We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Tuhan Yang Membolak Balikkan Hati-Hati Mereka January 18, 2013

 

بَاب مُقَلِّبِ الْقُلُوبِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ }

Bab Tuhan Yang Membolak-Balikkan Hati-Hati Dan Firman Allah Ta`ala { Dan Kami Bolak-Balikkan Hati-Hati Dan Penglihatan-penglihatan mereka }

Membolak-balikkan hati juga adalah sifat Allah. Allah berkuasa mengubah hati manusia juga. Bukan luaran sahaja Allah boleh ubah, tapi yang didalam hati manusia pun boleh juga.

 

6842 – حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ ابْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ سَالِمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَكْثَرُ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْلِفُ لَا وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ

6842. Telah menceritakan kepadaku Said bin Sulaiman dari Ibnul Mubarak dari Musa bin Uqbah dari Salim dari Abdullah berkata, “Sumpah yang paling sering dipergunakan oleh Nabi ShallAllahu ‘alaihi wa Salam adalah “Tidak! Ya Muqallibal quluub (Demi Tuhan yang membolak-balikkan hati)”.

 

بَاب إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ اسْمٍ إِلَّا وَاحِدًا

Bab Sesungguhnya Allah Seratus Nama Kecuali Satu

Nama Allah bukan banyak ni sahaja. Ada banyak lagi. Cuma yang nama Allah sebanyak 99 ni tersebut dalam satu hadis. Jadi, dia jadi istimewa lebih dari nama-nama yang lain. Macam kita sudah tahu tentang sahabat 10 yang dijanjikan syurga oleh Nabi. Bukan mereka sahaja yang dijanjikan syurga, ada lagi sahabat lain. Tapi yang sepuluh orang sahabat itu adalah istimewa kerana nama mereka disebut di dalam satu hadis.

Hafal yang 99 ini adalah khasiatnya.

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { ذُو الْجَلَالِ } الْعَظَمَةِ { الْبَرُّ } اللَّطِيفُ

Berkata Ibn Abbas: Yang mempunyai keagungan. ‘Al-bar’ bermaksud yang Maha Halus. Nampak yang seni. Satu lagi bermakna Allah bersifat lembut. Tak mudah marah.

 

6843 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ { أَحْصَيْنَاهُ } حَفِظْنَاهُ

6843. Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman Telah mengabarkan kepada kami Syu’aib telah menceritakan kepada kami Abuz Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, sesiapa yang mengingatinya dengan baik, maka akan masuk surga.” Dan makna meng- ihsha’ adalah mengingatinya: ‘Ahshainaa (Kami menjaganya) ‘ (Qs. Yasin: 12).

Kena ingat dengan baik. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan ‘mengingati dengan baik’ itu? Adakah hanya dengan hafal sahaja?

Semua 99 nama itu adalah sifat. Menolak fahaman Jahmiyyah yang mengatakan bahawa Allah tidak bersifat. Bagaimana kita nak kata bahawa Allah tidak bersifat, sedangkan ada dalil yang mengatakan ada nama-nama Allah dan nama-nama itu memang nama-nama sifat?

Apakah yang dimaksudkan dengan orang yang mengingati nama-nama Allah itu dengan baik akan masuk syurga? Orang yang hafal dengan baik dan percaya tentulah orang yang sudah beriman dah. Dan orang beriman tentunya akan masuk syurga. Bukanlah hanya menghafal sahaja. Kena beriman juga. Kalau takat hafal sahaja, maka bolehlah orang kafir pun hafal juga. Tentulah ini tidak benar. Orang kafir tidak akan masuk syurga.
Keduanya, kalau seseorang tahu hanya 99 nama ini dan faham tentang sifat-sifat Allah dalamnya, dah cukup dah. Kerana yang selain dari 99 ini boleh dimasukkan di dalam nama yang 99 ini juga.
Ketiganya, supaya kita kenal dan menghayati sifat-sifat Allah itu. Iaitu kita menerapkan sifat-sifat Allah kedalam diri kita. Seperti sifat belas kasihanNya, sifat pemaaf dan sebagainya. Walaupun kita tidak akan dapat mencapai tahap seperti Allah, tapi kita cuba sedaya upaya kita.

 

بَاب السُّؤَالِ بِأَسْمَاءِ اللَّهِ تَعَالَى وَالِاسْتِعَاذَةِ بِهَا

Bab Meminta Dengan Nama-Nama Allah Ta`ala Dan Berlindung Dengan-Nya

– Nak mengajar kepada manusia bahawa kalau kita meminta sesuatu, mestilah kepada Allah taala. Bukan kepada makhluk lain. Tidak kepada berhala, wali, manusia dan sebagainya. Boleh pakai mana-mana nama Allah yang kita telah tahu. Tapi seeloknya, menggunakan nama Allah yang bersesuaian dengan hajat yang kita hendak itu.

 

6844 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ فِرَاشَهُ فَلْيَنْفُضْهُ بِصَنِفَةِ ثَوْبِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَلْيَقُلْ بِاسْمِكَ رَبِّ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
تَابَعَهُ يَحْيَى وَبِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَزَادَ زُهَيْرٌ وَأَبُو ضَمْرَةَ وَإِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَوَاهُ ابْنُ عَجْلَانَ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

6844. Telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Abdullah telah menceritakan kepadaku Malik dari Abu Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang diantara kalian pergi ke tempat tidurnya, hendaklah ia mengibaskannya dengan ujung kainnya sebanyak tiga kali, dan hendaklah mengucapkan doa BISMIKA RABBII WADLA’TU JANBII WABIKA ARFA’UHU, IN AMSAKTA NAFSII FAGHFIR LAHAA, WAIN ARSALTAHAA FAHFAHZH-HAA BIMAA TAHFAZHU BIHI ‘IBAADAKASHSHAALIHIINA (Dengan nama-Mu Wahai Tuhanku, aku meletakkan lambungku dan atas nama-Mu aku mengangkatnya, jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah ampunan terhadapnya, dan jika Engkau melepaskannya, maka jagalah sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba-Mu yang shalih) ‘.” Hadis ini diperkuat oleh Yahya dan Bisyr bin Mufadldlal dari ‘Ubaidullah dari Sa’id dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, sedang Zuhair dan Abu Dlamrah dan Ismail bin Zakariya menambahkan dari Ubaidullah dari Sa’id dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Ajlan dari Sa’id dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

 

6845 – حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ رِبْعِيٍّ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ قَالَ اللَّهُمَّ بِاسْمِكَ أَحْيَا وَأَمُوتُ وَإِذَا أَصْبَحَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

6845. Telah menceritakan kepada kami Muslim telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdul Malik dari Rib’i dari Hudzaifah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila pergi ke tempat tidurnya, beliau memanjatkan doa: ALLAAHUMMA BISMIKA AHYAA WA AMUUTU (Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati) ‘, apabila beliau bangun di pagi hari, beliau membaca: ALHAMDU LILLAHIL LADZII AHYAANAA BA’DA MAA AMAATANAA WAILAIHIN NUSYUUR (Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kita setelah mematikan kita dan kepada-Nya juga kita kembali) ‘.”

– Dalam hadis ini Nabi menggunakan nama ‘Rabb’. Maknanya pakai nama ini pun boleh. Tidak semestinya pakai nama Allah. Seperti yang kita telah belajar, Rabb itu juga adalah salah satu dari nama Allah.

Ini adalah salah satu Sunnah dari Nabi apabila hendak tidur. Disuruh kita kibas tempat tidur itu sebab nak membersihkan tempat tidur takut kalau ada kala jengking atau sebagainya. Tidak semestinya pakai kain. Kalau pakai benda lain pun boleh juga.

Adakah berdosa kalau tak buat begini? Tidak kerana Nabi menyarankan buat begini adalah sebagai adab. Nabi bukan hanya bertindak sebagai ketua negara atau hakim sahaja tapi ada nasihat yang Nabi beri sebagai bapa. Maka ini adalah peranan Nabi sebagai bapa yang memberi nasihat kepada anaknya.

Bagus doa begini kerana ada yang mati dalam tidur. Harapan kita adalah kalau kita mati, dosa kita semua telah dibersihkan. Dan Allah jaga. Kerana yang penting adalah penjagaan Allah.

 

6846 – حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ خَرَشَةَ بْنِ الحُرِّ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَخَذَ مَضْجَعَهُ مِنْ اللَّيْلِ قَالَ بِاسْمِكَ نَمُوتُ وَنَحْيَا فَإِذَا اسْتَيْقَظَ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

6846. Telah menceritakan kepada kami Sa’d bin Hafsh telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Manshur dari Rib’I bin Khirasy dari Kharasyah bin Alhurr dari Abu Dzar berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengambil tempat tidurnya di malam hari, maka beliau memanjatkan doa: ‘BISMIKA NAMUUTU WA NAHYAA (Dengan nama-Mu kami mati dan hidup), dan apabila bangun beliau membaca doa: ALHAMDULILLAAHILLDAZII AHYAANAA BA’DA MAA AMAATANAA WAILAIHINNUSYUUR (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita setelah Dia mematikan kita dan kepada-Nya kita dibangkitkan).”

– Pakai bismika pun boleh. Dah faham itu merujuk adalah Allah.

Tidur adalah mengingatkan kita tentang kematian dan hari kita dibangkitkan nanti.  Ini adalah perkara akidah. Prinsip asas. Percaya kepada hari bangkit. Tidur itu adalah macam mati.

Selepas bangkit kita akan melalui hidup yang lain. Sebab itulah kita dalam nak tidur pun disuruh ingat kepada Allah.

 

6847 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْتِيَ أَهْلَهُ فَقَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرُّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

6847. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Salim dari Kuraib dari Ibn Abbas radliyallahu’anhuma berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kalau salah seorang diantara kalian ingin mendatangi isterinya, maka panjatkanlah doa: ‘BISMIKALLAAHUMMA JANNIBNASY WAJANNIBISYSYAITHAANA MAA RAZAQTANAA (Dengan nama Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami) ‘, jika ditakdirkan dia memperoleh anak hasil dari perhubungan dengan isterinya, setan sama sekali tidak akan memudharatkannya.”

Doa ini satu lagi contoh dimana kita berdoa dengan menyebut ‘bismika’. Ini adalah doa apabila hendak bersetubuh. Rezeki yang dimaksudkan dalam doa ini bukan anak sahaja. Rezeki juga boleh dalam bentuk ilmu, kekayaan dan sebagainya. Begitu indahnya Islam ini, sampai dalam memuaskan nafsu juga ada ingat kepada Allah. Begitulah orang tauhid, dia akan sentiasa ingat kepada Allah.

Apabila dibacakan doa ini, syaitan tak ganggu dalam kita bersama suami atau isteri kita. Syaitan tidak dapat mengambil peluang untuk bersama dengan kita semasa kita bersama isteri kita. Syaitan itu perangainya nak berkongsi sahaja. Kalau tak baca doa ini, syaitan melilit sama. Diharapkan dengan baca doa ini, jikalau Allah memberi rezeki dalam bentuk anak kepada kita, anak itu akan menjadi seorang yang  baik.

 

6848 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا فُضَيْلٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ هَمَّامٍ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ أُرْسِلُ كِلَابِي الْمُعَلَّمَةَ قَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كِلَابَكَ الْمُعَلَّمَةَ وَذَكَرْتَ اسْمَ اللَّهِ فَأَمْسَكْنَ فَكُلْ وَإِذَا رَمَيْتَ بِالْمِعْرَاضِ فَخَزَقَ فَكُلْ

6848. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah telah menceritakan kepada kami Fudlail dari Manshur dari Ibrahim dari Hammam dari Adi bin Hatim berkata, “Aku pernah bertanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, aku katakan, ‘Bolehkah aku melepaskan anjing-anjingku yang terlatih! Nabi menjawab: “Jika kau lepas anjingmu yang terlatih (untuk menangkap binatang buruan) dengan kau sebut nama Allah, lalu anjingmu menangkap binantang buruan, maka boleh engkau makan, dan jika kamu membaling binatang buruan dengan anak panah yang tajam lalu anak panah itu melukai (melukai kulit, atau mengalirkan darah,) maka makanlah.”

Kalau anjing buruan telah diajar, maka semasa kita melepaskan anjing itu, kita sebut: “Bismillah, Allahu Akbar”, maka kita boleh makan binatang buruan yang dibawa anjing itu, walaupun semasa dia bawa binatang itu kepada kita, binatang buruan itu mungkin dah mati dah. Maksudnya, kita tak sempat nak sembelih macam biasa. Ini kerana kita dah sebut nama Allah dah tadi. Maknanya, yang penting adalah dengan menyebut nama Allah itu. Kerana itu, walaupun orang kafir menyembelih binatang sama macam kita sembelih tapi kerana mereka tak sebut nama Allah, kita tak boleh makan sembelihan itu. Kita dibenarkan oleh Allah untuk memakan binatang lain dengan izinNya. Tapi kena sebut namaNya.
Begitu juga kalau guna mihrab. Iaitu anak panah yang tiada bulu. Sebelum kita melepaskan anak panah itu, kita sebut nama Allah dahulu.

Dalam menyembelih atau berburu, kita ucapkan ‘bismillah’ sahaja tanpa arrahman arrahim. Sebab arrahman arrahim itu adalah gambaran kasihani. Nanti tak boleh nak sembelih pula.

 

6849 – حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ قَالَ سَمِعْتُ هِشَامَ بْنَ عُرْوَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هَا هُنَا أَقْوَامًا حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ بِشِرْكٍ يَأْتُونَا بِلُحْمَانٍ لَا نَدْرِي يَذْكُرُونَ اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا أَمْ لَا قَالَ اذْكُرُوا أَنْتُمْ اسْمَ اللَّهِ وَكُلُوا
تَابَعَهُ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَالدَّرَاوَرْدِيُّ وَأُسَامَةُ بْنُ حَفْصٍ

6849. Telah menceritakan kepada kami Yusuf bin Musa telah menceritakan kepada kami Abu Khalid Al Ahmar berkata, aku mendengar Hisyam bin Urwah menceritakan dari Ayahnya dari ‘Aisyah berkata, “Wahai Rasulullah, di sini ada beberapa orang yang baru saja meninggalkan kesyirikan (baru masuk agama Islam), mereka membawakan daging untuk kami yang kami tidak pasti adakah mereka menyebut nama Allah ketika menyembelihnya atau tidak. ‘ Nabi menjawab: “Kamu sendirilah yang sebut nama Allah, dan makanlah.” Hadis ini diperkuat oleh Muhammad bin Abdurrahman dan Darawardi dan Usamah bin Hafsh.

Tak perlu pastikan yang sembelih itu orang alim sungguh. Orang biasa pun boleh. Asalkan yang sembelih itu Islam.

 

6850 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ يُسَمِّي وَيُكَبِّرُ

6850. Telah menceritakan kepada kami Hafs bin Umar telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Qatadah dari Anas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengurbankan dua ekor kibash, beliau sebut nama Allah dan bertakbir.”

 

6851 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ جُنْدَبٍ أَنَّهُ شَهِدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ صَلَّى ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ مَكَانَهَا أُخْرَى وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ

6851. Telah menceritakan kepada kami Hafs bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al Aswad bin Qais dari Jundab ia pernah menyaksikan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di hari raya kurban (idul adla) mendirikan shalat, kemudian berkhutbah dan bersabda: “Barangsiapa telah menyembelih sebelum shalat, hendaklah ia menyembelih dengan sembelihan lain sebagai gantinya, dan barangsiapa belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah.”

 

6852 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ وَمَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ

6852. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami Warqa’ dari ‘Abdullah bin Dinar dari Ibn Umar radliyallahu’anhuma mengatakan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jangan kalian bersumpah dengan nama bapak-bapak kalian, dan barangsiapa hendak bersumpah juga, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah.”

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s