We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid: Bab Firman Allah Ta`ala { Yang Maha Selamat Sejahtera (Dari Segala Kekurangan); January 10, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ }

Bab Firman { Yang Maha Selamat Sejahtera (Dari Segala Kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan }

Ayat ini terdapat dalam Al-Hasyr:23

السَّلَامُ bermaksud sejahtera yang bermaksud ‘tidak ada kekurangan’. Tidak ada cacat cela. Allah tidak pernah dan tidak mungkin akan ada kekurangan samada dulu atau di masa hadapan pun.
Allah bukan hanya sejahtera untuk diriNya sahaja tapi Dialah punca kesejahteraan alam ini. Jadi, dimana kita nampak kesempurnaan pada alam ini, ianya adalah pernyataan dari sifat ‘As-Salam’ Allah. Tapi kerana alam itu adalah makhluk, akan ada banyak kekurangan juga. Atau kalau ada kesempurnaan, ianya yang tidak berterusan. Yang menjadikan makhluk lain tidak sempurna itu adalah kerana sifatNya juga, seperti sifatNya yang mematikan. Asalnya Allah menghidupkan makhluk dengan sifatNya yang menghidupkan, selepas itu bila sampai masanya, Dia akan mematikan makhluk itu dengan sifat MematikanNya.

Kita boleh meminta kepada Allah kesejahteraan supaya diberiNya kepada kita ‘salaamah’.

الْمُؤْمِنُ bermaksud:’yang memberikan keamanan’. Mana-mana tempat yang aman adalah kerana Dia. Yang tak aman pun adalah sifat Dia juga. Sifat ini akan kelihatan kepada kita apabila Allah sudah membuat sesuatu itu aman. Tapi bukanlah sifat itu baru ada bila Dia buat. Sifat itu sudah ada dah sebelum ada kejadian alam lagi. Tapi tidak digunakan lagi oleh Allah.

Kita boleh minta keamanan dan damai dari Allah.

 

6833 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ حَدَّثَنَا شَقِيقُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ كُنَّا نُصَلِّي خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَقُولُ السَّلَامُ عَلَى اللَّهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ وَلَكِنْ قُولُوا التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

6833. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Mughirah telah menceritakan kepada kami Syaqiq bin Maslamah berkata, Abdullah berkata, ‘Dulu kami selalu bersembahyang di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan salam kepada Allah dengan mengatakan, ‘ASSALAMU ALALLAHI (Semoga keselamatan atas Allah) ‘, maka baginda berkata: ‘Sesungguhnya Allah itu adalah Sejahtera’, tetapi katakanlah: ‘ATTAHIYAATULILLAH WA ASH SHALAWATU WATH THAYYIBAT ASSALAAMU ALAIKA AYYUHANNABIYU WA RAHMATULLAHI WA BARAKAATUHU ASSALAAMU ‘ALAINA WA ‘ALA ‘IBAADILLAHISH SHAALIHIINA ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLAALLAHU WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ‘ABDUHU WA RASUULUH (Segala pujian milik Allah’, dan kesejahteraan serta segala kebaikan, semoga kesejahteraan atasmu wahai nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, juga rahmat Allah dan barakah-Nya. Dan semoga kesejahteraan terlimpahkan kepada kita, dan hamba-hamba Allah yang salih, saya bersaksi bahwa tiada sesembahan yang hak selain Allah semata dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya) ‘.

– Allah sendiri dah Salam/Sejahtera dah. Tidak perlu kita minta supaya Dia menjadi sejahtera. Kita minta untuk mereka yang kurang. Macam kita minta untuk Nabi sebab baginda pun ada kekurangan. Untuk kita pun kena minta sebab kita memang ada lagi banyak kekurangan. Itulah sebabnya cara kita memberi salam kepada orang lain adalah mendoakan ‘salam’ kepada mereka. Kita mendoakan salam kepada Nabi adalah nak cakap bahawa baginda pun makhluk juga. Ada beza antara Nabi dan Tuhan. Hanya Allah sahaja yang ‘Salam Sejahtera’ sentiasa.

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { مَلِكِ النَّاسِ }

Bab Firman Allah { Raja Bagi Sekalian Manusia }

– Allah memberitahu bahawa Dialah Raja manusia. Tidak ada lagi yang Raja macam Dia. Tidak pernah ada dan tidak akan ada. Nabi Sulaiman yang pernah jadi raja yang besar dan hebat itu pun tidak macam tu. Allah adalah raja yang sebenarnya. Raja kepada semua manusia sekali. Kalau raja sekarang, hanya raja yang terhad sahaja, raja Kelantan, raja Pahang dan sebagainya. Itu adalah raja yang terhad. Pula tu, mereka sebenarnya bermula dengan memiliki tanah yang diberikan kepada manusia lain duduk.  Bukan kepada manusia pun sebenarnya. Itu sebenarnya baru raja kepada tanah. Bukan kepada keseluruhan manusia.

فِيهِ ابْنُ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Berhubung perkara ini, ada riwayat daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW.

 

6834 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَقْبِضُ اللَّهُ الْأَرْضَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَطْوِي السَّمَاءَ بِيَمِينِهِ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا الْمَلِكُ أَيْنَ مُلُوكُ الْأَرْضِ وَقَالَ شُعَيْبٌ وَالزُّبَيْدِيُّ وَابْنُ مُسَافِرٍ وَإِسْحَاقُ بْنُ يَحْيَى عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ مِثْلَهُ

6834. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Ibn Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibn Syihab dari Sa’id -yaitu Ibnul Musayyab- dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah menggenggam bumi pada hari Kiamat dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya kemudian Dia berkata ‘Akulah raja yang sebenarnya, dimana dia raja-raja di dunia?” Dan Syu’aib dan Azzubaidi dan Ibn Musafir dan Ishaq bin Yahya juga berkata dari Az Zuhri dan Abu Salmah semisalnya.”

– Salah satu tanda hadis yang sahih adalah ada persamaan antara ayat Quran dan hadis. Macam hadis ini memang ada disebut juga dalam Quran. Iaitu surah Az Zumar.

Melipat langit dan bumi itu maksudnya nak tutup cerita bumi apabila telah sampai masanya. Macam kita tutup kitab lepas dah habis. Nak buka cerita tentang dunia lain pula yang Allah akan buat. Selepas kiamat, tiada yang boleh duduk di dunia dah. Nak masuk syurga atau neraka pula.

Bukanlah sekarang bumi bukan dalam genggaman Dia. Dari dulu dah pun langit dan bumi itu dalam genggaman Allah. Tapi pada hari akhirat itu lagi jelas sebab semua makhluk akan dapat melihat.

الْمَلِكُ bermaksud ‘Raja yang Mutlak’ dari segi bahasa. Allah menekankan bahawa Dia adalah raja yang sebenarnya.

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ } { سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ } { وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ }

Bab Firman Allah Taala { Dia Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana } – Ibrahim:4
{ Maha Suci Tuhanmu, – Tuhan Yang Mempunyai Kemuliaan } – As-Shafaat:180
{ Kemuliaan itu hanya bagi Allah dan RasulNya} – Al-Munafiqun:8

– Imam Bukhari membawa ayat Quran yang menyebut tentang Sifat-sifat Allah. Memang Allah sendiri yang menyebut tentang sifat-sifatNya itu. Ini nak menentang pendapat puak Jahmiyyah yang mengatakan Allah tidak mempunyai sifat.

 

وَمَنْ حَلَفَ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَصِفَاتِهِ وَقَالَ أَنَسٌ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ جَهَنَّمُ قَطْ قَطْ وَعِزَّتِكَ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْقَى رَجُلٌ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ آخِرُ أَهْلِ النَّارِ دُخُولًا الْجَنَّةَ فَيَقُولُ يَا رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِي عَنْ النَّارِ لَا وَعِزَّتِكَ لَا أَسْأَلُكَ غَيْرَهَا قَالَ أَبُو سَعِيدٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَكَ ذَلِكَ وَعَشَرَةُ أَمْثَالِهِ وَقَالَ أَيُّوبُ وَعِزَّتِكَ لَا غِنَى بِي عَنْ بَرَكَتِكَ

Dan orang yang bersumpah dengan menyebutkan kemuliaan Allah dan sifat-sifatNya.
Anas berkata Nabi SAW bersabda: Neraka berkata: “Cukup, cukup. Demi KemuliaanMu.”
Abu Hurairah berkata, dia meriwayatkan dari Nabi SAW “Akan tinggal seorang diantara syurga dan neraka sebagai ahli neraka yang terakhir masuk ke syurga. Lalu dia berkata: “Tuhanku, palingkanlah wajahku dari neraka. Tidak, demi kemuliaanMu tidak akan aku memohon daripadaMu selain darinya.”
Abu Said berkata: “Sesungguhnya Rasul SAW bersabda: Allah berfirman: “Engkau mendapatnya disamping sepuluh kali gandanya lagi.”
Nabi Ayub berkata: “demi kemuliaanMu, aku tidak akan melepaskan keberkatan daripadaMu.”

Tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari ini menunjukkan bahawa boleh berdoa menggunakan sifat-sifat Allah. Neraka berdoa, manusia terakhir yang akan masuk syurga dan juga Nabi Ayyub. Kisah Nabi Ayyub itu terjadi semasa dia telah didatangi belalang emas. Dia telah mengambilnya. Dan malaikat telah berkata, kenapa pula dia nak ambil, padahal dia adalah seorang Nabi? Nampak macam belalang emas itu adalah kemewahan dunia, malaikat berkata. Itulah yang dijawab oleh Nabi Ayyub: demi kemuliaanMu, aku tidak akan melepaskan keberkatan daripadaMu. Dia berkata begitu kerana belalang emas itu adalah pemberian rahmat dari Allah. Dan dia tidak menolak pemberian dari Allah.

Bagaimanakah cara Neraka bercakap itu? Kita pun tidak tahu. Kita hanya terima dengan cara yang sesuai dengannya.

 

6835 – حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ الْمُعَلِّمُ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ أَعُوذُ بِعِزَّتِكَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَالْجِنُّ وَالْإِنْسُ يَمُوتُونَ

6835. Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Husain Al Mu’aliim telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya’mar dari Ibn Abbas bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengucapkan: ‘AUUDZU BI’IZZATILLAHILLLADZII LAA ILAAHA ILLAA ANTAL LADZII LAA YAMUUTU WAL JINNU WAL INSU YAMUUTUUTUUNA (Aku berlindung dengan kemuliaanMu, Engkau yang tiada tuhan melainkan Engkau, yang tidak mati sedang jin dan manusia semuanya akan mati) ‘.”

Nabi juga ada berdoa dengan menggunakan sifat Kemuliaan Allah.

 

6836 – حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي الْأَسْوَدِ حَدَّثَنَا حَرَمِيٌّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ يُلْقَى فِي النَّارِ ح و قَالَ لِي خَلِيفَةُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ وَعَنْ مُعْتَمِرٍ سَمِعْتُ أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ يُلْقَى فِيهَا { وَتَقُولُ هَلْ مِنْ مَزِيدٍ } حَتَّى يَضَعَ فِيهَا رَبُّ الْعَالَمِينَ قَدَمَهُ فَيَنْزَوِي بَعْضُهَا إِلَى بَعْضٍ ثُمَّ تَقُولُ قَدْ قَدْ بِعِزَّتِكَ وَكَرَمِكَ وَلَا تَزَالُ الْجَنَّةُ تَفْضُلُ حَتَّى يُنْشِئَ اللَّهُ لَهَا خَلْقًا فَيُسْكِنَهُمْ فَضْلَ الْجَنَّةِ

6836. Telah menceritakan kepada kami Ibn Abu Al Aswad telah menceritakan kepada kami Harami telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Qatadah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Akan dicampakkan ke dalam Neraka.” (dalam jalur lain disebutkan) Dan telah berkata kepadaku Khalifah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Zurai’ telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah dari Anas dan dari Mu’tamir aku mendengar bapakku dari Qatadah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan terus dicampakkan ke dalam Neraka dan Neraka akan tetap berkata: ‘Adakah lagi tambahan?” (Qaaf: 30), sehinggalah Allah Rabbul ‘alamin meletakkan QadamNya maka terkumpullah sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, hingga neraka berkata, ‘Cukup-cukup’ demi kemuliaanMu dan keagunganMu. Sedangkan syurga akan terus lega sehinggalah Allah menjadikan untuknya satu kejadian denganya Allah menjadikan mereka tetap tenang di dalam syurga itu.”

Kisah Neraka: Neraka ini bagaikan orang yang makan yang tidak cukup-cukup. Dia akan berkata: ada lagi tak, ada lagi tak? Sebab neraka rasa dia boleh menerima lagi manusia dan jin untuk dimasukkan. Maka Allah meletakkan ‘QadamNya’ sampai penuhlah neraka itu. Barulah neraka kata: ‘Cukup-cukup’ demi kemuliaanMu dan keagunganMu.” Sebab dah tak mampu nak terima dah. Neraka pun berdoa dengan menggunakan sifat Kemuliaan Allah.
Ini adalah salah satu contoh Mutasyabihat di dalam hadis. Sebagaimana dalam Quran ada ayat-ayat mutasyabihat, dalam hadis juga ada. Iaitu makna-makna ayat yang digunakan di dalam hadis yang tidak jelas maknanya. Ada yang menafsirkan makna ‘QadamNya’ itu dengan makna ‘Kaki Allah’. Tentulah kaki yang sesuai dengan Allah. Bukan kaki yang biasa kita tahu tu.
Ada ulama hadis yang mengkhususkan dalam ilmu menejelaskan makna mutasyabihat dalam hadis-hadis.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s