We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Memberus Gigi January 2, 2013

بَاب السِّوَاكِ

Bab Memberus Gigi

Ulama khilaf samada memberus gigi itu adalah sunat wudu atau sunat solat. Oleh kerana Imam Bukhari meletakkan tajuk ini dalam kitab wudu, menunjukkan pilihannya. Iaitu memberus gigi ini adalah sunat sebelum wudu. Bukan bersama wudu pun. Sebab kalau ‘bersama’ wudu, mungkin boleh dikatakan gosok gigi selepas basuh muka pula. Kekeliruan ini timbul kerana ada beberapa jenis riwayat tentang bersiwak ini menyebabkan ada yang mengatakan ianya dilakukan sebelum solat. Itulah sebabnya ada yang menyelit sugi di celah telinga  atau didalam poket dan sejurus sebelum mereka memulakan solat, mereka akan bersiwak. Tapi Imam Bukhari berpendapat ianya sunat dilakukan sebelum wudu dan ianya dibuktikan dengan hadis yang dibawanya dibawah.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ بِتُّ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَنَّ

Ibn Abbas menceritakan: aku bermalam di rumah Nabi SAW, beliau memberus gigi.

237 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدْتُهُ يَسْتَنُّ بِسِوَاكٍ بِيَدِهِ يَقُولُ أُعْ أُعْ وَالسِّوَاكُ فِي فِيهِ كَأَنَّه يَتَهَوَّعُ

237. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ghailan bin Jarir dari Abu Burdah dari Bapaknya (Abu Musa al Asyaari) ia berkata, “Aku pergi menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan aku dapati beliau sedang memberus gigi dengan kayu sugi di tangannya sambil mengeluarkan bunyi, “Uk’ Uk’.” ketika itu kayu sugi ada di mulutnya semacam beliau hendak muntah.”

Banyak kelebihan menggosok gigi

– Dari hadis ini kita lihat yang Nabi bersugi yang sampai baginda kelihatan hampir muntah. Kalau begini keadaannya, ia tidak sesuai kalau dilakukan sejurus sebelum solat. Tak molek pula. Dan apa kata kalau betul-betul termuntah? Atau dia nak kena ludah? Padahal Nabi dah larang sahabat meludah dalam masjid. Maka, hujah Imam Bukhari adalah, keadaan begini adalah sesuai di tempat lain, iaitu sebelum wudu.

– Persoalan kedua adalah samada kena pakai siwak yang sama dipakai Nabi kah? Kerana Nabi pakai samada kayu arak atau kayu zaitun. Adakah kita kena pakai bahan yang sama juga? Tidak sunnahkah kalau pakai berus gigi macam kita biasa pakai zaman sekarang ni? Salahkan kalau kita pakai colgate? Tidak dapat pahalakah kalau kita gosok gigi tak pakai kayu sugi?

Dari segi bahasa, perkataan ‘siwak‘ itu asalnya bermakna ‘berus gigi’. Dan zaman Nabi, cara memberus gigi adalah dengan cara pakai kayu sugi yang digunakan di zaman itu. Nabi pun kadang-kala kalau tiada kayu, baginda akan pakai jari baginda sahaja. Maka, tidak semestinya memakai kayu arak itu. Yang Sunnahnya adalah membersihkan gigi.

Sunnah terbahagi kepada tasyiriyah dan ghairu tasyiriyah. Tasyiriyah itu yang melibatkan hukum samada wajib atau sunat. Ghairu tasyiriyah (tidak termasuk dalam syariat) tidak sunat. Ianya harus sahaja. Malahan, kadang-kadang tidak sesuai dilakukan. Kerana ianya berkenaan dengan zaman itu. Macam cara basuh gigi zaman itu memang pakai kayu arak atau kayu zaitun. Itulah sebabnya Nabi pakai kayu itu. Yang bukan Islam pun pakai kayu yang sama juga. Bukan hanya orang Islam sahaja.

Cara yang mudah untuk mengenal manakah perbuatan Nabi yang ghairu tasyiriyah adalah kita lihat samada orang kafir buat juga atau tidak. Macam pakaian Nabi, baginda pakai kain, pakai jubah dan sebagainya. Perbuatan itu adalah perbuatan zaman itu. Abu Jahal pun pakai pakaian yang sama juga. Maka ianya bukan Sunnah. Begitu juga dengan makanan Nabi. Nabi selalu makan roti. Roti itu diperbuat dari barli sebab murah. Maka, adakah kita nak kena ikut makan roti begitu juga? Kalau kita nak ikut juga, maka akan susahlah kita, sebab nak kena order dan import pula jenis roti yang susah nak didapati di Malaysia ini.

Nabi mengembara pakai unta atau kuda. Adakah kita kena pakai begitu juga untuk ke mana-mana? Tidak. Malahan, itu akan melambatkan kita pula. Maka ianya dilarang. Sebab menyusahkan. Begitu juga Nabi berperang pakai pedang. Kalau kita nak ikut juga pakai pedang, maka akan kalahlah kita sebab musuh pakai senapang meriam dll. Itu dilarang. Nabi pernah perang gali lubang. Kalau kita buat macam tu, memang buang masa. Maka, bukanlah semua perkara yang Nabi buat kita kena ikut seratus peratus.

Yang kita kena ikut adalah Sunnah baginda yang tasyiriyah. Macam gosok gigi, kita buat sebelum wudu sebab orang kafir tak wudu. Kita makan dengan tangan kanan dan baca basmalah sebab kafir tak buat. Bukan Islam juga tidur, tapi sunnahnya adalah tidur dilambung kanan kerana kafir tak buat macam tu. Kena pandai pastikan mana satu sunnah, mana satu tidak.

Ada banyak kelebihan menggosok gigi. Antara yang sempat ditulis:
Pertamanya Allah redha dengan kita.
Melapangkan kubur
Menjadi teman dalam kubur
Malaikat suka. Bersalam dengan kita. Kita sahaja tak sedar.
Cerahkan kulit
Menyerikan muka sebab darah elok
Membuang kahak maka pernafasan akan jadi elok. Itulah sebabnya Nabi menggosok gigi sampai nak muntah tu.
Mata akan jadi elok
Gusi kuat
Menjadi kaya
Kuatkan ingatan
Memudahkan roh keluar. Nabi sebelum mati dia nampak sugi dan Aisyah tahu yang baginda nak gosok gigi. Maka Aisyah gigitkan kayu sugi untuk baginda. Selepas bersugi, Nabi pun wafat.
Memudahkan ingat syahadah semasa hendak mati
Kurangkan pening kepala
Mengelakkan keguguran rambut
Mencerahkan mata
Melancarkan percakapan
Kesihatan jantung
Makanan senang hadam
Senang dapat anak. Memekatkan air mani
Mendapat buku amalan suratan dari tangan kanan
Menghilangkan kepanasan badan
Malaikat Arash akan mendoakan kebaikan untuk kita.
Membantu capai segala hajat
Dapat pahala dari orang yang tak berus gigi. Ini sebagai kurnia Allah
Pintu syurga terbuka untuknya
Malaikat akan memujinya
Memekatkan air mani
Dapat minum air telaga kautsar
Pintu neraka ditutup kepadanya

Semua kelebihan memberus gigi diatas diambil daripada kitab. Rujukan penulis kitab ada yang berdasarkan kepada hadis yang sahih, dhaif dan ada juga yang palsu. Yang penting, kita kena mengamalkannya. Sebab kalau perbuatan itu sunnah, itu pun baik dah. Yang ianya adalah perbuatan sunnah, sudah pasti. Itu pun dah banyak nikmat dah  kita akan dapat.

238 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ

238. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa’il dari Hudzaifah berkata, “, Nabi SAW membersihkan mulutnya dengan sugi apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangun di malam hari.”

– Solat malam diwajibkan kepada baginda. Baginda mengajar kita bahawa elok untuk memberus gigi apabila hendak solat. Berus gigi ini tidaklah wajib. Kerana ada hadis bagaimana kadang-kadang Nabi hanya berkumur sahaja, dan kadang-kadang baginda tidak berkumur pun, terus solat pun ada. Menunjukkan bahawa perbuatan memberus gigi ini adalah sunat, termasuk kepada baginda Nabi juga. Hanya diwajibkan berus gigi kepada baginda pada peringkat permulaan sahaja.

 

بَاب دَفْعِ السِّوَاكِ إِلَى الْأَكْبَرِ

Bab Memberikan Berus Gigi Kepada Orang Yang Lebih Tua

وَقَالَ عَفَّانُ حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرَانِي أَتَسَوَّكُ بِسِوَاكٍ فَجَاءَنِي رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ الْآخَرِ فَنَاوَلْتُ السِّوَاكَ الْأَصْغَرَ مِنْهُمَا فَقِيلَ لِي كَبِّرْ فَدَفَعْتُهُ إِلَى الْأَكْبَرِ مِنْهُمَا قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ اخْتَصَرَهُ نُعَيْمٌ عَنْ ابْن الْمُبَارَكِ عَنْ أُسَامَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ

Affan berkata, Sakhr bin Juwairiyah meriwayatkan dari Nafi’ dari Ibn Umar dari Nabi SAW berkata: aku bermimpi sedang memberus gigi dengan kayu sugi tiba-tiba datang dua orang lelaki salah seorang lebih tua dari seorang lagi. Aku pun ingin memberikan kepada lelaki yang lebih muda tetapi dikatakan kepadaku, berikan kepada yang lebih tua terlebih dahulu. Akupun memberikan kepada yang lebih tua. Abi Abdillah berkata, Nu’aim meringkaskannya dari Asaamah dari Nafi’ dari Ibn Umar.

– Kenapa Imam Bukhari tidak menggunakan perkataan haddatsana tapi menggunakan perkataan وَقَالَ عَفَّانُ dalam sanadnya? Padahal dia sempat jumpa Affan itu? Ini adalah kerana dia amat bertanggungjawab. Semasa dia menerima hadis ini dari Affan, dia tak menerimanya dalam suasana yang formal. Memang dia dapat dari Affan sendiri tapi bukan dalam majlis pemberian ijazah hadis. Walaupun sambil Affan cakap itu, dia memberikan juga sanad yang penuh.

Kebiasaan Nabi selalu memberi hadiah kepada manusia. Apabila memberi, dia akan memberi mengikut kesesuaian orang itu. Kalau orang muda, dia beri benda yang sesuai dengan orang muda dan begitu juga kepada orang tua. Contohnya dalam zaman sekarang, kalau gula-gula, tentulah kita berikan kepada budak-budak, takkan orang tua pula.

Maka, apabila ada dua orang yang datang kepada baginda, baginda ingin memberikan kayu sugi. Baginda merasakan yang layak untuk menerimanya adalah yang muda. Kerana, dia rasa kayu sugi itu adalah perkara remeh sahaja. Atau, mungkin baginda dah guna kayu sugi itu. Tapi perbuatan Nabi itu ditegur oleh Jibrail. Jibrail suruh bagi kepada orang yang tua. Kerana biasanya kita melebihkan orang tua dari orang muda. Dan ini menunjukkan bahawa berus gigi itu adalah perkara yang penting, bukan perkara kecil-kecil yang kita hanya beri kepada orang tua sahaja. Hadis ini meninggikan martabat memberus gigi itu.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa agama Islam ini amat mementingkan adab. Kita disuruh untuk menghormati orang tua. Mereka perlu didulukan dalam banyak hal. Tambahan pula kalau orang tua itu adalah mak ayah kita pula. Mereka mempunyai dua hak penghormatan disitu. Pertama kerana mereka adalah ibubapa kita dan kedua kerana mereka orang yang tua.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s