We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Perempuan Membasuh Darah Dari Muka Ayahnya. January 1, 2013

بَاب غَسْلِ الْمَرْأَةِ أَبَاهَا الدَّمَ عَنْ وَجْهِهِ وَقَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ امْسَحُوا عَلَى رِجْلِي فَإِنَّهَا مَرِيضَةٌ

Bab Perempuan Membasuh Darah Dari Muka Ayahnya. Abu Al’Aaliah Berkata Kamu Sapulah Kakiku Kerana Ia Sakit.

– Kenapa Imam Bukhari bawa tajuk ini? Padahal kita sekarang didalam kitab Wudu. Nampak macam tajuk ini tidak kena mengena dengan wudu. Hadis ini nampak hanya berkenaan membasuh darah dari muka pula. Sebenarnya Imam Bukhari amat halus sekali pemikiran dia. Hadis dibawah ini menunjukkan keharusan meminta tolong orang lain. Kalau membasuh darah pun boleh apatah lagi kalau wudu yang merupakan satu ibadah. Apa beza dengan hadis dulu yang ada juga cerita pasal tolong orang dalam mengerjakan juga? Bukhari tidak akan mengulang tajuknya. Ada beberapa jenis tolong dalam berwudu itu. Dulu, tolong ambil air untuk digunakan sebagai wadu’. Kedua, tolong cucur air kepada orang yang berwudu. Kali ini yang ketiga iaitu tolong basuh anggota wudu dan orang yang ditolong itu duduk diam. Inilah yang nak disampaikan dalam tajuk ini. Memang tiada hadis yang jelas menunjukkan ada orang tolong basuh wudu orang. Yang ada pun Abu Aaliyah tu. Itupun takat basuh kaki sahaja. Tapi Imam Bukhari nak kata kalau tolong basuh semua pun sah juga. Maka sebab tidak ada hadis yang direct, dia guna qiyas.

Kita boleh membantu orang untuk menghilangkan najis pada seseorang. Kadang-kadang kalau seseorang itu sudah sakit yang tak boleh buat apa-apa dah, memerlukan pertolongan sebegini. Sampai kadang-kadang memerlukan orang lain untuk basuh berak pun ada juga. Itu adalah najis yang zahir. Selain dari najis yang zahir, ada hadas iaitu najis maknawi. Itu dihilangkan dengan mengambil wudu. Sepatutnya, itu lagi boleh. Tambahan pula, itu bukan perkara yang menyebabkan seseorang yang menolong itu geli seperti membasuh tahi orang lain.

Bukhari juga nak membawa hujah bahawa perempuan boleh menyentuh lelaki. Hadis yang langsung menunjukkan sebegitu memang tiada. Jadi kena ada perbincangan dalan perkara ini. Tapi nampak macam tidak kena dengan hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari yang menceritakan bagaimana Fatimah membantu Nabi membersihkan darah pada muka baginda. Kerana, seperti yang kita sudah biasa, kalau anak menyentuh ayah, tidak membatalkan wudu pun. Sebab mahram. Tapi sebenarnya, Imam Syafie pun berpendapat bahawa jikalau anak menyentuh ayah pun batal juga. Bagaimana pula begitu? Sebenarnya, qaul jadid Imam Syafie kata, kalau anak sentuh pun batal. Hanya qaul qadim Imam Syafie yang mengatakan tidak batal. Cuma ulama mazhab Syafie selepas Syafie telah mentarjih dan mereka pakai qaul qadim. Dan Imam Ahmad pakai pendapat yang mengatakan bahawa batal kalau anak perempuan menyentuh ayahnya. Pakai ayat Quran juga iaitu ayat yang mengatakan ‘jikalau kau menyentuh perempuan’. Mereka kata, anak perempuan pun perempuan juga. Tapi ayat tu membawa makna ‘bersetubuh’. Bukan sentuh biasa-biasa. Dari segi nahu bahasa Arab, ianya bermakna: ‘sentuh menyentuh’. Itu adalah bahawa lembut Quran untuk membawa makna ‘bersetubuh’. Ibn Abbas pun berpendapat begitu. Dan dia adalah seorang yang amat pandai tafsir Quran kerana Nabi telah doakan dia supaya faham Quran. Sebenarnya, Ibn Abbas adalah rujukan utama mazhab Syafie dari kalangan sahabat. Tapi kali ini Imam Syafie tidak memakai pendapat Ibn Abbas.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Nabi suka dirinya dalam keadaan suci sentiasa. Tapi dia benarkan Fatimah basuhkan. Kalau perempuan menyentuh lelaki akan menyebabkan wudu batal, termasuk anak sekali, maka tentu Nabi tidak membenarkan Fatimah menyentuh baginda. Padahal, Saidina Ali ada di situ kalau untuk membantu membersihkan darah baginda. Dalam perkara ini, Imam Bukhari telah menolak pendapat guru sendiri, Imam Ahmad dengan cara halus. Kalau kita fikirkan, ada kelebihan kalau kita menerima bahawa perempuan boleh sentuh lelaki. Ada banyak keperluan yang boleh digunakan kalau kita menerimanya, contohnya kalau kita jatuh sakit. Ada kemungkinan yang sakit tidak dapat bergerak langsung. Waktu itu memang memerlukan orang untuk membasuh anggota wudu kita.

Kisah Abu Al’Aaliah. Kenapa dimasukkan disini? Nampak dari perkataan yang digunakannya, dia suruh orang lelaki (ramai) yang basuhkan. Tapi Imam Bukhari halus pemahaman dia. Tidak semestinya kalau dipakai perkataan jamak muzakkar, bermaksud lelaki sahaja. Dalam bahasa Quran pun, kadang-kadang jamak muzakkar digunakan apabila bercakap kepada perempuan juga. Imam Bukhari nak kata bahawa kalau baca hadis, kena baca dengan pemahaman Quran sekali.

Keduanya, kisah ini berkenaan dengan Abu Al’Aaliah yang tak mampu nak basuh kaki dia dalam wudu kerana dia sakit. Mungkin dia tak boleh tunduk. Bahagian anggota lain dia boleh basuh. Kalau di rumah tu, selalunya siapa yang disuruh untuk membantu? Selalunya isteri atau anak perempuan. Maka itulah yang Imam Bukhari faham. Maka kalau perempuan yang basuh, takkan Abu Al’Aaliah nak batalkan wudu dia pula? Dia seorang yang alim. Tentulah dia tahu hukum.

236 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ سَمِعَ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ السَّاعِدِيَّ
وَسَأَلَهُ النَّاسُ وَمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ أَحَدٌ بِأَيِّ شَيْءٍ دُووِيَ جُرْحُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا بَقِيَ أَحَدٌ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي كَانَ عَلِيٌّ يَجِيءُ بِتُرْسِهِ فِيهِ مَاءٌ وَفَاطِمَةُ تَغْسِلُ عَنْ وَجْهِهِ الدَّمَ فَأُخِذَ حَصِيرٌ فَأُحْرِقَ فَحُشِيَ بِهِ جُرْحُهُ

236. Telah menceritakan kepada kami Muhammad -yaitu Ibnu Salam- berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah dari Abu Hazm ia mendengar Sahl bin Sa’d As Sa’idi ditanya orang -ketika itu tidak ada sesiapapun antara aku dan dia – dengan apakah luka Rasulullah SAW dirawat?, beliau menjawab, “Tidak ada seorang sahabat yang masih hidup yang lebih tahu tentang itu daripada aku. Ali membawa dengan perisainya, Fatimah membersihkan darah yang ada di wajah baginda, selepas itu diambilnya tikar lalu dibakar dan ditempelkan abu tikar pada lukanya.”

– Perawi nak bagitahu bahawa semasa dia tanya soalan itu kepada Sahl, hanya mereka berdua sahaja. Nak cakap bahawa waktu itu tenang, tak kecoh-kecoh dengan ramai orang.

Kenapa Sahl cakap hanya dia sahaja yang tahu? Macam meninggi diri pula. Sebenarnya boleh bercakap begitu kalau memang benar dia seorang sahaja yang tahu. Cuma kena berhati-hati. Kita telah belajar sebelum ini bahawa Allah telah menegur Nabi Musa semasa dia kata dialah manusia yang paling pandai.
Sahl kata dia paling tahu kerana pertanyaan itu ditanya 80 tahun lepas kejadian itu. Kejadian itu terjadi pada perang Uhud. Lama sangat dah. Sahl adalah sahabat terakhir yang meninggal di Madinah iaitu semasa umur dia seratus tahun dah.

Perempuan boleh menyentuh ayah dan mahram.
Perempuan boleh merawat lelaki. lebih utama mahram yang merawat. Paling sesuai. Kalau ada keperluan boleh juga pakai orang lain. Macam nurse, tentu dalam keadaan tertentu, mereka lebih pandai dalam melayani pesakit. Jadi, dalam keadaan begitu, kita seeloknya membenarkan orang lain untuk membantu kita.

Hadis ini juga adalah dalil kepada keharusan berubat. Iaitu mendapatkan rawatan. Tidak bercanggah dengan Islam. Tidaklah dikatakan tidak bertawakal jikalau kita mencari jalan untuk berubat. Nabi pun selalu menganjurkan umatnya berubat. Baginda akan suruh cari bomoh yang dapat mengubat. Menunjukkan pekerjaan berubat itu bukan kerja utama Nabi sebab dia suruh cari orang lain. Berubat itu pun takdir Tuhan juga. Oleh itu, kena berubat. Bukan tidak bertawakal kalau berubat. Jangan kata kalau kita berubat, kita tidak menerima takdir dan nak lari dari takdir.

Hadis ini juga menunjukkan keharusan menggunakan abu tikar untuk menghentikan pendarahan. Tikar itu dibuat dari daun kurma. Ini menunjukkan kita digalakkan untuk guna apa sahaja yang boleh digunakan. Bukan selalu akan ada farmasi yang boleh kita beli ubat. Kita boleh pakai perubatan naturopati. Iaiatu menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi. Ada kelebihan yang Allah telah letakkan pada alam ini. Kita kena belajar untuk mengetahuinya. Kadang-kadang, manusia kena duduk dalam hutan, mana nak cari ubat-ubat. Banyak lagi yang perlu dipelajari tentang perubatan. Kadang-kadang ubat ada di tempat kita, kita sendiri yang tak tahu.

Membuktikan Nabi diuji seperti orang lain dan kadangkala lebih lagi. Supaya mereka mendapat ganjaran di akhirat kelak. Bila mereka sabar, maqam mereka meningkat. Dan menunjukkan bahawa mereka juga manusia. Bukanlah menunjukkan Allah tidak kasihkan mereka. Tapi sakit para nabi tidaklah sampai manusia jijik dan menjauhi mereka. Jadi, tidak benar kisah Nabi Ayyub yang sakit teruk itu. Kerana sebagai nabi, mereka kena dakwah kepada manusia, dan kalau mereka kena sakit macam tu, macam mana mereka nak dakwah kerana orang akan lari jijik dari mereka? Bila kita tahu para Nabi pun sakit, maka kita pun bersabarlah kalau kita jatuh sakit. Kerana orang yang disayangi Allah juga jatuh sakit. Kalau kita merungut, tidak dapat pahala. Kerana kalau sakit, boleh membersihkan dosa dengan syarat kita tidak merungut.

Hadis ini memberi saranan kepada kita untuk tanya kepada orang yang tahu. Macam perawi dalam hadis in telah tanya kepada Sahl. Baru dapat maklumat kalau kita bertanya. Jangan memandai sendiri dengan tak tanya. Nabi telah bersabda bahawa Penawar kepada kejahilan adalah tanya. Membaca buku itu pun termasuk dalam proses tanya juga sebenarnya.

Gigi Nabi serpih sikit sahaja. Bukan patah sampai rongak. Kerana bila diceritakan rupa Nabi dalam hadis syamail, iaitu tentang rupa bentuk Nabi, tidak dikatakan gigi Nabi rongak.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s