat’ itu. Bukanlah perlu ditolak semua pendapat mutakallimin itu. Ada yang boleh dipakai pendapat mereka. Mana yang tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah, kita boleh pakai.

Itulah sebabnya ramai yang tak suka dengan puak salaf kerana mereka dikatakan menolak pendapat ahli kalam tanpa usul periksa. Sampai ada yang menentang sangat ilmu sifat 20. Padahal ahli ilmu kalam pun ada juga sumbangan mereka. Janganlah kita berbalah dengan mereka. Ulama kita pun ada menerima pendapat mereka. Ada salah dan ada yang betul.

Ahli Sunnah terbahagi kepada tiga. Kata Shah waliyullah.
Ahli Quran dan hadis.
Ahlun Nazar
Ahli kashf.
Mereka semua tetap memegang Quran. Mereka membahaskan sesuai dengan zaman mereka. Macam penggunaan kaset zaman sekarang untuk menjelaskan bagaimana sifat mendengar Allah. Zaman dulu tidak ada.

Dzat dan sifat. Bukanlah kita mengatakan Tuhan itu ada dua. Allah ada Dzat dan ada sifat. Menolak pendapat Jahmiyyah yang takut kalau pakai sifat Allah. Allah tidak akan sama dengan makhluk. Apa sahaja sifat Allah, lain dengan sifat manusia.

Nama-nama Allah selain yang 99 itu boleh digunakan. Macam dalam bahasa kita, kita menggunakan perkataan ‘Tuhan’. Agama lain pun pakai ‘tuhan’ juga untuk tuhan mereka. Tapi boleh sebab semasa kita sebut itu, kita maksudkan Tuhan itu dengan Allah. Macam kalau kita guna perkataan ‘sembahyang’. Tidaklah sama dengan penggunaan perkataan ‘sembahyang’ oleh orang kafir.

Anak perempuan Harits dibunuh oleh Khubaib dalam perang Badar. Akhirnya Khubaib telah kena tangkap dan dijual. Mereka beli untuk balas dendam kepada Khubaib. Dia pinjam pisau cukur untuk buang bulu. Waktu itu dia dipenjarakan dalam rumah. Budak perempuan itu belum Islam lagi semasa itu. Semasa itu ada budak kecil tapi Khubaib tidak buat apa-apa kepada budak itu walaupun dia ada pisau. Kerana itu adalah kesalahan kalau dia membunuh anak yang tidak berdosa.
Dia pula pelik bila tengok Khubaib ni makan buah luar musim. Bila tanya Khubaib, Khubaib kata dia diberi rezeki oleh Allah.
Apabila Khubaib hendak dibunuh, Khubaib minta kebenaran untuk sembahyang tapi dilakukannya dengan cepat takut mereka ingat dia takut mati.
Bila ditanya apakah dia suka kalaulah Muhammad ditempat dia sekarang, macam mana? Khubaib kata kena duri pun dia taknak kena kepada Nabi. Begitulah sayangnya dia kepada Nabi.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s