We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Tidak Harus Berwudhu Dengan Nabiz (Air Rendaman Buah Kurma Kering) January 1, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 10:27 am
Tags: , , , , , ,

بَاب لَا يَجُوزُ الْوُضُوءُ بِالنَّبِيذِ وَلَا الْمُسْكِرِ

Bab Tidak Harus Berwudhu Dengan Nabiz Air Rendaman Buah Kurma Kering Dan Dengan Sesuatu Yang Memabukkan..

– Apakah nabiz itu? Ianya adalah air rendaman dengan sesuatu bahan. Samada kurma kering, kismis, atau yang sebagainya. Digunakan oleh orang dulu-dulu untuk merawat air. Kerana air mereka payau. Tak sedap. Jadi nak memaniskan sedikit air itu, mereka rendam bahan-bahan yang telah disebutkan tadi. Pernah Nabi sendiri pun minum. Dia pakai selama tiga hari. Kalau tiga hari tidak memabukkan lagi. Dan diriwayatkan juga Umar selepas dia kena tikam, dia telah diberi minum susu dan nabiz. Maka, memang air nabiz ini boleh diminum. Yang menjadi isu sekarang adalah sama boleh dijadikan sebagai air wudu atau tidak. Banyak yang mengatakan tidak boleh pakai sebagai wadu’ tapi ada juga yang membolehkannya. Seperti Hanifah, Saidina Ali, Hasan Basri, Ibn Abbas dan sebagainya.

Tapi ada dua makna juga nabiz ni. Ada juga nabiz yang memabukkan. Asalnya nabiz itu tidak memabukkan. Zaman Nabi, Nabiz tidak memabukkan. Tapi selepas itu, ada juga nabiz yang memabukkan.

Imam Abu Hanifah membenarkan untuk menggunakan nabiz dengan beberapa syarat. Pertama, hanya boleh digunakan nabiz yang direndam kurma kering sahaja. Kedua, mestilah tiada air lain. Ketiga, dia bukan bermukim di tempatnya. Maknanya, seseorang itu sedang bermusafir.
Sementara Al-auza’i membolehkan boleh pakai air nabiz untuk berwudu tanpa meletakkan syarat.

Ada juga hadis yang menceritakan bahawa Nabi ada menggunakan nabiz sebagai air wudu. Cerita ini adalah semasa baginda dan Abdullah Mas’ud mengembara untuk berjumpa dengan kaum jin. Air yang ada waktu itu adalah hanya nabiz sahaja. Nabi mengatakan bahawa nabiz itu suci lagi menyucikan dan baginda menggunanya sebagai wadu’. Tapi hadis itu mengatakan dhaif kerana ada perawi yang majhul (tidak dikenali). Maka ramai yang tidak pakai. Tapi Imam Abu Hanifah pakai hadis itu. Ini menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah memang memakai hadis. Bukanlah dia itu hanya memakai pendapat sahaja, walaupun banyak yang kata dia pakai akal. Ada kaedah yang dia gunakan. Hadis ibn Mas’ud itu pun masih lagi boleh diterima oleh banyak ulama hadis. Kerana ada perawi yang thiqah yang menerimanya. Ada dua orang perawi thiqah yang menerimanya dan dalam ilmu hadis, ini sudah cukup untuk diterima. Ada juga hadis lagi yang menyatakan bahawa Ibn Mas’ud bila ditanya adakah sesiapa yang mengikuti Nabi menemui puak jin, dia kata tidak ada orang. Padahal, mungkin dia maksudkan bahawa ikut jumpa. Macam dia, sebenarnya dia ditinggalkan di dalam bulatan yang Nabi kata jangan keluar. Tapi dia ikut Nabi sebahagian perjalanan itu. Cuma tak ikut jumpa sahaja. Dan hadis berkenaan perjumpaan dengan jin itu banyak yang meriwayatkannya. Dan perjumpaan itu bukanlah sekali kalau mengikut ulama. Dikatakan ada enam kali perjumpaan tersebut terjadi. Jadi, ada kemungkinan besar bahawa terjadi kejadian itu. Maka, itulah sebabnya, mengikut kaedah Imam Abu Hanifah, dia terima hadis itu. Dan kita kena ingat, Imam Hanifah ini adalah tabein. Dalam mazhab yang empat, dialah seorang yang pernah jumpa sahabat. Dan dia dari Kufah. Begitu juga Saidina Ali dan Ibn Abbas dari Kufah juga, maka itulah sebabnya dia terima penggunaan nabiz itu. Semua ini nak cerita perbezaan pendapat antara ulama sahaja.

Kita kena berwudu dengan air mutlak. Air yang orang panggil sebagai air. Kalau air itu dah berubah sifat, maka dah tak boleh pakai sebagai wadu’. Contohnya air kopi. Air itu suci sebab kita boleh minum, tiada masalah. Tapi ianya tidak menyucikan. Tidak boleh digunakan untuk buat wudu’.

Tidak ada hadis yang jelas menunjukkan tidak boleh guna nabiz. Jadi kenapa Imam Bukhari buat tajuk ini? Hadis yang dibawanya adalah berkenaan dengan air yang memabukkan, tapi nabiz tidaklah memabukkan. Memang semua dah setuju dah pun, bahawa kalau air itu memabukkan, tidak boleh digunakan sebagai air wudu. Barang yang haram tidak boleh digunakan dalam ibadah dan wudu’ itu adalah ibadah.

وَكَرِهَهُ الْحَسَنُ وَأَبُو الْعَالِيَةِ وَقَالَ عَطَاءٌ التَّيَمُّمُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الْوُضُوءِ بِالنَّبِيذِ وَاللَّبَنِ

Al Hasan dan Ata’ Abu Aaliyah tidak suka menggunakannya. Ata’ berkata: bertayamum lebih aku suka dari berwudu menggunakan Nabiz dan susu.

– pendapat ini mengatakan macam makruh sahaja. Kenapa Imam Bukhari pakai pendapat ini?

235 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ

235. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami Az Zuhri dari Abu Salamah dari ‘Aisyah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.”

Memang semua ulama bersetuju bahawa mengambil wudu itu adalah perkara ibadah, maka tidak boleh menggunakan air minuman yang memabukkan. Tapi Nabiz itu tidaklah semestinya memabukkan. Jadi ulama pensyarah Bukhari cuba menjelaskan kenapakah dia tidak bersetuju boleh digunakan nabiz untuk melakukan air sembahyang. Mereka kata kerana nabiz itu mempunyai potensi untuk memabukkan. Walaupun kalau air itu baru beberapa hari sahaja, memang tidak memabukkan. Tapi kalau dah lama, contohnya lebih dari tiga hari, atau empat hari, kalau minum, ia akan memabukkan. Ini bukan macam air yang mengandungi najis, apabila ditambah najis, baru akan menjadi najis. Tapi nabiz ini, kalau tak tambah pun, dia ada kemungkinan jadi memabukkan. Jadi, ini tidak diterima oleh oleh Imam Bukhari. Contoh sifat ini ada pada wanita. Seseorang wanita ada kemungkinan mengandung, walaupun sekarang dia tidak mengandung. Seorang lelaki memang selama-lamanya tidak akan mengandung. Begitulah bezanya.

Pendapat kedua. Nabiz zaman dia dah lain dah. Sudah dikenali sebagai air yang memabukkan. Atau dah jadi jus dah. Sebab letak banyak kurma dalam air itu. Kalau jadi jus, dah lain sifat air itu, maka tak boleh pakai. Zaman Nabi dulu tidak begitu. Sebab zaman itu letak sikit sahaja kurma. Jadi, apa yang dikenali sebagai nabiz dah berubah mengikut zaman. Sehingga pernah dikatakan Imam Abu Hanifah tarik balik pendapat dia yang mengharuskan nabiz sebagai wadu’.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s