We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Berwudhu Menggunakan Baldi Kecil December 20, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 4:33 pm

بَاب الْوُضُوءِ مِنْ التَّوْرِ

Bab Berwudhu Menggunakan Baldi Kecil

192 – حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَ عَمِّي يُكْثِرُ مِنْ الْوُضُوءِ قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَخْبِرْنِيا كَيْفَ رَأَيْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ فَكَفَأَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثَ مِرَارٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ مِنْ غَرْفَةٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَاغْتَرَفَ بِهَا فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِهِ مَاءً فَمَسَحَ رَأْسَهُ فَأَدْبَرَ بِهِ وَأَقْبَلَ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ فَقَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ

192. Telah menceritakan kepada kami Khalid bin Mukhallad berkata, telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Yahya dari Bapaknya berkata, ” bapa saudaraku seringkali berwudu, lalu dia berkata kepada ‘Abdullah bin Zaid, “Beritahu kepada kami bagaimana kamu melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam wudlu. ‘Abdullah bin Zaid minta bekas berisi air, lalu ia menuangkan ke telapak tangannya dan mencucinya tiga kali. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas tersebut, lalu berkumur dan mengeluarkan air dari dalam hidung sebanyak tiga kali dari satu cidukan tangan. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam bejana menciduk air dan membasuh mukanya tiga kali. Kemudian membasuh tangannya sampai siku dua kali-dua kali. Kemudian mengambil air dengan tangannya dan mengusap kepalanya, dia tarik tangannya ke belakang kepala lalu dikembalikan ke depan. Kemudian membasuh kakinya. Setelah itu berkata, “Begitulah aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu’.”

– Imam Bukhari membawa hadis ini lagi. Kali ini nak mengatakan bahawa Nabi menggunakan bekas yang kecil untuk mengambil air. Dan bekas itu pula diperbuat dari kaca. Nak cerita bahawa zaman itu dah ada dah bekas kaca. Boleh pakai air dari dalam bekas kaca untuk mengambil wudu. Bekas kaca pada zaman itu adalah mahal. Jangan sangka zaman itu mundur sangat sampai takde kaca. Macam sesetengah orang yang sangka pisau cukur tiada zaman itu. Sebenarnya Dah ada dah. Ada hadis yang menunjukkan bahawa memang dah ada pisau cukur.

193 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعَا بِإِنَاءٍ مِنْ مَاءٍ فَأُتِيَ بِقَدَحٍ رَحْرَاحٍ فِيهِ شَيْءٌ مِنْ مَاءٍ فَوَضَعَ أَصَابِعَهُ فِيهِ قَالَ أَنَسٌ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ إِلَى الْمَاءِ يَنْبُعُ مِنْ بَيْنِ أَصَابِعِهِ قَالَ أَنَسٌ فَحَزَرْتُ مَنْ تَوَضَّأَ مَا بَيْنَ السَّبْعِينَ إِلَى الثَّمَانِينَ
بَاب الْوُضُوءِ بِالْمُدِّ

193. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah mengabarkan kepada kami Hammad dari Tsabit dari Anas bin Malik, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam minta untuk dibawakan bekas berisi air, maka diberikanlah satu mangkuk yang cetek dan luas mulutnya. Didalamnya ada sedikit air dan baginda meletakkan jari jemarinya ke dalam bekas itu.” Anas berkata, ‘terus aku nampak air keluar dari jari-jemarinya.” Anas melanjutkan, “Aku menduga bahwa orang-orang yang berwudu saat itu berjumlah antara tujuh puluh hingga delapan puluh orang.”

194 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْسِلُ أَوْ كَانَ يَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ إِلَى خَمْسَةِ أَمْدَادٍ وَيَتَوَضَّأُ بِالْمُدِّ

194. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Mis’ar berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Jabar berkata, “Aku mendengar Anas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi dengan menggunakan satu gantang (empat cupak hingga lima cupak), dan berwudu dengan satu cupak air.”

– Nabi berwudu menggunakan lebih kurang satu cupak air atau lebih kurang. Dan mandi guna lima cupak. Maknanya tak banyak. Tak perlu banyak. Sampai tidak menyusahkan. Kalau banyak pun tidak mengapa cuma jangan berlebih sangat.
Ada yang kata tak cukup air sebanyak tu kepada Aisyah. Aisyah kata Nabi yang lebih banyak bulu pun boleh pakai banyak tu. Maknanya, Nabi badannya ada bulu. Tapi tidaklah berlebihan sangat.

Terdapat khilaf berkenaan dengan makna ‘mud’ itu. Ada yang Mengatakan ianya adalah sekati tambah 1/3 kati. Dan ada yang kata dua kati.

 

بَاب الْمَسْحِ عَلَى الْخُفَّيْنِ

Bab menyapu keatas dua khuf dalam wudu

195 – حَدَّثَنَا أَصْبَغُ بْنُ الْفَرَجِ الْمِصْرِيُّ عَنْ ابْنِ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ حَدَّثَنِي أَبُو النَّضْرِ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ مَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ
وَأَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ سَأَلَ عُمَرَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ نَعَمْ إِذَا حَدَّثَكَ شَيْئًا سَعْدٌ عَنْ النَّبِيّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا تَسْأَلْ عَنْهُ غَيْرَهُ وَقَالَ مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ أَخْبَرَنِي أَبُو النَّضْرِ أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ أَخْبَرَهُ أَنَّ سَعْدًا حَدَّثَهُ فَقَالَ عُمَرُ لِعَبْدِ اللَّهِ نَحْوَهُ

195. Telah menceritakan kepada kami Ashbagh bin Al Faraj Al Mishri dari Ibnu Wahhab berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Al Harits telah menceritakan kepadaku Abu An Nadlr dari Abu Salamah bin ‘Abdurrahman dari ‘Abdullah bin ‘Umar dari Sa’d bin Abu Waqash dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau mengusap sepasang sepatunya.” ‘Abdullah bin ‘Umar menanyakan hal ini kepada ‘Umar ia lalu menjawab, “Ya. Jika Sa’d meriwayatkan kepadamu sebuah hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sesuatu perkara, maka janganlah kamu bertanya kepada orang lain tentangnya.” Musa bin ‘Uqbah berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu An Nadlr bahwa Abu Salamah menceritakan kepadanya, bahwa Sa’d menceritakan kepadanya, dan ‘Umar menyebutkan kepada ‘Abdullah seperti itu.”

– Boleh sapu khuf sahaja, tidak perlu buka kasut untuk basuh kaki dalam wudu. Ini telah diterima sampai peringkat mutawatir dah. Ahli Badar sahaja 40 orang yang meriwayatkan hadis khuf. Yang tak terima adalah Syiah dan khawarij.

Kalau dah pakai macam ni, lagi susah nak buka dan basuh

Islam memudahkan umatnya. Jangan kita kata Islam menyusahkan umatnya. Kalau ada ibadat yang menyusahkan itu adalah ibadah yang salah. Dalam hal ini, kalau kena basuh kaki dalam musim sejuk akan menyusahkan manusia. Pulak tu kalau basuh pada musim sejuk akan menyakitkan kepala. Dan kalau dah pakai khuf dengan kemas, susah nak buka. Begitu juga kalau askar yang pakai but lagi kemas dari khuf. Lagi susah nak buka. Maka kepada mereka ini diharuskan untuk menyapu sahaja khuf atau but mereka.

Kita melebihkan abu Bakr dan Umar. Kasihkan dua menantu Nabi (Uthman dan Ali). Tapi Syiah bukan takat melebihkan Ali dari Uthman, siap benci dan mengutuk lagi. Kalau takat melebihkan sahaja tidak mengapa lagi. Itupun pada zaman itu dah dinamakan mereka sebagai Syiah dah. Kenapakah mereka nak menentang apa yang telah berlaku? Mereka sampai kata Alilah yang sepatutnya menjadi khalifah yang pertama. Padahal sabahat-sahabat semua menerima bahawa Abu Bakr adalah sahabat yang paling alim sekali. Bukanlah hanya alim dalam agama sahaja. Kerana kepada umat Islam waktu itu, alim dalam agama bermakna alim juga dalam pemerintahan.

– Kisah hadis ini: Ibn Umar telah melawat Kufah yang mana Saad adalah gabenor di sana. Dia nampak Saad hanya menyapu khufnya sahaja. Maka dia tanya kepada Saad berkenaan perkara itu dan Saad kata boleh. Kalau tidak percaya, maka tanyalah kepada ayahnya, Saidina Umar. Ibn Umar lupa hinggakan Saad datang ke Madinah setelah sekian lama. Maka dia mengingatkan Ibn Umar untuk bertanya. Maka Ibn Umar bertanya semasa mereka ada bertiga. Jawapan Umar adalah seperti dalam hadis ini, iaitu Saad boleh dipercayai.

Beberapa pengajaran boleh didapati dalam hadis ini. Pertama, kalau tak faham, kena tanya. Walaupun kepada orang tua. Tidak dikira tidak beradab. Kalau kita muda pun, dan kita nampak orang tua melakukan perkara salah, kita kena tanya. Jangan malu.

Mungkin Ibn Umar tidak tahu tentang keharusan menyapu khuf itu. Maknanya, tidaklah orang alim itu tahu semua. Begitu juga dengan sahabat. Mereka tidak sentiasa bersama Nabi. Ada banyak contoh sebegini.

Atau mungkin sahaja Ibn Umar tahu tentang hukum sapu khuf itu. Yang dia tidak tahu adalah orang bermukim boleh guna hukum itu juga kah. Itulah yang dia tanya tu. Sebab kalau hukum khuf untuk musafir semua orang dah tahu. Dah masyhur dah. Saad kata orang bermukim pun boleh.

Cuma jumhur ulama meletakkan had dalam perkara khuf ini. Iaitu kalau musafir, boleh buat tiga hari tiga malam. Tapi kalau bermukim, hanya sehari semalam sahaja. Imam Malik tidak meletakkan had.

Orang yang terkenal alim boleh dipercayai. Ini digunakan sebagai dalil untuk bertaklid kepada orang alim yang dipercayai. Saad adalah orang besar. Sebagai sahabat, dia takkan nak buat perkara yang salah. Saidina Umar pun percayakan dia. Dialah orangnya yang mengetuai tentera menawan Parsi. Waktu tu dia jatuh sakit sampai terbaring sahaja tapi masih lagi berjaya menawan Parsi. Dan dia telah diangkat menjadi gabenor. Maknanya, orang penting tu. Dan dia adalah salah seorang dari sahabat sepuluh yang dijanjikan syurga.

Ada beza antara taklid dan ittiba‘. Taklid kita ikut sahaja. Ittiba’ adalah kita ikut pendapat seseorang dengan kita tahu dalilnya. Kalau orang yang kita telah kenal bahawa orang yang alim, boleh untuk kita mengikutinya.

196 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ الْحَرَّانِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ نَافِعِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَنْ أَبِيهِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ خَرَجَ لِحَاجَتِهِ فَاتَّبَعَهُ الْمُغِيرَةُ بِإِدَاوَةٍ فِيهَا مَاءٌ فَصَبَّ عَلَيْهِ حِينَ فَرَغَ مِنْ حَاجَتِهِ فَتَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ

196. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Khalid Al Harrani berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Yahya bin Sa’id dari Sa’d bin Ibrahim dari Nafi’ bin Jubair dari ‘Urwah bin Al Mughirah bin Syu’bah dari bapaknya, Al Mughirah bin Syu’bah dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa baginda keluar untuk qadha hajat, lalu Al Mughirah mengikutinya dengan membawa bekas berisi air. Selesai menunaikan hajat, Al Mughirah menuangkan air kepada Nabi untuk berwudu maka baginda berwudu dan menyapu kedua khufnya.”

– Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kebolehan menyapu khuf ini telah tiada lagi dah. Tapi dalam hadis ini kita boleh tahu bahawa kejadian ini terjadi pada tahun ke 9 Hijrah. Maknanya, bukanlah hukum menyapu khuf itu dimansuhkan dengan ayat wudu dalam surah al Maidah. Kerana surah al Maidah itu diturunkan pada tahun kelima Hijrah. Dan pada 9 Hijrah Nabi masih lagi menyapu khuf. Ini penting kerana ada yang keliru samada boleh menyapu khuf atau tidak kerana ada yang kata ianya telah dimansuhkan oleh ayat wudu itu. Maka, ini adalah tidak benar kerana hampir dihujung hayat baginda, Nabi masih lagi menyapu khuf.

Ada cerita al Mughirah ini. Ada yang membuat tohmahan bahawa dia bernikah sampai dua ribu orang. Mengarut betul cerita. Dalam kisah ini kita boleh tahu bahawa dia adalah orang baik. Berkhidmat kepada Nabi dengan menuangkan air. Sahabat selalu mengambil kesempatan berkhidmat kepada Nabi. Banyak kisah sebegini.

197 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ الضَّمْرِيِّ أَنَّ أَبَاهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى الْخُفَّيْنِ وَتَابَعَهُ حَرْبُ بْنُ شَدَّادٍ وَأَبَانُ عَنْ يَحْيَى

197. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya dari Abu Salamah dari Ja’far bin ‘Amru bin Umayyah Al Dlamri, bahwa Bapaknya mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyapu diatas kedua khufnya.” Hadits ini diperkuat oleh Harb bin Syaddad dan Aban dari Yahya.

– Ini satu lagi kisah Nabi menyapu khufnya. Maknanya, banyak sangat dalil yang mengatakan Nabi melakukannya.

198 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى عِمَامَتِهِ وَخُفَّيْهِ .وَتَابَعَهُ مَعْمَرٌ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَمْرٍو قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

198. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Al Auza’i dari Yahya dari Abu Salamah dari Ja’far bin ‘Amru bin Umayyah dari Bapaknya ia berkata, “Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyapu diatas serban dan kedua khufnya.” Hadits ini diperkuat oleh Ma’mar dari Yahya dari Abu Salamah dari ‘Amru berkata, “Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Ini ada juga kisah Nabi menyapu sepatu. Tapi bukan itu sahaja. Dalam hadis itu menceritakan Nabi menyapu serbannya. Ini adalah berlainan dengan pegangan Imam Bukhari. Sebelum ini dia telah berhujah bahawa kalau kepala itu kena sapu keseluruhannya. Tapi kalau Nabi sapu serbannya, maka itu menguatkan hujah yang mengatakan tidak perlu menyapu kepala. Kerana kalau sapu serban, maknanya macam Nabi tak sapu keseluruhan kepala. Sebab kalau sapu serban, mungkin Nabi menyapu sedikit sahaja rambut ditepi-tepi. Bagaimana begitu?

Imam Bukhari memasukkan hadis ini tapi tidak meletak tajuk. Ini bermakna Imam Bukhari tidak bersetuju untuk mengatakan bahawa sebahagian kepala sahaja disapu. Atau boleh disapu sahaja serban. Maknanya, walaupun dia membawa hadis ini, tapi maknanya perlu ditakwil:

Pertama, ianya mungkin khas untuk Nabi sahaja. Keduanya Nabi mungkin mengangkat serbannya juga tapi nampak macam dia tak angkat sampaikan sahabat sangka yang baginda tidak mengangkat serbannya.
Ketiganya, serban yang dipakai adalah jenis serban yang nipis. Maka, bila Nabi sapu diatas kepalanya, air meresap juga kena rambut baginda.

Pendek kata, kepada Imam Bukhari, kepala itu perlu disapu keseluruhan. Tidak boleh sedikit sahaja.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri untuk bab ini

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s