We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tauhid: Hadis Tentang Doa Ataupun Seruan Nabi Kepada Ummatnya Kepada Mentauhidkan Allah January 6, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tauhid — visitor74 @ 9:43 pm
Tags: , , , , , ,

Sahih Bukhari Kitab Tauhid: Hadis Tentang Doa Ataupun Seruan Nabi Kepada Ummatnya Kepada Mentauhidkan Allah Maha Berkat Nama-Namanya

كِتَاب رَدّ الْجَهْمِيَّةِ وَغَيْرهمْ التَّوْحِيد

Kitab Sanggahan Terhadap al-Jahmiyyah Dan Selain Mereka – al-Tauhid

– Siapakah Jahmiyyah ini? Ianya dimulakan oleh seorang yang bernama Jahm bin Safwan. Pendapatnya lebih kurang sama dengan golongan murjiah juga. Seperti yang kita telah belajar sebelum ini, Imam Bukhari memang menentang golongan Murjiah itu. Setelah Jahm bin Safwan ditentang, dia telah berlindung didalam kumpulan sufi.

Selain daripada Jahmiyyah, ada lagi kumpulan yang ada masalah dengan tauhid. Seperti kumpulan Syiah Rafidhoh, Qadhariah, Muktazilah dan beberapa lagi. Itulah yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya: “Dan Selain Mereka”. Itu adalah kumpulan-kumpulan yang besar. Selain daripada itu adalah lagi kumpulan kecil-kecil yang timbul kemudiannya. Kumpulan yang ditentang oleh Imam Bukhari adalah kumpulan Jahmiyyah. Kerana itulah kumpulan yang muncul dizamannya maka dia terpanggil untuk menjelaskan kedudukan mereka. Seperti juga dia terpanggil untuk menentang golongan Murjiah.

Puak-puak itu mengatakan ahli sunnah ada pemahaman syirik kerana menggunakan nama-nama Allah selain dari Allah seperti Ar-Rahman, Ar-Rahim dan lain-lain. Mereka kata kita menduakan Allah pula. Itu adalah pemahaman yang salah.

Tauhid adalah tajuk yang amat penting sekali. Perkara berkenaan tauhid telah banyak diselit didalam bab-bab yang dahulu. Tetapi Imam Bukhari meletakkannya di dalam satu kitab untuk memberi penekanan kepadanya.

Imam Bukhari menyudahi kitab ini dengan hadis tentang tasbih. Iaitu kalam Allah. Seperti juga sesuatu majlis bila nak tutup kena tasbih. Dia sudahi dengan kaffarah. Macam keseluruhan kitab Sahih Bukhari ini adalah satu majlis.

Puak Jahmiyyah itu bukan hendak menolak tauhid. Mereka hendak tauhid tapi tauhid mereka tidak kena. Jadi itu yang Imam Bukhari nak tolak. Kalau faham salah, maka mereka boleh jadi kafir. Tuhan sendiri mengatakan yang Dia mempunyai sifat-sifat yang mulia. Bukanlah Dia memerlukan ‘sifat mendengar’ untuk mendengar. Dia ada sifat tapi tak sama dengan sifat manusia yang memerlukan telinga untuk mendengar sebagai  contohnya. Dalam ilmu tauhid kita akan belajar bahawa tidak boleh membatalkan sifat Allah. Tauhid itu kena mengikut apa yang Nabi ajar.

Ada yg mengatakan kalau Allah buat benda tidak elok, maka Allah tidak eloklah. Seperti sifat Allah ‘Menyesatkan’. Ada beza antara ‘hendak’ dan ‘redha’. Semua terjadi dengan kehendak Allah tapi bukanlah dengan keredhaanNya.

 

بَاب مَا جَاءَ فِي دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّتَهُ إِلَى تَوْحِيدِ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى

Bab Hadits Tentang Doa Ataupun Seruan Nabi Kepada Ummatnya Supaya Mentauhidkan Allah Maha Berkat Nama-Nama-Nya Dan Maha Tinggi KeagunganNya

– Nabi menyeru kepada tauhid. Inilah ajaran yang paling penting. Itulah yang mula-mula diajar Nabi. Ini juga adalah Isyarat juga kepada mulanya kitab, iaitu ‘Permulaan’. Bukhari akan memulakan sesuatu kitab dengan isyarat ‘mula’. Nabi mengajar bahawa perkara yang mula-mula sekali kena ajar adalah berkenaan dengan Tauhid.

 

6823 – حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ إِسْحَاقَ عَنْ يَحْيَى بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَيْفِيٍّ عَنْ أَبِي مَعْبَدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ

6823. Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim telah menceritakan kepada kami Zakariya bin Ishaq dari Yahya bin Muhammad bin Abdullah bin Shaifi dari Abu Ma’bad dari Ibn Abbas radliyallahu’anhuma, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus Mu’adz ke negeri Yaman.”

6824 – و حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي الْأَسْوَدِ حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أُمَيَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ صَيْفِيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا مَعْبَدٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ يَقُولُ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ لَمَّا بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ إِلَى نَحْوِ أَهْلِ الْيَمَنِ قَالَ لَهُ إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى فَإِذَا عَرَفُوا ذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ فَإِذَا صَلَّوْا فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ زَكَاةً فِي أَمْوَالِهِمْ تُؤْخَذُ مِنْ غَنِيِّهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فَقِيرِهِمْ فَإِذَا أَقَرُّوا بِذَلِكَ فَخُذْ مِنْهُمْ وَتَوَقَّ كَرَائِمَ أَمْوَالِ النَّاسِ

6824. Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Abu Al Aswad telah menceritakan kepada kami Al Fadll bin Al ‘Ala telah menceritakan kepada kami Ismail bin Umayyah dari Yahya bin Muhmmad bin Abdullah bin Shaifi ia mendengar Abu Ma’bad mantan budak Ibn Abbas, berkata, aku mendengar Ibn Abbas berkata, “Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mahu mengutus Mu’adz ke negeri Yaman, Nabi berpesan: “Wahai Mu’adz, engkau mendatangi kaum ahli kitab, maka jadikanlah dakwah pertama-tama yang engkau sampaikan adalah agar mereka mentauhidkan Allah ta’ala. Apabila mereka telah mengenal tauhid itu, beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan lima salat kepada mereka dalam sehari semalam. Bila mereka telah salat, beritahulah mereka bahwa Allah mewajibkan zakat pada harta mereka, yang diambil dari yang kaya, dan diberikan kepada yang miskin, dan jika mereka telah menerima yang demikian, ambilah harta mereka dan hindarilah dari mengambil harta-harta orang yang terbaik sahaja.”

– Ajaran yang paling penting dalam Islam adalah tauhid. Ini adalah Makrifat. Mesti kenal Allah dahulu. Kita kena tahu siapakah yang menyuruh dan melarang kita melakukan sesuatu?

Bukanlah nak bahagikan satu-satu. Bukan nak kata kenal Allah betul-betul dulu baru solat. Kenalah buat sekali. Kerana apabila telah masuk Islam, kena terus melakukan solat. Selepas kenal Allah kena solat. Ini berkenaan amalan yang berkenaan diri individu. Kemudian melibatkan masyarakat iaitu beri zakat.

 

6825 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي حَصِينٍ وَالْأَشْعَثِ بْنِ سُلَيْمٍ سَمِعَا الْأَسْوَدَ بْنَ هِلَالٍ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ :قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مُعَاذُ أَتَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ قَالَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا أَتَدْرِي مَا حَقُّهُمْ عَلَيْهِ قَالَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ أَنْ لَا يُعَذِّبَهُمْ

6825. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Hushain dan Al Asy’ats bin Sulaim keduanya mendengar Al Aswad bin Hilal dari Mu’adz bin Jabal berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai Mu’adz, tahukah kamu apakah hak Allah atas hambaNya?” “Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu, ” Jawab Mu’adz. Nabi bersabda lagi: “Yaitu mereka menyembah kepada-Nya dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Tahukah engkau apa hak mereka atas Allah?” tanya Nabi selanjutnya.”Allah dan Rasul-Nya yang lebih lebih tahu.” Jawab Mu’adz. Nabi bersabda: “Yaitu Dia tidak menyiksa mereka.”

Menyembah disini adalah bermaksud mantauhidkanNya. Itulah hak Allah keatas hamba.

Janji Allah kepada hambaNya ialah Allah tidak menyeksa mereka apabila mereka tidak syirik. Allah yang jamin sendiri. Bagaimana kalau ada yang ada dosa? Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu untuk menerima siksaan dan selepas mereka telah menerima siksaan yang sepatutnya, mereka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Maknanya seksaan tidak abadi. Tetapi, tidak tahulah berapa lama mereka akan berada dalam neraka itu. Sesaat pun kita tidak mahu duduk dalam neraka. Bau neraka pun kita tak nak hidu.
Ataupun ia juga bermakna: kalau mereka betul betul bertauhid, mereka tidak akan melakukan dosa. Maka mereka akan masuk syurga tak masuk neraka langsung kerana mereka tidak mempunyai dosa.
Jadi ada dua kemungkinan disitu. Dua keadaan.

 

6826 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ لَهُ ذَلِكَ وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
زَادَ إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَخْبَرَنِي أَخِي قَتَادَةُ بْنُ النُّعْمَانِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

6826. Telah menceritakan kepada kami Ismail telah menceritakan kepadaku Malik dari Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Sha’sha’ah dari Ayahnya dari Abu Sa’id Al Khudzri, bahwa ada seorang laki-laki mendengar seseorang yang membaca QULHUWALLAHU AHAD (QS.Surat al-ikhlas), ia mengulang-ulanginya. Pagi keesokan harinya, ia menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengutarakan kisahnya yang seolah-olah si laki-laki tadi seperti dia menganggap terlalu remeh (sedikit) bacaannya. Maka Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam bersabda: “Demi Tuhan yang aku berada di tanganNya, Sungguh surah itu menyamai sepertiga alquran.” Dan Ismail bin Ja’far menambahkan dari Malik dari Abdurrahman dari Ayahnya dari Abu Sa’id telah mengabariku saudaraku Qatadah bin Nu’man dari nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Surah itu lebih kedudukannya kerana mengandungi ajaran tauhid. Maknanya ajaran tauhid itu ada dalam Quran.
Berkenaan akidah. Kedua, ia berkenaan dengan hal kenabian. Akhirat. Itulah tiga isi Quran.

Makna Ahad: Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat tuhan. Nabi tidak mungkin jadi tuhan.  Allah sahaja tempat kita meminta. Tidak meminta kepada Nabi macam agama lain. Macam agama Kristian, mereka meminta kepada Nabi Isa.

 

6827 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ حَدَّثَنَا عَمْرٌو عَنْ ابْنِ أَبِي هِلَالٍ أَنَّ أَبَا الرِّجَالِ مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ حَدَّثَهُ عَنْ أُمِّهِ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَكَانَتْ فِي حَجْرِ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلَاتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

6827. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Shalih telah menceritakan kepada kami Ibn Wahb telah menceritakan kepada kami Amru dari Ibnu Abu Hilal bahwa Abu Rijal Muhammad bin Abdurrahman menceritakan kepadanya dari Ibunya Amrah binti Abdurrahman yang dahulu adalah anak angkat Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dari ‘Aisyah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengutus seorang laki-laki memimpin satu kumpulan tentera. Laki-laki tersebut membaca dalam salatnya apabila menjadi imam dengan QULHUWALLAHU AHAD (Surat al Ikhlash) dan menutupnya juga dengan surat itu. Dikala mereka pulang, mereka menceritakan hal ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lantas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Kamu tanyailah dia, mengapa dia berbuat sedemikian? ‘ Mereka pun menanyainya, dan sahabat tadi menjawab, ‘Sebab surat itu ada mengandungi sifat Arrahman, dan aku menyukai membacanya.’ Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Beritahukanlah kepadanya bahwa Allah menyintainya.”

Orang yang kasih kepada Allah, Allah akan kasih kepada dia.
Surah ini penting kerana mengajar tauhid.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s