We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Melainkan Kerana Keluar Sesuatu Daripada Dua Jalan Keluar Iaitu Qubul Dan Dubur November 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 6:53 pm

 

بَاب مَنْ لَمْ يَرَ الْوُضُوءَ إِلَّا مِنْ الْمَخْرَجَيْنِ مِنْ الْقُبُلِ وَالدُّبُرِ وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى

Bab Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Melainkan Kerana Keluar Sesuatu Daripada Dua Jalan Keluar Iaitu Qubul Dan Dubur

{ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ الْغَائِطِ }
Kerana firman Allah swt: “atau seseorang dari kamu datang dari tempat membuang air.” Ayat ini dari 4:43

– Banyak benda boleh keluar dari tubuh. Contohnya air liur, peluh, darah dan sebagainya. Tapi pada Imam Bukhari, yang membatalkan wudu hanyalah jika keluar najis dari dua tempat itu. Dan keluar pula secara normal. Itulah pendapat Imam Bukhari. Cara dia tulis itu seperti dia memberikan pendapat orang tapi sebenarnya itu adalah pendapat dia. Dan dia bawa dalil sambil bawa juga pendapat ulama lain yang sependapat dengannya. Dia tahu pendapat orang lain, bukan tak tahu, tapi ini adalah kitab dia, jadi dia nak beritahu pendapat dia. Terpulang kepada siapa yang nak ikut atau tidak.

Banyak pendapat lain. Imam Syafie berpendapat yang wudu terbatal jika keluar najis dari mana sahaja. Contohnya kalau keluar darah dengan banyak dari perut atau lain-lain. Dan keluar apa saja dari dua saluran itu. seperti keluar ulat dari dubur contohnya. Imam Bukhari tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Selain dari itu, ada lagi pendapat dari mazhab-mazhab yang lain tapi terlalu banyak hendak disampaikan disini.

Dia guna ayat Quran. Kerana ayat Quranlah yang paling kuat dijadikan hujah.
Padanya, keseluruhan ayat 4:43 yang diberikan Allah diatas adalah untuk hadas kecil dan besar. Bukan setakat hadas kecil sahaja. Selain dari ayat diatas, ada lagi pasal bersentuhan lelaki dan perempuan. Kerana sambungan kepada ayat Quran diatas ada menyebut: أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ yang makna secara literal adalah: atau kamu bersentuh dengan perempuan
Padanya, bersentuhan itu bermaksud ‘bersetubuh’. Kerana kalau bersentuhan sahaja, itu hanya menjawap masalah hadas kecil. Dan ayat diatas adalah berkenaan dengan tayamum dimana tayamum itu adalah untuk hadas besar juga. Kerana kalau tiada air, bagaimana kalau hadas besar terjadi? Pakai tayamum juga. Begitu halus pemerhatian Imam Bukhari.

الْغَائِطِ dari makna asal adalah ‘tempat yang rendah’. Masyarakat zaman itu menggunakan tempat yang rendah sebagai tempat buang air. Supaya orang ramai tak nampak. Tersoroklah sikit kalau dibandingkan kalau duduk di tempat tinggi. Dan perkataan itu kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada tahi. Tapi dalam konteks ayat ini, ianya bermaksud ‘tempat buang air’. Kalau kita pergi ke tempat sebegitu, apa yang kita lakukan adalah samada kencing atau berak. Itu sahaja. Tidak ada perbuatan lain. Tidak ada niat lain kan?

Begitu juga Imam Bukhari tidak setuju yang wudu terbatal dengan menyentuh antara lelaki dan perempuan. Kerana kepada yang tahu tentang bahasa Arab akan faham bahawa perkataan لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ bermaksud ‘sentuh sama sentuh’. Iaitu bermakna ‘bersetubuh’. Tapi Allah tak letak perkataan itu kerana Allah beradab.

Begitu juga kepada Imam Bukhari, kalau menyentuh kemaluan pun tidak membatalkan wudu. Kerana tidak ada hadis yang mengatakan yang kalau sentuh kemaluan akan batal. Dan pendapat Imam Syafie yang menyatakan kalau sentuh itu batal pun ada yang kritik. Kerana pada syafiiah, kalau sentuh dengan perut tangan, batal, tapi kalau dengan belakang tangan, tidak batal pula. Padahal, itu pun sentuh juga. Dan kalau Imam Malik mengatakan kalau sentuh itu dalam keadaan bernafsu, batal. Kalau tidak bernafsu, tak batal. Tapi bagaimana nak tentukan? Siapakah yang batal kalau salah seorang sahaja yang bernafsu? Jadi, banyak kritik kepada pendapat-pendapat itu.

وَقَالَ عَطَاءٌ فِيمَنْ يَخْرُجُ مِنْ دُبُرِهِ الدُّودُ أَوْ مِنْ ذَكَرِهِ نَحْوُ الْقَمْلَةِ يُعِيدُ الْوُضُوءَ وَقَالَ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ إِذَا ضَحِكَ فِي الصَّلَاةِ أَعَادَ الصَّلَاةَ وَلَمْ يُعِدْ الْوُضُوءَ وَقَالَ الْحَسَنُ إِنْ أَخَذَ مِنْ شَعَرِهِ وَأَظْفَارِهِ أَوْ خَلَعَ خُفَّيْهِ فَلَا وُضُوءَ عَلَيْهِ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ لَا وُضُوءَ إِلَّا مِنْ حَدَثٍ وَيُذْكَرُ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي غَزْوَةِ ذَاتِ الرِّقَاعِ فَرُمِيَ رَجُلٌ بِسَهْمٍ فَنَزَفَهُ الدَّمُ فَرَكَعَ وَسَجَدَ وَمَضَى فِي صَلَاتِهِ وَقَالَ الْحَسَنُ مَا زَالَ الْمُسْلِمُونَ يُصَلُّونَ فِي جِرَاحَاتِهِمْ وَقَالَ طَاوُسٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ وَعَطَاءٌ وَأَهْلُ الْحِجَازِ لَيْسَ فِي الدَّمِ وُضُوءٌ وَعَصَرَ ابْنُ عُمَرَ بَثْرَةً فَخَرَجَ مِنْهَا الدَّمُ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ وَبَزَقَ ابْنُ أَبِي أَوْفَى دَمًا فَمَضَى فِي صَلَاتِهِ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَالْحَسَنُ فِيمَنْ يَحْتَجِمُ لَيْسَ عَلَيْهِ إِلَّا غَسْلُ مَحَاجِمِهِ

Imam Bukhari membawakan pendapat ulama-ulama lain didalam tajuknya lagi. Panjang tajuk Imam Bukhari kali ini.

Berkata Atha, berhubung dengan orang yang keluar dari duburnya ulat atau dari zakarnya seumpama kutu, dia perlu kembali berwudu.
Berkata Jabir bin Abdullah, kalau seseorang itu ketawa ketika bersembahyang, dia hanya perlu mengulangi sembahyangnya, tidak wudunya.
Hasan berkata, jika seseorang mengambil sebahagian dari rambutnya, dengan menggunting atau mencukur, atau memotong kukunya, atau dia mencabut khufnya, dia tidak perlu berwuduk.
Dan berkata Abu Hurairah, tidak perlu berwudu kecuali berhadas.
Diriwayatkan oleh Jabir ketika Nabi didalam peperangan Zaatir Riqa’, pernah seorang lelaki dipanah musuh ketika dia sedang bersembahyang dan anak panah yang mengenainya itu menyebabkan darah yang banyak keluar dari tubuh tapi dia tetap ruku’ dan sujud dan dia tetap meneruskan sembahyangnya.
Hasan menjelaskan yang orang-orang Islam meneruskan sembahyang dalam luka mereka.
Dan berkata Taus dan Muhammad bin Ali, dan Atha dan ahli Hijjaz berpendapat tidak perlu berwudu kerana darah.
Ibn Umar memicit bisulnya lalu keluar darah dari bisulnya itu tetapi dia tidak berwudu kerananya.
Ibn Abi Awfa meludah darah namun dia terus mengerjakan sembahyang.
Ibnu Umar dan Hassan berkata tentang orang yang berbekam: tidak perlu dia melakukan apa-apa melainkan membasuh tempat tempat yang dibekam itu.

Penerangan:
Berkata Atha, berhubung dengan orang yang keluar dari duburnya ulat atau dari zakarnya seumpama kutu, dia perlu kembali berwudu.
– Nampak seperti Imam Bukhari bersetuju pula dengan pendapat Imam Syafie yang mengatakan bahawa kalau keluar apa sahaja dari dua tempat itu akan menyebabkan wudu terbatal. Ini adalah kerana Imam Bukhari membawa pendapat Atha yang sedemikian. Atha adalah seorang tabein. Dan selalunya dia akan bawa pendapat ulama yang sama dengan pendapatnya. Tapi ada yang tidak setuju. Ramai dari pensyarah Sahih Bukhari mengatakan bukan dia setuju. Cuma dia nak menunjukkan ada khilaf ulama dalam perkara ini. Dan pendapatnya masih lagi wudu itu hanya terbatal kalau hanya keluar kencing atau tahi seperti pemahamannya tentang ayat Quran yang dibawanya itu. Padanya, ayat Quran itu lebih kuat lagi.

Berkata Jabir bin Abdullah, kalau seseorang itu ketawa ketika bersembahyang, dia hanya perlu mengulangi sembahyangnya, tidak wudunya.
– Jabir adalah sahabat Nabi. Jadi tentulah dia tahu apa yang benar sebab dia pernah bersama Nabi. Dia mengatakan kalau ketawa, hanya membatalkan solat tapi tidak wuduk. Ada yang kata Imam Bukhari bawa athar ini kerana nak kritik pendapat hanafiah yang mengatakan kalau gelak terbahak-bahak akan membatalkan solat dan wudu sekali. Imam Bukhari nak cakap bahawa bukan hanya kalau ketawa sikit sahaja, kalau terbahak-bahak pun tidak batal. Sebab kalau ketawa diluar solat pun tidak membatalkan wudu, ketawa dalam solat pun tidak membatalkan wudu.

Hasan berkata, jika seseorang mengambil sebahagian dari rambutnya, dengan menggunting atau mencukur, atau memotong kukunya, atau dia mencabut khufnya, dia tidak perlu berwuduk.
– Ini adalah kata-kata Hasan al Basri. Ini untuk kritik pendapat Syafie yang mengatakan kalau gunting rambut, atau potong kuku dan buka khuf akan membatalkan wudu. Pendapat itu kerana kalau orang itu ambil wudu pada anggota wudu dan lepas itu dia potong bahagian yang kena air itu tadi, maka wuduknya batal kerana bahagian yang kena wudu tadi dah tiada dah. Dan kalau semasa dia wudu dia sapu khuf sahaja, maka kalau dia buka khuf itu, maka wudu dia terbatal. Imam Bukhari bawa kata Hasan al Basri ini kerana nak mengatakan bahawa tidak batal. Sebab sebelum itu dia dah ada wudu itu dan wudu itu kekal dengannya.

Dan berkata Abu Hurairah, tidak perlu berwudu kecuali berhadas.
– Kepada Abu Hurairah, hanya batal wudu itu kalau keluar najis dari dua qubul itu. Dan di dalam hadis yang lain, disampaikan olehnya bahawa hadis itu adalah kencing, tahi, dan kentut. Itu sahaja. Itulah yang dinamakan hadas.

Diriwayatkan oleh Jabir ketika Nabi didalam peperangan Zaatir Riqa’, kisahnya begini: selepas peperangan itu yang terjadi dalam tahun ketujuh Hijrah, Nabi telah berehat dengan rombongan perang dalam perjalanan selepas perang itu. Baginda telah meletakkan dua orang sahabat untuk menjaga pintu ke kawasan berhenti mereka itu takut ada musuh mengekori. Seorang Ansar dan seorang dari Muhajirin. Mereka bercadang untuk bergilir menjaga dan tidur. Semasa seorang itu tidur, seorang lagi bersolat sambil berjaga itu. Sementara itu, ada seorang dari pihak musuh yang berdendam sangat kerana kalah didalam peperangan itu, dan bertekad untuk berbuat onar. Dia telah mengikuti rombongan perang Nabi dan nampak bahawa penjaga dua orang ini sedang tidak sedia. Dia telah memanah sahabat yang sedang bersolat itu. Sahabat yang sedang solat itu mencabut anak panah itu semasa sedang solat itu dan dia berdarah. Tapi dia meneruskan solatnya tanpa berhenti. Apabila sahabat dia tanya kenapa dia tak berhenti solat, dia kata sebab dia sedang sedap solat sambil membaca surah al Kahfi. Itulah sebabnya dia tidak berhenti itu. Kalau perbuatan dia itu salah dan solatnya atau wudunya telah batal, tentulah dia tahu, atau kalau dia tidak tahu masa itu, tentulah Nabi telah menegur perbuatan ini kemudiannya. Tapi itu tidak terjadi. Tidak ada dalam riwayat yang mengatakan Nabi ada tegur.
Imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam musnadnya kerana hadis ini dibawa oleh Ibn Ishak yang tidak dipercayai sangat. Tapi kerana boleh dikuatkan dengan hadis-hadis yang lain, maka Imam Bukhari bawa juga. Ini kerana Imam Bukhari nak bagitahu bahawa sahabat-sahabat dulu, walaupun badan mereka berdarah, mereka masih lagi meneruskan solat mereka. Maknanya, darah itu bukan najis.
Ada juga yang kata, bila dia cabut itu, darah itu memancut sampai tak kena badan. Tapi ini susah untuk diterima akal. Tentulah kalau pancut laju pun, lepas itu akan slow juga pancutan darah itu dan kena juga kepada badan.

Mungkin ada yang kata itu adalah satu kes sahaja. Untuk dia sahaja. Maka ada lagi yang dibawa oleh Imam Bukhari: Hasan menjelaskan yang orang-orang Islam meneruskan sembahyang dalam luka mereka.
– Hasan al basri menggunakan kata ‘orang-orang Islam’ iaitu bermaksud ramai, bukan seorang dua ni. Seperti dah menjadi kebiasaan.

Dan berkata Taus dan Muhammad bin Ali, dan Atha dan ahli Hijjaz berpendapat tidak perlu berwudu kerana darah.
– Ramai yang berpendapat begitu. Kalau dah ahli Hijaz tu, maknanya lagi ramai.

Ada yang kata itu tabiin sahaja, maka Bukhari bawa kata sahabat pula: Ibn Umar memicit bisulnya lalu keluar darah dari bisulnya itu tetapi dia tidak berwudu kerananya.
– Sahabat amat menjaga ibadat mereka. Takkan dia tak jaga solat dia. Takkan dia nak sia-sia sahaja solatnya itu.

Seorang lagi sahabat. Dialah Sahabat yang paling akhir mati, dan Abu Hanifah sempat jumpa dia: Ibn Abi Awfa meludah darah namun dia terus mengerjakan sembahyang.
– Dia ludah itu, maksudnya banyaklah darah yang keluar. Bukanlah nak kata elok ludah dalam solat ni. Kalau zaman dulu boleh buat macam ni. Sebab masjid mereka lantai tanah. Bila dah ludah, boleh kambus balik. Kalau zaman sekarang, ludah dalam sapu tangan pun boleh.

Ibnu Umar dan Hassan berkata tentang orang yang berbekam: tidak perlu dia melakukan apa-apa melainkan membasuh tempat tempat yang dibekam itu.
– Kalau Bekam tu, tentulah banyak darah yang keluar. Basuh tu kalau nak basuh. Tidak semestinya.

Bukanlah semua ini nak menyuruh manusia tak basuh darah. Sebab dalam Islam amat menjaga kebersihan. Tapi ini adalah masalah fekah. Kalau keluar tahi dari mulut pun, tidak batal sebab bukan keluar ikut saluran dia.

170 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ الْعَبْدُ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَ فِي الْمَسْجِدِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ مَا لَمْ يُحْدِثْ فَقَالَ رَجُلٌ أَعْجَمِيٌّ مَا الْحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ الصَّوْتُ يَعْنِي الضَّرْطَةَ

170. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b telah menceritakan kepada kami Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang hamba akan akan dikira didalam shalat selagi ia di dalam masjid menunggu solat dan tidak berhadats.” Lalu ada seorang laki-laki non-Arab berkata, “Apa yang dimaksud dengan hadats wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab, “adanya bunyi.” Yaitu kentut.

– Menunjukkan kelebihan masjid. Kalau kita ada dalam masjid, menunggu waktu solat yang seterusnya, kita dikira sedang solat. Apa maknanya, adakah kota tidak boleh berkata-kata waktu itu macam kita dalam solat juga? Tidak. Hadis ini nak cerita bahawa kita dapat pahala macam sedang solat. Walaupun kita duduk lama. Walaupun kita buat benda-benda lain. Dengar ceramah, zikir atau makan minum pun boleh. Ini kelebihan kerana kalau nak solat lama, mungkin payah. Maka, tidaklah sia-sia kita berada di masjid itu.

Adakah ini suruh kita asyik duduk di masjid tanpa buat apa-apa? Tidaklah begitu. Islam pun tak suruh begitu. Ikut keadaan. Kalau kita tidak berada dalam masjid pun, hati kita terikat sentiasa dengan masjid. Secara falsafahnya adalah menjadikan dunia ini seperti masjid. Nabi pun pernah kata macam tu. Maksudnya, walaupun diluar masjid, kita bayangkan kita dalam masjid. Dan kita tidak buat perkara yang kita tak buat dalam masjid. Contohnya kita tak makan riba dalam masjid. Barulah kita berterusan berbuat kebaikan.

Dan kita ambil falsafah dalam masjid itu. Masjid ada imam. Maka diluar masjid pun kena ada pemimpin. Kita mengikut imam kita dengan tidak mendahuluinya. Dan kalau imam ada buat salah, ada cara tegur dengan baik. Tidak kurang ajar. Begitu juga menegur pemimpin pun begitu juga. Dan pemimpin itu pun kena terima dengan baik. Fikirkan apa kesalahan dia dah buat dan buat pembetulan.

Abu Hanifah cerita pasal kentut sebab kalau di masjid, itulah kebiasaan terjadi. Kalau kentut pun dah batal, kalau keluar najis pun akan batal juga. Takkan nak kata keluar air mani atau berak. Memang itu akan membatalkan wudu tapi kita tidak keluar mani atau tahi semasa kita dalam masjid. Kecuali di tandas. Yang biasa terjadi, kentut. Kalau terkentut, perbaharuilah wudu itu kembali.

171 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

171. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah dari Az Zuhri dari ‘Abbad bin Tamim dari Pamannya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Janganlah kamu berhenti sembahyang sehinggalah engkau mendengar bunyi atau mencium bau.” yakni dari kentutnya.

172 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُنْذِرٍ أَبِي يَعْلَى الْثَّوْرِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ
كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ فِيهِ الْوُضُوءُ
وَرَوَاهُ شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ

172. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Al A’masy dari Mundzir Abu Ya’la Ats Tsauri dari Muhammad bin Al Hanafiyah ia berkata, Ali berkata, “Aku adalah seorang laki-laki yang mudah mengeluarkan madzi, karena malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku suruh Miqdad bin Al Aswad untuk bertanya. Lalu ia pun bertanya, beliau kemudian menjawab: “dengan terkeluarnya air mazi, seseorang itu perlu berwudu.” Syu’bah juga meriwayatkan dari Al A’masy.”

173 – حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَسَارٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قُلْتُ أَرَأَيْتَ إِذَا جَامَعَ فَلَمْ يُمْنِ قَالَ عُثْمَانُ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ وَيَغْسِلُ ذَكَرَهُ قَالَ عُثْمَانُ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْتُ عَنْ ذَلِكَ عَلِيًّا وَالزُّبَيْرَ وَطَلْحَةَ وَأُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَأَمَرُوهُ بِذَلِكَ

173. Telah menceritakan kepada kami Sa’d bin Hafsh telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya dari Abu Salamah bahwa ‘Atha bin Yasar mengabarkan kepadanya, bahwa Zaid bin Khalid mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah bertanya ‘Utsman bin ‘Affan radliallahu ‘anhu, Aku bertanya, “Apa pendapatmu jika seorang laki-laki berjimak dengan isterinya namun tidak keluar air mani?” ‘Utsman menjawab, “Hendaknya ia berwudlu seperti wudlunya untuk shalat, dan membasuh zakarnya.” Utsman melanjutkan, “Aku mendengarnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku menanyakan hal itu kepada ‘Ali, Zubair, Thalhah, dan Ubay bin Ka’b radliallahu ‘anhum. Mereka juga menyuruh begitu.”

174 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَكْوَانَ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فَجَاءَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلَّنَا أَعْجَلْنَاكَ فَقَالَ نَعَمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُعْجِلْتَ أَوْ قُحِطْتَ فَعَلَيْكَ الْوُضُوءُ
تَابَعَهُ وَهْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَلَمْ يَقُلْ غُنْدَرٌ وَيَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ الْوُضُوءُ

174. Telah menceritakan kepada kami Ishaq berkata, telah mengabarkan kepada kami An Nadlr berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzakwan Abu Shalih dari Abu Sa’id Al Khudri, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengirim seorang utusan kepada seorang laki-laki Anshar. Maka laki-laki Anshar itu pun datang sementara kepalanya basah. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Barangkali kami telah menyebabkan kamu tergopoh gapah?” Laki-laki Anshar itu menjawab, “Benar.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda: “Jika kamu dibuat tergesa-gesa atau tertahan (tidak mengeluarkan mani), maka engkau hanya perlu berwudlu.” Hadits ini dikuatkan juga oleh Wahhab ia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah. Abu ‘Abdullah berkata, riwayat Ghundar dan Yahya dari Syu’bah tidak menyebutkan ‘wudlu’.” mereka tidak menyebutkan perkataan wudu.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Melainkan Kerana Keluar Sesuatu Daripada Dua Jalan Keluar Iaitu Qubul Dan Dubur”

  1. […] maka kalau lagi berat, seperti kencing dan berak, tentulah lagi dikira berhadas. Ini ada dalam hadis 170. Jadi, kalau dalam keadaan berhadas, seseorang tidak mendapat doa dari malaikat seperti yang […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s