We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Apabila Diletakkan Di Atas Belakang Orang Yang Sedang Bersembahyang Kotoran Ataupun Bangkai Sembahyangnya Tidak Terbatal.. December 30, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 7:10 pm

بَاب إِذَا أُلْقِيَ عَلَى ظَهْرِ الْمُصَلِّي قَذَرٌ أَوْ جِيفَةٌ لَمْ تَفْسُدْ عَلَيْهِ صَلَاتُهُ

Bab Apabila Diletakkan Di Atas Belakang Orang Yang Sedang Bersembahyang Kotoran Ataupun Bangkai Sembahyangnya Tidak Terbatal..

– Kalau ada najis atau bangkai di badan semasa kita sudah memulakan solat pun tak membatal sembahyang. Ini bukan nak mengajar supaya jadi kotor. Ini adalah sebab ulama nak menceritakan bab hukum fekah. Yang moleknya adalah kenalah suci dan bersih. Macam Imam Bukhari, walaupun dia memberikan hujah sebegini, tapi dia sendiri amat mementingkan kebersihan. Sentiasa berada dalam keadaan suci. Sentiasa berada dalam keadaan wudu. Tidaklah kalau ulama memberi hujah hukum itu mereka menganjurkan bahawa itu adalah perbuatan yang molek. Macam dalam mazhab Syafie, aurat perempuan dalam keluarga adalah antara pusat dan lutut. Tapi tidaklah mereka buat macam tu. Tidaklah mereka menganjurkan duduk sama-sama dalam rumah berlenggeng sahaja.

Seseorang itu tidak boleh membatalkan solatnya jikalau terkena najis. Walaupun dia perasan ada najis selepas dia memulakan solat. Tidak perlu ulang solat selepas dia dah habis solat. Tidak perlu qadha kalau lepas sembahyang walaupun perasan ada najis selepas solat. Tapi tak boleh memulakan solat kalau dia perasan ada najis sebelum memulakan solat. Jadi kena tengok balik apakah yang diklasifikasikan sebagai najis oleh mereka. Ada beza antara Imam Bukhari dan imam-imam lain.

Kepada Imam Syafie dan Ahmad, kalau kena najis, solat batal. Wudu tidak batal. Kerana pada mereka syarat solat adalah suci. Kalau ada waktu lagi, kena solat semula. Kalau terlepas waktu, kena qadha. Hanifah lebih kurang begitu juga pendapatnya. Malik, kalau waktu masih ada, kena ulang. Kalau dah habis waktu, tak perlu qadha.

Bukhari membawa hadis yang panjang dibawah. Banyaklah pendapat yang mentakwil hadis berkenaan. Ada kata tembuni itu bukan najis. Ada kata dia tak perasan ada najis yang diletakkan dibelakangnya. Tapi Imam Bukhari tak terima alasan-alasan tersebut. Nabi tak ulang semula solat baginda selepas itu. Kalau Nabi tak tahu pun, Allah tentunya akan memberitahu. Sebab Allah takkan benarkan Nabi berada dalam kesalahan. Mazhab Syafie kata ianya solat hanya solat sunat sahaja sebab masih belum kejadian peristiwa isra mi’raj. Mana tahu yang solat belum lagi difardhukan? Dan kalau ianya adalah solat sunat kepada orang lain pun, ianya adalah wajib kepada Nabi. Banyak lagi hujah yang diberikan oleh ulama. Banyak polemik pasal hadis ini samada boleh digunakan sebagai hukum atau tidak.

Tidak boleh batalkan. Kerana sedang menjalinkan hubungan dengan Allah semasa itu. Tidak boleh senang-senang nak batalkan.

وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا رَأَى فِي ثَوْبِهِ دَمًا وَهُوَ يُصَلِّي وَضَعَهُ وَمَضَى فِي صَلَاتِهِ وَقَالَ ابْنُ الْمُسَيَّبِ وَالشَّعْبِيُّ إِذَا صَلَّى وَفِي ثَوْبِهِ دَمٌ أَوْ جَنَابَةٌ أَوْ لِغَيْرِ الْقِبْلَةِ أَوْ تَيَمَّمَ صَلَّى ثُمَّ أَدْرَكَ الْمَاءَ فِي وَقْتِهِ لَا يُعِيدُ

Ibn Umar kalau nampak darah pada kainnya ketika sedang bersembahyang, dia akan membuangnya dan terus bersembahyang. Ibn almusayyab dan asy sya’bi berkata, jika seseorang itu bersembahyang sedangkan pada kainnya ada darah, ataupun kesan janabah ataupun dia sedar tidak mengadap ke arah kiblat, atau dia bertayammum dan bersembahyang, kemudian mendapat air dalam waktu sembahyang yang berkenaan, dalam semua hal itu tidak perlu diulangi sembahyang.

– Ini adalah sebahagian dari tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari:
Kisah Ibn Umar: Kita tak faham kalau kita tak tahu hadis sepenuhnya. Ulama hairan kenapa Imam Bukhari memasukkan cerita ini kerana nampak macam tidak menepati hujah-hujahnya sebelum ini. Kerana hujahnya sebelum ini mengatakan yang darah bukanlah najis. Sekarang nampak macam Ibn Umar berpendapat bahawa darah adalah najis sampai dia menghentikan solatnya. Hadis ini ada dalam kitab yang lain. Mengatakan bahawa jikalau ibn Umar mendapati darah pada pakaiannya, dia akan menanggalnya jika boleh. Jika tidak boleh, dia akan pergi membasuhnya dan bila dah basuh, dia akan sambung balik solatnya. bina’ ala solah. Dia akan sambung balik solat yang dia berhenti tadi, bukan mula dari rakaat pertama balik. Maknanya, dia tidak membatalkan solatnya tadi. Dan dia tak ambil wudu yang baru pun. Ini adalah kerana Ibnu Umar mementingkan kebersihan. Tapi dalilnya adalah wudu dan solat tidak batal.

Pendapat ulama-ulama salaf yang lain yang dibawa oleh Imam Bukhari semuanya mengatakan solat itu tidak perlu diulang. Wudu pun tidak batal. Cukuplah dengan solat yang mereka telah lakukan. Kerana mereka menyedari bahawa kejadian ada darah, silap kiblat, tayamum dan sebagainya itu adalah selepas mereka memulakan solat.

Ulama ada yang kritik kenapa Imam Bukhari bawa hujah ini sebab ini adalah bab solat. Kita sekarang dalam kitab wudu. Ini adalah kerana Imam Bukhari nak menyambung hujjahnya tentang perubahan sifat sebelum ini. Kalau dah berubah sifat, maka barulah air untuk wudu tidak boleh digunakan. Kalau masih lagi tidak berubah, maka air itu masih suci lagi tidak kira samada cukup dua kolah atau tidak. Walaupun sebenarnya, air itu dah mengandungi najis sebenarnya, kan? Sama macam orang yang melakukan solat, tapi ada mempunyai najis yang ditanggungnya. Bukanlah bermakna terus batal solatnya itu. Maka, kalau air yang mengandungi najis, tidaklah semestinya membatalkan sifatnya.

233 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ قَالَ ح و حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ عُثْمَانَ قَالَ حَدَّثَنَا شُرَيْحُ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ مَيْمُونٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي عِنْدَ الْبَيْتِ وَأَبُو جَهْلٍ وَأَصْحَابٌ لَهُ جُلُوسٌ إِذْ قَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْض أَيُّكُمْ يَجِيءُ بِسَلَى جَزُورِ بَنِي فُلَانٍ فَيَضَعُهُ عَلَى ظَهْرِ مُحَمَّدٍ إِذَا سَجَدَ فَانْبَعَثَ أَشْقَى الْقَوْمِ فَجَاءَ بِهِ فَنَظَرَ حَتَّى سَجَدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَضَعَهُ عَلَى ظَهْرِهِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ وَأَنَا أَنْظُرُ لَا أُغْنِي شَيْئًا لَوْ كَانَ لِي مَنَعَةٌ قَالَ فَجَعَلُوا يَضْحَكُونَ وَيُحِيلُ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاجِدٌ لَا يَرْفَعُ رَأْسَهُ حَتَّى جَاءَتْهُ فَاطِمَةُ فَطَرَحَتْ عَنْ ظَهْرِهِ فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَشَقَّ عَلَيْهِمْ إِذْ دَعَا عَلَيْهِمْ قَالَ وَكَانُوا يَرَوْنَ أَنَّ الدَّعْوَةَ فِي ذَلِكَ الْبَلَدِ مُسْتَجَابَةٌ ثُمَّ سَمَّى اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ وَعَلَيْكَ بِعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَشَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ وَأُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَعُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَعَدَّ السَّابِعَ فَلَمْ يَحْفَظْ قَالَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ رَأَيْتُ الَّذِينَ عَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْعَى فِي الْقَلِيبِ قَلِيبِ بَدْرٍ

233. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepadaku Bapakku dari Syu’bah dari Abu Ishaq dari ‘Amru bin Maimun dari ‘Abdullah berkata, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang sujud, beliau mengucapkan. (dalam jalur lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepadaku Ahmad bin ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Syuraih bin Maslamah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Yusuf dari Bapaknya dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Maimun bahwa ‘Abdullah bin Mas’ud menceritakan kepadanya, bahwa sesungguhnya pernah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat di dekat Baitillah sementara Abu Jahal dan teman-temannya sedang duduk-duduk di situ. Tiba-tiba sebahagian dari mereka berkata kepada sebahagian yang lain, ‘Siapa dari kalian yang akan mendatangkan tembuni unta bani fulan, dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia sujud? ‘ Maka bangkitlah orang yang paling malang diantara mereka. Setelah diambilnya tembuni itu, dia menunggu Nabi SAW sujud. maka ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sujud, dia meletakkan tembuni itu diatas belakang baginda iaitu diantara dua belikatnya. Aku melihat semua itu tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Kalaulah aku mempunyai kekuatan masa itu, kata Abdullah. “mereka pun tertawa-tawa sambil tunjuk menunjuk sesama yang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terus dalam keadaan sujud, beliau tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah kepadanya. Setelah Fatimah membersihkan tembuni itu dari belakang baginda, barulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kepalanya seraya berdo’a (selepas sembahyang): “Ya Allah, balaslah balasan kepada orang-orang Quraisy ini.” Sebanyak tiga kali. Doa Nabi itu terasa berat oleh mereka. ‘Abdullah bin Mas’ud meneruskan, “Sebab mereka mereka berpendapat doa di negeri Mekah itu mustajab. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut satu persatu nama-nama mereka yang terlibat itu: “Ya Allah, balaslah Abu Jahal, balaslah ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, Al Walid bin ‘Utbah, Umayyah bin Khalaf dan ‘Uqbah bin Abu Mu’aith.” Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut nama yang ke tujuh tapi kami lupa.” ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, “Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, sesungguhnya aku telah melihat orang-orang yang disebut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut, mati bergelimpangan di dalam perigi buta di Badr.”

– Kejadian ini adalah semasa awal Nabi diangkat jadi Nabi.

Yang ambil tembuni itu bernama Uqbah. Berat sekali apa dia buat. Sebab dia terlibat. Yang suruh orang lain tapi dia terlibat juga. Orang yang buat adalah lagi berat dosanya kerana dia yang buat. Kalau dia tak buat, tak jadi perkara itu. Itulah sebabnya dikatakan dalam hadis ini dia adalah yang paling celaka sekali. Padahal, kalau nak dikirakan, kadar kekafirannya mungkin tidak setinggi Abu Jahal. Sebab kita pun tak pernah dengar nama dia. Tapi sebab dia perkara yang jahat ini, maka dia menjadi orang yang paling celaka. Macam pengarah filem menyuruh pelakon berlakon atas ranjang contohnya, pengarah dan pelakon akan berdosa. Tapi yang paling berdosa adalah pelakon itu kerana dia yang buat.

Ibn Mas’ud menceritakan bahawa dia hanya boleh melihat sahaja tidak boleh berbuat apa-apa. Kerana dia seorang sahaja masa tu. Dan dia bukan orang Quraish. Yang mengganggu Nabi waktu itu adalah pemuka quraish. Dan dia sendiri pun dah pernah kena pukul sampai pengsan apabila dia mengisytiharkan yang dia telah masuk Islam. Kalau dia tolong Nabi waktu itu, mungkin akan memudaratkan dia.

Tapi Fatimah boleh membantu dan mereka tidak kacau dia. Kerana dia adalah anak Nabi. Masyarakat Arab menerima bahawa kalau keluarga yang menolong, mereka boleh menerima. Kalau ibn Mas’ud, dia orang luar.

Hadis ini juga menunjukkan yang Fatimah waktu itu dah besar dah. Boleh membantu ayahnya. Dan dia tahu tentang kekotoran itu tidak elok. Ini berlawanan dengan pendapat Syiah yang mengatakan Fatimah baru lahir pada tahun kelima kenabian. Maknanya, hanya apabila Nabi berumur 45 tahun. Ini adalah tidak benar. Banyak lagi pendapat yang menunjukkan bahawa Fatimah telah besar waktu itu. Mungkin dalam berumur sepuluh tahun lebih kurang.

Nabi doakan kebinasaan kepada mereka berkhianat kepada baginda. Mereka takut kerana mereka berpendapat bahawa doa di Mekah mustajab. Bukan mereka percaya kepada Nabi sebenarnya.

Bukanlah semua yang Nabi doakan itu mati di Badr. Ada dua yang mati kat tempat lain. Uqbah yang meletakkan tembuni unta itu mati di tangan Nabi sebagai hukuman selepas perang.

 

بَاب الْبُزَاقِ وَالْمُخَاطِ وَنَحْوِهِ فِي الثَّوْبِ

Bab Air Ludah, Hingus Dan Seumpamanya Pada Kain

قَالَ عُرْوَةُ عَنْ الْمِسْوَرِ وَمَرْوَانَ خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ حُدَيْبِيَةَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ وَمَا تَنَخَّمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُخَامَةً إِلَّا وَقَعَتْ فِي كَفِّ رَجُلٍ مِنْهُمْ فَدَلَكَ بِهَا وَجْهَهُ وَجِلْدَهُ

Urwah meriwayatkan dari Miswar dan Marwan bahawa Rasulullah SAW telah keluar di zaman Hudaybiyah. Dia menyebutkan hadis: tidak Nabi SAW mengeluarkan kahak melainkan kahaknya itu terjatuh ke dalam tapak tangan salah seorang dari mereka lalu terus dia menyapukannya di muka dan kulitnya.

– Kejadian ini adalah semasa perjanjian Hudaybiyah. Apabila datang wakil Quraish, sahabat menampakkan bagaimana mereka sayang kepada Nabi. Sampaikan air ludah dan kahak Nabi pun mereka tangkap dan sapu ke muka mereka. Sampaikan orang Quraish takut bila dengar. Dan dia laporkan keadaan itu kepada kaum Quraish yang lain. Sebab kalau begitu sayangnya mereka kepada Nabi sampai macam tu, maka mereka tiada harapan.

Apa yang keluar dari Nabi tidak menjijikkan. Ludah dan kahak bukanlah najis. Tapi secara normalnya, ianya menjijikkan dari segi kebiasaan. Kita geli kalau orang lain punya. Tapi bukan najis dari segi syarak. Ada yang kita tak geli, tapi najis dari segi syarak seperti arak.

Tapi kalau keluar dari Nabi itu lain dari biasa. Sahabat dah biasa minum air yang keluar dari tangan Nabi. Peluh Nabi pun pernah sahabat kikis kerana baunya wangi. Maka, kalau manusia tidak jijik dengan kahak Nabi, maka ianya tidaklah najis. Kalau tak, tentu Nabi tak beri kebenaran. Kejadian ini bukanlah selalu terjadi. Semasa itu sahaja. Sebagai perang saraf kepada kaum kafir Quraish.

Kejadian ini terjadi kerana semasa dihantar Saidina Uthman kepada kaum Quraish, sampai cerita kepada kamu muslimin bahawa Uthman telah dibunuh. Sebab itulah Nabi telah membuat perjanjian dengan sahabat untuk berperang jikalau benar Uthman telah dibunuh.

234 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ بَزَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ثَوْبِهِ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ طَوَّلَهُ ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنِي حُمَيْدٌ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

234. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Humaid dari Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah meludah di dalam kainnya.” Abu ‘Abdullah berkata, “Hadits ini disebutkan secara panjang lebar oleh Ibnu Abu Maryam. Ia berkata, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Ayyub telah menceritakan kepadaku Humaid berkata, aku mendengar Anas tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Nabi meludah kepada kain. Maka menunjukkan bahawa ludah bukanlah najis. Kalau kita nak ludah letak kat sapu tangan pun boleh. Tidak ada masalah. Kalau tidak ada sapu tangan pun boleh ludah pada baju. Kalau zaman dahulu, sahabat ludah kat lantai dalam masjid Nabi kerana masjid itu waktu itu adalah tanah. Lepas ludah, boleh kambus balik dengan tanah. Tapi sekarang jangan buat!

Ada yang kritik Imam Bukhari kerana dia mengambil riwayat dari Marwan iaitu khalifah Marwan. Mereka kata dia orang yang tak baik. Dikatakan dia ambil tanah Fatimah; ambik khumus dari harta rampasan perang dan macam-macam lagi.

Sebenarnya Marwan adalah seorang yang baik. Seorang yang warak. Menantu Saidina Uthman. Kalau Uthman memilih menantu, mestilah orang yang molek. Dan Marwan ni baik dengan keluarga Saidina Ali. Jadi macam mana ada yang kata yang Marwan pernah mengutuk Saidina Ali dalam khutbah Jumaat pula? Padahal keluarga mereka baik sesama mereka. Kahwin sesama mereka lagi. Amat warak sekali sampai pernah dia pergi kenduri dan dia tak jadi makan kerana orang yang membuat kenduri itu banyak hutang sampai 70 ribu dinar tapi buat kenduri besar-besaran. Sampai dua anak dia yang ikut sekali pun dia tak bagi makan juga. Maka cerita yang dia telah berbuat macam-macam itu tidak benar. Imam Bukhari sendiri telah mengambil Marwan sebagai perawi dan begitu juga penulis kitab hadis yang lain, ramai yang mengambil dari dia. Mereka menganggapnya sebagai thiqah. Kalau kita kata dia seorang yang jahat, maka akan kuranglah kelebihan sahih Imam Bukhari kerana dia pakai hadis yang diriwayatkan oleh Marwan.

Dia sebenarnya adalah juga sahabat. Dia salah seorang sahabat kecil iaitu dia kecil semasa Nabi wafat. Tapi telah dikuburkan fakta itu oleh penulis sejarah yang jahat dan bodoh.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

6 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Apabila Diletakkan Di Atas Belakang Orang Yang Sedang Bersembahyang Kotoran Ataupun Bangkai Sembahyangnya Tidak Terbatal..”

  1. husna Says:

    salam ..tumpang bertanya stu soalan..dr dlu lgi sy mgalmi keputihan..tp msa sy muda2 dlu sy xtau yang keputihan ni njis dan sy bwa solat skli..adakah solat sy yg dlu2 xsah? ape yg hrus sy buat?adakah sy wjib qadakan blik atau biarkan sj sbb mse tu sy xtau yg kputhn tu njis? sy bhrp ustz dpt mmbntu sy..

    • visitor74 Says:

      Keputihan bukanlah najis. Kerana ianya cairan yang keluar disebabkan penyakit. Yang najis adalah kalau keluar darah haid dan nifas.

      Tetapi Islam mementingkan kebersihan. Seeloknya sebelum solat, bersihkan keputihan itu dan ambil wudu apabila waktu telah masuk. Kalau ianya boleh menitik, tahan lah dengan kain. Kalau terkena kain solat, tidak ada masalah kerana ianya bukan najis. Cuma bersihkan sahaja.

      Maka, tidak perlu diulang solat-solat dahulu.

      Allahu a’lam. Semoga dapat membantu.

  2. Has Says:

    Salam..nak tanya kalau lepas solat didapati ada mazi yg masih basah keluar pada pakaian adakah perlu ulang semula solat…(sebelum solat dah basuh dan bersih kemaluan).

    • visitor74 Says:

      Mazi bukan najis maka ianya tidak membatalkan solat.
      Tapi kerana najis, kenalah dibersihkan sebelum mula solat, seperti yang anda telah lakukan.

      Kalau ianya keluar semasa solat, tidaklah perlu diulang solat itu. Islam itu mudah. Sepertijuga kalau solat, lepas solat baru tahu yang kiblat kita tadi salah, tidak perlu diulang solat itu semula.

      Allahu a’lam.

  3. anynomous Says:

    Assalamu’alaikum ustaz… Solat kota dikira sah atau tidak jika lepas solat baru kita perasan ada luka berdarah dekat tubuh badan kita

    • visitor74 Says:

      Imam Bukhari berhujah bahawa darah bukan najis. Ada hadis dalam blog ini. Teruskan membaca. Jadi kalau sedar masa solat pun tidak batal.

      Cuma Mazhab Shafie mengatakan darah itu najis. Allahu a’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s