We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Jika Seseorang Membasuh Air Mani Atau Selainnya Tetapi Kesannya Tidak Hilang December 29, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 2:11 am

بَاب إِذَا غَسَلَ الْجَنَابَةَ أَوْ غَيْرَهَا فَلَمْ يَذْهَبْ أَثَرُهُ

Bab Jika Seseorang Membasuh Air Mani Atau Selainnya Tetapi Kesannya Tidak Hilang

– أَوْ غَيْرَهَا maknanya termasuk dengan benda lain seperti najis yang lain. Contohnya air mazi. Ini adalah jikalau susah untuk dikeluarkan najis pada baju. Hukum ini hanya timbul jikalau nak bawa baju itu untuk solat. Kalau untuk pakai biasa sahaja, tidak mengapa. Boleh sahaja pakai. Nak pakai jalan-jalan ke, nak pakai untuk tidur ke, tidak perlu basuh pun boleh pakai. Pertamanya, seperti kita telah belajar di hadis yang lalu, memang kena basuh. Dan kalau dah basuh tu, walaupun belum kering lagi bekas basuhan itu, boleh dipakai dah kain itu untuk dibawa solat. Kerana Nabi pun pernah buat macam itu.

224 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْمِنْقَرِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَيْمُونٍ قَالَ سَأَلْتُ سُلَيْمَانَ بْنَ يَسَارٍ فِي الثَّوْبِ تُصِيبُهُ الْجَنَابَةُ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ كُنْتُ أَغْسِلُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ وَأَثَرُ الْغَسْلِ فِيهِ بُقَعُ الْمَاءِ

224. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il Al Minqari berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Maimun berkata, “Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar tentang kain yang terkena kesan junub (mani), ia menjawab, ” ‘Aisyah pernah berkata, “Aku selalu menghilangkannya dari kain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membasuhnya, kemudian beliau keluar untuk shalat dalam keadaan kelihatan bekas basuhan itu (dalam bentuk tompokan-tompokan air).”

225 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا كَانَتْ تَغْسِلُ الْمَنِيَّ مِنْ ثَوْبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ أَرَاهُ فِيهِ بُقْعَةً أَوْ بُقَعًا

225. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Maimun bin Mihran dari Sulaiman bin Yasar dari ‘Aisyah, bahawa dia sering membasuh air mani dari kain Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian aku nampak padanya ada beberapa tompokan.”

 

بَاب أَبْوَالِ الْإِبِلِ وَالدَّوَابِّ وَالْغَنَمِ وَمَرَابِضِهَا وَصَلَّى أَبُو مُوسَى فِي دَارِ الْبَرِيدِ وَالسِّرْقِينِ وَالْبَرِّيَّةُ إِلَى جَنْبِهِ فَقَالَ هَا هُنَا وَثَمَّ سَوَاءٌ

Bab Air Kencing Unta Dan Binatang-Binatang Lain, Air Kencing Kambing Dan Kandang Kambing. Abu Musa Bersembahyang Di Dar Al-Barid (Satu Perhentian Di Kufah) Dan Di Tempat-Tempat Yang Ada Tahi Binatang Sedangkan Tanah Lapang (Yang Tidak Terkena Air Kencing Dan Tahi Binatang) Ada Di Sebelahnya. Beliau Berkata “Di Sini Dan Di Sana Sama Sahaja”.

Gambar kandang kambing zaman sekarang

– Yang jelas pendapat Imam Bukhari adalah kalau kencing binatang yang boleh dimakan adalah tidak najis. Yang tak jelas adalah kalau binatang itu tidak boleh dimakan. Ada yang kata Imam Bukhari mengharamkannya dan ada yang kata tidak. Ada perbezaan pendapat disitu. Tapi, sekali lagi, yang jelas adalah, najis binatang yang boleh dimakan, tidak najis.

Bukanlah Islam mengajar umatnya menjadi pengotor. Ini adalah perbincangan hukum fekah. Dan jangan kita nilaikan berdasarkan zaman sekarang. Kena tengok zaman dahulu. Mereka bergelumang dengan binatang yang macam tu. Zaman sekarang, memang kita memandang jijik sangat benda sebegitu.

Darul barid adalah tempat perhentian yang juga menjadi seperti pejabat pos. Jarak antara sepuluh batu antara satu sama lain. Pejabat pos telah ada pada zaman Saidina Umar lagi.

Abu Musa pernah menjadi gabenor di Kufah semasa pemerintahan Umar dan Uthman. Sebelum ini kita telah belajar yang dia paling keras tentang kencing tapi dalam kes binatang ini dia lembut pula. Apakah sanad Imam Bukhari sampai kepada Abu Musa? Di kitab lain ada sanad yang lengkap. Dia tak letak disini, mungkin sebab tidak cukup kuat yang menepati syaratnya. Sebab itu dia letak di tajuk sahaja.

Kita tidak tahu samada Abu Musa solat di kandang kambing itu pakai lapik atau tidak. Sebab orang dahulu selalunya solat tidak berlapik. Jadi, ada kemungkinan dia tidak pakai lapik pun. Terus solat kat dalam kandang itu sahaja. Kalau dikatakan dia pakai lapik, kena bawa dalil. Tidak boleh pakai andaian. Bukankah Nabi telah mengajar umatnya untuk menjadi bersih? Abu Musa nak ajar yang walaupun dia keras pasal kencing manusia tapi pasal kencing binatang hukumnya lain. Sahabat-sahabat ini mereka kadang-kadang buat perkara yang tak berapa molek sebegini untuk mengajar manusia lain. Molek atau tidaknya adalah soal lain. Kadang-kadang ada manusia yang hidup bergelumang dengan perkara sebegini. Jadi, ini akan memudahkan mereka. Islam tidak menyusahkan umatnya.

Dalam tajuk itu, ada orang yang tegur dia kenapa solat disitu. Bila ada orang tegur dia kenapa dia solat disitu, maknanya memang dia solat di tempat yang kotor. Mazhab Syafie adalah yang paling berat berkenaan perkara najis ni. Paling ringan adalah Imam Bukhari. Jangan kata Imam Bukhari mengajar jadi pengotor pula. Dia nak ajar hukum. Padahal, dia seorang yang amat menjaga kebersihan. Mungkin ada keadaan yang kita kena hadapi perkara macam ini nanti.

226 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ أُنَاسٌ مِنْ عُكْلٍ أَوْ عُرَيْنَةَ فَاجْتَوَوْا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِلِقَاحٍ وَأَنْ يَشْرَبُوا مِنْ أَبْوَالِهَا وَأَلْبَانِهَا فَانْطَلَقُوا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا النَّعَمَ فَجَاءَ الْخَبَرُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَلَمَّا ارْتَفَعَ النَّهَارُ جِيءَ بِهِمْ فَأَمَرَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسُمِرَتْ أَعْيُنُهُمْ وَأُلْقُوا فِي الْحَرَّةِ يَسْتَسْقُونَ فَلَا يُسْقَوْنَ
قَالَ أَبُو قِلَابَةَ فَهَؤُلَاءِ سَرَقُوا وَقَتَلُوا وَكَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَحَارَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ

226. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik berkata, “Ada beberapa orang dari kabilah ‘Ukl atau ‘Urainah datang ke Madinah, ternyata cuaca Madinah tidak sesuai kepada mereka. Maka Nabi lalu memerintahkan mereka untuk pergi ke tempat unta dan meminum air kencing dan susunya. Maka mereka pun berangkat menuju kandang unta, ketika telah sembuh, mereka membunuh pengembala Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan melarikan unta-unta. Kemudian berita itu pun sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di awal pagi. Maka beliau mengutus rombongan untuk mengikuti jejak mereka, ketika lewat pagi, mereka berjaya ditangkap. Beliau lalu memerintahkan agar tangan dan kaki mereka dipotong, mata mereka diselari dengan besi panas, lalu mereka dicampar ke kawasan berbatu hitam. Mereka minta minum namun tidak diberi.” Abu Qilabah mengatakan, “Ini kerana mereka semua telah mencuri, membunuh, murtad setelah keimanan dan memerangi Allah dan rasul-Nya.”

– Hadis ini umum sangat. 13 kali Imam Bukhari bawa dalam kitab dia. Cuma beza sikit-sikit sahaja. Ada tujuh orang semua sekali dalam dua kabilah itu. Ada yang kata dua kabilah, ada yang kata satu kabilah sahaja. Bila cuaca Madinah tidak sesuai dengan mereka, mereka mengalami penyakit busung perut. Nabi suruh mereka pergi ke tempat kandang unta. Disuruh minum susu dan kencing unta. Sihat mereka lepas buat sebegitu. Lepas itu mereka jadi jahat dan murtad. Seorang atau dua orang pengembala Nabi kena bunuh. Curi pula unta-unta itu. Mereka sebelum bunuh pengembala itu, mereka siksa sepertimana yang mereka kena hukum selepas itu. Selepas ditangkap, mereka dikenakan hukum sama macam mereka buat kepada pengembala.

Nak Imam Bukhari nak cerita disini adalah pasal kencing unta itu. Kalau najis, takkan Nabi nak suruh minum pula. Dalam hadis lain, ada disebutkan Allah tidak meletakkan kesembuhan pada benda yang haram. Imam Bukhari qiyas lagi. Kalau kencing tidak najis, maka tahi pun tidak najis juga.

Ada pendapat yang tak mahu pakai hadis ini, mengatakan hadis ini banyak khilaf. Ada hadis yang kata Nabi suruh minum kencing dulu. Ada yang kata susu dulu. Dan ada yang tak sebut pun pasal kencing unta tu, cuma ada pasal susu sahaja. Maka, mereka kata tidak ada suruhan Nabi untuk minum kencing itu. Tapi Imam Bukhari tak masukkan hadis yang sebegitu. Maknanya dia tidak berpendapat bahawa hadis-hadis yang lain itu boleh diterima.

Ada kelebihan kalau kita mengambil pendapat yang mengatakan tahi dan kencing binatang itu tidak najis. Kerana ada gunanya kepada orang juga. Mungkin ada yang gunakan sebagai bahan bakar. Ada yang gunakan sebagai baja dan sebagainya. Kalau mereka bergelumang dengan bahan-bahan begitu, maka akan memudahkan mereka untuk melakukan ibadat selepas mereka menyentuhnya. Kerana kalau mereka kena basuh dengan susah payah, akan menyusahkan mereka.

Hadis ini adalah juga dalil untuk Mumasalah, iaitu menghukum pesalah dengan apa kesalahan yang mereka telah lakukan. Dalam kes ini, mereka telah mencelak mata pengembala dengan besi panas, dan mereka telah memotong kaki dan tangan mereka. Maka, Nabi telah mengarahkan supaya hukuman yang dikenakan kepada mereka juga adalah sama.

Hadis ini juga menjadi dalil bahawa hukuman mati adalah kepada mereka yang memerangi Allah dan RasulNya.

Hadis ini juga memberi dalil bahawa harta zakat boleh dipakai untuk kebaikan umum. Begitulah yang sepatutnya. Tapi cara pengurusan zakat kita sekarang mungkin tidak sampai ke tahap itu lagi. Banyak lagi orang miskin yang tak dapat habuan zakat mereka. Tambahan lagi kalau nak beri kepada yang bukan fakir miskin. Kerana harta zakat itu bukan sahaja untuk mereka yang fakir miskin, tapi untuk mereka yang ada harta juga. Contohnya, mereka yang bermusafir, sepatutnya boleh menggunakan harta zakat juga. Pusat Pungutan zakat sepatutnya boleh membina rumah tumpangan yang boleh digunakan oleh musafir. Kalau ada rumah tumpangan yang sebegitu, tentulah tidak perlu kita menggunakan hotel yang selalunya kepunyaan orang kafir.

Boleh menggunakan ilmu qiafah untuk mengesan penjenayah. Sebab dalam riwayat yang lain ada juga dikatakan dalam kes ini, Nabi menghantar sahabat yang mengetahui ilmu qiafah untuk ikut mengesan puak yang telah membunuh pengembala itu. Ahli ilmu qiafah boleh membantu. Zaman dulu memang berguna dan zaman sekarang pun, walaupun dengan segala teknologi yang ada, mungkin ada juga kegunaan ilmu ini.

Pemimpin bertanggungjawab untuk menjalankan hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan. Bukan senang nak jadi pemerintah ni.

Mereka dikenakan hukuman yang berat kerana mereka telah melakukan kesalahan yang besar. Mencuri. Membunuh. Murtad. Memerangi Allah dan rasul. Kalau ada satu kesalahan pun dah kena hukuman yang sama juga. Hukuman berat yang dikenakan akan menyebabkan orang akan takut melakukan janayah. Pengajaran kepada orang lain. Kita pula kesian kepada orang jahat. Padahal kita macam tak kesian kepada mangsa. Ada yang mengalami trauma sepanjang hayat dia.

227 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو التَّيَّاحِ يَزِيدُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي قَبْلَ أَنْ يُبْنَى الْمَسْجِدُ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ

227. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu At Tayyah Yazid bin Humaid dari Anas berkata, “Sebelum masjid dibangun, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat di kandang kambing.”

– Kalau di kandang kambing, tentulah ada tahi disitu. Nabi solat disitu kerana tidak najis kalau tahi kambing-kambing itu.
Ada yang takwil kata Nabi solat disitu kerana tanah kandang kambing itu akan dijadikan masjid dah pun. Tapi Imam Bukhari tak terima takwilan sebegini.

Macam Abu Musa juga, kalau tidak dia mendapat perbuatan itu dari Nabi, dia pun tidak berani nak buat macam itu.

Ini bukanlah nak kata bahawa digalakkan solat di kandang kambing. Nabi pun bukanlah dia berjemaah dia kandang kambing tu. Dia solat seorang sahaja.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s