We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Menggunakan Sisa Atau Lebihan Wudhu Yakni Air Sembahyang Orang December 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 6:19 pm

بَاب اسْتِعْمَالِ فَضْلِ وَضُوءِ النَّاسِ وَأَمَرَ جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَهْلَهُ أَنْ يَتَوَضَّئُوا بِفَضْلِ سِوَاكِهِ

Bab Menggunakan Sisa Atau Lebihan Wudhu Yakni Air Sembahyang Orang
Jarir bin Abdillah menyuruh ahli keluarganya berwudu menggunakan air rendaman berus giginya.

فَضْلِ وَضُوءِ  bermakna: air lebihan wudu. Ada dua jenis yang boleh kita faham. Satu, adalah air yang telah digunakan untuk berwudu atau bersuci dan masuk balik ke dalam bekas contohnya. Atau di tadah air itu. Ini dalam mazhab Syafie adalah dipanggil sebagai air mustaqmal. Dalam mazhab Syafie air sebegini tidak boleh dipakai.
Keduanya, adalah air lebihan yang tidak digunakan lagi. Contohnya, air sebanyak sebaldi digunakan sedikit sahaja. Yang ada tinggal sedikit itu boleh juga dipanggil air lebihan. Kepada Hafiz Hajar al Asqalani, inilah yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari. Sebab takkan air yang dah dipakai nak digunakan lagi untuk menyucikan. Macam mengajar kotor pula. Tapi pendapat ini banyak yang tidak setuju. Kerana mereka kata ini membawa kepada pegangan mazhab Syafie sahaja. Kerana Hafiz Hajar bermazhab Syafie. Tak boleh kalau begitu. Kena tengok apa yang nak dimaksudkan oleh penulis kitab sendiri. Penulis kitab bila kita baca lagi, akan menunjukkan bahawa dia memegang air mustaqmal boleh digunakan. Kalau nak kira geli, macam-macam lagi kita geli. Air liur, air hingus dan sebagainya. Maknanya, itu adalah perkara subjektif. Ini kita nak cerita suci atau tidak. Bukan nak kata geli. Sebab selagi ada lagi air yang boleh dipakai, kita tidak boleh lagi pakai tayamum. Sebagai tayamum itu hanya boleh dipakai kalau air dah tiada. Ini, air ada lagi.

Kalau air itu tidak suci, tentu Nabi tidak gunakan untuk bagi orang minum, berubat dan sebagainya. Ini kita boleh lihat dalam hadis dibawah nanti. Kalau nak kata itu adalah untuk ambil berkat sahaja, tentulah kalau nak ambil berkat, kena dengan air yang menyucikan juga. Dan kalau ada yang kata ini hanya dengan Nabi sahaja pun tidak boleh, sebab kalau Nabi buat, tentunya kita boleh buat juga. Kecualilah, kalau Nabi kata untuk dia sahaja. Tapi tidak dikatakan begitu.

اسْتِعْمَالِ bermaksud: ‘menggunakan’. Gunakan untuk apa? Untuk bersuci, untuk basuh baju, masak dan sebagainya.
Dalam fekah, ini bermaksud air yang telah digunakan untuk bersuci. Iaitu air yang digunakan dengan niat taqarrub kepada Allah. Iaitu telah digunakan untuk mengangkat wudu dan mandi junub.

النَّاسِ bermaksud: manusia. Boleh merujuk kepada sesiapa sahaja. Tua, muda malah kita sendiri. Sebab dalam mazhab Syafie, air yang kita sendiri yang gunakan untuk wudu, kalau menitik balik ke dalam bekas air, keseluruhan air dalam bekas itu tidak boleh dipakai, kecuali kalau air itu adalah lebih dari dua kolah.

Dalam Quran, Allah mengatakan bahawa Dia telah menurunkan air yang suci.
Furqan:48 وَهُوَ الَّذِي أَرْسَلَ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُورًا

Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,

Perkataan طَهُورًا air yang bersih suci itu dari segi bahasa adalah air yang bole menyucikan berkali-kali dari segi lafaz bahasanya. Bukan hanya sekali pakai sahaja. Maka, dari ayat ini, kita boleh pakai air yang sama untuk digunakan berkali-kali. Bukan sekali sahaja.

Pendapat Imam Bukhari ini sama dengan pendapat Imam Malik dan pendapat qaul Qadim Imam Syafie sendiri. Semasa dia di Baghdad, dia juga kata pakai air mustaqmal boleh. Tapi pendapat qaul jadid dia selepas dia berpindah ke Mesir sudah bertukar. Dulu dia pun faham air itu boleh pakai banyak kali berdasarkan ayat Quran diatas juga. Tapi selepas itu dia mengkaji lagi. Kerana dia lihat tidak ada perbuatan Nabi menadah air dalam bekas untuk digunakan semula oleh orang lain. Maknanya, kalau ada air yang sedikit digunakan habis untuk wudu, kena tayamum. Kalau boleh air mutaqmal digunakan balik, bolehlah tadah balik dan guna balik.

Tapi dalam banyak hadis yang menunjukkan cara Nabi berwudu, macam hadis yang diambil dari Uthman, dia akan mencelupkan tangan balik ke dalam bekas. Maknanya tentulah masuk balik titisan air yang ada ditangan masuk kedalam bekas yang bukan dua kolah itu. Kalau dikatakan air mustaqmal, maka dah cemar dah air itu. Ulama Syafie tak dapat jawab ni.

Apakah gunanya kita menerima air mustaqmal ini? Mungkin pada kita yang mempunyai air yang banyak, tidak nampak sangat. Tapi kalau sesuatu kawasan itu tidak ada air banyak atau mahal, maka ini adalah penting. Kerana air tidak boleh dibazirkan. Bayangkan kalau air mustaqmal tidak boleh diterima, kalau dah pakai sekali, terus kena buang dah. Atau tak boleh dipakai lagi untuk wudu. Pada Imam Bukhari, sekali air itu tidak berubah sifatnya, maka boleh digunakan lagi. Walaupun air itu kurang dari dua kolah. Kalau keruh sikit sikit, boleh digunakan lagi.

– Imam Bukhari membawa kisah Ibn Jarir menyuruh ahli keluarganya menggunakan air rendaman siwaknya. Kenapa ni, apa kesnya pakai air itu? Bukan untuk berwudu pun. Sebenarnya Nabi dan sahabat menggunakan kayu arak itu sebagai sebahagian dari wudu. Maka ini menunjukkan bahawa air rendaman itu telah jadi air mustaqmal tapi Ibn Jarir masih lagi menyuruh mereka menggunakannya untuk berwudu. Nampak macam pengotor pula. Sebenarnya yang kita geli adalah kalau orang itu tidak berkenaan dengan kita. Tapi kalau pasangan kekasih, air liur pun tak kisah. Kegelian itu adalah sesuatu yang subjektif.

– Imam Bukhari membawa dalil bahawa boleh sahaja nak pakai air wudu lebihan orang lain. Tapi bukanlah sentiasa. Kerana kalau ada air lain, pakailah air lain. Tapi kalau air lain dah tiada, boleh sahaja pakai air yang telah digunakan. Ini berlawanan dengan pendapat Imam Syafie yang mengatakan bahawa air itu dah jadi air mustaqmal. Tak boleh lagi dipakai sebagai air wudu. Kena pakai tayamum. Padahal dalam Quran mengatakan, pakai tayamum kalau dah tiada air lain.

181 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا جُحَيْفَةَ يَقُولُ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضُوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ
وَقَالَ أَبُو مُوسَى دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحٍ فِيهِ مَاءٌ فَغَسَلَ يَدَيْهِ وَوَجْهَهُ فِيهِ وَمَجَّ فِيهِ ثُمَّ قَالَ لَهُمَا اشْرَبَا مِنْهُ وَأَفْرِغَا عَلَى وُجُوهِكُمَا وَنُحُورِكُمَا

181. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hakam berkata, aku pernah mendengar Abu Juhaifah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah keluar mendatangi kami di waktu tengah hari yang panas. Beliau lalu diberi air wudu hingga beliau pun berwudu, selepas itu sahabat-sahabat mula mengambil sisa air wudu baginda seraya menyapukan ke tubuh mereka. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam shalat zhuhur dua rakaat dan ‘ashar dua rakaat sedang di depannya diletakkan tombak kecil.” Abu Musa berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meminta satu mangkuk berisi air, beliau lalu membasuh kedua tangan dan mukanya di dalam mangkuk itu, lalu menyembur air ke dalam mangkuk tersebut seraya bersabda kepada keduanya (Abu Musa dan Bilal): “Minumlah darinya dan tuangkan pada wajah dan leher kalian berdua.”

– Kejadian ini tidak selalu terjadi. Ianya adalah untuk menyembuhkan mereka. Mungkin mereka ada sakit tertentu. Ianya adalah untuk Abu Musa dan Bilal sahaja. Bukan Nabi buat untuk semua orang. Oleh itu, kita boleh tahu bahawa ini adalah keadaan spesial.

Ini adalah juga dalil mengatakan air bekas mulut adalah bersih. Ini bukan nak ajar jadi pengotor. Sebab bukan selalu buat. Dan sahabat pun tak geli. Malahan mereka lagi suka. Kalau nak kata kembang tekak, sampai tak boleh nak makan roti canailah kalau begitu sebab fikirkan yang tangan kiri penebar roti itu dah pegang apa.

182 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي مَحْمُودُ بْنُ الرَّبِيعِ قَالَ وَهُوَ الَّذِي مَجَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي وَجْهِهِ وَهُوَ غُلَامٌ مِنْ بِئْرِهِمْ

وَقَالَ عُرْوَةُ عَنْ الْمِسْوَرِ وَغَيْرِهِ يُصَدِّقُ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا صَاحِبَهُ وَإِذَا تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَادُوا يَقْتَتِلُونَ عَلَى وَضُوئِهِ

182. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim bin Sa’d berkata, telah menceritakan kepada kami Bapakku dari Shalih dari Ibnu Syihab berkata, Mahmud bin Ar Rabi’ mengabarkan kepadaku, ia berkata, “Dialah orang yang disembur dengan air oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di wajahnya saat dia masih kecil dari air yang diambil dari telaga mereka.” Dan ‘Urwah menyebutkan dari Al Miswar, dan Selainnya -setiap dari keduanya saling membenarkan satu sama lain-, bahwa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selesai berwudu, hampir saja mereka berkelahi memperebutkan air bekas wudlu beliau.”

– Kejadian ini bukan selalu terjadi sahabat buat macam ni. Oleh itu, kena tahu konteks hadis itu. Ini adalah semasa perjanjian Hudaybiyah. Semasa Urwah datang mewakili Quraish, dia telah melihat bagaimana sahabat-sahabat telah berebut-rebut mendapatkan air wudu Nabi. Ini adalah sebagai ‘perang saraf’ untuk memperlihatkan kepada mereka bahawa orang-orang Islam itu amat sayangkan Nabi. Mereka sanggup melakukan apa sahaja. Jadi dia nak kata, dengan orang inikah kita nak lawan? Memang tiada harapan.
Tapi selepas itu tidak berlaku lagi kejadian sebegini. Bukan sahabat dan Nabi berpakat untuk buat macam ni. Tapi terjadi dengan sendiri. Nabi pun tak larang waktu itu. Sahabat sendiri yang pandai menggunakan cara itu sebagai perang saraf kepada orang kafir.

Agaknya inilah dalil yang digunakan oleh guru sufi yang menjadikan anak murid dia sampai minum air basuh kaki dia. Ini dah lebih taksub. Padahal Nabi pun tak buat macam tu. Kalau ada yang macam tu, jangan ikutlah. Ada masalah kalau guru yang begitu.

183 – بَاب حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يُونُسَ قَالَ حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ عَنْ الْجَعْدِ قَالَ سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ
ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ ثُمَّ تَوَضَّأَ فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ ثُمَّ قُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ فَنَظَرْتُ إِلَى خَاتَمِ النُّبُوَّةِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ مِثْلَ زِرِّ الْحَجَلَةِ

183. Bab. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin Yunus berkata, telah menceritakan kepada kami Hatim bin Isma’il dari Al Ja’d berkata, aku mendengar As Sa’ib bin Yazid berkata, “Emak saudaraku membawa aku pergi menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak saudara perempuanku ini sedang sakit.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap kepalaku dan memohonkan keberkahan untukku. Kemudian beliau berwudu, selepas aku pun minum dari sisa air wudunya, aku berdiri di belakangnya maka aku melihat ada tanda kenabian macam kancing kelambu pengantin atau telur burung puyuh di antara dua belikat baginda.”

Ini adalah bab tanpa tajuk. Selalunya kalau begitu, ianya ada berkenaan dengan tajuk yang sebelumnya atau mungkin boleh jadi Imam Bukhari nak memberi peluang kepada kita untuk memilih tajuk sendiri. Untuk mengasah fikiran kita.
Atau ada yang mengatakan sebagai nak menyempurnakan hadis sebelum ini. Sebelum ini dalam hadis sebelum ini nampak macam tak sempurna wudu yang dilakukan baginda. Tapi dalam hadis ini tidak samar lagi.
– Dalam riwayat lain dikatakan dia sakit tidak dapat berjalan. Kena dukung sentiasa. Sakit yang berpanjangan. Nabi sapu kepala dia. Tidak semestinya kalau sakit kaki sapu kat kaki. Dia nak sentuh sebagai berkat. Ada kelebihan dalam air wudu walaupun untuk sakit fizikal.
Minum air sembahyang samada yang ditadah atau dari lebihan yang dalam bekas boleh digunakan.

Nabi mungkin ambil wudu untuk memperbaharui. Mungkin tadi Nabi dah ada wudu, tapi nak menjadikan ‘cahaya atas cahaya’. Untuk lebih baik lagi. Atau untuk digunakan maksud yang lain. Tadi wudu dah ambil untuk solat. Kali ni untuk membaca Quran pula. Nabi mungkin dalam kes ini untuk mengubati budak itu.
Minum sebahagian dari air wudu itu. Ini adalah satu cara perubatan. Budak tu baik terus. Itulah yang dikatakan dia boleh jalan belakang Nabi sampai tanda tanda khatam kenabian di belakang badan Nabi.

Budak itu nampak chop kenabian. Menunjukkan Nabi ada masanya tak pakai baju. Sampai ada kisah perempuan pun ada nampak juga. Kerana bahagian badan itu bukan aurat. Bergantung kepada suasana masyarakat. Iaitu dipanggil uruf. Adat masyarakat. Bukan untuk diikut. Kalau masyarakat tak biasa jangan dibuat. Macam masyarakat kita kat kampung pun ada buat begini, dah biasa. Kena ambil kira keadaan setempat.
Memang Nabi nak tunjukkan kepada budak itu. Kerana memang untuk disampaikan kepada umat Islam.

Khatam kenabian itu bentuknya seperti kancing kelambu pengantin. Iaitu ia timbul. Atau macam telur burung puyuh. Ada tulisan tapi tidak jelas dalam riwayat yang sahih apakah yang ditulis pada chop itu. Mana yang orang cerita itu bukan dari sumber yang sahih. Tapi tanda ini jelas kepada mereka yang lihat menunjukkan Nabi ada khatamun nabiyyin.

 

بَاب مَنْ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ غَرْفَةٍ وَاحِدَةٍ

Bab orang yang berkumur-kumur dan menghisap air ke dalam hidang dengan satu cedukan.

184 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَنَّهُ أَفْرَغَ مِنْ الْإِنَاءِ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ غَسَلَ أَوْ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفَّةٍ وَاحِدَةٍ فَفَعَلَ ذَلِكَ ثَلَاثًا فَغَسَلَ يَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ مَا أَقْبَلَ وَمَا أَدْبَرَ وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا وُضُوءُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

184. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid bin ‘Abdullah telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Yahya dari Bapaknya dari ‘Abdullah bin Zaid, bahwa dia menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya, atau berkumur-kumur, lalu memasukkan air ke hidung dari satu cedukan telapak tangannya. Dia lakukan ini tiga kali. Kemudian membasuh kedua tangannya sampai ke siku dua kali dua kali. Kemudian mengusap kepalanya dengan tangan dan menariknya (ke belakang kepala) lalu mengembalikannya sekali, lalu membasuh kedua kakinya hingga ke mata kaki. Setelah itu ia berkata, “Begitulah wudunya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Kumur dan masukkan air ke hidung guna satu tangan sahaja

– Kenapa ada bab ini pula? Bukan nak ulang tajuk. Sebab nampak macam ulang. Dia sebenarnya nak kemaskan lagi pasal wudu ini. Nabi kumur dan sedut air ke hidung dalam satu tapak. Bukankah air itu telah jadi mustaqmal dalam ertikata pendapat seperti pendapat Imam Syafie itu? Maknanya boleh pakai air mustaqmal itu.

Keduanya dia nak cerita bahawa kumur dan masukkan air ke hidung guna tangan kanan sahaja. Bukan dua tangan. Ini adalah Sunnah.
Masukkan air ke hidung pakai tangan kanan. Tadah bila keluarkan dengan tangan kiri.

Pakai hadis yang sama juga sebelum ini. Menunjukkan kalau dengan satu hadis boleh dapat banyak, pakai yang itu juga.

 

بَاب مَسْحِ الرَّأْسِ مَرَّةً

Bab menyapu kepala sekali

– Imam Bukhari bawa dalil pasal sapu kepala sekali. Bila dah bawa ke belakang, dan bawa ke depan, bukan dah jadi mustaqmal dah kan? Sebab bila dah dibawa ke belakang kepala, maknanya dah dipakai air itu, dan kalau dibawa ke hadapan, maknanya air yang digunakan adalah air mustaqmal.

185 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِي حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ فَتَوَضَّأَ لَهُمْ فَكَفَأَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا بِثَلَاثِ غَرَفَاتٍ مِنْ مَاءٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَسَحَ بِرَأْسِهِ فَأَقْبَلَ بِيَدَيْهِ وَأَدْبَرَ بِهِمَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ فَغَسَلَ رِجْلَيْهِ
و حَدَّثَنَا مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ قَالَ مَسَحَ رَأْسَهُ مَرَّةً

185. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhhaib dari ‘Amru bin Yahya dari Bapaknya berkata; Aku pernah menyaksikan ‘Amru bin Abu Hasan bertanya kepada ‘Abdullah bin Zaid tentang wudunya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Abdullah lalu minta diambilkan bekas berisi air, lalu ia memperlihatkan kepada mereka cara wudu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu ia memulai dengan menuangkan air dari bekas itu ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas itu, lalu berkumur-kumur, lalu memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya kembali dengan tiga kali cedukan. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas itu dan membasuh mukanya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas itu dan membasuh kedua tangannya sampai ke siku dua kali, dua kali. Kemudian ia memasukkan tangannya ke dalam bekas dan mengusap kepalanya dengan kedua belah tangan, ia mulai dari bahagian depan ke belakang lalu mengembalikannya lagi (ke arah depan), kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas air itu dan membasuh kedua kakinya.” Dan telah menceritakan kepada kami. Musa berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhaib berkata, “Ia mengusap kepalanya satu kali.”

Banyak masyarakat kita tak tahu cara sapu kepala dalam wudu. Sebab cuma diajar satu cara sahaja dari kecil lagi.

– Inilah cara membasuh kepala yang diterima oleh Imam Bukhari. Kalau tak buat macam ni, pada dia wudu itu tak sah. Maka kena jagalah. Sebab dia orang besar juga ni. Bukan main-main. Maka seeloknya kita pakai yang merangkumi semua. Sapu seluruh kepala.

Kepala itu disapu sahaja kerana taknak menyusahkan kalau sampai basuh. Kalau basuh, akan menyebabkan basah dan akan menyusahkan nak pakai kopiah atau serban pula. Kalau sampai sapu tiga kali macam yang dilakukan oleh sesetengah mazhab, maka akan basah juga nanti rambut itu. Maka akan basahlah juga rambut itu kalau dibasuh atau disapu sampai tiga kali.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s