We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Syirik Dan Sihir Adalah Di Antara Perkara Yang Membinasakan December 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 2:01 pm

بَاب الشِّرْكُ وَالسِّحْرُ مِنْ الْمُوبِقَاتِ

Bab Syirik Dan Sihir Adalah Di Antara Perkara Yang Membinasakan

Imam Bukhari meletakkan dalam tajuk ini sihir dan syirik berdekatan kerana dekatnya dua perkara itu. Kerana, sihir menggunakan jin dan untuk mendapatkan mereka kena sembah mereka dahulu. Maknanya, kena syirik dulu baru boleh nak amalkan sihir ini.
Pengamalan sihir amatlah buruk sekali. Kepada masyarakat yang mengamalkan sihir, akan merosakkan masyarakat itu nanti. Tamadun akan hancur. Begitulah yang terjadi pada zaman Nabi Sulaiman. Kaum Nabi Israel amat suka mengamalkan sihir dan mereka telah hancur. Selepas itu mereka telah berpecah belah merata tempat.

Dalam masyarakat kita pun jangan sangka yang ianya adalah perkara asing. Banyak sangat berlaku sebenarnya. Selalunya yang berbomoh itu mereka melakukan sihirlah tu. Mereka sanggup melakukan perkara yg pelik-pelik dan salah supaya mereka boleh mengamalkan sihir.

 

5322 – حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا الْمُوبِقَاتِ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ

5322. Telah menceritakan kepadaku Abdul Aziz bin Abdullah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari Tsaur bin Zaid dari Abu Al Ghaits dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jauhilah dari perkara-perkara yang membinasakan yaitu syirik terhadap Allah dan sihr.”

– Hadis ini adalah hadis ringkas dari hadis yang lebih panjang. Ada banyak lagi perkara yang membinasakan. Bukan dua yang ini sahaja.

 

بَاب هَلْ يَسْتَخْرِجُ السِّحْرَ

Bab Adakah Sihir Boleh Dikeluarkan

Imam Bukhari nak mengatakan bahawa boleh. Kalau tak mampu untuk dikeluarkan, tidaklah Nabi berjaya mengeluarkannya.

وَقَالَ قَتَادَةُ قُلْتُ لِسَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ رَجُلٌ بِهِ طِبٌّ أَوْ يُؤَخَّذُ عَنْ امْرَأَتِهِ أَيُحَلُّ عَنْهُ أَوْ يُنَشَّرُ قَالَ لَا بَأْسَ بِهِ إِنَّمَا يُرِيدُونَ بِهِ الْإِصْلَاحَ فَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَلَمْ يُنْهَ عَنْهُ

Berkata Qatadah, saya bertanya Sayyid bin musayyab tentang seorang yang terkena sihir atau seorang yang ditahan dari menggauli isterinya, bolehkah dibuka kepadanya atau dihantar balik? Kata Musayyab, tidak mengapa. Mereka hanya mahukan kebaikan dengannya. Apa-apa yang berguna tidaklah ditegah dari melakukannya.

طِبٌّ itu bermakna ‘kena sihir’. Asal maknanya adalah ‘semoga boleh sembuh’. Dalam bahasa Arab, mereka meletakkan harapan dalam nama sesuatu. Dalam nama ada doa dah.

Contoh satu simpulan sihir

أَيُحَلُّ bermaksud ‘membuka’. Membuka simpulan. Kerana selalunya ahli sihir menggunakan simpulan dan meniup kepada simpulan tersebut. Selalunya susah untuk dihuraikan melainkan dengan cara ahli sihir juga. Jadi, adakah boleh kita lakukan dengan cara sihir juga? Hasan al Basri tak setuju. Itu adalah cara yang salah. Akan menyebabkan ilmu sihir berkembang lagi. Dan mungkin yang pelepas adalah mereka yang membuatnya juga dari asalnya. Itulah cara mereka buat duit. Seorang datang kepada mereka untuk mengenakan seseorang. Yang kena pula akan datang kepada dia untuk melepaskan. Dua-dua bahagian dia akan dapat duit.

Tapi ada juga ulama kata boleh. Kerana untuk kebaikan juga. Macam pakai gangster untuk menjaga keselamatan kita sebab kita tahu dia mampu untuk bantu kita. Yang salah adalah ahli sihir itu untuk mengamalkannya tapi Tak salah pada kita. Ini adalah Kalau tiada cara lain. Tapi akidah kita kena betul walaupun kita pakai mereka. Kita kena yakin bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Salah belajar sihir ni. Dan apa sahaja yang berlaku adalah dengan kehendak Allah jua. Bukan dengan kekuatan atau kehebatan ahli sihir itu.
Tapi seeloknya kenalah menggunakan cara yang benar. Kenalah ada yang tahu bagaimana nak mengubat dgn cara yang dibenarkan Islam. Kepada merekalah kita kena pergi. Dan hargailah mereka dengan memberi upah yang berpatutan. Sebab bukan senang nak buat dan amalkan apa yang mereka lakukan. Kerana kena banyak beramal. Dan mereka selalunya akan kena ganggu nanti. Tapi ramai antara kita bagi sepuluh ringgit sahaja nanti.

Begitulah masyarakat kita tidak pandai menghargai usaha orang lain. Tidak memikirkan susah payah mereka. Tapi kalau masyarakat barat, mereka pandai menghargai. Sampai kalau beri nasihat sahaja mereka dah beri yuran konsultansi. Maka sepatutnya kita pun macam itu juga.

 

5323 – حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عُيَيْنَةَ يَقُولُ أَوَّلُ مَنْ حَدَّثَنَا بِهِ ابْنُ جُرَيْجٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي آلُ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ فَسَأَلْتُ هِشَامًا عَنْهُ فَحَدَّثَنَا عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُحِرَ حَتَّى كَانَ يَرَى أَنَّهُ يَأْتِي النِّسَاءَ وَلَا يَأْتِيهِنَّ قَالَ سُفْيَانُ وَهَذَا أَشَدُّ مَا يَكُونُ مِنْ السِّحْرِ إِذَا كَانَ كَذَا فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَعَلِمْتِ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ أَتَانِي رَجُلَانِ فَقَعَدَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ فَقَالَ الَّذِي عِنْدَ رَأْسِي لِلْآخَرِ مَا بَالُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ وَمَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ أَعْصَمَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ حَلِيفٌ لِيَهُودَ كَانَ مُنَافِقًا قَالَ وَفِيمَ قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاقَةٍ قَالَ وَأَيْنَ قَالَ فِي جُفِّ طَلْعَةٍ ذَكَرٍ تَحْتَ رَاعُوفَةٍ فِي بِئْرِ ذَرْوَانَ قَالَتْ فَأَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبِئْرَ حَتَّى اسْتَخْرَجَهُ فَقَالَ هَذِهِ الْبِئْرُ الَّتِي أُرِيتُهَا وَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قَالَ فَاسْتُخْرِجَ قَالَتْ فَقُلْتُ أَفَلَا أَيْ تَنَشَّرْتَ فَقَالَ أَمَّا اللَّهُ فَقَدْ شَفَانِي وَأَكْرَهُ أَنْ أُثِيرَ عَلَى أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ شَرًّا

5323. Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad dia berkata; saya mendengar Ibnu ‘Uyainah berkata; orang yang pertama kali menceritakan kepada kami adalah Ibnu Juraij, dia berkata; telah menceritakan kepadaku keluarga ‘Urwah dari ‘Urwah, lalu aku bertanya kepada Hisyam tentang haditsnya, maka dia menceritakannya kepada kami dari Ayahnya dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir hingga beliau berasa beliau telah mendatangi para isterinya, padahal beliau tidak mendatanginya, -Sufyan mengatakan; “Ini adalah keadaan yang paling teruk dalam sihir itu apabila ia berlaku demikian (Inilah kesan yang paling teruk berlaku kepada Nabi SAW) – kemudian beliau bersabda: “Nabi telah bangun dari tidur dan bersabda: Wahai Aisyah, tahukah engkau bahwa Allah telah memberikan jawapan kepada soalan yang telah aku tanyakan kepadaNya? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, salah seorang dari keduanya duduk dekat kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian seorang yang berada di kepalaku berkata kepada yang satunya; “Kenapa laki-laki ini?” temannya menjawab; “Terkena sihir.’ Berkata yang pertama; “Siapakah yang menyihirnya?” yang kedua menjawab; “Lubid bin Al A’sham, laki-laki dari Bani Zuraiq, seorang munafik dan menjadi sekutu orang-orang Yahudi.” Salah seorang darinya bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” temannya menjawab; “Dengan sikat dan benang yang terkeluar dari tempat tenung.” Salah seorang darinya bertanya; “Di manakah benda itu diletakkan?” temannya menjawab; “Di mayang kurma jantan yang diletakkan di bawah batu dalam sumur Dzarwan.” Aisyah berkata; “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut hingga beliau dapat mengeluarkan barang tersebut, lalu beliau bersabda: “Ini adalah sumur yang diperlihatkan padaku, seakan-akan airnya berubah bagaikan rendaman daun inai dan seakan-akan pohon kurma yang berada ditepi telaga itu bagaikan kepala-kepala syetan.” Abu Hisyam berkata; “apakah beliau meminta barangnya dikeluarkan?” Aisyah berkata; Lalu aku bertanya; “Kenapa anda tidak hantar balik/tidak buka/sebarkan?” beliau bersabda: “, sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka memberikan kesan buruk kepada mana mana orang dari peristiwa itu.”

 

 

بَاب السِّحْرِ

Bab Sihir

5324 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
سُحِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِنَّهُ لَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَفْعَلُ الشَّيْءَ وَمَا فَعَلَهُ حَتَّى إِذَا كَانَ ذَاتَ يَوْمٍ وَهُوَ عِنْدِي دَعَا اللَّهَ وَدَعَاهُ ثُمَّ قَالَ أَشَعَرْتِ يَا عَائِشَةُ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَفْتَانِي فِيمَا اسْتَفْتَيْتُهُ فِيهِ قُلْتُ وَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ جَاءَنِي رَجُلَانِ فَجَلَسَ أَحَدُهُمَا عِنْدَ رَأْسِي وَالْآخَرُ عِنْدَ رِجْلَيَّ ثُمَّ قَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ مَا وَجَعُ الرَّجُلِ قَالَ مَطْبُوبٌ قَالَ وَمَنْ طَبَّهُ قَالَ لَبِيدُ بْنُ الْأَعْصَمِ الْيَهُودِيُّ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ قَالَ فِيمَا ذَا قَالَ فِي مُشْطٍ وَمُشَاطَةٍ وَجُفِّ طَلْعَةٍ ذَكَرٍ قَالَ فَأَيْنَ هُوَ قَالَ فِي بِئْرِ ذِي أَرْوَانَ قَالَ فَذَهَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أُنَاسٍ مِنْ أَصْحَابِهِ إِلَى الْبِئْرِ فَنَظَرَ إِلَيْهَا وَعَلَيْهَا نَخْلٌ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى عَائِشَةَ فَقَالَ وَاللَّهِ لَكَأَنَّ مَاءَهَا نُقَاعَةُ الْحِنَّاءِ وَلَكَأَنَّ نَخْلَهَا رُءُوسُ الشَّيَاطِينِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَأَخْرَجْتَهُ قَالَ لَا أَمَّا أَنَا فَقَدْ عَافَانِيَ اللَّهُ وَشَفَانِي وَخَشِيتُ أَنْ أُثَوِّرَ عَلَى النَّاسِ مِنْهُ شَرًّا وَأَمَرَ بِهَا فَدُفِنَتْ

5324. Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaid bin Isma’il telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam disihir hingga seakan-akan beliau mengangan-angan telah berbuat sesuatu, padahal beliau tidak melakukannya, sehingga suatu hari ketika beliau berada di sampingku, beliau berdo’a kepada Allah dan berdo’a, kemudian beliau bersabda: “Wahai Aisyah, tahukah kamu bahwa Allah telah memberikan jawapan dengan apa yang telah aku tanyakan kepadaNya? Jawabku; “Apa itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, lalu salah seorang dari keduanya duduk dekat kepalaku dan satunya lagi di kakiku. Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; “Menderita sakit apakah laki-laki ini?” temannya menjawab; “Terkena sihir.’ salah seorang darinya bertanya; “Siapakah yang menyihirnya?” temannya menjawab; “Lubid bin Al A’sham seorang Yahudi dari Bani Zuraiq.” Salah satunya bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” temannya menjawab; “Dengan sikat dan rambut yang terjatuh ketika disisir dan seludang mayang kurma.” Salah seorang darinya bertanya; “Di manakah benda itu di letakkan?” temannya menjawab; “Di dalam sumur Dzi Arwan.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi sumur tersebut bersama beberapa orang sahabatnya, beliau pun melihat ke dalamnya dan pohon kurma yang berdekatan, lalu beliau kembali menemui ‘Aisyah bersabda: “Wahai Aisyah! seakan-akan airnya bagaikan rendaman pohon inai dan seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala syetan.” Aku bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah anda mengeluarkannya?” beliau menjawab: “sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku bimbang akan memberikan kesan buruk kepada orang lain kerananya.” Kemudian beliau memerintahkan seseorang menanam barang itu.”

– Kisah bagaimana Nabi telah terkena sihir. Dikatakan dalam hadis bahawa ini adalah sihir yang paling teruk. Maknanya, paling teruk kepada Nabi. Bukanlah ini sihir yang paling teruk sekali. Sebab ada lagi orang yang kena lagi teruk. Sampai mati dan sebagainya. Cuma apabila kena kepada Nabi, tidak teruk mana sebab Nabi itu seorang yang kuat. Kalau kena kat orang lain, tentu lebih teruk lagi. Sebab Nabi cuma buat sesuatu walaupun dia tidak buat. Iaitu menggauli isterinya padahal dia tidak buat. Tidaklah baginda sampai mengatakan benda yang salah atau terlupa Quran atau memberi ayat Quran yang tidak sepatutnya. Maknanya, dia cuma kena kepada dirinya yang peribadi sahaja. Kita boleh lihat dalam hadis diatas bahawa baginda berdoa dan berdoa.

Menunjukkan bahawa Nabi pun manusia juga. Bukan makhluk yang lain. Dia pun boleh kena gangguan sihir juga. Janganlah kita menaikkan Nabi kita macam agama-agama salah yang lain. Macam agama lain mengatakan bahawa nabi-nabi mereka lebih daripada manusia biasa. Sampai yang ada kata nabi mereka adalah tuhan. Maka, dalam hadis ini menjadi satu lagi hujah bahawa Nabi kita hanya manusia.

Apabila Nabi ditanya tidakkah dia mahu memulangkan atau membalas kepada Labid kerana telah menyihirnya, Nabi kata tidak. Sebab dia telah sembuh dan dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Tambahan pula kena kepada peribadi dirinya dan baginda adalah seorang yang pemaaf. Adakah ini menyatakan bahawa kita tidak patut membalas kepada orang yang telah menyubur kita? Ada yang kata boleh.
Lagi satu, orang yang menyihirnya adalah orang munafik. Nabi tidak mahu dikatakan membunuh orang Islam yang tidak sefahaman dengannya. Sebab pada mata masyarakat, mereka itu adalah Islam. Dan kalau Nabi membalas, manusia akan salah faham. Selalunya begitulah. Nabi tak kacau org munafik. Walaupun apa yang mereka perbuat kepada Nabi sepatutnya boleh dibunuh.

Apa yang Nabi nampak pada air telaga dan baginda nampak mayang kurma macam kepala syaitan  itu adalah perasaan baginda sebab baginda dah kena sihir. Dia sampai nampak air itu macam air perahan inai dan seludang macam kepala syaitan. Orang lain mungkin tidak nampak.

 

بَاب إِنَّ مِنْ الْبَيَانِ سِحْرًا

Bab Sesungguhnya Di Antara Ucapan Ada Yang (Memukau) Seperti Sihir

5325 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّهُ قَدِمَ رَجُلَانِ مِنْ الْمَشْرِقِ فَخَطَبَا فَعَجِبَ النَّاسُ لِبَيَانِهِمَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ الْبَيَانِ لَسِحْرًا أَوْ إِنَّ بَعْضَ الْبَيَانِ لَسِحْرٌ

5325. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Zaid bin Aslam dari Abdullah bin Umar radliallahu ‘anhuma bahwa dua orang dari penduduk Masyriq datang kepadanya, lalu keduanya berucap maka orangramai kagum dengan ucapannya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya dalam ucapan itu ada yang betul-betul memukau (seperti sihir), atau sesungguhnya sebagian dari ucapan itu adalah sihir.”

– Kadang-kadang kita terpesona dengan ucapan atau kata-kata manusia. Sebab pandainya mereka berkata-kata dan memberi hujah. Kadang tu ada yang dengan DJ radio pun boleh terpesona. Boleh jatuh cinta padahal tak pernah jumpa bersemuka pun. Begitulah kita boleh lihat bahawa dengan kata-kata orang boleh terpesona. Maka kita kena ingat bahawa kata-kata itu adalah juga sihir. Walaupun bukan ada jin atau apa-apa. Ada elemen sihir disitu. Maka, untuk tidak terpesona atau terpukau, maka kenalah kita berilmu.
Pesona itu adalah dari perkataan Farsi, fusoon yang bermaksud sihir juga.

 

بَاب الدَّوَاءِ بِالْعَجْوَةِ لِلسِّحْرِ

Bab Berubat Dengan Tamar `Ajwah Kerana Sihir

5326 – حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ أَخْبَرَنَا هَاشِمٌ أَخْبَرَنَا عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ اصْطَبَحَ كُلَّ يَوْمٍ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ ذَلِكَ الْيَوْمَ إِلَى اللَّيْلِ وَقَالَ غَيْرُهُ سَبْعَ تَمَرَاتٍ

5326. Telah menceritakan kepada kami Ali telah menceritakan kepada kami Marwan telah mengabarkan kepada kami Hasyim telah mengabarkan kepada kami ‘Amir bin Sa’d dari Ayahnya radliallahu ‘anhu dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa di pagi hari makan beberapa biji kurma ‘ajwah, maka tidak akan membahayakan terhadap dirinya baik itu racun maupun sihir pada hari itu hingga malam hari.” Orang lain berkata, tujuh biji kurma.”

 

5327 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ هَاشِمٍ قَالَ سَمِعْتُ عَامِرَ بْنَ سَعْدٍ سَمِعْتُ سَعْدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَصَبَّحَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ

5327. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Manshur telah mengabarkan kepada kami Abu Usamah telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Hasyim dia berkata; saya mendengar ‘Amir bin Sa’d saya mendengar Sa’d radliallahu ‘anhu berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa di pagi hari makan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka tidak akan membahayakan terhadap dirinya baik itu racun dan juga sihir pada hari itu.”

Senang dikenali kerana rupanya yang gelap

– Dua hadis diatas adalah mengatakan bahawa kurma ajwah itu boleh mengubat sihir kalau dah terkena, atau boleh melindungi dari sihir kalau tak kena lagi.

Ada ulama kata ianya boleh melindungi disebabkan oleh doa Nabi. Ada pula yang kata disebabkan oleh khasiat kurma itu sendiri. Kurma ini juga dinamakan kurma Nabi kerana ditanam sendiri oleh Nabi.

Dalam perubatan, ada penyakit zahir yang boleh diubati dengan rohani. Ada penyakit rohani yang boleh diubati dengan benda zahir, seperti kurma ini. Kerana sihir itu adalah sakit rohani. Tapi boleh diubati dengan benda zahir, iaitu kurma.

Ini adalah sebagai isyarat bahawa boleh diubati dengan benda zahir. Bukanlah dengan kurma ajwah ini sahaja. Ada lagi benda-benda lain. Kena ada ilmu dan pengalaman.

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s