We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Kelebihan Orang Yang Bermalam Dalam Keadaan Berwudhu January 4, 2013

Nota: Ini adalah kelas terakhir untuk Kitabul Wudhu’.

بَاب فَضْلِ مَنْ بَاتَ عَلَى الْوُضُوءِ

Bab Kelebihan Orang Yang Bermalam Dalam Keadaan Berwudhu

239 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ ثُمَّ قُلْ اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ قَالَ فَرَدَّدْتُهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا بَلَغْتُ اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ قُلْتُ وَرَسُولِكَ قَالَ لَا وَنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

239. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Sa’ad bin ‘Ubaidah dari Al Bara’ bin ‘Azib berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila engkau hendak ketempat tidurmu (atau telah berada di tempat tidur) maka berwudulah seperti wudu untuk shalat, lalu berbaringlah pada lambung kananmu dan bacalah: ALLAHUMMA ASLAMTU WAJHII ILAIKA WA FAWWADTU AMRII ILAIKA WA ALJA`TU ZHAHRII ILAIKA RAGHBATAN WA RAHBATAN ILAIKA LAA MALJA`A WA LAA MANJAA ILLAA ILAIKA ALLAHUMMA AAMANTU BIKITAABIKALLADZII ANZALTA WANNABIYYIKALLADZII ARSALTA (Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku pasrahkan segala urusanku kepada-Mu, aku sandarkan belakangku kepada-Mu dengan perasaan cinta dan takut kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan lari dariMu melainkan kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab-Mu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan Nabi-Mu yang Engkau utus) ‘. Jika kamu meninggal pada malam itu, maka kamu dalam keadaan fitrah dan jadikanlah do’a ini sebagai akhir kalimat yang kamu ucapkan.” Al Bara’ bin ‘Azib berkata, “Maka aku mengulangi do’a tersebut di hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hingga sampai pada kalimat: ALLAHUMMA AAMANTU BIKITAABIKALLADZII ANZALTA (Ya Allah, aku beriman kepada kitab- Mu yang Engkau turunkan), aku ucapkan: WA RASUULIKA (dan rasul-Mu), beliau bersabda: “Tidak, tetapi baca dengan WANNABIYYIKALLADZII ARSALTA (dan kepada Nabi-Mu yang Engkau utus).”

– Apabila kita bangun tidur, kita akan mengambil wudu kerana nak mengerjakan solat subuh. Dan apabila kita nak tidur, kita disunatkan untuk mengambil wudu supaya menyucikan diri. Maka kita memulakan hari kita dengan wudu dan mengakhirinya dengan wudu juga. Walaupun ianya adalah sunat, tapi amat digalakkan.

Imam Bukhari juga meletakkan tajuk yang melibatkan tidur di dalam penghujung kitab wudu ini sebagai isyarat kepada mati. Kerana tidur itu adalah saudara kepada mati. Maka, nak memberitahu bahawa dalam kita nak mati itu pun, perlu juga kita menyucikan diri kita.

Dari hadis ini juga kita dapat tahu bahawa wudu itu bukan sahaja untuk solat. Kalau untuk tidur pun ada kelebihan juga untuk ambil wudu. Begitu juga, dalam ibadat-ibadat lain seperti membaca quran, disunatkan kita untuk berwudu.

Apakah ‘wudu’ yang dimaksudkan dalam hadis ini? Kerana wudu itu ada dua makna. Wudu dari segi bahasa ialah ‘membersihkan diri’ dan wudu dari segi syariat pula adalah perbuatan yang dimulai dengan membasuh tangan dan diakhiri dengan membasuh kaki yang biasa kita buat itu. Dalam bahasa Arab, kalau membasuh muka dan badan untuk menyegarkan diri atau membersihkan diri itu pun, mereka panggil wudu juga. Oleh kerana disebutkan dalam hadis bahawa disuruh mengambil wudu ‘seperti untuk solat’, maka kita faham bahawa wudu yang dimaksudkan adalah wudu dari makna syariat. Kena tahu juga bahasa Arab ini. Jangan salah faham. Kadang-kadang salah faham makna yang menyebabkan kita buat benda yang salah. Macam pernah Umar mengatakan bahawa solat terawih berjemaah itu adalah ‘bidaah yang baik’. Bukanlah dia maksudkan bidaah dari segi syariat. Tapi dia maksudkan bidaah dari segi bahasa. Bidaah dalam maksud itu adalah perkara yang baru dibuat sebab dah lama tidak dibuat setelah Nabi hanya melakukan solat Terawih berjemaah selama dua atau tiga hari sahaja. Ini diceritakan dengan lebih lanjut di dalam bab yang lain.

Nabi mengajar manusia bagaimana hendak tidur. Apabila kita hendak mula tidur itu, kita disunatkan baring pada lambung kanan. Ini mengingatkan kita tentang mati kerana apabila jenazah dimasukkan ke dalam kubur, jenazah akan dibaringkan pada lambung kanan. Itu sudah mengingatkan kita kepada mati. Kalau selepas itu badan kita menelentang dan sebagainya, tidak mengapa. Yang penting adalah permulaan semasa tidur itu. Kalau kita buat sekejap pun tidak mengapa. Jadi pertamanya, untuk mengingatkan mati. Keduanya, kata ulama, Nabi tidur di lambung kanan kerana kalau tidur lambung kanan, mudah untuk bangun tidur nanti.

Ini adalah Sunnah Nabi. Maka eloklah diikut. Sunnah ni kena ikut samada yang kecil dan yang besar. Jangan tinggalkan mana-mana. Jangan kita ingat ianya kecil, kita tak buat. Dan janganlah kita buat yang kecil-kecil sahaja sampai yang besar kita tinggalkan. Semua kita kena tahu dan ikut mana yang boleh dibuat. Kerana kita mengharapkan pahala. Kalau kita buat dan tidak niat dalam hati bahawa ianya adalah Sunnah, kita tak dapat pahala. Contohnya kita memang selalu tidur lambung kanan. Tapi kita buat bukan sebab kita qasad dalam hati yang ianya adalah Sunnah, maka tak dapat pahala tu.

Mari kita kupas doa yang Nabi telah ajar itu:

ALLAHUMMA ASLAMTU WAJHII ILAIKA: kita menyerahkan diri kita kepada Allah. Kalau kita tidur, boleh lagi kita ikhtiar nak bangun. Suruh orang lain gerak atau kita pasang jam loceng. Tapi kalau kita dah mati nanti? Waktu itu tidak ada penyerahan lagi kepada sesiapa melainkan kepada Allah sahaja. Ada orang yang masih lagi mengharap kepada orang lain nak menolong dia. Ada yang suruh keluarga buat kenduri lepas dia mati. Ada yang mengharap orang lain doakan kepada mereka. Jangan begitu.

Maka, dalam tidur juga kita menyerahkan diri kita kepada Allah. Dalam tidur, selalunya kita tidak mampu mempertahankan diri kita.

WA FAWWADLTU AMRII ILAIKA: Kita menyerahkan segala urusan kita kepada Allah. Banyak sekali urusan kita dalam dunia ini. Kita memerlukan Allah.

Allah lagi boleh buat lebih molek dari kita. Tentang agama Allah pun Allah akan jaga. Jangan kita kata apalah akan jadi kepada agama ini bila kita dah tiada lagi. Allah akan membangkitkan orang lain yang mungkin lebih baik kita untuk menjaga agamaNya.

Ada yang risau bila dia dah mati nanti apa akan jadi kepada anak-anak dia yang kecil lagi tu. Serahkan kepada Allah. Berapa banyak yang anak yang nampak macam tak matang lagi, tapi bila ibubapa dah tiada, mereka jadi matang dengan sendiri. Sebab mak ayah ada lagi lah yg menyebabkan mereka terlalu bergantung sampai tak matang-matang.

Kadang-kadang kita rasa ibadat kita tak sempurna. Risau sangat. Selepas kita melakukan ibadah itu, kita serahkan sahaja kepada Allah kerana kita dah buat yang terbaik. Allah boleh cukupkan kalau Dia mahu.

WA ALJA`TU ZHAHRII ILAIKA: aku sandarkan punggungku kepada-Mu. Itu makna dari segi bahasa. Dari segi maknanya, kita bertawakal kepada Allah.
Harapan kepada Allah. Mengajar kita tentang tauhid.

RAGHBATAN WA RAHBATAN ILAIKA: dengan perasaan cinta dan takut kepada-Mu. Dua jenis perasaan ini memang kena selalu ada. Kita mengharap dan dalam masa yang sama kita takut juga kepadaNya. Macam kepada ibubapa. Kita sayang tapi dalam masa yang sama, kita takut juga kepada mereka.

Janganlah kita hanya ingat bahawa Allah itu bersifat arRahman sampai kita lupa bahawa Allah juga mampu untuk menyeksa kita. Kena takut juga kepada Allah.

LAA MALJA`A WA LAA MANJAA ILLAA ILAIKA: Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari siksa-Mu melainkan kepada-Mu. Kalau manusia yang nak cari kita, boleh lagi kita lari. Tapi kalau Allah nak hukum kita, mana lagi kita nak lari? Dan lagi satu, hanya kepada Allahlah sahaja tempat kita berlindung.

AAMANTU BIKITAABIKALLADZII ANZALTA: aku beriman kepada kitab-Mu yang Engkau turunkan. Kena beriman kepada kitab diluar tidur juga. Kena ikut apa ajaran Quran itu. Jangan hanya cakap sahaja.

WANNABIYYIKALLADZII ARSALTA: dan kepada Nabi-Mu yang Engkau utus. Dalam bahagian hadis yang terahir ini perawi telah menukar perkataan ‘Nabi’ kepada ‘Rasul’. Sebab faham dia pun dua perkara itu yang sama juga. Tapi Nabi tidak benarkan. Kena pakai perkataan ‘Nabi’ juga. Antaranya adalah kerana kalau ‘Rasul’ itu, merujuk juga kepada malaikat. Sebab ada rasul dari kalangan manusia dan dari kalangan malaikat. Tapi kalau ‘Nabi’ itu, hanya dari kalangan manusia juga. Dah ada maksud ‘yang Kau utuskan’. Maknanya disitu, sudah ada makna ‘rasul’ juga disitu. Ini juga untuk ingatkan bahawa Nabi itu manusia. Baginda adalah Nabi lagi rasul.

Ini adalah doa yang amat molek sekali kerana dalam doa ini ada mengandungi elemen mengucap syahadah. Tapi dalam bentuk yang lain sikit.

Apakah maksud ‘Fitrah’?. Ianya bermaksud mati dalam keadaan bersih. Bila bangun nanti, seperti kita tidak berdosa lagi kerana Allah telah bersihkan dosa kita.
Ia juga bermakna kita tidak berdosa macam anak tiada dosa. Sebab itulah ulama berpendapat bahawa anak orang kafir itu masuk syurga kerana mereka tidak ada dosa lagi. Fitrah juga bermaksud suci zahir dan batin.

Tidur lambung kanan

Ada beberapa pengajaran dari hadis ini. Pertamanya, wudu dan doa digalakkan. Mudah sahaja untuk dilakukan.
Mula tidur pada lambung kanan itu Sunnah.
Elok untuk mengulang kembali pengajaran yang kita dapat dari guru supaya guru dapat membenarkannya atau memperbetulkannya jika salah.
Guru kena tegur kalau ada kesilapan .
Ada beza antara makna rasul dan Nabi.
Tidak boleh ubah zikir sesuka hati kita.
Nabi Muhammad itu adalah berpangkat Nabi dan juga Rasul.

Doa yang diberi oleh Nabi kena diikuti bacaannya seperti apa yang telah diberikan oleh Nabi. Tidak boleh diubah. Tentu ada sebab kenapa begitu. Sepatah pun tak boleh ubah.
Kerana doa yang telah diberi oleh Nabi itu dalam ayat dan perkataan sebegitulah yang direstui Allah. Tepat maknanya. Kalau pengarang hebat pun kita dah tak boleh nak ubah. Akan lari makna. Inikan pula kalau dari Allah dan rasul. Bahasa Arab pula tu. Bahasa yang mempunyai makna yang mendalam yang tidak boleh ditukar. Oleh itu, kalau doa yang diajar oleh Nabi dan Allah jangan ditukar. Ada kelebihan dalam bahasa.

Janganlah kita ubah. Macam sekarang berapa banyak orang mengubah doa sampai mengubah agama. Buat majlis tahlillah dan sebagainya. Sebab mereka salah faham dari segi makna ‘tahlil’ itu. Janganlah kita buat apa yang Nabi tak ajar.

Isyarat kepada tamat dalam hadis ini. Ada kata akhir. Akhir kata sebelum tidur.

Habislah sudah kitab Wudu.

 

Lompat ke Kitab yang seterusnya, iaitu Kitab Mandi Janabah

 

Kuliah Maulana Asri 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s