We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Apabila Seseorang Memasukkan Kedua Kakinya Ke Dalam Khuf December 20, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 7:32 pm

بَاب إِذَا أَدْخَلَ رِجْلَيْهِ وَهُمَا طَاهِرَتَانِ

Bab Apabila Seseorang Memasukkan Kedua Kakinya Ke Dalam Khuf Dalam Keadaan Kedua-Duanya Bersih

199 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَأَهْوَيْتُ لِأَنْزِعَ خُفَّيْهِ فَقَالَ دَعْهُمَا فَإِنِّي أَدْخَلْتُهُمَا طَاهِرَتَيْنِ فَمَسَحَ عَلَيْهِمَا

199. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Zakaria dari ‘Amir dari ‘Urwah bin Al Mughirah bin Syu’bah dari Bapaknya ia berkata, “Aku pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan, aku membongkokkan diri untuk melepaskan khuf baginda, namun beliau bersabda: “Biarkan, aku telah memakainya dalam keadaan bersih.” Baginda hanya menyapu kedua-dua khufnya.

– Ini adalah dalil yang mengatakan, untuk membolehkan menyapu sahaja khuf, khuf itu mestilah dipakai semasa dalam keadaan suci. Ini adalah pandangan jumhur ulama. Maknanya, lepas ambil wudu, baru pakai khuf. Kalau selepas itu dia batal wudu, maka tidak perlu membuka khuf untuk membasuh kaki lagi. Cukup dengan menyapu sahaja khuf itu. Dan kalau mengikut pendapat jumhur ulama, kalau bermusafir, boleh dibuat tiga hari tiga malam. Dan kalau bermukim, sehari semalam.

Apakah makna sabda Nabi dalam perkataan: طَاهِرَتَيْنِ: Bersih dari najis sahaja atau suci? Perkataan ini tergantung, tidak dijelaskan dengan terang dalam hadis ini. Oleh itu ada khilaf antara ulama. Imam Bukhari nak menunjukkan ada khilaf itu. Selalunya dia akan memberikan pendapat dia mana yang kuat. Tapi tidak kali ini. Mengisyaratkan bahawa dua-dua adalah kuat pada pandangan dia. Zahiri mengatakan cukup dengan bersih dari najis sahaja dan jumhur ulama berpendapat kena suci dari hadas. Maknanya, semasa mengenakan khuf itu, dalam keadaan suci dari hadas. Semasa dia mengenakan khuf itu, dia dah ambil wudu dah.

Telah dikatakan sebelum ini bahawa kepada Imam Bukhari, tidak ada tertib dalam wudu. Kalaulah seseorang membasuh kakinya, kemudian memakai khuf, bagaimana? Pada dia, ini adalah boleh. Sebab, mungkin ada keadaan di dalam cuaca tertentu, mereka tidak mahu lama-lama kaki mereka terbuka, sebab sejuk. Maka, pada Imam Bukhari, ini adalah boleh. Maknanya, dia boleh sahaja mulakan wudu dia dengan membasuh kaki dan dia terus pakai balik khuf dia.

Dalam tajuk bab ini, Imam Bukhari menggunakan perkataan: ‘Sesiapa’ sahaja. walaupun dalam hadis ini, digunakan contoh bahawa Nabilah yang melakukan penyapuan khuf itu, tapi dia nak kata bahawa sesiapa sahaja boleh melakukannya. Bukan terhad kepada Nabi sahaja yang boleh buat begini.

Dalam hadis ini kita boleh lihat bagaimana seorang sahabat bernama Mughirah telah berkhidmat kepada Nabi. Dia telah tunduk untuk membuka khuf Nabi. Nabi kata tidak perlu itu bukanlah sebab Nabi tak benarkan, tapi sebab baginda telah memakai khuf itu dalam keadaan bersih. Mughirah adalah seorang ahli politik selepas Nabi tiada. Dia telah menjadi gabenor. Kita boleh lihat dalam sejarah bagaimana orang yang kemudiannya menjadi orang yang besar dalam sejarah islam telah memberikan khidmat mereka kepada Nabi. Mereka orang yang rapat dengan Nabi dan sayangkan Nabi. Muawiyah pun seorang yang selalu berkhidmat kepada Nabi. Pernah dia potong kuku Nabi dan apabila dia hendak mati, dia telah memberi pesan kepada keluarganya untuk menguburkannya bersama kuku itu.

Begitulah baik dan bersopannya semua sahabat kepada Nabi. Mereka mempunyai nilai moral yang tinggi. Kita dalam ahli sunnah wal jamaah menerima bahawa ‘Semua sahabat adil’. Iaitu mereka semua tidak menipu. Adil itu bukan bermakna mereka maksum. Maka, jika ada kesilapan yang mereka lakukan kerana mereka manusia biasa, bukan Nabi.

 

بَاب مَنْ لَمْ يَتَوَضَّأْ مِنْ لَحْمِ الشَّاةِ وَالسَّوِيقِ وَأَكَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَلَمْ يَتَوَضَّئُوا

Bab orang yang tidak berwudu kerana memakan daging biri-biri dan sawiq. Abu Bakr, Umar dan Uthman r.anhum tidak mengambil wudu selepas memakannya

Dalam hadis dibawah ini, diceritakan bahawa Nabi tidak berwuduk selepas makan daging, bukan Sawiq. Padahal, dalam tajuk ini disebutkan pasal sawiq. Kisah sawiq ada dibawah lagi. Kenapa? Ini adalah kerana Imam Bukhari menggunakan qiyas iaitu kalau makan daging pun tidak perlu berwudu, tambahan lagi kalau sawiq. Sawiq tu campuran gandum dengan air sahaja, sedangkan daging itu ada dengan lemaknya lagi. Ini dinamakan qiyas awla. Maknanya, dia bukanlah golongan zahiriah. Kerana golongan zahiriah tidak menggunakan qiyas.

Imam Bukhari nak mengatakan bahawa ada khilaf dalam hal ini. Iaitu ada hadis yang mengatakan jikalau makan makanan yang dimasak dengan api, maka terbatal wudu seseorang itu dan kena ambil wudu semula. Dia nak mengatakan bahawa hukum itu telah mansukh. Memang, pada mula Islam, selepas memakan makanan, kena ambil wudu. Ini adalah pandangan jumhur ulama.
Maka, untuk menguatkan hujahnya, dia telah membawa dalil dari hadis kerana hadis adalah dalil yang kuat dan juga dalil dari perbuatan orang besar iaitu Abu Bakr, Umar dan Uthman. Mereka ini adalah orang yang berilmu, maka tentulah perbuatan mereka mengikut apa yang rapat dengan perbuatan Nabi.

Ini juga mengajar kepada kita bahawa Hadis itu ada sejarah perkembangannya. Bukanlah sesuatu hukum itu terus begitu sahaja, tapi ada perkembangan. Kalau sekali pandang, kenapalah tidak diberikan terus hukum yang tetap sahaja. Tapi sebenarnya, sesuatu hukum itu diberi sesuai dengan keadaan semasa. Pada awalnya, selepas makan, disuruh sahabat untuk berwudu kembali kerana nak mengajar kebersihan.
Dan kadang-kadang makanan itu menyebabkan kepanasan dan dengan mengambil wudu, dapat menyejukkan badan. Nabi pandai dalam perkara ini. Nabi selalu mengamalkan memakan makanan seimbang. Contohnya, kalau Nabi makan daging, baginda akan makan timun untuk menyejukkan badan. Begitu juga dengan air wudu, dapat menyejukkan badan juga.

Satu lagi, makanan yang dimasak dengan api, dan api itu mengingatkan kita tentang neraka. Memang api di dunia ini didatangkan dari api neraka yang telah diubahsuai supaya boleh dipakai di dunia. Nabi memang sentiasa mengingatkan tentang neraka. Dan untuk memadam api neraka, adalah dengan wudu. Kerana wudu itu adalah isyarat taubat. Neraka ada tujuh, maka ada tujuh anggota wudu.

Api juga mengingatkan kita tentang asal kejadian iblis. Maka, nak melawan godaan iblis adalah dengan wudu. kena ingat bahawa syaitan itu adalah musuh kita dan kena layan mereka sebagai musuh.

Makanan yang diubah akan mengurangkan khasiat yang ada pada makanan itu. Yang asli dari Allah adalah lebih baik. Sebab itu Nabi suka makan makanan yang original. Maka, makanan yang dimasak dengan api juga akan mengurangkan khasiatnya. Contohnya sayur yang dimasak akan mengurangkan khasiatnya. Maka, diganti kekurangan itu dengan berwudu.

Memakan juga adalah satu perbuatan alam binatang. Yang tidak makan adalah alam malaikat. Kerana itulah kita disuruh untuk berpuasa untuk menjadi lebih kepada malaikat. Maka, berwudu akan mendekatkan diri dengan alam malaikat lagi. Mengingatkan kita tentang Allah. Dan yang paling ingat kepada Allah adalah malaikat.

Kenapa hanya disebut tiga khalifah itu sahaja? Kalau syiah yang tidak sukakan Imam Bukhari, mereka akan menggunakan isu ini sebagai tanda mengatakan memang Bukhari tidak suka kepada Saidina Ali. Imam Bukhari nak menunjukkan bahawa ada kelebihan kepada tiga khalifah ini. Zaman mereka tidak ada lagi Perang saudara sesama Islam. Maka, mereka tiga tiga ini diterima dengan sebulat suara. Kalau zaman Ali, dah ada perpecahan dah. Maka, mungkin ada yang tidak mahu terima.

Syah Waliyullah juga mengatakan demikian. Dia telah menulis buku tentang kelebihan pemerintahan ketiga tiga khalifah ini yang tidak ada pada zaman pemerintahan Ali. Dia menamakan pemerintahan mereka sebagai Khalifah khassah. Terdapat banyak tanda-tanda yang Nabi berikan. Pernah semasa Nabi dan sahabat berada di atas bukit Uhud, bukit itu bergegar. Nabi kata: diam kau wahai uhud. Diatasmu ini ada Nabi, seorang siddiq dan dua syahid. Iaitu merujuk kepada tiga khalifah itu. Kerana Umar dan Uthman telah mati dibunuh.
Dan ada kisah bagaimana cincin yang digunakan Nabi telah jatuh hilang semasa Uthman memakainya. Ali tidak sempat pakai. Ini pun adalah tanda. Semasa zaman Ali lah, kejadian perang saudara yang besar telah berlaku yang memecahkan umat Islam.

Zaman Ali banyak masalah. Tapi bukan salah dia. Memang zaman dia umat Islam telah bergolak. Saidina Ali juga adalah salah seorang dari Khalifah Khassah, tapi tidak setinggi tahap ketiga-tiga khalifah yang pertama itu. Dengan buku Shah Waliyullah ini telah melemahkan kerajaan Syiah di India. Tapi harga yang dia kena bayar adalah dia kena tarik tangan dia sampai dia tidak boleh menulis lagi. Kerajaan Syiah amat tidak suka dengan buku ini kerana ia menceritakan tentang kelemahan hujah-hujah mereka tentang kelebihan Ali.

200 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ كَتِفَ شَاةٍ ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

200. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Zaid bin Aslam dari ‘Atha bin Yasar dari ‘Abdullah bin ‘Abbas, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memakan paha biri-biri kemudian baginda salat dengan tidak berwudu.

– Nabi terus solat. Nak tunjuk boleh terus sahaja solat selepas makan tanpa mengambil wudu lagi.

201 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي جَعْفَرُ بْنُ عَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ أَنَّ أَبَاهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْتَزُّ مِنْ كَتِفِ شَاةٍ فَدُعِيَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَلْقَى السِّكِّينَ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

201. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku Ja’far bin ‘Amru bin Umayyah bahwa Bapaknya mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memotong sebahagian dari daging paha biri-biri, apabila diseru untuk salat beliau langsung membuang pisau itu dan salat tanpa berwudu.”

– Nabi tengah makan waktu tu. Pakai pisau. Maknanya boleh makan pakai pisau. Bukanlah nak kata bahawa perbuatan itu budaya barat sahaja. Kalau perlu, boleh pakai pisau, atau garfu. Lihatlah apa yang kita nak makan itu. Kena sesuaikan dengan keadaan.

Dikatakan Nabi lempar pisau itu. Selalunya Nabi akan berlembut dalam hal seharian baginda. Maknanya, Nabi buat sesuatu ikut keadaan. Tidaklah sentiasa Nabi berlembut. Macam dalam suasana perang, Nabi akan bersikap keras kerana dalam suasana perang, memerlukan kekerasan. Sampai pernah baginda menampar dada sahabat semasa dalam perbarisan. Terkejut sahabat itu. Tapi selepas itu sahabat itu menjadi berani.

Lepas makan Nabi terus solat tanpa berwudu lagi. Maka, ini menunjukkan tidak perlu mengambil wudu walaupun baru lepas makan. Bukanlah Nabi selalu buat macam ini. Tapi untuk menunjukkan bahawa dibolehkan.

 

بَاب مَنْ مَضْمَضَ مِنْ السَّوِيقِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

Bab orang yang berkumur-kumur kerana makan sawiq dan dia tidak berwudu

202 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ بُشَيْرِ بْنِ يَسَارٍ مَوْلَى بَنِي حَارِثَةَ أَنَّ سُوَيْدَ بْنَ النُّعْمَانِ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ خَرَجَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ خَيْبَرَ حَتَّى إِذَا كَانُوا بِالصَّهْبَاءِ وَهِيَ أَدْنَى خَيْبَرَ فَصَلَّى الْعَصْرَ ثُمَّ دَعَا بِالْأَزْوَادِ فَلَمْ يُؤْتَ إِلَّا بِالسَّوِيقِ فَأَمَرَ بِهِ فَثُرِّيَ فَأَكَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَكَلْنَا ثُمَّ قَامَ إِلَى الْمَغْرِبِ فَمَضْمَضَ وَمَضْمَضْنَا ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

202. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Yahya bin Sa’id dari Busyair bin Yasar mantan budak Bani Haritsah, bahwa Suwaid bin An Nu’man mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun Khaibar, hingga ketika mereka sampai di Shahba’, suatu wilayah dekat Khaibar, beliau mengerjakan shalat Ashar. Lalu beliau minta bekal makanan, namun tidak dibawa kehadapan baginda kecuali sawiq. Maka baginda memerintahkan disediakan sawiq itu, maka sawiq disediakan dengan dibancuh. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam makan dan kami pun ikut makan. Setelah itu beliau berdiri untuk shalat Maghrib, sebelum bersembahyang beliau berkumur-kumur dan kami juga ikut berkumur-kumur, lalu beliau shalat tanpa berwudu.”

tanaman yang dijadikan sebagai sawiq

– Dalam hadis ini diceritakan pula bahawa Nabi berkumur pula. Nak menunjukkan bahawa lebih elok kalau berkumur. Ini dapat menghilangkan apa-apa bekas makanan atau rasa selepas memakan itu.

Hadis ini juga menjadi dalil bahawa boleh solat dengan satu wudu lebih dari satu waktu. Bukan macam tayamum. Ulama berpendapat bahawa tayamum boleh hanya satu kali sahaja pakai.

Nabi telah menyuruh sahabat untuk mengumpulkan makanan. Ini menunjukkan bahawa makan dengan kumpulan ramai-ramai adalah berkat. Kerana Nabi pun buat macam ini. Kalau makanan itu sedikit, maka elok dikumpulkan supaya boleh dinikmati bersama.

Membawa Bekal makanan dalam perjalanan dibolehkan. Bukan bermaksud bahawa membawa bekal itu menunjukkan seseorang itu tidak tawakal. Memang kita disuruh bertawakal, tapi sebelum itu kita kena usaha.

Nabi menunjukkan contoh Pemimpin yang mengambil berat tentang orang-orang dibawahnya.

203 – و حَدَّثَنَا أَصْبَغُ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ بُكَيْرٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ مَيْمُونَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَلَ عِنْدَهَا كَتِفًا ثُمَّ صَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ

203. Dan telah menceritakan kepada kami Ashbagh berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahhab berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bin Al Harits dari Bukair dari Kuraib dari Maimunah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam makan dekatnya paha biri-biri kemudian baginda shalat tanpa berwudu.”

Maimunah adalah isteri Nabi paling akhir yang dinikahinya. Menikah dan meninggal di tempat yang bernama Sarif. Emak saudara Ibn Abbas.
Nabi makan dengan isteri. Menunjukkan elok untuk makan berdekatan dengan isteri. Mesra dengan isteri. Bukan macam kaum jahiliah yang kalau isteri dalam kotor, langsung tidak boleh dekat.

Daging dhob, sanggup makan?

Ini satu lagi contoh bahawa Nabi tidak berwudu selepas makan daging.
Maimunah adalah juga orang yang menunjukkan kepada Nabi apabila Nabi hampir nak ambil daging dhob. Nabi tak jadi ambil. Dia tidak lalu makan. Tapi baginda tidak menghalang orang lain dari makan. Maknanya, tidaklah salah kalau kita tidak suka makan sesuatu makanan walaupun makanan itu halal. Ikut selera kita.

 

بَاب هَلْ يُمَضْمِضُ مِنْ اللَّبَنِ

Bab adakah seseorang itu perlu berkumur-kumur kerana minum susu?

204 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ وَقُتَيْبَةُ قَالَا حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ لَبَنًا فَمَضْمَضَ وَقَالَ إِنَّ لَهُ دَسَمًا .تَابَعَهُ يُونُسُ وَصَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ عَنْ الزُّهْرِيِّ

204. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair dan Qutaibah keduanya berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari ‘Abdullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari Ibnu ‘Abbas, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam minum susu kemudian berkumur-kumur, beliau lalu bersabda: “Sebenarnya susu mengandung lemak.” Hadits ini dikuatkan oleh Yunus dan Shalih bin Kaisan dari Az Zuhri.

– Dalam hadis ini dikatakan Nabi berkumur lepas minum susu. Nampak macam kenalah kumur kalau minum susu, kerana memang Nabi buat. Tapi tajuk yang Imam Bukhari letak ‘adakah perlu…’. Kenapa dia buat tajuk sebegitu? Dia nak bagitahu bahawa tidaklah wajib untuk berkumur kalau minum susu. Ada hadis lain yang mengatakan Nabi ada minum susu tapi tak kumur pun. Maknanya kena baca juga hadis lain. Kena tahu ada hadis lain. Nabi berkumur itu adalah kerana susu itu mengandungi lemak. Kalau macam susu zaman sekarang, tidak ada lemak dah pun sebab dah proses.

Maka, elok untuk kita berkumur kalau kita makan. Ini adalah kerana mungkin ada makanan yang lekat dalam mulut kita. Nanti kita termakan pula. Atau berasa makanan itu dalam mulut kita.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana Asri untuk tajuk ini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s