We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid Bab Firman Allah {Dialah Tuhan Yang Menjadikan Langit-Langit Dan Bumi Dengan Kebenaran} January 10, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tauhid — visitor74 @ 5:20 pm

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ }

Bab Firman Allah Ta`ala { Dialah Tuhan Yang Menjadikan Langit-Langit Dan Bumi Dengan Kebenaran }

– Allah buat sesuatu bukan sia-sia tapi ada maksud. Ada sebabnya dan ada kelebihan pada sesuatu perkara itu. Itulah sebabnya salah satu namaNya adalah alHaq.

6837 – حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو مِنْ اللَّيْلِ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ قَوْلُكَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَأَسْرَرْتُ وَأَعْلَنْتُ أَنْتَ إِلَهِي لَا إِلَهَ لِي غَيْرُكَ
حَدَّثَنَا ثَابِتُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بِهَذَا وَقَالَ أَنْتَ الْحَقُّ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ

6837. Telah menceritakan kepada kami Qabishah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ibn Juraij dari Sulaiman dari Thawus dari Ibn Abbas radliyallahu’anhuma, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa diwaktu malam: ‘ALLAAHUMMA LAKAL HAMDU ANTA RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDLI LAKAL HAMD, ANTA QAYYIMUS SAMAAWAATI WAL ARDL WAMAN FIIHINNA, LAKAL HAMDU ANTA NUURUS SAMAAWAATI WAL ARDLI, QOULUKAL HAQQ, WAWA’DUKAL HAQQ, WALIQAA’UKA HAQQ, WAL JANNATU HAQQ WAN NAARU HAQQ, WASSAA’ATU HAQQ, ALLAAHUMMA LAKA ASLAMTU WABIKA AAMANTU WA’ALAIKA TAWAKKALTU, WAILAIKA ANABTU WABIKA KHAASHAMTU, WAILAIKA HAAKAMTU, FAGHFIR LII MAA QADDAMTU WAMAAA AKHKHARTU WA ASRARTU WAMAA A’LANTU ANTA ILAAHII LAA-ILAAHA LII GHAIRUKA ‘(Ya Allah, bagi-Mu segala puji, Tuhan langit dan bumi, bagi-Mu segala puji, Engkau pengurus langit dan bumi dan semua penghuninya, bagi-Mu segala puji, Engkaulah yang memberi cahaya langit dan bumi, kata-kataMu adalah benar, janji-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, hari kiamat adalah benar, ya Allah, kepada-Mu jua aku berserah , dengan-Mu jua aku beriman, kepada-Mu jua aku bertawakkal, kepada-Mu jua aku kembali, kerana-Mu jua aku bertengkar, kepada-Mu jua aku mengadukan perkara, oleh itu ampunilah bagiku apa yang pernah aku lakukan dan apa yang aku lakukan kemudian, apa yang aku lakukan secara sunyi dan apa yang aku lakukan secara terang-terangan, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku selain Engkau) ‘.” Dan telah menceritakan kepada kami Tsabit bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Sufyan dengan hadis ini, dan ia menyebutkan dengan riwayat, ‘Engkaulah yang benar dan firman-Mu benar.’

– Makna ‘Rabb’ itu adalah: mendidik hingga jadi sempurna. Dari situlah datangnya perkataan ‘Tarbiyah’. Iaitu mengasuh. Allah tidak biarkan makhluk begitu sahaja lepas Dia buat. Dia akan kembangkan dari tidak sempurna hingga menjadi sempurna.

Pujian bagi Allah adalah segala pujian. Walaupun kita puji makhluk lain, tapi pujian itu kembali kepada Allah jua. Segala yang molek hak Allah. Kalau kita kata alam ini cantik dan molek, maknanya kita memuji Allah jua kerana alam ini, Allah yang menjadikannya. Ini akan menjadikan kita rendah diri. Kerana kalau kita pandai, itu adalah kerana Allah menjadikan kita pandai. Kita tidak ada apa-apa.

Rabb itu juga adalah bermakna Pengatur langit dan bumi. Semua Dia yang atur. Seperti berapa tebal Ozone di langit dan sebagainya. Maka, tidaklah perlu untuk kita merisaukan tentang ozone layer yang semakin berkurang itu. Allah lah yang mengaturnya. Allahitu ‘Berdiri sendiri’. Dia tidak berhajat kepada sesiapa pun. Kita lah pula yang berhajat kepadaNya.

Nur pun adalah juga sifat Allah. Bermaksud Nur Allah itu menyinari alam.

Kita kena ingat bahawa segala benda Allah yang buat.

Oleh itu, hendaklah kita berserah kepada Allah. Hanya kepada Allah. Tiada lain. Hanya beriman dan bertawakal kepada Allah.

Oleh itu juga, kita hendaklah rujuk kepada Allah – Iaitu menggunakan Quran dalam berhukum.

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا بَصِيرًا }

Bab Firman Allah Ta`ala { Dan Allah Itu Maha Mendengar Lagi Maha Melihat }

وَقَالَ الْأَعْمَشُ عَنْ تَمِيمٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي وَسِعَ سَمْعُهُ الْأَصْوَاتَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا }

Dan berkata A’mash dari Tamim dari Urwah dari A’isyah dia berkata: Segala puji bagi Allah yang mana pendengaranNya meliputi segala suara. Allah menurunkan kepada Nabinya firman Allah: Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata perempuan yang berbincang denganmu berkenaan suaminya.

– Allah mendengar semua suara. Samada suara itu datang dri binatang, manusia, tumbuhan malah apa sahaja. Apa yang Aisyah cakap seperti yang dinukillkan diatas tu mesti dia dapat dari Nabi. Sahabat, kalau dia cakap sesuatu perkara, mestilah yang bukan didapati dari akal, maknanya mesti dari Allah. Mesti Nabi ada kata. Kalau tak mereka takkan cakap. Begitulah para sahabat, mereka tak pakai cakap sahaja.

Kisah diatas adalah berkenaan seorang perempuan yang menceritakan tentang suaminya kepada Nabi. Aisyah ada berdekatan tapi Aisyah sendiri pun tidak dengar. Oleh itu, kita faham bahawa dekat tidak bermakna mendengar. Tapi Allah Maha Mendengar.

 

6838 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَكُنَّا إِذَا عَلَوْنَا كَبَّرْنَا فَقَالَ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا تَدْعُونَ سَمِيعًا بَصِيرًا قَرِيبًا ثُمَّ أَتَى عَلَيَّ وَأَنَا أَقُولُ فِي نَفْسِي لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ لِي يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ أَوْ قَالَ أَلَا أَدُلُّكَ بِهِ

6838. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Abu Usman dari Abu Musa berkata, “Pernah kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah safar, bila kami menaiki tempat yang tinggi maka kami bertakbir, dan beliau bersabda: ‘Kasihanilah dirimu sendiri, sebab kalian tidak menyeru Dzat yang tuli dan tidak ada di hadapan kamu, sesungguhnya kalian menyeru Tuhan yang Maha mendengar lagi Maha melihat dan Maha hampir.” Kemudian beliau mendatangiku sedang aku berkata dalam hati: ‘Laa haula walaa quwwata illaa billaah (Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah) ‘, maka beliau berkata: ” Wahai Abdullah bin Qais, ucapkanlah laa haula walaa quwwata illaa billaah, sebab bacaan itu adalah simpanan yang sangat bernilai dalam perbendaharaan syurga, atau beliau berkata, ‘Maukah engkau aku tunjukkan kepadamu tentang gedung simpanan yang sangat berharga itu?”

– Nabi tegur para sahabat dengan perkataan yang baik. Kalau bahasa kasarnya tu, Nabi kata kenapalah bodohnya kamu menyusahkan diri kamu dengan menjerit itu? Allah bukannya tidak mendengar. Allah Maha Mendengar.

Apabila dikata Allah Maha Hampir, bukanlah bermakna Allah hampir dari segi jarak. Itu macam makhluk pula. Allah tidak bertempat. Sebenarnya ianya bermakna tidak ada yang terlepas dari pengetahuan Allah. Seperti seorang yang hampir, dia tahu belaka.

 

6839 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ يَزِيدَ عَنْ أَبِي الْخَيْرِ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو أَنَّ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مِنْ عِنْدِكَ مَغْفِرَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

6839. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman telah menceritakan kepadaku Ibn Wahb telah mengabarkan kepadaku Amru dari Yazid dari Abul Khair ia mendengar Abdullah bin Amru bahwa Abu Bakar Ashshiddiiq radliyallahu’anhu berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Wahai Rasulullah, ajarilah aku doa yang aku dapat berdoa dengannya dalam shalatku!” Nabi pun berkata: “Ucapkanlah: ALLAAHUMMA INII ZHALAMTU NAFSII ZHULMAN KATSIIRAN WALAA YAGHFIRUDZDZUNUUBA ILLAA ANTA FAHGHFIRLII MIN INDIKA MAGHFIRATAN INNAKA ANTAL GHAFUURURRAHIIM ‘(Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak sekali menzhalimi diriku dengan kezhaliman yang banyak, dan tidak ada sesiapa yang dapat mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah dengan keampunan dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha Penyayang) ‘.”

Hadis ini memberi kita pengajaran bahawa doa itu baik dalam solat. Kerana kita sedang berhadapan dengan Allah. Tidak ada hadis Nabi berdoa berjemaah lepas solat.

Tidak jelas bagaimana doa ini mengajar tentang sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Begitulah seninya pemahaman Imam Bukhari dalam mengambil ilmu dari hadis. Ada dosa boleh didengar dan dilihat oleh manusia. Tapi ada dosa yang hanya Allah sahaja yang tahu. Dan doa ni hanya berguna kalau Allah dengar. Dan memang kita disuruh berdoa dalam suara yang perlahan. Allah Maha mendengar.

 

6840 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام نَادَانِي قَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ

6840. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Ibn Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibn Syihab telah menceritakan kepadaku ‘Urwah bahwa Aisyah radliyallahu’anhuma menceritakan kepadanya, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “sesungguhnya Jibril menyeru aku dan berkata: ‘Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata kaummu dan penolakan mereka terhadapmu’.”

– Allah dengar apa yang umat dia kata ke Nabi. Allah dengar tapi Allah tak balas terus sebab Allah penyabar. Bukan macam manusia.

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { قُلْ هُوَ الْقَادِرُ }

Bab Firman Allah Ta`ala { Dialah (Allah) Yang Maha Berkuasa }

6841 – حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الْمَوَالِي قَالَ سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ الْمُنْكَدِرِ يُحَدِّثُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْحَسَنِ يَقُولُ أَخْبَرَنِي جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ السَّلَمِيُّ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ فَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ هَذَا الْأَمْرَ ثُمَّ تُسَمِّيهِ بِعَيْنِهِ خَيْرًا لِي فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ قَالَ أَوْ فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ اللَّهُمَّ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّهُ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

6841. Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Al Mundzir telah menceritakan kepada kami Ma’an bin Isa telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Abul Mawali berkata, aku mendengar Muhammad bin Al Munkadir menceritakan Abdullah bin Al Hasan, dia berkata, telah mengabarkan kepadaku Jabir bin Abdullah assalmi berkata, “Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam mengajari sahabat-sahabatnya untuk istikharah (meminta pilihan) dalam semua perkara sebagaimana beliau mengajarkan surat alquran kepada mereka, beliau sabdakan: “Jika salah seorang dari kalian menghadapi perkara yang besar maka hendaklah ia kerjakan shalat dua rakaat (bukan shalat wajib) kemudian mengucapkan: ‘ALLAAHUMMA INNII ASTAKHIIRUKA BI’ILMIKA, WA ASTAQDIRUKA BIQUDRATIKA WA AS’ALUKA MIN FADLLIKA, FAINNAKA TAQDIRU WALAA AQDIRU WATA’LAMU WALAA A’LAMU WA ANTA ‘ALLAAMUL GHUYUUB, ALLAAHUMMA FAIN KUNTA TA’LAMU HAADZAL AMRA KHAIRAN LII FII ‘AAJILI AMRII WA AAJILIHI -Qaala– AW FII DIINII WAMA’AASYII WA’AAQIBATU AMRII FAQDURHU LII WAYASSIRHU LII TSUMMA BAARIK LII FIIHI, ALLAAHUMMA WAIN KUNTA TA’LAMU ANNAHU YARRUN LII FII DIINIII WAMA’AASYII WA’AAQIBATI -Aw qaala-FII ‘AAJILI AMRII WA AAJILIHI FASHRIFNII ‘ANHU WQDIRLIL KHIARA HAITSU KAANA TSUMMA ARDLINII BIHI (Ya Allah, Sesungguhnya aku mahu bertanya engkau dengan ilmu-Mu tentang kebaikan, dan saya meminta kuasa dengan kekuasaan-Mu supaya aku dapat menghadapinya, dan saya mohon dari-Mu sebahagian dari limpah kurnia-Mu, kerana sesungguhnya Engkau berkuasa dan saya tidak, dan Engkau Maha mengetahui sedang aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha mengetahui yang ghaib, Ya Allah, jikalah Engkau tahu bahwa perkara ini (seseorang itu sebutlah dengan tepat apa yg dikehendakinya) adalah baik bagiku baik untuk masa yang dekat maupun masa yang akan datang -atau sepertinya ia berkata-dalam urusan agamaku dan duniaku, dan baik akibatnya, maka engkau taqdirkanlah untukku dan mudahkanlah bagiku, kemudian berilah aku barakah padanya. Ya Allah, sebaliknya jika Engkau memang tahu bahwa urusan ini adalah buruk bagiku dalam urusan agamaku dan kehidupanku, serta kesudahan urusanku- atau sepertinya ia berkata-dalam kesudahan yang dekat maupun yang akan datang, maka hindarilah aku daripadanya dan taqdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja aku berada kemudian jadikanlah aku redha terhadapnya) ‘.”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s