We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudhu Bab Najis-Najis Yang Terjatuh Ke Dalam Minyak Sapi Dan Air December 30, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 3:17 pm

بَاب مَا يَقَعُ مِنْ النَّجَاسَاتِ فِي السَّمْنِ وَالْمَاء

Bab Najis-Najis Yang Terjatuh Ke Dalam Minyak Sapi Dan Air

– Jikalau najis jatuh ke dalam air, adakah air itu tidak suci lagi?

Minyak sapi

Imam Syafie – Kalau dimasuki najis, air kena ada dua kolah baru air itu suci. Kalau masuk najis, dah air tidak cukup dua kolah, air itu tidak suci lagi. Walaupun tiga sifat air itu tidak bertukar. Iaitu bau, rasa dan warna.
Hanafi – Kena ada lebih lagi dari dua kolah baru air itu tidak menjadi najis. Besarnya kolah itu adalah, kalau tepuk air itu di tepi, tidak bergerak di tepi sana.
Malik – tidak perlu banyak dari dua kolah. Asalkan tidak berubah sifat air itu.
Bukhari – sama macam Malik
Daud zahiri – Pun tidak memerlukan air lebih dari dua kolah.

ِ وَقَالَ الزُّهْرِيُّ لَا بَأْسَ بِالْمَاءِ مَا لَمْ يُغَيِّرْهُ طَعْمٌ أَوْ رِيحٌ أَوْ لَوْنٌ وَقَالَ حَمَّادٌ لَا بَأْسَ بِرِيشِ الْمَيْتَةِ وَقَالَ الزُّهْرِيُّ فِي عِظَامِ الْمَوْتَى نَحْوَ الْفِيلِ وَغَيْرِهِ أَدْرَكْتُ نَاسًا مِنْ سَلَفِ الْعُلَمَاءِ يَمْتَشِطُونَ بِهَا وَيَدَّهِنُونَ فِيهَا لَا يَرَوْنَ بِهِ بَأْسًا وَقَالَ ابْنُ سِيرِينَ وَإِبْرَاهِيمُ وَلَا بَأْسَ بِتِجَارَةِ الْعَاجِ

Az-Zuhri berkata tidak mengapa menggunakan air (untuk bersuci dan lain-lain) selagi tidak berubah bau, rasa dan warnanya. Hammad berkata tidak mengapa dengan bulu bangkai. Az Zuhri berpendapat kita boleh menggunakan tulang-tulang binatang seperti gajah dan selainnya yang telah mati. Katanya, aku dapati ramai dari kalangan ulama salaf menyikat rambut dengan menggunakan sikat daripada gading. Mereka juga menyimpan minyak di dalam bekas yang diperbuat daripanya. Mereka berpendapat tidak mengapa menggunakannya. Ibn Sirin dan Ibrahim berpendapat tidak mengapa berniaga gading.

Bukhari bawa pendapat Zuhri. Beginilah cara Imam Bukhari, untuk menguatkan hujahnya, dia akan membawa pendapat ulama salaf terdahulu. Nak beritahu, bahawa bukan dia sahaja berpendapat begitu. Zuhri berkata bahawa selagi tiga sifat itu tidak berubah, maka air itu masih lagi boleh dipakai.
Hammad adalah ulama besar. Guru kepada Imam Hanifah. Imam Hanifah terus bersama mengaji dengan Hammad selama 18 tahun. Selepas Hammad meninggal, barulah dia cari orang lain. Hammad mengatakan bahawa bulu bangkai tidak menjadi masalah. Kerana tidak kena mengena dengan badan binatang itu. Kerana bulu dan rambut tidak hidup. Kalau kita potong pun kita tidak merasa sakit. Dan kalau dipisahkan, tidak mereput bulu dan rambut itu. Maka, kalau tidak rosak, maka tidaklah mengapa kalau bulu itu termasuk dalam air atau makanan. Ini adalah berlainan dengan pendapat Imam Syafie yang berpendapat bahawa bulu binatang yang tak boleh dimakan adalah najis.
Begitu juga dengan tulang binatang, seperti gajah. Tidak ada masalah, sebab Nabi pun pernah juga pakai sikat yang diperbuat dari gading. Dan ramai dari ulama salaf yang berbuat begitu juga. Bukan sikit-sikit yang buat begitu.
Minyak juga boleh disimpan di dalam bekas yang diperbuat dari gading. Minyak itu tidak berubah sifatnya.

Dan kerana gading bukanlah najis, maka boleh berniaga gading itu.
Yang penting adalah, ada perubahan atau tidak kepada sifat item itu? Kalau tiada perubahan, itu tidak menjadi masalah. Boleh dipakai, dimakan dan sebagainya, kerana ianya adalah suci. Itulah pegangan Imam Bukhari.

228 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ فَأْرَةٍ سَقَطَتْ فِي سَمْنٍ فَقَالَ أَلْقُوهَا وَمَا حَوْلَهَا فَاطْرَحُوهُ وَكُلُوا سَمْنَكُمْ

228. Telah menceritakan kepada kami Isma’il telah menceritakan kepadaku Malik dari Ibnu
Syihab Az Zuhri dari Ubaidullah bin ‘Abdullah dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang tikus yang terjatuh ke dalam minyak sapi. Beliau bersabda: “Buangkan tikus itu dan buangkan juga minyak sapi di sekitarnya, kemudian makanlah minyak sapi itu.

Tikus itu perlu dibuang sahaja dan kemudian sapi itu boleh dimakan lagi kerana ianya tidak menjejaskan keseluruhan sapi itu. Hanya bahagian yang berdekatan dengan bangkai tikus itu sahaja. Itu adalah kerana yang berdekatan dengan bangkai tikus itu mestilah dah rosak. Kalau makan akan ada masalah pula nanti. Tapi bahagian lain tidak terjejas, maka tidak berubah sifat sapi yang berada jauh dari bangkai tikus itu.

Ada yang menggunakan pendapat ini hanya untuk sapi yang sejat sahaja. Kalau sapi cair, tidak boleh. Ini adalah kerana mereka kata bahawa kalau sapi yang sejat, tidak merosakkan bahagian yang lain, tapi kalau sapi yang cair, akan merebak ke keseluruhan minyak sapi itu. Tapi Imam Bukhari tidak menerima pendapat ini. Selagi tiga sifat cecair itu tidak terjejas, maka ianya boleh dipakai lagi.

Mungkin kalau kita hidup senang, kita boleh buang minyak sapi itu. Tapi kepada orang yang miskin? Tentulah mereka akan sayang nak buang. Maka pendapat ini adalah sesuai untuk mereka.

229 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا مَعْنٌ قَالَ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ فَأْرَةٍ سَقَطَتْ فِي سَمْنٍ فَقَالَ خُذُوهَا وَمَا حَوْلَهَا فَاطْرَحُوهُ
قَالَ مَعْنٌ حَدَّثَنَا مَالِكٌ مَا لَا أُحْصِيهِ يَقُولُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ

229. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ma’n berkata, telah menceritakan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya tentang tikus yang terjatuh ke dalam minyak sapi. Beliau lalu menjawab: “Buanglah tikus itu dan minyak sapi yang ada di sekitarnya.” Ma’n berkata, telah menceritakan kepada kami Malik – entah berapa kali- ia berkata dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah.”

– Hadis ini menunjukkan bahawa selalu Ibn Abbas menyampaikan hadis itu. Bukan hanya sekali sahaja. Maknanya, hadis ini adalah benar.

230 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ كَلْمٍ يُكْلَمُهُ الْمُسْلِمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَكُونُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَهَيْئَتِهَا إِذْ طُعِنَتْ تَفَجَّرُ دَمًا اللَّوْنُ لَوْنُ الدَّمِ وَالْعَرْفُ عَرْفُ الْمِسْكِ

230. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Setiap luka yang dialami oleh seorang Muslim di jalan Allah, akan berada pada hari kiamat keadaannya seperti mana ia ditikam. Darahnya tersembur-sembur keluar. Warnanya warna darah dan harumnya sewangi kasturi.”

Hadis ini menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa kalau dah berubah sifat sesuatu perkara itu, hukumnya juga akan berubah. Macam darah kalau asalnya berbau hanyir dan menakutkan orang, tetapi kalau di akhirat Allah ubah sifatnya jadi lain molek, maka ianya tidak lagi dianggap sebagai jijik lagi.

Mati syahid tidak perlu dimandikan. Sebab mereka akan dibangkitkan dalam keadaan mereka mati. Itu akan menjadi kebanggaan kepada mereka. Dan kehinaan kepada yang membunuh mereka di akhirat kelak.

 

بَاب الْبَوْلِ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ

Bab Kencing Di Dalam Air Yang Tenang

– Kalau air berubah baru tak boleh pakai. Inilah pendapat imam Bukhari. Kalau air itu nampak tidak terjejas, maka boleh lagi dipakai.

231 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو الزِّنَادِ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ هُرْمُزَ الْأَعْرَجَ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ نَحْنُ الْآخِرُونَ السَّابِقُونَ

231. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Az Zinad bahwa ‘Abdurrahman bin Hurmuz Al A’raj menceritakan kepadanya, bahwa ia mendengar Abu Hurairah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kitalah umat yang terakhir tapi umat yang terdahulu yang akan masuk syurga.”

– Pensyarah sahih Bukhari kehairanan kenapa hadis ini ada disini. Macam tak kena tempatnya.

Pertamanya dikatakan bahawa Imam Bukhari dapat hadis diatas sekali dengan hadis ini, itulah sebab dia letak sekali. Sebab dia nak letak sebagaimana dia dapat.

Tapi pendapat yang lebih kukuh adalah tentu ada sebab dia letakkan. Nak cerita bahawa ada yang awal dan ada yang akhir. Kalau diair yang tenang, kita kencing kat dalam air tu, mungkin tidak menyebabkan air itu jadi najis. Tapi kalau lepas itu orang lain kencing, lepas tu orang lain pula, maka air itu akan jadi najis. Akan jadi kotor. Jadi Nabi nak mengingatkan supaya jangan mulakan kencing disitu. Nanti yang terima akibatnya adalah orang terakhir.

232 – وَبِإِسْنَادِهِ قَالَ لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ الَّذِي لَا يَجْرِي ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ

232. (Masih dari jalur periwayatan yang sama dengan hadits sebelumnya dari Abu Hurairah). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jangan sekali-kali salah seorang dari kalian kencing dalam air tenang yang tidak mengalir, lalu mandi darinya.”

– Adalah tindakan yang tidak bijak jikalau kita kencing di dalam air yang tenang. Sebab lambat laun kita nak pakai juga air itu. Dan kalau air itu telah tercemar, ianya adalah tidak elok untuk kita. Tapi tidaklah dikatakan haram untuk kencing di dalam air yang tenang itu. Cuma makruh.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s