We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

La Tahzan 1-20 January 11, 2013

Short Notes on the famous book: ‘La Tahzan’.

1. Merenunglah dan bersyukurlah. Terlalu banyak nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sampai kita tidak terkira. Nikmat kesihatan, tubuh badan, akal dan sebagainya. Mahukah kita menukar semua itu kalau boleh digantikan dengan kekayaan? Tentulah tidak. Kadang-kadang kita terfikir kita da yang kurang, tapi tidakkah terfikir bahawa kita banyak lebih dari orang lain? Ada orang tidak sihat, kurang anggota badan, dan macam-macam lagi. Bersyukurlah atas nikmat yang Allah telah berikan ini. Banyak sekali.

2. Yang berlalu, biarlah berlalu. Tidak ada gunanya mengingatkan masa yang telah lepas. Kita telah meninggalkannya jauh-jauh. Kalau kita ingat, hanya akan menyesakkan fikiran kita sahaja. Kita tidak dapat menikmati masa kita. Apa yang harus kita lakukan adalah bergerak ke hadapan. Bukannya bergerak ke belakang.

3. Hari ini adalah milikmu. Yang kita ada adalah hari ini. Jangan fikirkan tentang semalam dengan segala kekurangannya sebab dah lepas. Jangan sibukkan diri dengan memikirkan apa nak makan esok sebab belum sampai lagi. Ambil lah peluang hari ini dan pergunakan dengan sebaiknya. Buat amal ibadat sebanyak yang mampu. Baca Quran. Kemas pejabat dan sebagainya.

4. Masa depan akan datang dengan sendirinya. Jangan kita buang masa nak mempercepatkannya. Jangan kita dok memikirkan pasalnya sampai menyesakkan fikiran kita. Ia pasti datang dengan sendirinya kalau ia datang. Semua pada ketentuan Allah. Ada kemungkinan tak datang pun. Bukan dalam urusan kita. Jangan jadi macam orang yang takut dengan ramalan tentang kemungkinan buruk yang akan terjadi. Kita risau tak tentu pasal. Nanti bila dah datang, kita akan melalui jambatan itu. Terlalu memikirkan masa depan adalah thulul amal (angan-angan yang terlalu jauh). Syaitan lah yang memberikan kita takut tentang masa depan itu.

5. Jadikan kritikan tajam sebagai penghormatan. Akan ada sahaja yang tidak puas hati dengan apa yang kita ada. Walaupun kita berbuat baik dengan mereka, ada sahaja yang nak jatuhkan kita. Tak puas hati sahaja lihat kita baik. Mereka macam nak kita jadi tak baik. Mereka jadi begitu kerana mereka sendiri yang lemah. Jangan hiraukan mereka.

6. Harap redha Allah sahaja semata. Janganlah mengharap terima kasih dari orang lain. Kadang-kadang kita tolong orang, bukan nak berterima kasih, cemuh pun ada. Jangan kesah kalau jadi begitu. Ikhlas kan hati.

7. Membantu orang lain boleh menyebabkan kita sendiri rasa tenang dan gembira. Antaranya bagi muka manis kepada orang lain. Teringin kalau ada tempat yang aku boleh membantu orang. Macam kalau ada rumah anak yatim ke. Boleh aku mengajar mengaji Quran ke, mengaji agama ke atau mengajar cara-cara belajar kepada dorang. Boleh aku ajar mindmap, atau english kepada dorang.

8. Sibuk kan diri dengan perkara bermanfaat. Baca buku, mengemas dan apa sahaja. Sebab kalau duduk melangung itulah yang menyebabkan fikir macam macam perkara buruk. Mulalah teringat kesilapan dan sesalan dulu; risaukan masa sekarang dan masa depan.

9. Allah telah jadikan manusia ini semuanya berbeza. Maka janganlah kita merubah diri kita kerana nak ikut orang lain.

10. Terimalah qada dan qadr Allah. Semua telah ditulis. Kita tak dpt nak ubah. Maka akan tenang diri kita.

11. Ketahuilah bahawa selepas setiap kesusahan akan datang kesenangan. Tunggu sahaja. Jangan terlalu ikut perasaan tentang keadaan semasa yang menyelubungi pada masa itu.

12. Ambillah hikmah dari setiap kejadian. Kadang-kadang sesuatu keburukan yang terjadi itu ada hikmahnya yang kadang-kadang kita tak perasan. Macam orang dulu-dulu yang teraniaya tapi kerana itu mereka dapat menyampaikan ilmu mereka dengan lebih lagi. Mungkin ada perkara yang kita tidak suka tapi ianya adalah baik untuk kita seperti firmanNya dalam 2:216.

13. Mengharap dan berdoa kepadaNya. Kepada Allah lah sahaja yang dapat menyelamatkan kita dan memberi pertolongan. Pintu lain mungkin tertutup rapat tapi pintu Allah luas terbuka. Seperti Quran an Naml:62. Allah memang dah suruh kita doa kepadaNya seperti Quran Ghafir:60

14. Uzlah (mengasingkan diri) dari perkara atau perjumpaan maksiat atau melalaikan. Banyak cara. Antaranya pergi ke majlis ilmu, solat berjemaah dan sebagainya. Jgn campur dengan orang orang yang melalaikan.

15. Allah akan mengganti yang lebih baik. Asalkan kita bersabar. Samada digantikan didunia atau diakhirat nanti. Sebab Allah mempunyai segala. Yang nak diherankan kehilangan dunia buat apa kerana dunia sekejap sahaja. Maka janganlah keluh kesah sangat.

16. Beriman dengan Allah adalah kehidupan yang sebenar. Kita berserah kepada Allah. Segalanya Allah. Dengan mempunyai iman, hati akan tenang.

17. Berlembutlah dengan orang lain. Ambil lah madu tapi jangan rosakkan sarangnya. Jangan nak marah-marah. Hubungkan silaturrahim sesama kita. Jadilah supaya orang lain merasa aman dengan kita.

18. Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. Ingatlah kepadaNya dalam gundah gulana. Berdoalah kepadaNya. Dengan itu akan menjadi tenteram hati. Dan insyaAllah akan selesailah segala masalah kita semua.

19. Pendengki itu lebih rendah daripada yang didengki. Janganlah ada perasaan dengki dalam hati kita. Kerana kalau kita dengki dengan orang, maka sebenarnya kita tidak redha dengan apa yang Allah telah berikan kepada orang itu. Ingatlah bahawa Allahlah yang telah memberi apa yang telah diterima oleh orang itu. Dan janganlah ambil hati sangat dengan mereka yang dengki dengan kita. Mereka adalah orang yang rendah akalnya dan kita tak dapat nak buat apa dengan mereka.

20. Jalani hidup apa adanya. Dalam dunia ada yang manis dan pahit. Begitulah yang Allah telah jadikan. Kadang-kadang dalam keburukan itu ada kebaikan. Kita sendiri yang tak tahu. Allah telah buat semua itu dengan taqdirNya. Kita ambillah yang baik sahaja. Jangan kita mencemuh keadaan. Kalau ada keburukan dalam isteri kita contohnya, tentu ada kebaikan juga padanya. Mesti ada yang kita suka tentangnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s