We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid: Bab Firman Allah { Katakanlah (Wahai Muhammad): “Serulah Nama ” Allah” Atau Nama “Ar-Rahman” January 8, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tauhid — visitor74 @ 6:17 pm
Tags: , , , , ,

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى { قُلْ ادْعُوا اللَّهَ أَوْ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى }

Bab Firman Allah { Katakanlah (Wahai Muhammad): “Serulah Nama ” Allah” Atau Nama “Ar-Rahman”, Yang Mana Sahaja Kamu Serukan (Dari Kedua-Dua Nama Itu Adalah Baik Belaka); Kerana Allah Mempunyai Banyak Nama-Nama Yang Baik Serta Mulia”. Surah Al-Israa`:110

– Imam Bukhari membawakan tajuk menggunakan ayat Quran. Kerana dia nak menunjukkan bahawa dalam perkara tauhid ini, Quranlah panduan utama. Hadis yang dibawanya adalah sebagai penguat sahaja. Walaupun hadis itu adalah hadis Ahad, tapi ianya adalah juga sahih.

Imam Bukhari nak menolak pendapat golongan Jahmiyyah yang mengatakan bahawa mereka tidak percaya kepada Asma sifat. Sebab faham mereka adalah sesiapa yang berpendapat sedemikian adalah menduakan Allah.

Tapi ASWJ tidaklah mengatakan yang sifat Allah itu berbeza dengan dzat Allah. Macam manusia juga, ada sifat berjalan, sifat penakut dan sebagainya. Tidaklah kita mengatakan yang sifat manusia itu lain dari dia pula. Sifat dan orang itu adalah yang sama juga. Bukan ada orang lain.

Kita menerima apa sahaja penerangan Allah tentang diriNya kerana Dia sendiri yang beritahu dalam Quran dan dijelaskan oleh
Nabi dalam hadis. Kita tidak mentakwil atau mengubah maksud yang Allah telah berikan itu. Kita menerima seperti apa yang Allah telah sebut di dalam Quran dan hadis Nabi. Kita ‘tafwid’ sahaja yang Allah sebut dalam Quran dan Hadis.

 

6828 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ وَأَبِي ظَبْيَانَ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

6828. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Zaid bin Wahb dan Abu dlabyan dari Jarir bin Abdullah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah tidak mengasihani orang yang tidak mengasihani manusia.”

– Salah satu sifat Allah adalah Ar Rahman iaitu sifat rahmat Allah. Allah mahu kita juga bersifat begitu. Walaupun tidak akan sama tapi kita cuba sedaya upaya.

Berapa banyaknya rahmat Allah yang telah diberiNya. Bagaimanakah binatang yang tidak ada akal tapi Allah telah berikan perasaan untuk menjaga anaknya sampai besar? Bagaimana Allah telah berikan rezeki walaupun kepada ulat yang hidup dalam batu.

Tapi bukan Allah hanya mempunyai sifat yang lembut sahaja. Allah juga mempunyai sifat yang keras seperti menghukum dan sebagainya. Dalam istilah dinamakan sifat Jamal dan Jalal. Sifat yang Jalal itu adalah sihat yang keras.

Kalau tiada rahmat yang Allah berikan, maka amatlah rugi kehidupan dan akhir kehidupan manusia itu. Mereka memang nampak macam hidup senang, tapi mereka tidak nampak bahawa mereka telah melakukan kesalahan. Macam kaum Yahudi. Mereka sampai telah membunuh dan memburukkan nabi-nabi mereka sendiri. Oleh kerana itu, mereka akan masuk neraka. Mereka tak nampak bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Memang Allah memberikan mereka nikmat hidup di dunia. Tapi dengan nikmat yang Allah berikan itu akan menyusahkan mereka nanti.

 

6829 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَاصِمٍ الْأَحْوَلِ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ النَّهْدِيِّ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَسُولُ إِحْدَى بَنَاتِهِ يَدْعُوهُ إِلَى ابْنِهَا فِي الْمَوْتِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ارْجِعْ إِلَيْهَا فَأَخْبِرْهَا أَنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ وَلَهُ مَا أَعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى فَمُرْهَا فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ فَأَعَادَتْ الرَّسُولَ أَنَّهَا قَدْ أَقْسَمَتْ لَتَأْتِيَنَّهَا فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ مَعَهُ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ وَمُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ فَدُفِعَ الصَّبِيُّ إِلَيْهِ وَنَفْسُهُ تَقَعْقَعُ كَأَنَّهَا فِي شَنٍّ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ فَقَالَ لَهُ سَعْدٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذَا قَالَ هَذِهِ رَحْمَةٌ جَعَلَهَا اللَّهُ فِي قُلُوبِ عِبَادِهِ وَإِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

6829. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari ‘Ashim Al ahwal dari Abu Utsman an Nahdi dari Usamah bin Zaid berkata, “Pernah kami berada bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lantas datang utusan salah seorang di antara kedua puteri beliau memanggilnya pergi menemui anaknya anaknya (cucu) yang hampir mati. Tetapi Nabi bersabda kepada utusan: “Pulanglah, dan beritahukanlah kepadanya bahwa Allah berhak mengambil apa yang mahu diambilNya dan berhak memberi apa yang mahu diberiNya, dan segala sesuatu di sisi-Nya mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan. Suruhlah dia untuk bersabar dan mengharap-harap pahala.” Namun begitu anak perempuannya mengembali pula utusannya dengan membawa kata-kata anaknya yang bersumpah supaya Nabi datang juga bagaimanapun kepadanya. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri bersama Sa’d bin Ubadah dan Muadz bin Jabal. Apabila sampai, lalu anak kecil dari puteri beliau diserahkan beliau sedang nyawanya sudah tersengal-sengal seolah-olah nyawa sudah ada di gereba kulit yang usang. Melihat keadaan itu, air mata Nabi terus berlinang, maka Sa’d bertanya, ‘Wahai Rasulullah, mengapa anda menangis? ‘ Nabi menjawab: “Inilah rahmat (kesan belas kasihan) yang Allah letakkan dalam hati hamba-hambaNya, Sesungguhnya Allah mengasihani hambaNya yang tahu mengasihani.”

– Zainab menghantar utusan kepada Nabi kerana anaknya, iaitu cucu Nabi sedang tenat. Tapi mulanya Nabi tidak mahu pergi. Dia cuma memberi pesan sahaja. Bukan Nabi tak kesian kepada anak cucu. Tapi baginda ada banyak lagi tugas yang perlu dijalankan. Kalau hal beranak dan mati adalah perkara biasa kepada Nabi. Tapi kerana anaknya masih juga mahukan baginda pergi juga, maka bagindapun pergi bersama sahabat. Apabila Nabi pergi melihatnya, cucunya itu memang tercungap-cungap hampir nak mati. Mengalir air mata Nabi. Sahabat Nabi lihat Nabi menangis maka dia tanya kenapa Nabi menangis. Dia hairan kerana dia sangka Nabi tidaklah kisah sangat. Nabi kata itulah sifat rahmat yang Allah berikan juga kepada hambaNya. Itu adalah sifat Allah dan Allah letak dalam hati hamba-hambaNya. Ini tidak bermakna kita tidak sabar atau tidak redha dengan kententuan Allah. Yang tak boleh adalah meratap. Islam mengajar umatnya bersikap sederhana. Kita tenang sahaja apabila ada kematian. Tapi kalau agama lain, mereka akan meraung-raung. Terlampau sangat. Yang kita buat adalah menangis sahaja. Kerana biasanya naluri manusia akan rasa sedih dan akan menangis kalau terjadi kematian atau apabila kita kesedihan. Dilarang kalau tak sedih. Memang sepatutnya kita kena ada rasa sedih.

Allah kesian kepada orang yang kesian kepada orang lain. Bukanlah langsung tidak ada rahmat Allah kalau tidak ada kesian. Allah akan beri tapi akan ada bahagian yang Allah tidak beri.

Berbuat bakti kepada binatang. Allah akan balas

Kesian bukan hanya kepada manusia tapi kepada binatang juga. Ada lagi hadis lain yang berbunyi lebih kurang: Kesianlah apa-apa yang ada dibumi maka dilangit akan mengasihani kamu. Maka yang di bumi itu termasuklah binatang juga. Pernah kita berjumpa kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke dalam syurga kerana kesian kepada seekor anjing dan diberinya anjing itu minum. Dan dalam hadis yang lain, tentang seorang lelaki yang masuk ke dalam perigi kerana hendak memberikan seekor anjing yang kehausan minum. Allah membalas perbuatan baiknya itu dengan syurga.

 

 

 

 

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ }

Bab Firman Allah Taala {Sesungguhnya Akulah Yang Memberi Rezeki (Kepada Sekalian Makhluknya, Dan Dia Lah Sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan Yang Tidak Terhingga, Lagi Yang Maha Kuat Kukuh Kekuasaannya.} Surah Al-Zariyaat:58

الرَّزَّاقُ itu bermaksud: Tuhan yang sangat suka memberi rezeki. Bukan sikit-sikit Dia beri kalau berdasarkan daripada perkataan yang digunakan. Bukan sekali sahaja Dia beri rezeki, tapi selalu dan sentiasa. Tidak satu detik Allah tidak beri rezeki. Allah telah memberi jaminan dalam Quran bahawa Allah jamin rezeki kepada yang di bumi.

Bahan makanan Allah telah beri cukup sebenarnya. Tapi kalau orang yang menghalang itu lain. Sebab itulah ada yang terjadi kebuluran juga tu. Sebab makanan didunia ini banyak sangat. Tapi bila tidak kena atur itulah sebabnya ada yang tak terima makan tu. Kalau ada makanan tak cukup di satu negara, di negara lain sebenarnya melimpah ruah. Kalau mereka ada belas kasihan, maka negara yang banyak makanan akan memberikan lebihan makanan mereka. Itulah yang Allah nak tengok kita buat.

Apakah rezeki itu? Ianya adalah apa-apa yang boleh diambil manfaat oleh manusia samada makanan atau lain-lain. Samada yang halal atau haram. Itulah hakikat rezeki. Bukanlah bermakna elok kalau yang haram tu. Samada berdosa atau tidak itu lain cerita. Kalau makanan harimau adalah binatang lain. Kita sebagai manusia pun boleh makan binatang lain. Tapi agama lain yang sesat menyusahkan diri mereka kerana tidak sanggup nak makan binatang lain. Padahal Allah telah menjadikan binatang sebagai makan untuk kita. Adalah perbuatan yang bodoh kerana tidak memakan binatang.

Allah tetap memberi rezeki kepada mereka yang mensyirikkannya. Kerana Allah juga mempunyai sifat Sabar. Seperti yang disebutkan di dalam hadis dibawah. Dia tidak gaduh nak balas atas kesalahan manusia. Manusia tidak begitu. Manusia nak ajar orang lain kalau dia tak tahan marah, dia akan hukum dengan menahan memberi bantuan. Bukan bermakna dia tidak menghukum. Samada didunia atau di akhirat nanti. Takkan lepas.

 

6830 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ عَنْ أَبِي حَمْزَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِيِّ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَحَدٌ أَصْبَرُ عَلَى أَذًى سَمِعَهُ مِنْ اللَّهِ يَدَّعُونَ لَهُ الْوَلَدَ ثُمَّ يُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ

6830. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan dari Abu Hamzah dari Al A’masy dari Sa’id bin Jubair dari Abu ‘Abdurrahman assulami dari Abu Musa Al asy’ari berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Tidak ada sesiapapun yang lebih sabar atas sesuatu perkara yang menyakiti yang didengarnya lebih daripada Allah. Mereka mendakwa dia mempunyai anak, namun Dia tetap juga mensejahterakan mereka dan memberi rezeki kepada mereka.”

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { عَالِمُ الْغَيْبِ فَلَا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا } وَ { إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ } وَ { أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ } { وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثَى وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ } { إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ } قَالَ يَحْيَى الظَّاهِرُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَالْبَاطِنُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

Firman Allah: Dia mengetahui perkara ghaib. Dia tidak menyatakan perkara ghaib kepada sesiapapun.
Sesungguhnya padaNya juga ada pengetahuan tentang kiamat
Dia menurunkannya menurut ilmuNya
Tidak ada seorang wanita pun yang mengandung dan bersalin melainkan menurut pengetahuanNya
KepadaNya jua dikembalikan pengetahuan tentang kiamat.
Abu Abdillah berkata: Yahya berkata: az-zahir bermakna mengetahui segala pengetahuan zahir yang nyata dan yang mengetahui segala perkara yang tersembunyi (yang batin)

Allah mengetahui segala benda yang nyata dan yang batin (tersembunyi). Kita yang nyata pun kita tak tahu. Sesuatu perkara itu sebelum ada lagi Allah dah tahu. Sebelum kita menikah Allah dah tahu anak kita berapa, apa namanya, berapa anaknya dan segalanya.

 

6831 – حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِيحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

6831. Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Dinar dari Ibn Umar radliyallahu’anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Anak-anak kunci perkara ghaib ada lima; tidak ada yang mengetahuinya selain Allah, tidak ada yang mengetahui apa yang berkurang di dalam rahim selain Allah, tidak ada yang mengetahui apa yang terjadi esok hari selain Allah, tidak ada yang mengetahui bila hujan datang selain Allah, dan tidak ada siapapun manusia yang tahu di bumi mana dia akan meninggal selain Allah, dan tidak ada yang mengetahui bilakah kiamat terjadi selain Allah.”

– Menunjukkan sifat Ilmu Allah. Meliputi segalanya. Kita tahu sikit-sikit sahaja. Kita memang boleh tahu akan turunnya hujan pada waktu-waktu tertentu. Tapi kita tak tahu kesan hujan itu nanti. Apa yang dibawa oleh hujan itu. Atau hikmat disebalik hujan itu. Kita mungkin boleh tahu bahawa anak yang akan keluar dari perut ibu itu adalah lelaki atau perempuan. Tapi kita memerlukan alat untuk ultrasound perut ibu itu. Tapi Allah tahu tanpa alat. Atau kadang-kadang keluar bukan apa doktor nampak dalam ultrasound. Nasib anak itu kita tak tahu macam mana. Apa yang dia akan buat dan sebagainya. Sikit sangat yang kita tahu. Pengetahuan kita bukan aalimul ghaib. Malaikat dan Nabi pun tak tahu.

 

6832 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ إِسْمَاعِيلَ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَنْ حَدَّثَكَ أَنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَبَّهُ فَقَدْ كَذَبَ وَهُوَ يَقُولُ { لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ } وَمَنْ حَدَّثَكَ أَنَّهُ يَعْلَمُ الْغَيْبَ فَقَدْ كَذَبَ وَهُوَ يَقُولُ لَا يَعْلَمُ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

6832. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ismail dari Asy Sya’bi dari Masruq dari ‘Aisyah radliyallahu’anhuma, ia berkata, “Barangsiapa menceritakan kepadamu bahwa Muhammad Shallallahu’alaihiwasallam telah melihat Tuhannya berarti dia telah dusta, karena Allah berfirman: ‘(Ia tidak dapat ditanggapi oleh pandangan) ‘ (Qs. Al An’am: 103), dan barangsiapa menceritakan kepadamu bahwa ia (Muhammad) tahu perkara yang ghaib, berarti ia telah dusta, sebab Allah berfirman: ‘Tidak ada yang tahu perkara yang ghaib melainkan Allah‘.”

– Iaitu Nabi pun tidak dapat melihat Allah semasa didunia. Begitu juga dengan ilmu-ilmu tentang perkara ghaib yang lain-lain. Apa sedikit yang kita tahu adalah kerana diberitahu oleh Allah. Macam Nabi mendapat wahyu itu adalah kerana diberi pengetahuan oleh Allah. Ianya memang perkara ghaib tapi diberitahu oleh Allah.

Ada kisah seorang kafir yang kata Nabi tidak tahu pun unta dia dimana. Ini adalah kerana pernah unta Nabi hilang. Dia kata kalau unta sendiri pun tak tahu, macam mana dia nak tahu perkara-perkara langit, dia kata. Nabi kata baginda tidak tahu melainkan Allah beritahu. Allah telah beritahu dimana unta baginda. Maknanya, Nabi Muhammad, apa-apa pengetahuan yang dia tahu adalah kerana Allah yang beritahu.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s