We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Wudhu Kerana Tidur …. December 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:25 pm

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ النَّوْمِ وَمَنْ لَمْ يَرَ مِنْ النَّعْسَةِ وَالنَّعْسَتَيْنِ أَوْ الْخَفْقَةِ وُضُوءًا

Bab Wudhu Kerana Tidur Dan Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Kerana Mengantuk Sekali Dua Atau Tersengguk

– Imam Bukhari menunjukkan bahawa ada khilaf tentang isu ini. Ada yang kata kalau tidur sahaja dah batal dah. Samada tidur adalah sekejap  atau lama. Ada pula yang kata kalau tidur nyenyak pun tidak mengapa, tak batal.
Imam Bukhari membawa pendapat bahawa hanya tidur nyenyak sahaja yang akan membatalkan wudu. Itu adalah kerana apabila dia tidur nyenyak, dia tidak tahu samada keluar sesuatu dari qubul dan dubur. Itulah sebabnya. Selalunya yang terjadi, dia tidak tahu yang dia telah kentut atau tidak. Kerana telah tahu bahawa kentut akan membatalkan wudu.

Yang mengatakan tidur walau sekejap membatalkan wudu: antaranya sahabat Abu Hasan Al Asyaari.

Yang kata tidur tidak membatalkan wudu: antaranya Hasan Al Basri.

Kadang-kadang kita solat dalam mengantuk

Pendapat ketiga mengandungi banyak pendapat. Iaitu yang mengatakan dalam keadaan tertentu, kalau tidur pun tidak batal wudu. Seperti pendapat Imam Shafie yang mengatakan kalau duduk diatas punggung, walaupun tidur sampai berdengkur pun tidak batal. Ada pendapat yang mengatakan kalau tidur dalam keadaan solat, walaupun bukan dalam solat, tidak batal wudu. Contohnya, dia tidur macam dalam duduk tahiyat, walaupun dia tidak solat semasa itu. Ada yang kata tidak batal kalau dia tidur dalam solat. Ada yang kata dalam solat tapi dalam sujud sahaja. Itu adalah antara pendapat yang ada. Banyak pendapat yand diberikan dengan dalil mereka.

Itu semua adalah pendapat yang merangkumi manusia biasa sahaja. Kalau Nabi, semua sama pendapat mengatakan bahawa tidur Nabi tidak membatalkan wudunya. Kerana matanya tidur, tapi hatinyatidak . Maka, kalau turun wahyu waktu itu pun, ianya dikira sama seperti wahyu yang baginda dapati dalam keadaan sedar biasa. Tidak ada kurangnya kalau baginda terima wahyu itu dalam tidur.

Imam Bukhari membawakan dalil bahawa jikalau seseorang itu tidur, wudunya akan dikira batal. Tapi memang kena betul-betul tidur. Kalau tersengguk-sengguk sahaja, tidak batal wudu itu. Dibawah ini adalah hadis yang dibawa imam Bukhari.

205 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ يُصَلِّي فَلْيَرْقُدْ حَتَّى يَذْهَبَ عَنْهُ النَّوْمُ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى وَهُوَ نَاعِسٌ لَا يَدْرِي لَعَلَّهُ يَسْتَغْفِرُ فَيَسُبُّ نَفْسَهُ

205. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kamu mengantuk ketika salat hendaklah dia tidur (selepas selesai solat) hingga hilang rasa mengantuknya, kerana jika seseorang salat dalam keadaan mengantuk mungkin ketika dia hendak beristighfar, dia memaki dirinya sendiri (tanpa disedari).”

– Dalam hadis ini Nabi menggunakan perkataan ‘mengantuk’. Maknanya tidur dan mengantuk itu tidak sama. Kalau mengantuk sahaja dah batal, tentulah Nabi suruh berhenti sahaja. Tapi Nabi suruh tidur dan sambung balik lepas tidur itu. Ini kalau dia nak menyambung ibadah dia. Mungkin dia solat tahajjud. Jadi eloklah tidur dahulu untuk segarkan diri, kemudian baru bangun sambung balik solat dia. Bukanlah Nabi suruh berhenti terus solat. Tidak ada yang kata begitu. Kena habiskan cepat dan tidur. Kerana dalam Quran telah dikatakan ‘jangan kamu batalkan ibadah kamu.’ Maknanya, kalau kita dah mulakan ibadah kita, kita kena sambung terus sampai habis.

Dan kalau dia tersengguk dalam tidur tu, itu adalah keadaan biasa orang yang mengantuk. Atau dagunya ke dada sahaja.Yang Nabi suruh tidur adalah kerana takut orang yang solat itu salah cakap dalam solat. Bukan sebab ditakuti dah batal solat itu.

Dan hadis ini menunjukkan dalam solat malam itu ada saat yang dimakbulkan doa. Maka kalau berdoa itu kenalah yang baik. Kerana doa dimakbulkan waktu itu samada yang baik atau tidak. Takut kalau salah doa kita itu, atau kita silap minta, Allah akan makbulkan pula. Susah pula kita nanti. Bayangkan kalau kita sedang memaki diri kita sendiri waktu itu.

Dan hadis ini juga memberitahu kepada kita bahawa kita kena khusyuk dalam solat kita. Kena tahu apa yang kita bacakan. Jangan fikiran kita menerawang pergi ke mana-mana.

206 – حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَعَسَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلْيَنَمْ حَتَّى يَعْلَمَ مَا يَقْرَأُ

206. Telah menceritakan kepada kami Abu Ma ‘mar berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Jika salah seorang dari kalian mengantuk ketika salat, hendaklah tidur (selepas selesai sembahyang) sehingga dia mengetahui apa yang dibacanya.”

 

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ غَيْرِ حَدَثٍ

Bab berwudu tanpa berhadas

207 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ عَامِرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ قُلْتُ كَيْفَ كُنْتُمْ تَصْنَعُونَ قَالَ يُجْزِئُ أَحَدَنَا الْوُضُوءُ مَا لَمْ يُحْدِثْ

207. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru bin ‘Amir berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Sufyan berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin ‘Amir berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu setiap kali akan salat.” Aku bertanya, “Bagaimana cara kamu (para sahabat) lakukan?” Anas bin Malik menjawab, “Pada kami seseorang itu tidak perlu berwudu selagi dia tidak berhadas.”

– Apakah perlu berwudu setiap kali hendak solat? Adalah ini termasuk dalam perkara membazirkan air? Inilah persolan yang hendak dijawap boleh Imam Bukhari.

Ada pendapat mengatakan, kepada Nabi, wajib ke atas baginda untuk wudu setiap kali hendak melakukan salat. Jadi apabila wajib tu, tidaklah ada masalah samada membazir atau tidak.

Tetapi ada yang kata kewajipan kepada Nabi untuk berwudu setiap kali solat itu telah dimansuhkan. Cuma perlu bersiwak sahaja. Kemudian ada yang berpendapat bahawa yang itu pun telah dimansuhkan. Kita juga telah belajar dalam hadis sebelum sebelum ini bahawa ada ketikanya Nabi solat pakai satu wudu sahaja. Dan ada kalanya baginda tidak bersiwak pun. Hanya berkumur sahaja. Maka, dari itu kita tahu bahawa ianya adalah sunat sahaja kepada baginda. Sama seperti kepada orang lain juga, iaitu kalau buat, dapat pahala. Tapi Nabi selalu melakukannya.Cuma kadang-kadang sahaja baginda tidak buat kerana nak menunjukkan bahawa perkara itu harus untuk dilakukan.

Bagaimana kalau kita ambil wuduk selalu? Ada yang kata ini adalah molek. Kerana wudu itu sendiri adalah salah satu ibadah. Tidak perlu ada sebab untuk berwuduk.
Dan ada pula pendapat yang mengatakan bahawa ambil wuduk itu hanya jikalau ada keperluan sahaja. Kalau tidak, dikira membazir. Manakah pendapat yang dipegang oleh Imam Bukhari?

Maka kita boleh lihat bahawa hadis diatas menceritakan bahawa Nabi selalu mengambil wuduk setiap kali mengerjakan solat. Walaupun kita telah belajar dalam hadis sebelum ini bahawa ada kalanya baginda solat lebih dari sekali menggunakan satu wudu. Menunjukkan ianya harus. Dan seperti hadis baginda memakan sawiq, baginda hanya berkumur sahaja. Tapi selalunya baginda akan berwudu. Padahal berkemungkinan besar, Nabi tidak batal wudunya. Kerana baginda terkenal sebagai orang yang sihat. Makanan mereka pun simple sahaja. Maka tidak mudah untuk mereka kencing berak malah kentut sekalipun. Kita zaman sekarang yang makan macam-macam. Itulah selalu sahaja ada benda yang nak keluar tu. Perbuatan Nabi itu dinamakan tajdid wudu atau memperbaharui wudu. Maka, apabila Nabi pun suka buat, maka ianya adalah perkara yang baik, maka eloklah kalau kita dapat ikut.

Apabila ditanya kepada Anas, dia jawap para sahabat tidak memperbaharui wudu mereka. Tabein dalam hadis ini tanya kerana hendak memastikan perbuatan sahabat. Kerana dia tahu ada kalanya perbuatan Nabi itu khusus kepada baginda sahaja. Maka dia nak pastikan apakah perbuatan sahabat.

Sahabat tidak sentiasa mengambil wudu. Tapi mereka juga akan mengikut apa perbuatan Nabi. Mereka juga selalu mengambil wudu.

208 – حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي بُشَيْرُ بْنُ يَسَارٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سُوَيْدُ بْنُ النُّعْمَانِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ خَيْبَرَ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالصَّهْبَاءِ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَصْرَ فَلَمَّا صَلَّى دَعَا بِالْأَطْعِمَةِ فَلَمْ يُؤْتَ إِلَّا بِالسَّوِيقِ فَأَكَلْنَا وَشَرِبْنَا ثُمَّ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَغْرِبِ فَمَضْمَضَ ثُمَّ صَلَّى لَنَا الْمَغْرِبَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

208. Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad berkata, telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal telah menceritakan kepadaku Yahya bin Sa’id berkata, telah mengabarkan kepadaku Busyair bin Yasar berkata, telah mengabarkan kepadaku Suwaid bin An Nu’man berkata, “Kami telah keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun Khaibar, apabila kami sampai di suatu tempat bernama Shahba’, beliau mengimami kami shalat Ashar. Selesai shalat beliau minta makanan, namun tidak ada dibawakan kepadanya kecuali sawiq, lalu kami makan dan minum. Selesai makan dan minum, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun berdiri untuk shalat Maghrib, beliau berkumur lalu memimpin kami melaksanakan shalat maghrib tanpa berwudu terlebih dahulu.”

– Menunjukkan Nabi tidak mengambil wudu setiap kali baginda solat. Menunjukkan ada hukum kepada Nabi yang mansukh. Bukanlah hukum mansukh ini terjadi kepada umat sahaja tapi kepada baginda juga.

Bagaimanakah tajdid wudu atau wudu diatas wudu itu? Nabi akan mempermudahkan wudu. Iaitu kadang-kadang Nabi tidak menyapu penuh kaki baginda. Baginda akan menyapu sahaja atas kaki baginda. Macam sapu khuf juga. Bukanlah kena basuh kaki itu dengan sepenuhnya. Sebab bukanlah nak kena ambil wudu dengan sempurna. Walaupun pernah ada hadis yang mengatakan Nabi pernah teriak kepada sahabat yang tidak membasuh kaki dengan sempurna.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s