We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Nabi Dan Para Sahabat Membiarkan Seorang Darat Sehingga Dia Selesai Kencing Di Dalam Masjid December 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 11:39 pm

بَاب تَرْكِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسِ الْأَعْرَابِيَّ حَتَّى فَرَغَ مِنْ بَوْلِهِ فِي الْمَسْجِد

Bab Nabi Dan Para Sahabat Membiarkan Seorang Darat Sehingga Dia Selesai Kencing Di Dalam Masjid

– Sebelum ini kita dah belajar bahawa bab kencing ini berat. Sampai boleh melibatkan solat tidak diterima dan sampai boleh disiksa dalam kubur. Kalau difikirkan kalau dah berat tu, tentulah Nabi akan jaga betul-betul. Tapi tidak sebegitu sangat. Nabi berhemah dalam menanganinya dalam mengajar umatnya. Dalam bab ini Imam Bukhari bawa turun balik. Sebelum ni dia bawa semakin memberat tentang bab kencing ini sampai kita melihat berat betul kencing ini, tapi kali ini dia bawa rendah balik. Begitulah cara Bukhari buat sebagai apa yang kita boleh lihat. Apabila dia dah bawa tinggi, dia akan rendahkan balik.

Masjid itu memanglah tempat yang suci dalam Islam. Tapi seperti yang kita boleh lihat dalam hadis dibawah ini, ada yang kencing dalam masjid. Nabi ada semasa itu dan baginda tak larang dan lepas itu, dia suruh siram sebaldi sahaja air keatas tempat kencing itu untuk membersihkannya. Maknanya dalam Islam ni, ada yang ketat dan ada yang dimudahkan. Sampai satu ketika ia akan menjadi mudah. Kena sampai peringkat itulah dulu. Kalau belum lagi tidak boleh. Maksudnya, janganlah dimudahkan dari awal lagi. Sesuatu perkara agama kalau sempit, ia akan menjadi luas semula. Kembang dan kuncup. Begitulah kaedah yang telah disepakati oleh ulama. Selalunya akan dimaafkan. Sampai kalau dalam hal solat yang penting pun diberikan kelonggaran.

Baginda juga mengajar sunnah dalam menangani dalam menangani manusia dalam dakwah iaitu dengan hikmah. Sikap terbuka. Tidak menyusahkan.

212 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ أَخْبَرَنَا إِسْحَاقُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى أَعْرَابِيًّا يَبُولُ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ دَعُوهُ حَتَّى إِذَا فَرَغَ دَعَا بِمَاءٍ فَصَبَّهُ عَلَيْهِ

212. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Hammam telah mengabarkan kepada kami Ishaq dari Anas bin Malik bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melihat seorang darat kencing di dalam masjid, beliau bersabda: “Biarkan dia.” Setelah orang darat itu selesai kencing, beliau meminta air dan menuangkan air itu diatas tempat kencingnya.”

– Siapakah orang darat itu? Mereka itu adalah orang pendalaman yang tidak sampai kepada mereka tamadun manusia. Jauh dari pembangunan. Mereka orang yang menjalani kehidupan yang kasar. Mereka juga ketinggalan dari segi ilmu. Nabi tidak meninggalkan mereka dalam hal dakwah. Kepada mereka pun sampai dakwah baginda.

Lelaki itu adalah seorang Islam. Kerana sebelum dia kencing tu, dia solat dulu. Selepas solat dia telah pergi ke penjuru masjid dan kencing disitu. Masjid masa itu hanyalah berlantaikan tanah sahaja. Bukan macam sekarang. Sahabat yang telah diajar Nabi tidak buat macam tu. Mereka sudah tahu bahawa kencing itu adalah najis. Dan kerana didikan Islam daripada Nabi, mereka telah mempunyai sikap yang mulia. Tapi orang darat itu, sebab dia baru sahaja masuk Islam, maka dia tidak tahu.

Dalam riwayat lain, Nabi telah panggil lelaki itu dan memberi nasihat dengan lembut kepada dia. Dia kemudiannya telah menjadi org yang terdidik. Dia masih ingat kisah bagaimana Nabi telah memberi ajaran kepadanya.

Imam Bukhari juga nak membawa pengajaran bahawa air kencing yang najis itu boleh dibersihkan sebanyak satu baldi air sahaja. Iaitu menggunakan baldi yang besar.
Keduanya, nak mengajar bahawa najis itu disucikan dengan air. Tidak ada bahan lain. Itu adalah pendapat Imam Bukhari. Tidak semestinya kita memegang sebegini.

Zaman Nabi lantainya adalah tanah sahaja

Kita kena adaptasikan hadis ini dengan zaman. Bayangkan bagaimana kalau kencing atas simen? Atau atas karpet macam yang sekarang banyak digunakan di dalam masjid seluruh dunia? Cukupkah kalau dengan menggunakan satu baldi air sahaja? Imam Syafie kata tak cukup kalau tempat selain daripada masjid di zaman Nabi itu. Hadis itu sesuai dipakai untuk zaman Nabi sahaja. Dengan jirus air sahaja dah masuk ke dalam tanah atau pasir. Dah boleh bersih dah tempat kencing itu. Tapi sekarang tak boleh lagi dah. Pulak tu lelaki itu pergi ke penjuru masjid. Bila dibasuh, air itu akan meleleh keluar masjid. Masjid kita sekarang ni dah lain dah. Pakai karpet, simen, marmar dan sebagainya.

Sebenarnya, kita boleh juga ambil pendapat bahawa sudah cukup pakai air sebaldi tu. Kita boleh pakai mop dan cuci dengan sebaiknya. Air sebaldi itu bukankah lebih baik dari kuantiti air kencing itu sendiri? Maknanya, untuk kencing, sebaldi lebih dari cukup.

Maka, kena guna air untuk membasuh kencing kalau mengikut pendapat Imam Bukhari. Tapi ulama lain kata ada cara lain lagi. Contohnya, boleh skop dan buang tanah tu. Tak pakai air dah pun. Yang pentingnya, asalkan boleh menyucikan. Mereka berhujah bahawa air itu bukanlah satu cara sahaja. Nabi pun tak kata kena guna air sahaja. Dan baginda menyuruh curahkan air itu keatas kencing itu adalah kerana untuk lantai tanah di masjid itu buat masa itulah cara terbaik.

Lagi satu pengajaran kita boleh lihat bagaimana Nabi membiarkan sahaja orang darat itu habiskan kencing dia dahulu. Kerana kalau diganggu, dia akan menyebabkan lebih keburukan pula. Contohnya kalau dia dikejar, dia akan lari. Air kencingnya akan memercik ke tempat lain lagi, lagi banyak tempat nak kena basuh. Atau dia mungkin ada penyakit dan kalau dia terkejut, akan menyusahkan dia dari segi kesihatan.

Ulama mengambil pengajaran bahawa dalam perkara yang melibatkan dua keburukan, pilihlah mana yang lebih kecil. Kita kena lihat, manakah keburukan yang lebih kecil. Contohnya, kita bawa kereta dan hampir nak langgar orang. Mungkin kita ubah jalan kita dan kita langgar rumah pula. Maka, dalam hal itu, kita tidak mengorbankan nyawa, walaupun kita merosakkan rumah orang.

 

بَاب صَبِّ الْمَاءِ عَلَى الْبَوْلِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Menuangkan Air Di Atas Air Kencing Di Dalam Masjid

213 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَامَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَهُ النَّاسُ فَقَالَ لَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعُوهُ وَهَرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ أَوْ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

213. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud bahwa Abu Hurairah berkata, “Seorang darat berdiri dan kencing di Masjid, lalu orang-orang berkata sesuatu kepadanya. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda kepada mereka: “Biarkan dia dan siramlah bekas kencingnya dengan satu baldi air atau satu timba air, sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan.”

– Hadis ini menjelaskan berapa banyak air yang perlu digunakan untuk membersih air kencing itu.

Nabi bersabda dalam hadis ini: sesungguhnya kamu diutus untuk memudahkan dan bukan diutus untuk menyusahkan. 

Islam sangat memudahkan umatnya. Boleh gunakan kemudahan yang telah diberikan. Contohnya pendapat yang membolehkan membayar zakat dengan duit dan tidak semestinya menggunakan beras. Ada eloknya kalau diberi sahaja wang supaya senang untuk yang menerimanya untuk menggunakan. Ada banyak pendapat tentang perkara ini yang datangnya dari usaha ulama-ulama mazhab. Mereka memikirkan perkara ini yang memberi peluang kepada kita memilih mana yang sesuai.

Tak semua budak suka kepalanya botak

Kadang-kadang kita menyusahkan umat kerana tidak faham hadis Nabi. Yang kemudiannya menyebabkan budak tidak mahu belajar agama. Kalau dulu, kepada yang nak belajar agama, kepala kena botak. Kerana mereka memegang hadis Nabi yang mengatakan samada cukur habis atau biarkan sahaja rambut jadi panjang. Padahal, hadis itu Nabi kata apabila dia lihat anak Jaafar cukur tepi sahaja. Nabi nampak tak molek sangat maka itulah yang dia kata macam tu. Bukan nak suruh botak sahaja. Maka, banyaklah yang tak suka nak belajar agama kerana tak suka rambut mereka dibotakkan.

Dan ada pendapat yang menyebabkan orang kafir takut dan tak suka dengan Islam. Macam dalam kitab yang kata kafir zimmi dalam kerajaan Islam kena pakai baju hitam dan memakai tanda untuk bezakan mereka dengan orang Islam. Dan kena jalan ditepi kalau orang Islam melalu jalan yang sama. Dan ada undang-undang yang berat sebelah kepada orang Islam. Atau antara hamba dan orang biasa. Antara wanita dan lelaki. Perkara beginilah yang menyebabkan orang bukan Islam salah faham dengan Islam dan tidak nampak kelebihan Islam. Mereka nampak Islam itu tidak baik. Itulah contoh bagaimana pendapat-pendapat yang salah telah menyebabkan Islam tidak dipandang molek. Macam Karpal Singh, mungkin dia hanya faham Islam dari apa yang dia telah belajar sebelum ini. Maka itulah sebabnya dia menentang Islam itu sampai sekarang. Kerana dia mungkin faham Islam itu dari apa yang dia belajar dari pendapat yang salah itu.

Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan mazhab kita sampai kita tak terima pendapat mazhab lain. Padahal mazhab itupun hanya satu pendapat sahaja. Kadang-kadang menyebabkan orang kafir salah faham dengan Islam. Contohnya kalau mazhab kita tak terima boleh makan makanan laut, padahal kaum dia dah selalu makan makanan laut. Atau mereka memang hidup di kawasan yang dikelilingi lautan. Tentulah makanan mereka kebanyakannya melibatkan makanan laut. Atau memang mereka mencari rezeki berniaga dengan makanan laut. Kalau sebegitu, tentulah mereka tidak mahu masuk Islam kerana pada mereka Islam itu akan menyusahkan mereka nanti.

214 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَابُ يُهَرِيقُ الْمَاءَ عَلَى الْبَوْلِ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ قَالَ وَحَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي طَائِفَةِ الْمَسْجِدِ فَزَجَرَهُ النَّاسُ فَنَهَاهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا قَضَى بَوْلَهُ أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَنُوبٍ مِنْ مَاءٍ فَأُهْرِيقَ عَلَيْهِ

214. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Sa’id berkata, aku mendengar Anas bin Malik dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang bab menyiramkan air pada bekas kencing. Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad berkata, dan telah menceritakan kepada kami Sulaiman dari Yahya bin Sa’id berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Seorang darat datang lalu kencing di penjuru Masjid, orangramai menyergahnya, tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang mereka berbuat begitu. Setelah orang itu selesai kencing, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh disiramkan satu timba air diatasnya.”

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s