We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Seseorang Yang Menolong Temannya Berwudhu December 8, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 11:48 pm

بَاب الرَّجُلُ يُوَضِّئُ صَاحِبَهُ

Bab Seseorang Yang Menolong Temannya Berwudhu

– Jumhur ulama mengambil perbuatan wudu itu sebagai satu perbuatan ibadah. Bukan hanya persediaan kepada melakukan ibadat solat sahaja. Maka, soalan yang ditimbulkan adalah samada boleh seseorang itu membantu seorang yang lain dalam perbuatan ibadah? Adakah berkurang pahala ibadah itu? Imam Bukhari membawa hadis di bawah untuk mengatakan boleh. Tidak berkurang pahalanya. Kerana kalau berkurang, maka Nabi tentu tidak buat.

Ada ibadat yang boleh dibantu, ada yang tidak. Macam ibadat kurban, boleh seorang lain menyembelih bagi pihak yang lain. Tapi kalau solat, tidak boleh seorang sembahyang untuk orang lain.

175 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ يَحْيَى عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا أَفَاضَ مِنْ عَرَفةَ عَدَلَ إِلَى الشِّعْبِ فَقَضَى حَاجَتَهُ قَالَ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ فَجَعَلْتُ أَصُبُّ عَلَيْهِ وَيَتَوَضَّأُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتُصَلِّي فَقَالَ الْمُصَلَّى أَمَامَكَ

175. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Salam berkata, telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Harun dari Yahya dari Musa bin ‘Uqbah dari Kuraib mantan budak Ibnu ‘Abbas, dari Usamah bin Zaid, bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertolak meninggalkan ‘Arafah beliau menuju suatu lembah dan menunaikan hajatnya.” Usamah bin Zaid berkata, “Aku lalu menuangkan air untuknya berwudu. Aku lalu berkata, “Wahai Rasulullah, apakah engkau akan salat?” Beliau menjawab: “Tempat salat nanti akan di depanmu.”

– Dalil yang mengatakan boleh seseorang membantu seseorang lain berwudu.

Kejadian ini berlaku semasa Nabi mengerjakan haji. Nabi membuang air dan selepas itu Nabi berwudu. Ini adalah kerana Nabi tidak suka tidak dalam keadaan berwudu. Walaupun baginda bukan sebenarnya hendak mengerjakan solat lagi. Juga bermakna elok sangat kalau menjaga wudu kita. Bilal amalannya yang menyebabkan dia masuk syurga adalah kerana dia sentiasa berwudu dan selepas berwudu, dia akan solat sunat wudu.

Yang dimaksudkan solat di depan itu adalah solat di Muzdalifah. Ini adalah kerana kena jamak takhir di Muzdalifah kalau mengerjakan haji. Tak boleh nak jamak takdim pun di tempat lain.

176 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ قَالَ سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعْدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَنَّ نَافِعَ بْنَ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عُرْوَةَ بْنَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ يُحَدِّثُ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ وَأَنَّهُ ذَهَبَ لِحَاجَةٍ لَهُ وَأَنَّ مُغِيرَةَ جَعَلَ يَصُبُّ الْمَاءَ عَلَيْهِ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَمَسَحَ عَلَى الْخُفَّيْنِ

176. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin ‘Ali berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahhab berkata, aku mendengar Yahya bin Sa’id berkata, telah mengabarkan kepadaku Sa’d bin Ibrahim bahwa Nafi’ bin Jubair bin Muth’im mengabarkan kepadanya, bahwa dia mendengar ‘Urwah bin Al Mughirah bin Syu’bah menceritakan dari Al Mughirah bin Syu’bah, bahwa dia pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Baginda lalu pergi untuk buang hajat, kemudian Al Mughirah menuangkan air untuk baginda berwuduk, setelah membasuh muka dan kedua tangannya, baginda menyapu kepala dan kedua khufnya.”

– Satu dalil dalil baginda dibantu oleh sahabat untuk berwudu.

 

بَاب قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ بَعْدَ الْحَدَثِ وَغَيْرِهِ وَقَالَ مَنْصُورٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ لَا بَأْسَ بِالْقِرَاءَةِ فِي الْحَمَّامِ وَبِكَتْبِ الرِّسَالَةِ عَلَى غَيْرِ وُضُوءٍ وَقَالَ حَمَّادٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ إِنْ كَانَ عَلَيْهِمْ إِزَارٌ فَسَلِّمْ وَإِلَّا فَلَا تُسَلِّمْ

Bab membaca Quran selepas hadas dan selain daripadanya. Mansor meriwayatkan kata-kata Ibrahim: tidak mengapa membaca Quran di dalam bilik mandi dan menulis surat dalam keadaan tidak berwudu.
Hammad pula meriwayatkan kata-kata Ibrahim an Nakhaei ini: kalau mereka di dalam bilik mandi itu memakai kain, bolehlah engkau memberi salam kepada mereka. Kalau tidak, jangan diberi salam.

– Banyak penggunaan dari makna ‘selain daripadanya’:

1. Membuat ibadat lain selain dari baca Quran. Macam selawat, berzikir dan sebagainya.
2. Membaca selain dari Quran. Baca kitab dan sebagainya.
3. Selepas hadas iaitu kencing, kentut dan sebagainya. Ataupun perkara yang boleh membawa kepada terjadinya hadas. Seperti tidur atau pengsan. Dan juga merangkumi hadas besar juga.

Imam Bukhari nak kata bahawa boleh pegang, baca dan tulis Quran walaupun tidak berwuduk. Atau tidak dalam keadaan suci. Tidak seperti kata mazhab Syafie yang mengatakan tidak boleh.
Bukhari kata tak perlu nak takwil. Seperti mazhab Syafie yang kata kalau nak baca juga, niatkan sebagai doa, bukan untuk baca Quran. Atau kalau nak bawa juga, letak jarum dan niat nak bawa jarum. Atau kalau Quran terjemah, boleh pegang kalau ayat Quran kurang dari terjemah. Feqah Imam Bukhari mengatakan boleh belaka. Tak perlu nak takwil, takwil.

Hujah mereka yang kata tidak boleh pegang itu adalah dari ayat Quran. Iaitu 56:79

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

Mereka kata yang suci itu adalah mereka yang ada wudu. Tapi orang yang tahu bahasa Arab mengerti bahawa ‘la’ didalam ayat ini adalah ‘la nafi’ iaitu mengatakan bahawa ‘tidak boleh’. Ianya bukan ‘la nahi’ iaitu yang bermakna ‘jangan’. Macam mana kita nak kata makhluk tak boleh sentuh pula sebab kalau kita nak sentuh, memang boleh. Bukan tangan kita jadi keras sampai tak boleh sentuh. Kalau macam tu, nanti ada pula orang yang kata Quran tidak benar pula.

Yang sebenarnya, ianya bermaksud bahawa tidak ada makhluk lain yang boleh pegang Quran yang ada di Lauh Mahfuz. Ini kena lihat dari ayat Quran yang sebelum ayat yang diatas tadi. Yang dimaksudkan boleh pegang adalah malaikat sahaja. Malaikatlah makhluk yang bersih suci. Perkataan bersih suci itu dalam bahasa arabnya adalah bermakna, yang dari asalnya adalah bersih suci. Ini bukan merujuk kepada manusia yang bukan sentiasa bersih dan suci.

فِي كِتَابٍ مَّكْنُونٍ

Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara.

Perkataan ‘hu’ didalam ayat 79 adalah merujuk kepada Quran yang di Lauh Mahfuz itu. Tersimpan rapi. Tak boleh syaitan nak kacau atau ubah Quran itu. Maknanya tak boleh nak kata bahawa ada Quran itu ada penipuan didalamnya.

Jadi kalau dari Quran tidak jelas, maka mereka membawa hujah hadis pula untuk mengatakan kena suci kalau nak pegang Quran. Dan Memang ada hadis yang mengatakan kena suci semasa pegang Quran. Dan ada hadis yang kata tak boleh ada junub pegang Quran. Tapi pada Imam Bukhari, tidak ada hadis yang cukup kuat mengatakan kena ada wudu atau suci dari hadas baru boleh pegang. Sebab dia memang mengumpul hadis dengan banyak. Dia tahu mana hadis yang boleh dipakai dan mana yang tidak.

Dibolehkan pegang quran walaupun tiada wudu.

Kalau ada hadis pun tak semestinya haram menyentuh Quran. Memang lebih molek dan beradab kalau pegang Quran dengan ada wudu dan bersuci. Imam Bukhari pun setuju macam tu. Tapi sekurang-kurangnya suci zahir dah boleh pegang.

Dia juga memegang bahawa perempuan yang datang haidh pun boleh pegang dan baca Quran. Ada beberapa dalil yang digunakan oleh beliau.
1. Aisyah pernah datang haidh dan Nabi telah baring diatas peha Aisyah sambil membaca Quran. Nabi adalah Quran bergerak dan kalau Aisyah itu tidak boleh, maka tentu Nabi tidak buat macam tu.
2. Abu Hurairah dalam berjunub dan apabila dia hendak jumpa Nabi, dia telah mandi hadas dahulu sebab dia segan nak peluk Nabi. Nabi tegur dia sambil berkata bahawa orang Islam itu bukan najis.
3. Muaz bin Jabal pernah ditanya tentang bolehkah membaca Quran semasa dalam junub dan hadas besar. Dia kata boleh. Jangan tinggalkan berzikir dengan Allah dalam semua keadaan. Nabi pernah kata yang Muaz bin Jabal adalah orang yang paling tahu tentang halal dan haram.
4. Aisyah pernah berkata bahawa Nabi sentiasa berzikir dalam semua keadaan. Zikir Nabi termasuklah ayat Quran kerana zikir Nabi banyak yang pakai Quran. Itulah amalan baginda.
5. Nabi pernah beri surat kepada Heraclius dan pemimpian kafir yang lain dan didalamnya ada ayat Quran. Adakah kita lagi kurang dari orang kafir sampai tak boleh pegang Quran?

Pendapat ini akan memudahkan perempuan untuk beribadat. Pendapat ini juga adalah dari Ibn Sirin dan Hammad. Orang besar-besar ni. Sayyid Musayyab, Atha, Said ibn Jubair. Qaul Qadim Imam Syafie juga begitu.
Kita sebab tak biasa sahaja. Macam makanan juga. Dulu memang ada makanan yang kita tak biasa. Tapi bila dah lama, perlahan-lahan boleh diterima. Pendapat begini kita rasa pelik sebab tak biasa sahaja.
Pendapat ini memudahkan perempuan. Untuk mereka belajar. Memberi peluang yang sama kepada perempuan. Dan melindungi diri mereka dari syaitan. Sebab syaitan suka mengacau perempuan yang dalam kotor. Sudahlah mereka waktu tu tengah kotor, tak boleh nak lindung diri mereka dengan Quran pula. Dan syaitan memang suka yang kotor. Syaitan tak suka dengan Quran. Dengan mushaf Quran pun mereka dah takut dah. Orang yang hafal Quran pun syaitan dah tak kacau.

Ulama Ibrahim an Nakhaei berpendapat bahawa boleh membaca Quran dan menulis surat di dalam tandas. Menulis surat itu termasuklah menulis Quran juga kerana orang dulu menulis surat sekurang-kurangnya ada bismillah. Selalunya akan ada ayat Quran didalamnya.

Ada lagi satu dalil yang dibawa. Iaitu ketikan Aisyah menunaikan haji bersama Nabi, dia telah datang haidh. Maka dia tanya apakah yang dia boleh buat? Nabi kata buatlah apa sahaja kecuali tawaf. Kerana tawaf itu macam solat juga. Jadi kena ada wudu. Kalau Nabi kata selain tawaf boleh buat, tentulah dengan baca Quran sekali kerana orang yang mengerjakan haji, tentunya akan membaca Quran juga. Dan memang zikir yang diajar Nabi selalunya Quran.

Penghujah akan berkata bahawa itu adalah membaca sahaja. Bagaimana kalau menyentuh Quran? Dalilnya adalah Nabi pernah berbaring diatas riba Aisyah semasa Aisyah sedang datang haidh. Ulama berhujah bahawa Nabi itu adalah Quran bergerak. Dirinya penuh dengan Quran. Maka kalau Aisyah boleh sentuh Nabi yang boleh dikatakan sebagai Quran, tentulah boleh juga menyentuh Quran juga.

177 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ مَخْرَمَةَ بْنِ سُلَيْمَانَ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ بَاتَ لَيْلَةً عِنْدَ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهِيَ خَالَتُهُ فَاضْطَجَعْتُ فِي عَرْضِ الْوِسَادَةِ وَاضْطَجَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَهْلُهُ فِي طُولِهَا فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى إِذَا انْتَصَفَ اللَّيْلُ أَوْ قَبْلَهُ بِقَلِيلٍ أَوْ بَعْدَهُ بِقَلِيلٍ اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَلَسَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ بِيَدِهِ ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الْآيَاتِ الْخَوَاتِمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ ثُمَّ قَامَ إِلَى شَنٍّ مُعَلَّقَةٍ فَتَوَضَّأَ مِنْهَا فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقُمْتُ فَصَنَعْتُ مِثْلَ مَا صَنَعَ ثُمَّ ذَهَبْتُ فَقُمْتُ إِلَى جَنْبِهِ فَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى رَأْسِي وَأَخَذَ بِأُذُنِي الْيُمْنَى يَفْتِلُهَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ أَوْتَرَ ثُمَّ اضْطَجَعَ حَتَّى أَتَاهُ الْمُؤَذِّنُ فَقَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى الصُّبْحَ

177. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Makhramah bin Sulaiman dari Kuraib mantan budak Ibnu ‘Abbas, bahwa ‘Abdullah bin ‘Abbas mengabarkan kepadanya, bahwa ia pada suatu malam pernah bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan ibu saudaranya. Katanya, “Aku berbaring dengan meletak kepala melintang bantal sementara Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan isterinya berbaring dengan meletak kepala membujuri bantal. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun setelah tidur pada tengah malam lalu duduk sambil mengusap sisa-sisa mengantuk yang ada di wajahnya dengan tangan. Beliau kemudian membaca sepuluh ayat terakhir dari Surah Ali ‘Imran. Kemudian berdiri menuju tempat gereba air yang tergantung, lalu beliau berwudu dengan sebaik-baiknya menggunakan air gereba itu, lalu shalat.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Maka akupun bangun dan melakukan sebagaimana yang beliau lakukan, aku lalu berdiri di sampingnya. Beliau kemudian meletakkan tangan kanannya dikepalaku seraya memegang telingaku sambil memulasnya hingga menggeserku ke sebelah kanannya. Kemudian beliau shalat dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian witir. Setelah itu beliau tidur berbaring hingga tukang adzan mendatanginya, beliau lalu berdiri dan shalat dua rakaat ringan, kemudian keluar untuk menunaikan shalat Subuh.”

– Hadis ini dijadikan dalil mengatakan Nabi juga membaca Quran semasa tiada wudu. Kan selepas dia bangun itu baginda ada membaca sepuluh ayat akhir Ali Imran? Tentulah Nabi telah tidur lama kerana Nabi mengusap mukanya untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Ada yang berhujah yang Nabi tidur tidak batal wudunya. Kalau wudunya tidak batal, kenapa baginda ambil wudu selepas itu?
Mereka kata Nabi batal wudu selepas baca ayat itu pula. Baik, kalau itu Nabi ada wudu, bagaimana dengan perbuatan Ibn Abbas yang mengikuti Nabi? Kalau dia salah membaca Quran tanpa wudu, tentulah dia akan ditegur oleh Nabi. Tapi Nabi tak tegur.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana boleh didapati disini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s