We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu: Bab Orang Yang Tidak Berwudhu Melainkan Kerana Pengsan December 10, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:09 am

بَاب مَنْ لَمْ يَتَوَضَّأْ إِلَّا مِنْ الْغَشْيِ الْمُثْقِلِ

Bab Orang Yang Tidak Berwudhu Melainkan Kerana Pengsan

– Imam Bukhari nak menyampaikan bahawa dalam kes hilang ingatan, yang hanya membatalkan wudu adalah kalau pengsan sahaja. Iaitu hilang fikiran penuh. Kalau sikit-sikit tidak membatalkan wudu. Macam pitam sekejap atau gelap mata sekejap. Itupun kerana kalau pengsan itu,  seseorang itu tidak tahu apa yang keluar dari qubul dan duburnya. Mungkin dia terkencing, berak atau terkentut. Maknanya, kembali balik kepada dua tempat keluar itu juga.

Kalau pening-pening atau nak pitam sahaja tidak dikira. Dia nak menolak pendapat yang kata itupun dah kira batal dah. Dan nak menolak juga yang kata kalau pengsan pun tak batal. Yang berpendapat tak batal kalau pengsan adalah golongan zahiriah. Maka dengan ini kita tahu bahawa Imam Bukhari bukan dari golongan zahiriah. Ada pendapat dia yang sama tapi tidak semua. Imam Bukhari adalah ulama besar dan dia mempunyai pendapat dia sendiri kerana dia juga ada mujtahid mutlak.

Zahiriah berpendapat tidak pengsan itu kerana berpegang dengan hadis dimana mereka kata Nabi pernah pengsan dan bila Nabi terjaga, baginda cuma suruh dicurahkan air keatasnya supaya dia segar kembali dan dapat solat dan berkhutbah kepada umat. Dan dalam hadis itu jelas Nabi tidak ambil wudu selepas dicurahkan air keatasnya. Tapi sebenarnya Nabi bukanlah pengsan dalam kes itu. Nabi cuma pitam sekejap sahaja. Maka tidak boleh dijadikan hujah bahawa kalau pengsan pun wudu tidak batal.

178 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ امْرَأَتِهِ فَاطِمَةَ عَنْ جَدَّتِهَا أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ أَنَّهَا قَالَتْ أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي فَقُلْتُ مَا لِلنَّاسِ فَأَشَارَتْ بِيَدِهَا نَحْوَ السَّمَاءِ وَقَالَتْ سُبْحَانَ اللَّهِ فَقُلْتُ آيَةٌ فَأَشَارَتْ أَيْ نَعَمْ فَقُمْتُ حَتَّى تَجَلَّانِي الْغَشْيُ وَجَعَلْتُ أَصُبُّ فَوْقَ رَأْسِي مَاءً فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ كُنْتُ لَمْ أَرَهُ إِلَّا قَدْ رَأَيْتُهُ فِي مَقَامِي هَذَا حَتَّى الْجَنَّةَ وَالنَّارَ وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّكُمْ تُفْتَنُونَ فِي الْقُبُورِ مِثْلَ أَوْ قَرِيبَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ لَا أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ يُؤْتَى أَحَدُكُمْ فَيُقَالُ لَهُ مَا عِلْمُكَ بِهَذَا الرَّجُلِ فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ أَوْ الْمُوقِنُ لَا أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ فَيَقُولُ هُوَ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ جَاءَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى فَأَجَبْنَا وَآمَنَّا وَاتَّبَعْنَا فَيُقَالُ لَهُ نَمْ صَالِحًا فَقَدْ عَلِمْنَا إِنْ كُنْتَ لَمُؤْمِنًا وَأَمَّا الْمُنَافِقُ أَوْ الْمُرْتَابُ لَا أَدْرِي أَيَّ ذَلِكَ قَالَتْ أَسْمَاءُ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي سَمِعْتُ النَّاسَ يَقُولُونَ شَيْئًا فَقُلْتُهُ

178. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari isterinya Fatimah dari neneknya Asma` binti Abu Bakar bahwa ia berkata, “Aku pernah menemui ‘Aisyah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ketika terjadi gerhana matahari. Saat itu orang-orang sedang melaksanakan salat dan saat itu diapun berdiri salat. Aku katakan kepadanya, “Kenapa dengan orang ramai ini?” Aisyah lalu memberi isyarat dengan tangannya ke arah langit seraya berkata, “Subhanallah.” Aku lalu bertanya lagi, “Apakah ini satu tanda kebesaran Allah?.” Lalu dia mengiyakan dengan memberi isyarat. Maka akupun ikut salat hingga berasa pening hingga hampir pitam, kerananya aku siram keatas kepalaku dengan air. Selesai salat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan puja dan puji kepada Allah, kemudian beliau bersabda: “Tidak ada sesuatu yang belum pernah aku melihatnya, kecuali aku sudah melihatnya dari tempatku ini hinggakan syurga dan neraka. Dan telah diwahyukan kepadaku bahwa kalian akan diuji dalam kubur nanti seperti, atau hampir serupa dengan ujian Dajjal. Perawi berkata: “Aku tidak pasti manakah satu yang dikatakan oleh Asma – Sepertikah atau hampir sama.” Asma` berkata, “Setiap seorang dari kalian akan didatangi, lalu dikatakan kepadanya, ‘Apa yang kamu ketahui tentang laki-laki ini (Rasulullah)? ‘ Adapun orang beriman atau orang yang yakin. Perawi berkata – aku tidak pasti mana yang Asma’: ucapkan- orang mukmin atau orang yang yakin. Lalu orang tersebut akan menjawab, ‘Dia adalah Muhammad utusan Allah. Dia datang kepada kami membawa penjelasan dan petunjuk. Kami lalu menyambutnya, beriman dan mengikutinya.’ Maka kepada orang itu dikatakan, ‘Tidurlah kamu dengan tenang, sungguh kami telah mengetahui bahwa kamu adalah orang beriman.’ Adapun Munafik atau orang yang ragu-ragu -perawi tidak pasti mana yang diucapkan Asma’- akan menjawab, ‘Aku tidak tahu siapa dia, aku mendengar orang-orang mengatakan sesuatu maka aku katakan begitu’.”

– Imam Bukhari membawa hadis ini yang kita telah belajar sebelum ini. Asma telah kepanasan sampai dia rasa nak pitam. Tapi dia masih sedar diri lagi dan dia telah bergerak dan ambil air dan mencurahkan keatas kepalanya untuk menyejukkan dirinya. Maknanya, wudu dia tidak terbatal. Kalau dia tidak tahu samada batal atau tidak pun masa dia buat itu, Nabi selepas itu tidak menegurnya. Pegangan kita mengatakan bahawa Nabi akan sentiasa menegur kalau sahabat melakukan kesilapan. Tak boleh Nabi tak tegur. Dan sepatutnya Nabi memang nampak sebab ada banyak hadis mengatakan bahawa baginda dapat lihat di belakangnya. Tambahan lagi semasa kejadian itu memang ditunjukkan semuanya kepada Nabi sampai ke syurga dan neraka. Tentulah dia nampak apa yang dilakukan oleh sahabat dibelakangnya.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa alam itu luas termasuklah syurga dan neraka. Dan semuanya telah dibuka hijab kepada Nabi masa itu.

Dan kita tidak nampak semua itu kerana terhijab kepada kita. Untuk kebaikan kita juga. Sebab susah hidup kita kalau nampak tu. Dan Allah boleh sahaja menampakkan kepada kita. Macam ada juga Allah tunjukkan kepada manusia perkara ghaib supaya menyedarkan mereka. Tapi tidaklah Allah selalu buat begitu. Sebab kalau kita nampak semuanya, maka tidak adalah lagi ujian untuk percaya kepada perkara-perkara ghaib.

Dan nampak itu tidak semestinya dengan mata hadapan kita sahaja, dan kita cuma nampak di depan sahaja. Seperti Nabi, Allah berikan supaya nampak juga dibelakangnya. Muktazilah kata ini tidak boleh diterima kerana kalau kita nampak Allah, bermakna kita nampak Allah di depan kita dan ini mengatakan Allah bertempat. Tapi nampak itu tidak semestinya di hadapan. Sekarang pun kalau kita melihat pakai cermin di depan kita, kita boleh juga lihat di belakang kita. Kita lihat itu pun dengan mata kita yang ini juga. Apa yang nak diherankan, dalam dunia ini pun Allah telah berikan kelainan mata kepada makhluk lain, kucing contohnya. Kucing boleh melihat dalam gelap. Dan binatang-binatang lain mempunyai kelebihan pancaindera yang lain dengan manusia. Dalam dunia ini lagi Allah dah tunjukkan bezanya.

Hadis ini juga membenarkan fitnah kubur. Banyak lagi hadis-hadis yang lain yang menguatkan lagi. Fitnah kubur ini amat hebat sampai dikatakan macam fitnah Dajjal juga. Dan kita pun sudah tahu bahawa fitnah Dajjal itu adalah amat besar. Akan ditanya tentang Nabi Muhammad. Orang beriman akan kenal Nabi walaupun tidak pernah berjumpa. Maknanya, sampai hujung zaman ini pun, walaupun beribu-ribu tahun lagi akan kenal juga. Mereka akan dapat menjawap dengan baik. Malaikat yang bertanya itu pun dah tahu apa yang akan dijawap oleh manusia itu tapi tanya itu sebagai syarat sahaja. Macam special branch buat interrogation, mereka dah tahu kita ada dimana pada sekian-sekian haribulan, tapi dia nak dengar pengakuan dari kita juga.

Pada masa itu, mulut kita akan ditutup dan yang akan berkata-kata adalah anggota-anggota kita. Dan yang akan menjawap bagi pihak kita adalah amalan-amalan baik kita nanti.

Hadis ini juga menunjukkan boleh bergerak dalam solat untuk keperluan. Dan boleh memberi isyarat.

 

بَاب مَسْحِ الرَّأْسِ كُلِّهِ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ }

Bab menyapu kepala semua sekali kerana firman Allah: “dan sapulah kepala-kepala kamu.”

Imam Bukhari memegang pendapat yang mengatakan bahawa kena sapu seluruh kepala dalam wudu. Bukan sapu sikit-sikit macam pendapat ulama lain seperti Imam Syafie. Imam Syafie berpendapat kalau sapu sehelai rambut pun dah sah dah. Walaupun dia juga berpendapat lebih afdhal dan lebih baik kalau sapu seluruh kepala. Tapi kalau sapu sikit pun dah sah. Tapi Imam Bukhari kata kena sapu seluruh kepala berdasarkan dalil yang dibawanya. Iaitu hadis di bawah yang dibawanya.

Imam Syafie dan ulama yang sependapat dengannya menggunakan ayat Quran juga. ayat وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ pada mereka mengatakan sebahagian sahaja. Kerana huruf ‘ba’ itu adalah bermaksud sebahagian. Tapi pemahaman Imam Bukhari dan lain-lain tidak begitu. Dan Imam Bukhari jawap lagi bahawa kalau ayat tayammum mereka tak pegang pula makna ‘ba’ sebagai sebahagian, mereka kata kena kena sapu satu muka juga. Padahal dalam ayat tayammum itu pun ada huruf ‘ba’ juga.

وَقَالَ ابْنُ الْمُسَيَّبِ الْمَرْأَةُ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ تَمْسَحُ عَلَى رَأْسِهَا وَسُئِلَ مَالِكٌ أَيُجْزِئُ أَنْ يَمْسَحَ بَعْضَ الرَّأْسِ فَاحْتَجَّ بِحَدِيثِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ

Ibn al Musayyab berkata: perempuan seperti lelaki. Dia perlu menyapu kepalanya. Malik ditanya adakah memadai seseorang itu menyapu sebahagian kepalanya? Dia berhujah dengan hadis Abdullah bin Zaid.

– Imam Bukhari membawa pendapat ulama besar yang dia setuju dengannya. Itulah kebiasaan Imam Bukhari. Bukan dia tidak tahu ada pendapat orang lain tapi dia nak cerita pendapat yang sama dengan pendapatnya.

Ibn Musayyab adalah ulama besar. Dipanggil ketua tabein, menantu kepada Abu Hurairah. Dia berpendapat bahawa perempuan pun kena sapu seluruh kepala. Macam lelaki juga. Kalau perempuan yang pakai tudung itupun disuruh begitu, apatah lagi lelaki? Maknanya susah tu, nak kena buka tudung masa nak ambil wudu. Dan membawa kemungkinan orang lelaki nampak auratnya. Tapi kena juga sapu keseluruhan kepala. Tak dikira dah dosa kalau orang lain nampak tu.

Imam Malik juga berpendapat bahawa seluruh kepada kena sapu. Bila ditanya, dia berhujjah dengan hadis dibawah ini juga.

179 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَهُوَ جَدُّ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى
أَتَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ نَعَمْ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ

179. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari ‘Amru bin Yahya Al Mazini dari Bapaknya bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada ‘Abdullah bin Zaid -dia adalah datuk ‘Amru bin Yahya-, “Bolehkah engkau perlihatkan kepadaku bagaimana caranya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu?” ‘Abdullah bin Zaid lalu menjawab, “Boleh.” Abdullah lalu minta diambilkan air, lalu ia menuangkan air pada tangannya dan membasuh kedua-dua tangannya dua kali, lalu berkumur dan mengeluarkan air dari dalam hidung tiga kali, kemudian membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangan dua kali dua kali sampai ke siku, kemudian menyapu kepalanya dengan kedua tangannya, dimulai dari bahagian depan dan menariknya hingga sampai pada bahagian tengkuk, lalu menariknya kembali ke tempat semula dengan kedua-dua tangan. Setelah itu membasuh kedua kakinya.”

– Dalam hadis ini ditunjukkan cara menyapu kepala. Iaitu dengan dua tangan dilakukan ke belakang dari hadapan. Kemudian ditarik pula dari belakang ke depan. Walaupun ada juga pendapat yang mengatakan tarik mulanya dari belakang, tapi pendapat itu tidak kuat.

– Kadang-kadang Abdullah basuh dua kali dan ada yang tiga kali. Itu kerana begitulah yang dia nampak Nabi buat. Ini menunjukkan bahawa boleh kalau kita nak campur-campur. Boleh buat sekali, dua atau tiga kali. Tidak semestinya kalau basuh muka tiga kali, kena basuh tangan pun tiga kali juga.

Abdullah berkumur dan memasukkan air dalam hidung dalam satu cedokan. Ini pun boleh juga sebab Nabi pernah juga buat macam itu. Tapi yang lebih moleknya, berkumur satu bab, masukkan air dalam hidung satu bab lain.

Dan sapu telinga sekali dengan sapu kepala. Itulah cara yang sebenarnya. Dan akan berjumpa nanti, memang sapu kepala dan telinga ni, sekali sahaja.

 

بَاب غَسْلِ الرِّجْلَيْنِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Bab membasuh kaki hingga ke buku lali.

Kenapa ulang lagi? Nak menekankan kena basuh kaki. Dan walaupun tiada tertib dalam mengambil wudu ini, molek dibasuh lepas sapu kepala. Dan nak cakap had ke buku lali. Buku lali macam telinga bagi kepala.

180 – حَدَّثَنَا مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِي حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنْ التَّوْرِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثَ غَرَفَاتٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

180. Telah menceritakan kepada kami Musa berkata, telah menceritakan kepada kami Wuhhaib dari ‘Amru dari Bapaknya berkata, “Aku pernah menyaksikan ‘Amru bin Abu Hasan bertanya kepada ‘Abdullah bin Zaid tentang wudunya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu ia minta diambilkan satu gayung air, kemudian ia memperlihatkan kepada mereka cara wudu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu berkumur-kumur, lalu memasukkan air ke hidung lalu mengeluarkannya kembali dengan tiga kali cidukan, kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya dua kali sampai ke siku. Kemudian memasukkan tangannya ke dalam gayung, lalu mengusap kepalanya dengan tangan; mulai dari bagian depan ke belakang dan menariknya kembali sebanyak satu kali, lalu membasuh kedua kakinya hingga mata kaki.”

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s