We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Jampi Dengan Al-Quran Dan Ayat-Ayat Pelindung .. (dan bab-bab seterusnya) December 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 11:45 pm

بَاب الرُّقَى بِالْقُرْآنِ وَالْمُعَوِّذَاتِ

Bab Jampi Dengan Al-Quran Dan Ayat-Ayat / Surah-Surah Pelindung

5294 – حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا هِشَامٌ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْفُثُ عَلَى نَفْسِهِ فِي الْمَرَضِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ فَلَمَّا ثَقُلَ كُنْتُ أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِهِنَّ وَأَمْسَحُ بِيَدِ نَفْسِهِ لِبَرَكَتِهَا فَسَأَلْتُ الزُّهْرِيَّ كَيْفَ يَنْفِثُ قَالَ كَانَ يَنْفِثُ عَلَى يَدَيْهِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ

5294. Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Musa telah mengabarkan kepada kami Hisyam dari Ma’mar dari Az Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu meniupkan diri beliau sendiri dengan Mu’awwidzat (surah pelindung) dalam sakit yang membawa wafatnya, dan tatkala sakit beliau semakin parah, sayalah yang meniup dengan surat pelindung tersebut dan saya mengusapnya dengan tangan beliau sendiri kerana berharap untuk mendapat berkahnya.” Aku bertanya kepada Az Zuhri; “Bagaimana cara meniupnya?” dia menjawab; “Beliau meniup kedua tangannya, kemudian beliau mengusapkan ke wajah dengan kedua tangannya.”

– Dalil ini menunjukkan bahawa boleh menggunakan ayat Quran dan doa pelindung. Sebelum ini ada hadis yg mengatakan bahawa seperti tidak boleh ruqyah iaitu 70 ribu org mukmin akan masuk syurga kerana tidak meminta diruqyah. Tapi itu adalah kalau menggunakan jampi yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Atau ada mengandung elemen syirik didalamnya. Tapi kalau menggunakan ayat Quran atau dari hadis Nabi, ianya dibolehkan. Ini tidak dikira bidaah kerana bukan hal ibadah. Dan Nabi sendiri pun buat juga. Walaupun bukan dari hadis Nabi pun dikatakan boleh kalau ianya tiada elemen syirik di dalamnya. Ini adalah kerana ianya diambil dari pengalaman pengamal perubatan yang tahu bahawa sesuatu doa atau ayat Quran itu kalau diadun akan dapat memberikan penyembuhan kepada manusia. Ini bukanlah perkara bidaah kerana ianya tidak melibatkan perkara ibadat.

Kalau tentang meletakkan azimat, ulama salaf khilaf dalam perkara itu. Ada yang kata boleh kalau ayat Quran digunakan dan ada yang kata tidak boleh. Jadi kena berhati-hati. Takut kalau-kalau kita silap menggunakan amalan yang boleh menyebabkan kita musyrik.

Nabi sendiri memang ada mengajar cara-cara menjampi. Dan ada hadis yang di bawah ini nanti yang Nabi sendiri menyuruh dijampi seseorang itu oleh orang lain.

 

بَاب الرُّقَى بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَيُذْكَرُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Jampi Dengan Surah Al-Fatihah Dan Diriwayatkan Daripada Ibnu `Abbas Daripada Nabi S.A.W.

5295 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَوْا عَلَى حَيٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَلَمْ يَقْرُوهُمْ فَبَيْنَمَا هُمْ كَذَلِكَ إِذْ لُدِغَ سَيِّدُ أُولَئِكَ فَقَالُوا هَلْ مَعَكُمْ مِنْ دَوَاءٍ أَوْ رَاقٍ فَقَالُوا إِنَّكُمْ لَمْ تَقْرُونَا وَلَا نَفْعَلُ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلًا فَجَعَلُوا لَهُمْ قَطِيعًا مِنْ الشَّاءِ فَجَعَلَ يَقْرَأُ بِأُمِّ الْقُرْآنِ وَيَجْمَعُ بُزَاقَهُ وَيَتْفِلُ فَبَرَأَ فَأَتَوْا بِالشَّاءِ فَقَالُوا لَا نَأْخُذُهُ حَتَّى نَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلُوهُ فَضَحِكَ وَقَالَ وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ خُذُوهَا وَاضْرِبُوا لِي بِسَهْمٍ

5295. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Bisyr dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa’id Al Khudri radliallahu ‘anhu bahwa ada beberapa orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke satu perkampungan dari perkampungan Arab, orang-orang kampung tersebut tidak menerima mereka sebagai tetamu, ketika mereka dalam keadaan seperti itu tiba-tiba seorang ketua mereka terkena sengatan binatang berbisa, lalu mereka pun berkata; “Apakah diantara kalian ada yang mempunyai ubat, atau seorang yang bisa berbomoh?” lalu para sahabat Nabi pun berkata; “Ada tapi sesungguhnya kalian tidak mau menerima kami, maka kamipun tidak akan melakukannya sehingga kalian menentukan upah kepada kami, ” akhirnya mereka pun berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing.”Lalu seorang sahabat Nabi membaca Ummul Qur`an dan mengumpulkan ludahnya seraya meludahkan kepadanya hingga laki-laki itu sembuh, kemudian orang-orang kampung itu memberikan kepada para sahabat Nabi beberapa ekor kambing tadi.” Namun para sahabat Nabi berkata; “Kita tidak akan mengambilnya hingga kita bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang hal ini, ” lalu mereka bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang pemberian itu hingga membuat beliau tertawa. Beliau bersabda: “Mana kamu tahu bahwa Fatihah itu jampi?, ambillah pemberian tersebut dan berilah satu bahagian untukku.”

– Nabi tak pernah ajar kepada sahabat bahawa fatihah itu adalah satu ruqyah. Tapi sahabat dengan kefahaman bahawa Quran itu adalah penawar, menggunakannya. Dan mereka kemudian telah tanya Nabi bagaimana.

Yang dikatakan meruqyah itu adalah Abu Sa’id Al Khudri iaitu perawi hadis ini sendiri. Dan bilangan kambing yang diberi adalah 30 ekor. Dan semua sahabat yang ada disitu adalah 30 orang juga.

Nabi meminta diberikan bahagian kepadanya supaya menyakinkan orang lain bahawa memang halal apa yang mereka terima itu. Itu adalah kebiasaan Nabi. Supaya tidak ada orang yang ada rasa syak lagi tentang kebolehan mengambil upah itu.

Ini juga adalah dalil yang mengatakan bahawa boleh menetapkan upah untuk menjampi.

 

 

بَاب الشَّرْطِ فِي الرُّقْيَةِ بِقَطِيعٍ مِنْ الْغَنَمِ

Bab Ketentuan / Janji Dalam Menjampi Untuk Memberikan sekumpulan Kambing

5296 – حَدَّثَنِي سِيدَانُ بْنُ مُضَارِبٍ أَبُو مُحَمَّدٍ الْبَاهِلِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مَعْشَرٍ الْبَصْرِيُّ هُوَ صَدُوقٌ يُوسُفُ بْنُ يَزِيدَ الْبَرَّاءُ قَالَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ الْأَخْنَسِ أَبُو مَالِكٍ عَنْ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرُّوا بِمَاءٍ فِيهِمْ لَدِيغٌ أَوْ سَلِيمٌ فَعَرَضَ لَهُمْ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَاءِ فَقَالَ هَلْ فِيكُمْ مِنْ رَاقٍ إِنَّ فِي الْمَاءِ رَجُلًا لَدِيغًا أَوْ سَلِيمًا فَانْطَلَقَ رَجُلٌ مِنْهُمْ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ عَلَى شَاءٍ فَبَرَأَ فَجَاءَ بِالشَّاءِ إِلَى أَصْحَابِهِ فَكَرِهُوا ذَلِكَ وَقَالُوا أَخَذْتَ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ أَجْرًا حَتَّى قَدِمُوا الْمَدِينَةَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخَذَ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ أَجْرًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَقَّ مَا أَخَذْتُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا كِتَابُ اللَّهِ

5296. Telah menceritakan kepada kami Sidan bin Muddzarib Abu Muhammad Al Bahili telah menceritakan kepada kami Abu Ma’syar Al Bashri dia adalah seorang yang jujur yaitu Yusuf bin Yazid Al Barra` dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Ubaidullah bin Al Ahnas Abu Malik dari Ibnu Abu Mulaikah dari Ibnu Abbas bahwa beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melewati sumber mata air dimana terdapat orang yang tersengat binatang berbisa, lalu salah seorang yang bertempat tinggal di sumber mata air tersebut datang dan berkata; “Adakah di antara kalian seseorang yang pandai menjampi? Karena di tempat tinggal dekat sumber mata air ada seseorang yang tersengat binatang berbisa.” Lalu salah seorang sahabat Nabi pergi ke tempat tersebut dan membacakan al fatihah dengan syarat akan mendapat upah beberapa ekor kambing. Orang yang tersengat tadi sembuh, maka sahabat tersebut membawa kambing-kambing itu kepada teman-temannya. Namun teman-temannya tidak suka dengan hal itu, mereka berkata; “Kamu mengambil upah atas kitabullah?” setelah mereka tiba di Madinah, mereka berkata; “Wahai Rasulullah, dia ini mengambil upah atas kitabullah.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya upah yang paling berhak kalian ambil adalah upah karena kitabullah.”

– Ini dijadikan dalil bahawa boleh mengambil upah mengajar Quran. Kerana kalau perkara lain boleh diambil upah, maka mengajar Quran lebih-lebih lagi. Jumhur ulama berpendapat begini kecuali Imam Abu Hanifah. Tapi kemudian dibahaskan oleh anak-anak muridnya dan akhirnya mereka juga sependapat dengan jumhur ulama yang lain.

 

 

بَاب رُقْيَةِ الْعَيْنِ

Bab Jampi Kerana Diganggu Makhluk Halus

5297 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنِي مَعْبَدُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ شَدَّادٍ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ أَمَرَ أَنْ يُسْتَرْقَى مِنْ الْعَيْنِ

5297. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengabarkan kepada kami Sufyan dia berkata; telah menceritakan kepadaku Ma’bad bin Khalid dia berkata; saya mendengar Abdullah bin Syaddad dari Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kita supaya meruqyah orang yang terkena gangguan makhluk halus.”

– الْعَيْنِ Ain boleh ditafsir sebagai gangguan makhluk halus juga. Asalnya adalah pandangan mata. Boleh jadi pandangan mata syaitan. Boleh jadi pandangan mata orang yang mengamalkan sesuatu ilmu yang sampai kalau mereka tengok sahaja kita, boleh jatuh sakit. Dan ada yang tak belajar apa-apa pun tapi pandangan mata mereka berbisa. Dalam ilmu barat pun, ada yang mengamalkan ilmu yang dengan pandangan mata mereka boleh menyebabkan seseorang kena hipnosis.

Nabi memberitahu kepada kita bahawa dengan jampi itu dapat menghilangkan sakit yang disebabkan oleh pandangan mata jahat itu.

 

5298 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ وَهْبِ بْنِ عَطِيَّةَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ الزُّبَيْدِيُّ أَخْبَرَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ زَيْنَبَ ابْنَةِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي بَيْتِهَا جَارِيَةً فِي وَجْهِهَا سَفْعَةٌ فَقَالَ اسْتَرْقُوا لَهَا فَإِنَّ بِهَا النَّظْرَةَ
تَابَعَهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَالِمٍ عَنْ الزُّبَيْدِيِّ وَقَالَ عُقَيْلٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

5298. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khalid telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Wahb bin ‘Athiyah Ad Dimasyqi telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Harb telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Walid Az Zubaidi telah mengabarkan kepada kami Az Zuhri dari ‘Urwah bin Zubair dari Zainab puteri Ummu Salamah dari Ummu Salamah radliallahu ‘anha bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihat gadis di rumahnya, yang pucat wajahnya (ada tanda yang tidak baik pada wajahnya), beliau bersabda: “carilah bomoh untuknya, kerana dia telah terkena pandangan buruk.” Hadits ini diperkuat oleh riwayat Abdullah bin Salim dari Az Zubaidi, dan berkata Uqail dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Urwah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

– Nabi mengisyaratkan disini untuk mencari bomoh atau orang yang dapat menjampi gadis itu kerana dia dah kena pandangan jahat. Walaupun baginda boleh juga buat, tapi baginda suruh cari orang lain.

Ini adalah kerana orang berilmu tidak semestinya menjadi bomoh. Ada orang yang ditugaskan atau sesuai untuk jadi bomoh. Kerana kalau menceburkan diri dalam dunia perbomohan ini, banyak kekurangannya. Tidak ada masa untuk mengembangkan ilmu. Kerana perbomohan mengambil masa. Kadang-kadang sepanjang malam nak kena buat persediaan. Dan kena amalkan banyak perkara sebagai pelindung. Dan kemudian kena kacau pula tu lagi. Dan dari pengalaman mereka yang tahu, perbomohan ini mengurangkan kekuatan minda. Tak tahu kenapa. Sampai ke anak cucu akan bersangkutan lemah akal itu.

Kena ada orang yang ambil pengkhususan buat kerja perbomohan ini. Jangan ada masyarakat kita yang sampai mencari orang agama lain untuk menyembuhkan mereka. Mereka tentunya menggunakan cara yang salah.

Banyak cara yang digunakan oleh ulama-ulama yang tahu berkenaan perkara perjampian ini. Mereka berdasarkan pengalaman mereka. Ada yang sampai diterima sebagai bomoh oleh orang dari ugama lain pun.

 

بَاب الْعَيْنُ حَقٌّ

Bab Gangguan Makhluk Halus Itu Adalah Benar

5299 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ هَمَّامٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَنَهَى عَنْ الْوَشْمِ

5299. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Nashr telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Ma’mar dari Hammam dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Pandangan buruk itu/Gangguan makhluk halus itu adalah haq (benar).” tapi baginda melarang tatoo.”

– Nabi menekankan bahawa gangguan makhluk halus itu benar. Ini pun dah ada disebut didalam ayat Quran bahawa memang syaitan boleh mengganggu manusia. Ayat itu adalah 2:275

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ada masyarakat dahulu dan mungkin sampai sekarang akan memakai tatoo untuk menyelamatkan diri mereka dari gangguan syaitan. Mereka akan merosakkan tubuh badan mereka kerana mereka sangka kalau mereka pakai tatoo, makhluk halus akan takut kepada mereka dan tak kacau mereka. Ini dilarang oleh Nabi kerana ini adalah salah kerana merosakkan badan seperti yang telah diberikan oleh Allah.

 

بَاب رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَالْعَقْرَبِ

Bab Jampi Kerana Patukan Ular Dan Sengatan Kala Jengking

5300 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ الشَّيْبَانِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ
عَنْ الرُّقْيَةِ مِنْ الْحُمَةِ فَقَالَتْ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرُّقْيَةَ مِنْ كُلِّ ذِي حُمَةٍ

5300. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid telah menceritakan kepada kami Sulaiman As Syaibani telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Al Aswad dari Ayahnya dia berkata; saya bertanya kepada ‘Aisyah tentang berbomoh (jampi-jampi ) kerana disengat binatang berbisa, dia menjawab; “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengizinkan jampi kerana patukan setiap binatang berbisa.”

– Ini satu lagi contoh dimana ruqyah berkesan. Jikalau kena sengatan binatang berbisa. Memanglah ada juga ubatan duniawi yang boleh juga menyembuhkannya. Tapi ada juga cara dengan penawar rohani.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s