We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Demam Itu Adalah Sebahagian Dari Wap Neraka Jahannam… December 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 6:12 pm

بَاب الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ

Bab Demam Itu Adalah Sebahagian Dari Wap Neraka Jahannam

5282 – حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَطْفِئُوهَا بِالْمَاءِ
قَالَ نَافِعٌ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ يَقُولُ اكْشِفْ عَنَّا الرِّجْزَ

5282. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb dia berkata; telah menceritakan kepadaku Malik dari Nafi’ dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Demam itu adalah sebahagian dari wap neraka jahannam, maka redakanlah dengan air.” Nafi’ berkata; sedangkan Abdullah bin Umar selalu berdoa; “Hilangkanlah kesiksaan dari kami.”

– Satu pendapat mengambil literal perkataan hadis ini iaitu memang kepanasan itu datang dari neraka. Memang segala yang panas itu asalnya adalah dari neraka. Contohnya kalau kita kata panas itu dari matahari, dari manakah datangnya kepanasan matahari tu? Api itu adalah dari api neraka juga, cuma telah diproses oleh Allah supaya boleh digunakan di dunia. Itu satu pendapat. Ini jikalau mengambil perkataan مِنْ bermaksud ‘dari’.

Pendapat lagi satu mengambil makna perkataan مِنْ itu bermaksud ‘seperti’. Iaitu Allah hendak mengingatkan kita tentang kepanasan neraka. Untuk menakutkan kita dengan kepanasan dalam dunia dengan teriknya matahari atau demam.

فَأَطْفِئُوهَا بِالْمَاءِ maka redakanlah dengan air. Ada yang kata memang guna air nak redakan demam itu. Tapi ada yang kata bukan semua demam boleh baik dengan mandi air. Oleh itu, ada yang kata, yang dimaksudkan dgn air disini adalah peluh. Maka selimutkan atau makan ubat yang akan mengeluarkan peluh.

Ada pula yang mengatakan bahawa memadamkan dengan air itu adalah memberi sedekah dengan air atau lain-lain. Maknanya kalau demam, salah satu cara menyembuhkan adalah dengan memberi sedekah.

Bukanlah hanya dengan mandi sahaja akan dapat menyembuhkan demam. Ahli perubatan mengatakan bahawa ada demam yang kalau mandi akan menyebabkan lagi sakit sebab menutup liang roma pesakit.
Meminum air juga melibatkan air juga. Maka kenalah kaji apakah penawar yang sesuai.

5283 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ هِشَامٍ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ الْمُنْذِرِ أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
كَانَتْ إِذَا أُتِيَتْ بِالْمَرْأَةِ قَدْ حُمَّتْ تَدْعُو لَهَا أَخَذَتْ الْمَاءَ فَصَبَّتْهُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ جَيْبِهَا قَالَتْ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَبْرُدَهَا بِالْمَاءِ

5283. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Hisyam dari Fathimah binti Mundzir bahwa Asma` binti Abu Bakar radliallahu ‘anhuma bahwa apabila didatangkan kepadanya seorang wanita yang menderita sakit demam, dia akan mendoakan untuknya. Dia akan mengambil air, lalu ia mencurahkan pada bagian depan kolar bajunya. Kemudian dia berkata; “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami supaya mendinginkan dengan air.”

– Kalau demam itu disebabkan oleh kepanasan, maka sesuai kalau gunakan air untuk menyejukkan badan. Kena ikut keadaan. Bukan semua demam boleh buat macam ni.

5284 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا هِشَامٌ أَخْبَرَنِي أَبِي عَنْ عَائِشَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَابْرُدُوهَا بِالْمَاءِ

5284. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Yahya telah menceritakan kepada kami Hisyam telah mengabarkan kepadaku Ayahku dari Aisyah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Demam itu adalah sebahagian dari wap neraka Jahannam maka dinginkanlah ia dengan air.”

5285 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَسْرُوقٍ عَنْ عَبَايَةَ بْنِ رِفَاعَةَ عَنْ جَدِّهِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحُمَّى مِنْ فَوْحِ جَهَنَّمَ فَابْرُدُوهَا بِالْمَاءِ

5285. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Abu Al Ahwash telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Masruq dari ‘Abayah bin Rifa’ah dari kakeknya Rafi’ bin Khadij dia berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Demam adalah sebahagian dari wap neraka Jahannam maka dinginkanlah ia dengan air.”

Bukan semua demam boleh diredakan dengan mandi

بَاب مَنْ خَرَجَ مِنْ أَرْضٍ لَا تُلَايِمُهُ

Bab Orang Yang Keluar Dari Bumi Yang Tidak Sesuai Dengannya

5286 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُمْ
أَنَّ نَاسًا أَوْ رِجَالًا مِنْ عُكْلٍ وَعُرَيْنَةَ قَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَكَلَّمُوا بِالْإِسْلَامِ وَقَالُوا يَا نَبِيَّ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا أَهْلَ ضَرْعٍ وَلَمْ نَكُنْ أَهْلَ رِيفٍ وَاسْتَوْخَمُوا الْمَدِينَةَ فَأَمَرَ لَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَوْدٍ وَبِرَاعٍ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يَخْرُجُوا فِيهِ فَيَشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا فَانْطَلَقُوا حَتَّى كَانُوا نَاحِيَةَ الْحَرَّةِ كَفَرُوا بَعْدَ إِسْلَامِهِمْ وَقَتَلُوا رَاعِيَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا الذَّوْدَ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ الطَّلَبَ فِي آثَارِهِمْ وَأَمَرَ بِهِمْ فَسَمَرُوا أَعْيُنَهُمْ وَقَطَعُوا أَيْدِيَهُمْ وَتُرِكُوا فِي نَاحِيَةِ الْحَرَّةِ حَتَّى مَاتُوا عَلَى حَالِهِمْ

5286. Telah menceritakan kepada kami Abdul A’la bin Hammad telah menceritakan kepada kami Yazid bin Zurai’ telah menceritakan kepada kami Sa’id telah menceritakan kepada kami Qatadah bahwa Anas bin Malik telah menceritakan kepada mereka bahwa sekelompok orang atau pemuda dari kabilah ‘Ukl dan ‘Urainah datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, mereka mendakwa telah masuk Islam. Lalu mereka berkata, “Wahai Nabiyullah, kami orang pengembala, bukan petani.” Mereka merasakan cuaca di Madinah tidak sesuai dengan mereka, maka Rasulullah Shallallahu’alihi wasallam memerintahkan mereka supaya keluar menemui penggembala yang sedang menggembalakan unta, lalu beliau menyuruh mereka keluar dari Madinah. Mereka disuruh minum susu unta tersebut dan minum air kencingnya. Mereka pun pergi. Tatkala mereka berada di pinggir kawasan berbatu hitam, mereka keluar dari Islam (kufur), kemudian membunuh pengembala unta Rasulullah Shallallahu’alihi wasallam, dan membawa lari untanya. Berita tersebut sampai kepada Rasulullah Shallallahu’alihi wasallam, maka beliau menyuruh untuk mencari mereka. Mereka dihukum dengan cara dicelak matanya dengan besi panas, tangan dan kaki mereka dipotong, lalu mereka dibiarkan di kawasan batu hitam itu hingga mereka mati.”

Ada yang dah biasa hidup dengan binatang akan lebih sesuai dalam suasana itu

– Ada sakit disebabkan oleh iklim atau suasana yang tidak sesuai. Dalam kes ini, pengembala itu tidak sesuai dengan suasana iklim yang gunanya untuk bercucuk tanam. Mereka pengembala, maka mereka sudah biasa dengan bau binatang dan suasana dengan binatang. Maka Nabi suruh mereka duduk di kandang unta. Sebab mereka biasa dengan keadaan itu. Dan disuruh minum kencing unta. Yang dalam keadaan biasa, bukanlah diminum. Maknanya, ada juga kebaikan pada kencing unta itu.
Bukan hanya suasana bersih sahaja yang akan menyebabkan seseorang sihat. Kadang-kadang suasana kotor juga boleh menyebabkan sihat kalau badan mereka dah biasa macam itu.

 

 

بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الطَّاعُونِ

Bab Apa Yang Disebut Berkenaan Taun

5287 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ إِبْرَاهِيمَ بْنَ سَعْدٍ قَالَ سَمِعْتُ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ يُحَدِّثُ سَعْدًا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهُ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا
فَقُلْتُ أَنْتَ سَمِعْتَهُ يُحَدِّثُ سَعْدًا وَلَا يُنْكِرُهُ قَالَ نَعَمْ

5287. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Umar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Habib bin Abu Tsabit dia berkata; saya mendengar Ibrahim bin Sa’d berkata; saya mendengar Usamah bin Zaid bercerita kepada Sa’d dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau bersabda: “Apabila kalian mendengar wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kalian masuk ke dalamnya, namun jika ia menjangkiti suatu negeri, sementara kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar dari negeri tersebut.” Lalu aku berkata; “Apakah kamu mendengar Usamah menceritakan hal itu kepada Sa’d, sementara Sa’d tidak mengingkari perkataannya Usamah?” Ibrahim bin Sa’d berkata; “Benar.”

– Ini adalah kaedah perubatan kuarantin yang sudah biasa digunakan zaman sekarang. Nabi dah ajar dulu dah. Kalau dah berada dalam kawasan taun, jangan keluar. Dan orang luar jangan masuk. Ini adalah bersangkutan dengan hal sebab musabab. Untuk menyelamatkan diri. Bukanlah kalau masuk, akan pasti kena. Tapi sebagai precaution. Jangan iktikad bahawa kuman taun itu boleh menyebabkan kita kena taun. Itu memberi satu kuasa pula kepada virus itu. Yang menyebabkan kita kena jangkitan adalah kerana Allah jua.

 

5288 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زَيْدِ بْنِ الْخَطَّابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الحَارِثِ بْنِ نَوْفَلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَرَجَ إِلَى الشَّأْمِ حَتَّى إِذَا كَانَ بِسَرْغَ لَقِيَهُ أُمَرَاءُ الْأَجْنَادِ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ وَأَصْحَابُهُ فَأَخْبَرُوهُ أَنَّ الْوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِأَرْضِ الشَّأْمِ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقَالَ عُمَرُ ادْعُ لِي الْمُهَاجِرِينَ الْأَوَّلِينَ فَدَعَاهُمْ فَاسْتَشَارَهُمْ وَأَخْبَرَهُمْ أَنَّ الْوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّأْمِ فَاخْتَلَفُوا فَقَالَ بَعْضُهُمْ قَدْ خَرَجْتَ لِأَمْرٍ وَلَا نَرَى أَنْ تَرْجِعَ عَنْهُ وَقَالَ بَعْضُهُمْ مَعَكَ بَقِيَّةُ النَّاسِ وَأَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَا نَرَى أَنْ تُقْدِمَهُمْ عَلَى هَذَا الْوَبَاءِ فَقَالَ ارْتَفِعُوا عَنِّي ثُمَّ قَالَ ادْعُوا لِي الْأَنْصَارَ فَدَعَوْتُهُمْ فَاسْتَشَارَهُمْ فَسَلَكُوا سَبِيلَ الْمُهَاجِرِينَ وَاخْتَلَفُوا كَاخْتِلَافِهِمْ فَقَالَ ارْتَفِعُوا عَنِّي ثُمَّ قَالَ ادْعُ لِي مَنْ كَانَ هَا هُنَا مِنْ مَشْيَخَةِ قُرَيْشٍ مِنْ مُهَاجِرَةِ الْفَتْحِ فَدَعَوْتُهُمْ فَلَمْ يَخْتَلِفْ مِنْهُمْ عَلَيْهِ رَجُلَانِ فَقَالُوا نَرَى أَنْ تَرْجِعَ بِالنَّاسِ وَلَا تُقْدِمَهُمْ عَلَى هَذَا الْوَبَاءِ فَنَادَى عُمَرُ فِي النَّاسِ إِنِّي مُصَبِّحٌ عَلَى ظَهْرٍ فَأَصْبِحُوا عَلَيْهِ قَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ فَقَالَ عُمَرُ لَوْ غَيْرُكَ قَالَهَا يَا أَبَا عُبَيْدَةَ نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ أَرَأَيْتَ لَوْ كَانَ لَكَ إِبِلٌ هَبَطَتْ وَادِيًا لَهُ عُدْوَتَانِ إِحْدَاهُمَا خَصِبَةٌ وَالْأُخْرَى جَدْبَةٌ أَلَيْسَ إِنْ رَعَيْتَ الْخَصْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ وَإِنْ رَعَيْتَ الْجَدْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ قَالَ فَجَاءَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ وَكَانَ مُتَغَيِّبًا فِي بَعْضِ حَاجَتِهِ فَقَالَ إِنَّ عِنْدِي فِي هَذَا عِلْمًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ قَالَ فَحَمِدَ اللَّهَ عُمَرُ ثُمَّ انْصَرَفَ

5288. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Abdul Hamid bin Abdurrahman bin Zaid bin Al Khatthab dari Abdullah bin Abdullah bin Al Harits bin Naufal dari Abdullah bin Abbas bahwa Umar bin Khatthab pernah keluar menuju Syam, ketika ia sampai di daerah Sargha, dia bertemu dengan panglima-panglima pasukan tentera yaitu Abu ‘Ubaidah bersama sahabat-sahabatnya, mereka mengabarkan bahwa negeri Syam sedang terserang wabak. Ibnu Abbas berkata; “Lalu Umar bin Khattab berkata; ‘Panggilkan untukku orang-orang muhajirin yang pertama kali (hijrah), ‘ kemudian mereka dipanggil, lalu dia bermusyawarah dengan mereka dan memberitahukan bahwa negeri Syam sedang terserang wabah, merekapun berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata; ‘Engkau telah keluar untuk suatu urusan yang besar, kami berpendapat bahwa engkau tidak perlu balik tanpa menyempurnakannya.’ Sebagian lain berkata; ‘Engkau bersama saki baki sahabat Rasulullah Shalla Allahu ‘alaihi wa sallam. Kami berpendapat agar engkau tidak mendedahkan mereka dengan wabah ini, ‘ Umar berkata; ‘bersurailah kamu, ‘ dia kemudian berkata; ‘Panggilkan untukku orang-orang Anshar’. Lalu mereka pun dipanggil, setelah itu dia bermusyawarah dengan mereka, sedangkan mereka sama seperti halnya orang-orang Muhajirin dan berbeda pendapat seperti halnya mereka berbeda pendapat. Umar berkata; ‘keluarlah kalian, ‘ dia berkata; ‘Panggilkan untukku orang-orang tua Quraisy dan telah berhijrah sebelum Fathul Makkah yang ada di sekitar ini.’ Mereka pun dipanggil dan tidak ada dua orang yang berselisih dari mereka. Mereka berkata; ‘Kami berpendapat agar engkau kembali membawa orang-orang dan tidak dedahkan mereka kepada wabah ini.’ Umar menyeru kepada manusia; ‘Sesungguhnya aku akan bangun pagi esok akan pulang di atas kenderaan saya (maksudnya hendak berangkat pulang di pagi hari), maka pagi esok mereka pulang bersamanya, ‘ Abu Ubaidah bin Jarrah bertanya; ‘Apakah engkau lari dari takdir Allah? ‘ maka Umar menjawab; ‘Kalaulah orang lain yang berkata begitu, wahai Abu ‘Ubaidah! Ya, kita lari dari takdir Allah menuju takdir Allah. Bagaimana pendapatmu, jika kamu memiliki unta engkau bawa di suatu lembah yang mempunyai dua kawasan, yang satu subur dan yang lainnya kering, adakah jika kamu membawanya ke tempat yang subur, niscaya kamu telah membawanya dengan takdir Allah. Apabila kamu membawanya ke tempat yang kering, maka kamu membawanya dengan takdir Allah juga.’ Ibnu Abbas berkata; “Kemudian datanglah Abdurrahman bin ‘Auf, dia tidak ikut hadir (dalam musyawarah) karena ada keperluan. Dia berkata; “Saya memiliki pengetahuan tentang ini dari Rasulullah Shalla Allahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda: “Jika kalian mendengar suatu negeri terjangkit wabah, maka janganlah kalian menuju ke sana, namun jika dia menjangkiti suatu negeri dan kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar kerana lari darinya.” Ibnu ‘Abbas berkata; “Lalu Umar memuji Allah kemudian berangkat.”

– Umar faham tentang takdir Allah. Tapi nampaknya Abu ‘Ubaidah tidak. Itulah sebabnya Umar tegur dia. Sebab tak patut dia seorang sahabat besar tak faham. Kalau orang lain yang tanya macam dia cakap tu, tidak mengapa lagi. Tapi kalau dia yang tanya, maka Umar dah tak suka. Sebab sepatutnya dia faham.

Kalau Abdurrahman bin ‘Auf tak datang cakap apa yang dia dengar dari Nabi pun, Umar akan pergi juga.

 

5289 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ عُمَرَ خَرَجَ إِلَى الشَّأْمِ فَلَمَّا كَانَ بِسَرْغَ بَلَغَهُ أَنَّ الْوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّأْمِ فَأَخْبَرَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

5289. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Abdullah bin ‘Amir bahwa Umar pernah bepergian menuju Syam, ketika dia sampai di daerah Sargha, diberitahukan kepadanya bahwa negeri Syam sedang terjangkiti wabah penyakit menular, lantas Abdurrahman bin ‘Auf memberitahukan kepadanya bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian mendengar wabah tersebut menjangkiti suatu negeri, maka janganlah kalian menuju ke sana, namun jika dia menjangkiti suatu negeri dan kalian berada di dalamnya, maka janganlah kalian keluar dan lari darinya.”

 

5290 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ

5290. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf telah mengabarkan kepada kami Malik dari Nu’aim Al Mujmir dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Al Masih (Dajjal) dan penyakit taun tidak akan boleh masuk Madinah.”

– Penyakit taun tidak masuk Madinah adalah atas doa Nabi.

Dalam Allah memberi satu satu penyakit, yang kalau merebak dengan banyak, Allah akan selamatkan juga tempat-tempat tertentu. Dalam kes ini Madinah.

Yang tak dapat masuk Madinah itu adalah Dajjal yang besar tu. Dajjal-Dajjal kecil akan dapat masuk juga.

 

5291 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ حَدَّثَتْنِي حَفْصَةُ بِنْتُ سِيرِينَ قَالَتْ قَالَ لِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَحْيَى بِمَ مَاتَ قُلْتُ مِنْ الطَّاعُونِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطَّاعُونُ شَهَادَةٌ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

5291. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il telah menceritakan kepada kami Abdul Wahid telah menceritakan kepada kami ‘Ashim telah menceritakan kepadaku Hafshah binti Sirin dia berkata; Anas bin Malik radliallahu ‘anhu berkata kepadaku; “Sebab apakah Yahya meninggal dunia?” Jawabku; “Karena taun.” Anas berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “(mati) karena menderita taun adalah tanda syahid bagi setiap Muslim.”

– Anas tanya tu bukan sebab dia tak tahu tapi sebab dia nak menarik perhatian sahaja.

Mati secara mengejut itu adalah macam mati syahid juga sedikit sebanyak. Sebab mati syahid itu secara tiba-tiba juga. Kalau orang yang berperang itu tak berperang, mungkin dia akan selamat. Dari segi logiklah.

Syahid ini bukanlah sampai tidak memandikan jenazah orang penyakit lepra itu macam orang mati jihad tu. Kena mandi macam orang biasa juga.

 

5292 – حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَالْمَطْعُونُ شَهِيدٌ

5292. Telah menceritakan kepada kami Abu ‘Ashim dari Malik dari Sumayy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “(meninggal) karena sakit perut adalah syahid, dan (meninggal) karena taun juga mati syahid.”

 

 

بَاب أَجْرِ الصَّابِرِ فِي الطَّاعُونِ

Bab Pahala Orang Yang Bersabar Dalam Menghadapi Penyakit Taun

5293 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا حَبَّانُ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي الْفُرَاتِ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهَا أَخْبَرَتْنَا أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَهَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ
تَابَعَهُ النَّضْرُ عَنْ دَاوُدَ

5293. Telah menceritakan kepada kami Ishaq telah mengabarkan kepada kami Habban telah menceritakan kepada kami Daud bin Abu Al Furat telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Buraidah dari Yahya bin Ya’mar dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa dia pernah mengabarkan kepada kami, bahwa dia pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai penyakit taun, lantas Nabiyullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahukan kepadanya; “Bahwa penyakit taun merupakan azab yang Allah timpakan terhadap siapa yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidaklah seseorang yang berada di wilayah yang terjangkit penyakit taun, kemudian ia tetap tinggal di negerinya dan bersabar, ia yakin bahwa penyakit tersebut tidak akan mengjangkitinya kecuali apa yang Allah tentukan kepadanya, maka baginya seperti pahalanya orang yang mati syahid.” Hadits ini juga di perkuat oleh riwayat An Nadlr dari Daud.

– Maknanya orang itu mendapat pahala kerana menyerah diri kepada ketentuan Allah.

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s