We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Sihir…(dan seterusnya) December 26, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 12:39 am

بَاب السِّحْرِ

Bab Sihir

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنْ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ }

Dan firman Allah taala- 2:102 … akan tetapi Syaitan-syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.

Ayat ini menceritakan tentang sihir yang diamalkan di zaman Nabi Sulaiman. Syaitan telah menipu manusia di zaman itu dengan mengatakan bahawa segala apa kuasa atau kelebihan yang ada dengan Nabi Sulaiman itu adalah kerana dia guna jin atau guna sihir. Jadi, ada manusia zaman itu yang nak ikut dapat kelebihan seperti mana yang ada pada Nabi Sulaiman. Jadi, mereka telah mengamalkan sihir. Zaman itu memang kuat dengan sihir. Mereka telah membuang banyak masa dengan belajar sana dan sini. Segala sihir itu diajar oleh syaitan yang ajar. Kerana syaitan memang nak manusia sesat dengan mengamalkan sihir itu.

Malaikat Harut dan Marut diturunkan oleh Allah sebagai ujian. Kerana masyarakat masa itu amat sukakan sihir maka Allah turunkan malaikat sebagai ujian. Kerana hendak menghukum mereka. Macam masyarakat Nabi Luth yang berahikan kaum sejenis, maka Allah turunkan malaikat yang amat elok rupanya. Macam mereka ini sebagai mata-mata untuk memerangkap manusia. Macam spy zaman sekarang. Untuk mendapatkan maklumat mereka akan menyamar jadi penagih dadah dan sebagainya supaya mereka dapat maklumat.

Ayat ini menunjukkan bahawa ilmu sihir itu benar. Memang ada dan memang boleh menjadi dengan izin Allah jua. Macam ubat, bukan ubat itu yang menyembuhkan, Allah yang menyembuhkan.

وَقَوْلِهِ تَعَالَى { وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى }
Taha:69 “…. ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, biar di mana sahaja ia datang”.

وَقَوْلِهِ { أَفَتَأْتُونَ السِّحْرَ وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ }
Al Anbiya:3 … Maka patutkah kamu mendatangi sihir dalam keadaan kamu sedar?”

وَقَوْلِهِ { يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى }
Taha:66 … terbayang-bayang kepadanya (Nabi Musa) seolah-olah benda-benda (tongkat dan tali-tali) berjalan/bergerak-gerak, disebabkan sihir mereka.
– Ini menunjukkan yang Nabi Musa juga terkesan dengan sihir yang dilakukan oleh tukang sihir firaun.

وَقَوْلِهِ { وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ } وَالنَّفَّاثَاتُ السَّوَاحِرُ { تُسْحَرُونَ } تُعَمَّوْنَ
Al Falaq:4 “Dan dari kejahatan Perempuan-Perempuan yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
النَّفَّاثَاتُ adalah tukang-tukang sihir perempuan
تُسْحَرُونَ bermakna aku terpukau atau dibutakan

– Ada juga kritik tentang ayat ini. Kerana kejadian Nabi menggunakan ayat ini selepas kena sihir adalah di Madinah. Tapi ayat ini diturunkan di Mekah. Mana yang betul. Sebetulnya ayat ini memang diturunkan di Mekah. Tapi waktu itu tidak digunakan untuk jampi. Dua surah itu pun nampak yang jelas berkenaan dengan sihir itu adalah ayat yang keempat dalam surah al Falaq sahaja. Tapi apabila diberitahu oleh malaikat bahawa ianya boleh juga digunakan untuk menjampi, barulah Nabi menggunakannya. Bukanlah kalau Nabi gunakan sebagai jampi di Madinah, bermakna ayat itu diturunkan di Madinah.

Tapi ada juga ulama yang tidak menerima bahawa Nabi pernah kena sihir. Antaranya adalah Sheikh Muhammad Abduh. Walaupun tidak ramai, tapi ada juga. Antara lain mereka kata, kalau benar Nabi kena sihir, maka betullah apa yang dikatakan oleh orang kafir dalam Quran: isra:47
نَّحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَسْتَمِعُونَ بِهِ إِذْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ وَإِذْ هُمْ نَجْوَىٰ إِذْ يَقُولُ الظَّالِمُونَ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا رَجُلًا مَّسْحُورًا

Kami lebih mengetahui akan tujuan mereka mendengar Al-Quran semasa mereka mendengar bacaanmu (wahai Muhammad), dan semasa mereka berbisik-bisik iaitu ketika orang-orang yang zalim itu berkata (sesama sendiri): “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”.

– Mereka kata kalau kita terima bahawa Nabi pernah kena sihir, maka betullah apa yang orang kafir kata dalam ayat ini, iaitu Nabi benar-benar kena sihir. Tapi pendapat jumhur ulama tidaklah macam ni. Kerana memang benar Nabi dah kena sihir. Tidaklah Nabi kena sihir itu merendahkan martabat baginda sebagai Nabi. Kerana tidak mengganggu tugasnya sebagai Nabi. Hanya melibatkan hubungan baginda dengan isterinya sahaja. Dalam rumah sahaja. Tidak sampai menyebabkan baginda terlupa menyampaikan Quran, atau mereka-reka ayat Quran yang baru. Dan bukanlah dikatakan Nabi kena sihir itu berbulan-bulan tapi beberapa hari sahaja. Nabi Musa juga terkesan dengan sihir juga semasa berlawan dengan tukang sihir firaun seperti dalam ayat Taha:66, jadi bukan Nabi Muhammad sahaja yang terkesan dengan sihir.

5321. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa telah mengabarkan kepada kami Isa bin Yunus dari Hisyam dari ayahnya dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; “Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin Al A’sham telah menyihir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun dibuat seakan-akan telah melakukan sesuatu pekerjaan yang beliau tidak kerjakan. Sampai disuatu hari -atau suatu malam- ketika beliau berada di rumahku namun beliau terus berdo’a dan berdo’a, kemudian beliau bersabda: “Wahai Aisyah, apakah kamu tahu bahwa Allah telah menceritakan kepadaku tentang apa yang aku tanya Dia? Dua orang laki-laki telah datang kepadaku, salah seorang dari keduanya duduk dekat kepalaku dan satunya lagi dekat kakiku. Kemudian salah seorang berkata kepada yang satunya; “Apa sakit orang laki-laki ini?” temannya menjawab; “Terkena sihir.’ salah satu mala’ikat tersebut bertanya; “Siapakah yang menyihirnya?” temannya menjawab; “Labid bin Al A’sham.” Malaikat yang satu bertanya; “Dengan benda apakah dia menyihir?” temannya menjawab; “Dengan sisir dan rambut yang terjatuh ketika disisir dan seludang mayang kurma jantan.” Salah satu malaikat bertanya; “Di manakah benda itu diletakkan?” temannya menjawab; “Di dalam sumur Dzarwan.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendatanginya bersama beberapa orang sahabatnya, selepas itu dia datang kepada Aisyah dan bersabda: “Wahai Aisyah! seakan- akan airnya bagaikan rendaman daun inai atau dia berkata seakan-akan pohon kurmanya bagaikan kepala syetan.” Aku bertanya; “Wahai Rasulullah, kenapa anda mengeluarkannya?” beliau menjawab: “sesungguhnya Allah telah menyembuhkanku dan aku tidak suka membuat heboh kepada orang lain tentang peristiwa itu sehingga menimbulkan satu keburukan lain.” Kemudian beliau memerintahkan seseorang menanamnya.” Hadits ini juga diperkuat oleh riwayat Abu Usamah dan Abu Dlamrah serta Ibnu Abu Az Zinad dari Hisyam. Al Laits dan Ibnu ‘Uyainah mengatakan dari Hisyam mengenai lafazh “Musth (rambut yang tercabut selepas disisir) ” dan “Musyaqah (benang yang tercabut dari tenunan) dikatakana pula “Al Musyathah yaitu helai rambut yang jatuh apabila disisir.” Sedangkan Musyaqqah ialah rambut yang melekat pada sisir tatkala menyisir.”

– Menunjukkan bahawa sihir itu adalah benar. Dan juga menunjukkan bahawa sihir itu boleh menyebabkan sakit sebagaimana yang terjadi kepada Nabi sendiri. Ketiganya, menunjukkan bukan sebarang orang pun boleh kena juga. Nabi pun boleh kena, apatah lagi orang lain.

Tujuan asal sihir adalah kepada mental tapi daripada mental boleh melarat kepada fizikal juga. Nabi juga telah mengalaminya. Tapi bukanlah Nabi sampai hilang ingatan. Dalam hadis ini nampak bahawa Nabi berdoa dan berdoa. Walaupun dia ada dengan Aisyah. Yang dimaksudkan disini adalah Aisyah sendiri hairan kenapa macam tu. Kerana selalunya kalau Nabi datang itu, Nabi akan menggauli Aisyah. Tapi tidak pada waktu itu. Nabi itu seorang lelaki yang sihat. Oleh itu selalunya begitulah, tapi tidak kali ini.

Doa Nabi telah dijawab dengan didatangkan dua malaikat yang menceritakan tentang apakah yang terjadi kepada baginda. Iaitu baginda telah disihir. Alat yang digunakan adalah berupa sikat dan rambut Nabi. Dalam riwayat yang lain dikatakan ini boleh terjadi kerana Nabi ada pelayan dari Yahudi juga. Maka mungkin orang Yahudi itu yang mengambil sikat yang ada rambut Nabi itu.

Mulanya Nabi tidak mengambil alat yang ada dalam telaga itu kerana Nabi tidak mahu memanjangkannya. Lagi pun baginda telah sembuh. Tapi lepas itu Nabi ambil juga. Tapi Nabi tidak membalas balik kepada orang yang telah mengenakan kepada baginda. Selalunya begitulah Nabi. Kalau dikenakan keatas dirinya yang peribadi, Nabi tidak membalas.

Nabi-Nabi pun boleh juga buat perkara yang lain dari yang lain. Iaitu dinamakan mukjizat. Maka apakah bezanya mukjizat itu dengan sihir itu?
Nabi-nabi akan memberikan cabaran kepada umat. Kalau mereka boleh buat macam itu. Macam Nabi Muhammad mencabar manusia untuk membuat Quran sepertinya. Orang-orang yang mengamalkan sihir tak berani buat macam tu. Kalau yang buat sihit main depan orang ramai pun mereka akan minta maaf dan minta supaya mereka tidak diganggu oleh orang yang pandai.

Mukjizat tidak boleh dikalahkan. Macam mukjizat tongkat Nabi Musa. Mengalahkan sihir pengamal sihir.

Untuk mengamalkan sihir, kena buat dosa dan jadi fasik dulu. Kena bunuh orang la, rogol orang la, minum darah la dan sebagainya. Dan kalau dibandingkan dengan mukjizat, ianya datang kepada nabi-nabi yang mulia yang menjalankan kehidupan mereka dengan baik. Jauh sekali kalau nak dibandingkan antara orang yang mengamalkan sihir dengan nabi-nabi.

Untuk mengamalkan sihir, memerlukan alat. Contohnya kena ada sikat dengan rambut la, pakai tongkat la, pakai itu dah ini. Tapi kalau dengan mukjizat tidak perlu alat pun boleh jadi.

Mengamalkan sihir adalah Haram dan Berdosa besar. Salah satu dari tujuh dosa besar yang Nabi pernah sebut. Ada jadi kafir kerana melakukan sihir. Ada yang tidak. Itu bergantung kepada ucapan atau mentera yang digunakan. Kalau ada menggunakan mentera-mentera yang mengandungi unsur syirik, maka akan jadi syirik mereka yang mengamalkannya.
Belajar sihir itu juga haram. Begitu juga dengan mereka yang mengajar.
Ada sihir yang digunakan untuk kebaikan diri. Contohnya, dia gunakan sihir supaya orang sayang dan cinta kepadanya. Supaya orang takut kepadanya. Ada yang digunakan untuk keburukan kepada orang lain. Supaya orang yang dikenakan sihir itu, jatuh sakit atau sebagainya. Dalam surah 2:102, keburukan itu adalah supaya suami dan isteri boleh berpisah.

Ada banyak jenis sihir ini. Dari yang kecil, sampai yang besar. Silap mata adalah jenis yang kecil. Sebenarnya mereka menggunakan jenis penipuan. Yang sebenarnya tangan mereka cepat supaya boleh mengelabui mata orang yang melihat. Mereka tidak menggunakan jin. Guna jin adalah jenis sihir yang besar.

Allahu a’lam.

Kelas Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s