We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Ramalan Buruk Dengan Sesuatu .. (dan bab-bab seterusnya) December 26, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 12:16 am

بَاب الطِّيَرَةِ

Bab Ramalan Buruk / Sempena Buruk Dengan Sesuatu

5312 – حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَالشُّؤْمُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَرْأَةِ وَالدَّارِ وَالدَّابَّةِ

5312. Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Utsman bin Umar telah menceritakan kepada kami Yunus dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada jangkitan, tidak ada sempena atau ramalan buruk dengan sesuatu, dan nahas/kecelakaan/kemalangan hanya ada pada tiga perkara, yaitu; pada perempuan, tempat tinggal dan kenderaan.”

– Tidak ada jangkitan penyakit. Iaitu tidak percaya bahawa penyakit itu ada kuasa untuk menjangkiti kita tanpa izin Allah. Maknanya, kalau Allah tidak takdirkan kita untuk kena penyakit itu, kita tidak akan terjangkit. Dan bahawa ada penawar yang Allah telah berikan untuk kita melindungi dari penyakit itu. Kalau kita kena pun, ada harapan untuk disembuhkan lagi.

Tidak ada tanda buruk dari sesuatu pun. Tidak ada dalam mana-mana sumber yang sahih menyatakan bahawa ada tanda-tanda yang menunjukkan ada keburukan pada sesuatu kejadian. Asalnya adalah dari penggunaan orang Quraish yang melihat kepada tanda-tanda pada burung. Tapi ia juga meliputi juga apa tanda-tanda lain juga. Kepercayaan yang tidak ada sandaran apa-apa. Dan kepercayaan bahawa ada sial dalam sesuatu perkara. Contohnya ada yang percaya bahawa tidak boleh menjual atau memberi garam kepada orang lain pada malam hari. Kalau beri juga, menyebabkan kerugian kepada kita. Ini adalah salah satu contoh, tapi banyak lagi kepercayaan yang karut karut. Tidak ada langsung ilmu tentang perkara ini. Maka, ianya tidak boleh dipercayai.

Kalau ada pun, ada dalam tiga perkara: isteri, tempat tinggal dan kenderaan. Iaitu kalau kita rasa tidak sesuai isteri itu dengan kita, boleh diceraikan. Kalau kita rasa suasana rumah itu tidak sesuai dengan kita, boleh kita pindah ke tempat lain. Begitu juga dengan kenderaan.

Kadang-kadang tidak sesuai seorang lelaki dan perempuan sebagai suami isteri. Kalau tak kena, tak dapat anakkah, mungkin lebih baik kalau berpisah. Mungkin dengan orang lain boleh dapat anak. Orang perempuan boleh fasakh orang lelaki juga. Mungkin ada malang pada seseorang. Imam Malik mengatakan memang ada malang pada seseorang. Bukan kata bawa celaka. Cuma dia tidak sesuai. Sampai doktorpun tak boleh beri jawapan. Jangan korbankan perasaan yang hendakkan anak. Dibenarkan dalam Islam. Untuk mengisi jiwa keibuan. Dalam Islam, jangan kerana sayang sampai tidak mahu berpisah atau sebab nak menjaga hati. Agama kita bukan macam agama hindu atau kristian yang tidak benarkan kahwin lagi kalau dah bercerai. Jangan rasa malang sangat sampai tak mahu bernikah dengan orang lain. Ada yang begitu sebab sayang sangat. Tiada begini dalam Islam. Mungkin sesuai dengan orang lain. Tidak kata kalau dah nikah dengan seseorang kena nikah dengan dia juga sampai bila-bila.

Kadang rumah tidak sesuai kerana orang sebelum ada tinggal sesuatu. Memang berlaku. Imam Malik berpendapat begitu. Elok tinggalkan.

Qadi Iyad berpendapat bahawa tidak ada perkara malang itu. Kalau ada pun adalah tiga perkara ini. Tapi yang tiga ini pun tiada. Kalau ada adalah ketidaksuaian antara perkara perkara itu.

 

5313 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا طِيَرَةَ وَخَيْرُهَا الْفَأْلُ قَالُوا وَمَا الْفَأْلُ قَالَ الْكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُهَا أَحَدُكُمْ

5313. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri dia berkata; telah mengabarkan kepadaku ‘Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah bahwa Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada thiyarah (menganggap sial pada sesuatu sehingga tidak jadi beramal) dan sebaik-baik ramalan itu adalah Alfa`lu.” Para sahabat bertanya; “wahai Rasulullah apakah Al fa`lu itu?” beliau menjawab: “Yaitu kalimat baik yang di dengar oleh salah satu dari kalian.”

 

بَاب الْفَأْلِ

Bab Faal

5314 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا هِشَامٌ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا طِيَرَةَ وَخَيْرُهَا الْفَأْلُ قَالَ وَمَا الْفَأْلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْكَلِمَةُ الصَّالِحَةُ يَسْمَعُهَا أَحَدُكُمْ

5314. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad telah mengabarkan kepada kami Hisyam telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Az Zuhri dari ‘Ubaidullah bin Abdullah dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada sempena buruk dengan sesuatu dan yang sebaik-baiknya ramalan adalah al fa’lu.” Abu Hurairah bertanya; “Apakah al fa’lu itu wahai Rasulullah?” beliau menjawab: “Kalimat yang baik yang di dengar oleh salah seorang dari kalian.”

 

5315 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَيُعْجِبُنِي الْفَأْلُ الصَّالِحُ الْكَلِمَةُ الْحَسَنَةُ

5315. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena buruk dengan sesuatu, dan saya suka al fa’lu yaitu kalimat yang baik.”

– Apakah al fa’lu itu? Tidak dijelaskan dalam hadis ini oleh Nabi. Ada kata-kata baik. Contohnya kita dalam perang, dan ada orang yang nama dia fatah, iaitu kemenangan. Atau kita tengah sibuk cari barang dan ada org yang nama wajid datang iaitu namanya bermakna jumpa. Ulama kata ini boleh dipakai. Bukanlah benar sangat pun. Kadang-kadang tak jadi. Tapi sebagai nak memberi motivasi atau keyakinan kepada orang Islam.

Ada orang yang menggunakan ilmu bintang. Itu tidak boleh. Dan ada yang menggunakan nama nama orang sebagai nak tengok sesuai kahwin tak dengan seorang lain. Atau nak tengok nasib dia. Kadang-kadang memang kena. Tapi susah untuk diterima. Sebab ditakuti ada unsur-unsur salah disitu.

 

بَاب لَا هَامَةَ

Bab Tiada Burung Hantu

5316 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْحَكَمِ حَدَّثَنَا النَّضْرُ أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ أَخْبَرَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ

5316. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Hakam telah menceritakan kepada kami An Nadlr telah mengabarkan kepada kami Isra`il telah mengabarkan kepada kami Abu Hashin dari Abu Shalih dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Tidak ada ‘adwa (keyakinan adanya penularan penyakit), tidak ada thiyarah (menganggap sial), tidak ada hammah (burung hantu) dan tidak pula safar (menganggap bulan safar sebagai bulan haram atau keramat).”

– Ini adalah kepercayaan bahawa roh orang mati dibunuh akan menjelma jadi burung dan akan sentiasa berbunyi selagi kematiannya tidak dibalas.

Dan ada pula kepercayaan bahawa kalau burung hantu berbunyi akan ada kematian. Dan kalau tanah kubur perlu berteman dan sebab itu akan ada orang yang akan mati kemudian untuk mengisinya. Ini adalah kepercayaan karut. Tidak boleh dipercayai.

Tentang safar. Ada kata ianya tentang cacing dalam perut yang akan berjangkit dgn orang lain. Dan ada yang kata ianya tentang sial pada bulan safar. Kepercayaan yang salah. Nabi mengajar kita untuk mencari puncanya. Bukan percaya kepada kesialan bulan itu. Untuk mengatakan tidak ada sialnya bulan safar, Nabi telah menikahi Safiyyah pada bulan safar. Ini sampai ada pula orang yang tak menjalankan majlis perkahwinan pada bulan safar sebab takut ada sial kepada perkahwinan itu.

 

 

بَاب الْكهَانَةِ

Bab Tenungan

5317 – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى فِي امْرَأَتَيْنِ مِنْ هُذَيْلٍ اقْتَتَلَتَا فَرَمَتْ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى بِحَجَرٍ فَأَصَابَ بَطْنَهَا وَهِيَ حَامِلٌ فَقَتَلَتْ وَلَدَهَا الَّذِي فِي بَطْنِهَا فَاخْتَصَمُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَضَى أَنَّ دِيَةَ مَا فِي بَطْنِهَا غُرَّةٌ عَبْدٌ أَوْ أَمَةٌ فَقَالَ وَلِيُّ الْمَرْأَةِ الَّتِي غَرِمَتْ كَيْفَ أَغْرَمُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا شَرِبَ وَلَا أَكَلَ وَلَا نَطَقَ وَلَا اسْتَهَلَّ فَمِثْلُ ذَلِكَ يُطَلُّ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا هَذَا مِنْ إِخْوَانِ الْكُهَّانِ

5317. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair telah menceritakan kepada kami Al Laits dia berkata; telah menceritakan kepadaku Abdurrahman bin Khalid dari Ibnu Syihab dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memutuskan perkara antara dua wanita dari Bani Hudzail yang berkelahi, salah seorang melempar lawannya dengan batu dan mengenai perutnya padahal ia sedang hamil, hingga menyebabkan kematian anak yang dikandungnya. Lalu mereka mengadukan peristiwa itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Beliau memutuskan hukuman (bagi wanita pembunuh) untuk membayar diyat janin dengan seorang hamba laki-laki atau perempuan perlu dimerdekakan atau diberikan kepada yang cedera itu, lantas wali wanita yang menanggung (diyat) berkata; “Ya Rasulullah, bagaimana saya harus menanggung orang yang belum makan dan minum, bahkan belum berbicara ataupun menjerit sama sekali?, tidakkah orang yang seperti itu diabaikan sahaja?” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya dia ini mengucapkan ucapan betul-betul seperti ucapan tukang-tukang tenung.” Ataupun dia ini seperti saudara tukang-tukang tenung. Susunan bahasanya seperti susunan bahasa tukang tenung.

 

5318 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ امْرَأَتَيْنِ رَمَتْ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى بِحَجَرٍ فَطَرَحَتْ جَنِينَهَا فَقَضَى فِيهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِغُرَّةٍ عَبْدٍ أَوْ وَلِيدَةٍ وَعَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَضَى فِي الْجَنِينِ يُقْتَلُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ بِغُرَّةٍ عَبْدٍ أَوْ وَلِيدَةٍ فَقَالَ الَّذِي قُضِيَ عَلَيْهِ كَيْفَ أَغْرَمُ مَا لَا أَكَلَ وَلَا شَرِبَ وَلَا نَطَقَ وَلَا اسْتَهَلَّ وَمِثْلُ ذَلِكَ يُطَلُّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا هَذَا مِنْ إِخْوَانِ الْكُهَّانِ

5318. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah dari Malik dari Ibnu Syihab dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa salah seorang dari dua orang wanita melempar lawannya dengan batu hingga menyebabkan janinnya gugur, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memutuskan untuk supaya membayar diyat janin dengan seorang hamba baik laki-laki maupun perempuan.” Dan dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memutuskan mengenai janin yang terbunuh di perut ibunya dengan (membayar diyat) seorang hamba baik laki-laki maupun perempuan. Lantas orang yang diputusi hukuman berkata; “Bagaimana saya harus menanggung orang yang belum bisa makan dan minum, bahkan belum bisa berbicara ataupun menjerit sama sekali?, tidakkah yang seumpama itu dibiarkan sahaja?” maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya dia ini betul-betul salah seorang tukang-tukang tenung).”

– Cara kata-kata wali yang tidak mahu membayar diyat itu adalah seperti kata-kata orang yang membaca mentera. Ini menandakan bahawa tidak dibenarkan tenungan dalam Islam.

 

5319 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ قَالَ
نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَمَهْرِ الْبَغِيِّ وَحُلْوَانِ الْكَاهِنِ

5319. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Muhammad telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari Az Zuhri dari Abu Bakar bin Abdurrahman bin Al Harits dari Abu Mas’ud dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang dari harga anjing, upah pelacuran dan bayaran berkenaan tukang tenung.”

– Kaahin atau orang yang menenung itu adalah perbuatan haram sampaikan hasil pendapatan darinya adalah haram juga.

 

5320 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ يَحْيَى بْنِ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَاسٌ عَنْ الْكُهَّانِ فَقَالَ لَيْسَ بِشَيْءٍ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُمْ يُحَدِّثُونَا أَحْيَانًا بِشَيْءٍ فَيَكُونُ حَقًّا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ الْكَلِمَةُ مِنْ الْحَقِّ يَخْطَفُهَا مِنْ الْجِنِّيِّ فَيَقُرُّهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ فَيَخْلِطُونَ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ
قَالَ عَلِيٌّ قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ مُرْسَلٌ الْكَلِمَةُ مِنْ الْحَقِّ ثُمَّ بَلَغَنِي أَنَّهُ أَسْنَدَهُ بَعْدَهُ

5320. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Az Zuhri dari Yahya bin ‘Urwah bin Az Zubair dari Urwah bin Az Zubair dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; beberapa orang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai tukang-tukang tenung, lalu beliau menjawab: “”Tidak ada apa pun yang boleh dipakai.” Mereka berkata; “Wahai Rasulullah! Terkadang apa yang mereka ceritakan adalah tepat.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Perkataan yang tepat (benar) itu disambar oleh jin, kemudian ia dituangkannya di telinga penjaganya lalu mereka mencampur adukkan bersama kebenaran itu dengan seratus kedustaan.” Ali berkata; Abdurrazaq berkata; lafazh “Perkataan yang nyata (benar) …” adalah mursal, setelah itu sampai kepadaku bahwa lafazh tersebut telah di musnadkan.”

– Sebelum kelahiran Nabi, jin-jin boleh memanjat ke langit dan curi mendengar perkataan antara malaikat-malaikat. Apabila Allah memberikan perintah kepada mereka, malaikat selalunya akan berkata-kata sesama mereka. Bertanyakan apakah arahan Allah. Maka jin-jin curi dengar. Mereka bertimpa naik atas satu sama lain sampai kepada langit dimana malaikat berada. Apabila Nabi dilahirkan, mereka tidak boleh dengar lagi mereka kerana mereka telah dilontar dengan bebola api. Maka kerana itu dulunya, perkataan Kaahin itu adalah kebanyakannya tepat kerana mereka mendengar perkataan malaikat. Tapi sekarang dah tak tepat dah. Mereka akan menggunakan kata-kata dusta untuk menipu manusia. Kaahin ini mendapat maklumat dari jin dan mereka kena beri jin itu makan. Kalau salah beri makan, atau ada buat salah dengan jin-jin itu, silap haribulan mereka akan kena kacau dengan jin itu.

Itu adalah tenungan yang tidak dibenarkan. Sama juga dengan percaya kepada ramalan bintang. Itu juga salah kerana tidak ada dalilnya. Hanya kepercayaan karut semata.

Tapi ada ilmu yang dibenarkan. Iaitu ilmu tapak tangan. Ilmu ini tidak termasuk dalam tenungan. Setiap manusia mempunyai ruas jari yang berlainan. Maka boleh digunakan untuk memeriksa siapakah yang telah melakukan sesuatu perkara. Dan Allah telah menyimpan maklumat tentang seseorang itu dalam tapak tangannya. Maka mereka yang pandai membaca tapak tangan itu boleh mengetahui tentang perangai seseorang manusia itu. Jadi dia boleh orang itu suka apa dan sebagainya. Boleh tahu anaknya sesuai untuk belajar apa. Dan kalau nak kahwin boleh tengok tapak tangan untuk mengenali perempuan itu. Kalau salam, bukankah kita salam dengan tapak tangan. Kalau berdoa angkat tangan. Kerana ilmu membaca tapak tangan ini ada yang boleh dijelaskan. Ini adalah sains. Telah dibuktikan. Orang yang tak tahu sahaja yang tidak mengerti. Dalam Quran telah mengatakan bahawa Allah boleh menyusun tapak tangan yang susah itu, apatah lagi kalau nak mengembalikan tulang belulang. Macam kita tidak faham tulisan bahasa asing kerana kita tidak belajar.

Salah satu ilmu yang telah diiktiraf oleh Nabi adalah ilmu Kiafah. Iaitu mengetahui tentang seseorang daripada raut wajahnya, telinganya, cara berjalannya dan lain-lain lagi. Imam Syafie pakar tentang ilmu ini sampaikan dia kata boleh digunakan dalam mahkamah.

 

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s