We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Orang Yang Menerima Penggunaan Kai (Selaran Dengan Besi Panas) November 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 2:22 pm

 

بَاب مَنْ اكْتَوَى أَوْ كَوَى غَيْرَهُ وَفَضْلِ مَنْ لَمْ يَكْتَوِ

Bab Orang Yang Menerima Penggunaan Kai (Selaran Dengan Besi Panas) Ataupun Menggunakan Kai Untuk Orang Lain Dan Kelebihan Orang Yang Tidak Menerima Penggunaan Kai

5269 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ الْغَسِيلِ حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ شِفَاءٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ

5269. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Hisyam bin Abdul Malik telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Sulaiman bin Al Ghasil telah menceritakan kepada kami ‘Ashim bin Umar bin Qatadah dia berkata; saya mendengar Jabir dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sekiranya ada penawar yang baik untuk kalian jadikan sebagai obat, maka itu ada terdapat pada bekam dan sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) namun aku tidak menyukai kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang luka).”

– Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, Nabi menyarankan supaya penggunaan selaran api itu digunakan akhir sekali. Kalau tidak ada cara lain lagi. Kerana tidak mahu menyakitkan. Boleh pakai kalau tidak ada cara lain dan kalau yakin yang cara itu ada menyembuhkan. Kerana kalau pakai tapi tak menyembuhkan juga, kalau nak cuba-cuba sahaja, baik tak payah.

 

5270 – حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ حَدَّثَنَا حُصَيْنٌ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَا رُقْيَةَ إِلَّا مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَةٍ فَذَكَرْتُهُ لِسَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ فَقَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ الْأُمَمُ فَجَعَلَ النَّبِيُّ وَالنَّبِيَّانِ يَمُرُّونَ مَعَهُمْ الرَّهْطُ وَالنَّبِيُّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ حَتَّى رُفِعَ لِي سَوَادٌ عَظِيمٌ قُلْتُ مَا هَذَا أُمَّتِي هَذِهِ قِيلَ بَلْ هَذَا مُوسَى وَقَوْمُهُ قِيلَ انْظُرْ إِلَى الْأُفُقِ فَإِذَا سَوَادٌ يَمْلَأُ الْأُفُقَ ثُمَّ قِيلَ لِي انْظُرْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا فِي آفَاقِ السَّمَاءِ فَإِذَا سَوَادٌ قَدْ مَلَأَ الْأُفُقَ قِيلَ هَذِهِ أُمَّتُكَ وَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ هَؤُلَاءِ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ ثُمَّ دَخَلَ وَلَمْ يُبَيِّنْ لَهُمْ فَأَفَاضَ الْقَوْمُ وَقَالُوا نَحْنُ الَّذِينَ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاتَّبَعْنَا رَسُولَهُ فَنَحْنُ هُمْ أَوْ أَوْلَادُنَا الَّذِينَ وُلِدُوا فِي الْإِسْلَامِ فَإِنَّا وُلِدْنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ فَقَالَ هُمْ الَّذِينَ لَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ فَقَالَ عُكَاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ أَمِنْهُمْ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَعَمْ فَقَامَ آخَرُ فَقَالَ أَمِنْهُمْ أَنَا قَالَ سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

5270. Telah menceritakan kepada kami Imran bin Maisarah telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Fudlail telah menceritakan kepada kami Hushain dari ‘Amir dari Imran bin Hushain radliallahu ‘anhuma dia berkata; “Tidak ada ruqyah (jampi-jampi serapah dari Qur’an dan Sunnah) yang mujarab semujarab jampi untuk penyakit ‘Ain (gangguan makhluk halus) atau kerana disengat binatang berbisa, lalu hadis itu kusampaikan kepada Sa’id bin Jubair, dia berkata; telah menceritakan kepada kami Ibnu Abbas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Beberapa ummat pernah ditampakkan kepadaku, maka nampaklah seorang nabi dan dua orang nabi yang lalu bersama dengan beberapa orang pengikut saja, dan ada nabi yang tidak bersamanya sesiapa pun, hingga tampak olehku segerombolan manusia yang sangat banyak, aku pun bertanya; “Apakah segerombolan manusia itu adalah ummatku?” di beritahukan; “Ini adalah Musa dan kaumnya.” Lalu diberitahukan pula kepadaku; “Lihatlah ke ufuk.” Ternyata di sana terdapat segerombolan manusia yang memenuhi ufuk, kemudian di beritahukan kepadaku; “Lihatlah di sebelah sini dan di sebelah sana, yaitu di ufuk langit.” Ternyata di sana telah di padati dengan segerombolan manusia yang sangat banyak, ” di beritahukan kepadaku; “Ini adalah ummatmu, dan di antara mereka terdapat tujuh puluh ribu yang masuk surga tanpa hisab.” Setelah itu beliau masuk ke rumah tanpa memberi penjelasan kepada mereka (para sahabat) siapakah yang akan masuk syurga tanpa hisab, maka bercakap-cakaplah sahabat antara mereka. mereka berkata; “Kita adalah orang-orang yang telah beriman kepada Allah dan mengikuti Rasul-Nya, kerana itu, kitalah kelompok tersebut adalah kita ataukah anak-anak kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam kerana kita dilahirkan di zaman Jahiliyah.” Maka hal itu sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lantas beliau keluar dan bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah minta untuk di ruqyah, tidak pernah bertathayur (menganggap sial dari sesuatu) dan tidak pula melakukan terapi dengan kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang sakit), sedangkan kepada Rabb mereka bertawakkal.” Lalu Ukasah bin Mihshan berkata; “Apakah aku termasuk di antara mereka ya Rasulullah?” beliau menjawab; “Ya.” Selanjutnya sahabat yang lain berdiri dan berkata; “Apakah aku termasuk dari mereka?” beliau bersabda: “Ukasah telah mendahuluimu dengan permintaan itu.”

– Hadis sebelum ini mengatakan boleh pakai kay, tapi dalam hadis ini nampak seperti menunjukkan yang tak elok pula. Sebab kalau nak masuk syurga tanpa hisab, antaranya orang yang tidak menggunakan kay. Apakah maksud ini?

Tidak semua Nabi ada pengikut. Kerana ada Nabi itu bukan tugas mereka menyampaikan. Dan kalau ada yang tidak mendengar pengajaran mereka, Nabi itu tidak rugi, tapi manusia yang tidak mendengar pengajarannya yang rugi.

Sahabat ada yang sangka yang dapat masuk itu adalah mereka sebab mereka yang terawal masuk Islam. Dan kalau bukan mereka pun, anak-anak mereka. Kerana anak mereka tidak pernah menyembah berhala, sedangkan mereka pernah menyembah berhala. Tapi Nabi kata bukan itu maksudnya.

Nabi kata mereka adalah yang tidak meminta dibomoh. Jadi apakah yang dimaksudkan disini? Sebab sebelum ini pernah ada hadis mengatakan ada kelebihan di dalam ruqyah? Pendapat pertama mengatakan mereka langsung tidak berbomoh. Mereka tawakal dan yakin dengan Allah sahaja yang akan menyembuhkan mereka. Maknanya, kalau mereka ditimpa sakit, mereka akan bertawakal sahaja tanpa buat apa-apa.

Pendapat kedua adalah mereka berubat juga tapi mereka tidak meletakkan illat kepada cara penyembuhan itu sahaja. Iaitu mereka tidak percaya bahawa ubat itu yang menyembuhkan mereka. Kerana mereka yakin bahawa yang menyembuhkan itu adalah Allah. Cara penyembuhan itu adalah takdir dari Allah juga. Kalau bukan Allah yang menyembuhkan, takkan sembuh juga. Ubat itu adalah salah satu sebab sahaja. Ada beza antara illat dan sebab. Illat itu maknanya satu sebab sahaja. Maknanya ada satu cara sahaja. Tapi kalau kita pakai perkataan ‘sebab’, maknanya ada lagi cara cara lain boleh digunakan. Atau kejadian sesuatu perkara itu bukan disebabkan oleh satu perkara sahaja. Contoh, terang bukan hanya sebab cahaya matahari sahaja. Kalau pakai lampu pun, boleh terang juga.
Jadi, kita kena berhati hati. Jangan kita sangka bahawa ubat itu adalah penyebab/illat kita sembuh.

Memang ada ubat-ubat dalam dunia ini Allah telah berikan khasiat kepada mereka didalam hukum adatNya. Sebab itu adalah untuk memudahkan manusia. Contoh, doktor telah kenal pasti bahawa ubat A boleh mengubati penyakit B. Maka, dalam keadaan lain, perkara yang sama akan berlaku. Sebab kalau berubah, susahlah kehidupan manusia. Macam kalau kita tanam benih durian, takkan keluar buah nenas pula. Khasiat itu diberi oleh Allah dan Allah boleh tukar kalau Dia mahu.

Manusia yang tahu tauhid tahu bahawa Allahlah yang memberi khasiat itu. Tapi manusia yang tak tahu tauhid, akan mengatakan bahawa makhluk itu yang ada kuasa. Macam orang yang beragama hindu, mereka akan memuja apa sahaja yang mempunyai kelebihan. Itulah sebabnya mereka memuja lembu kerana lembu banyak kelebihan. Jadi, banyaklah tuhan mereka. Ada yang sembah batu, sembah itu dah ini. Jangan kita jadi seperti mereka. Kita sebagai umat Islam, mestilah melihat kepada zat yang menjadikan perkara-perkara itu. Iaitu Allah azza wajalla.

 

بَاب الْإِثْمِدِ وَالْكُحْلِ مِنْ الرَّمَدِ فِيهِ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ

Bab Batu Celak Dan Bercelak Kerana Sakit Mata. Berhubung Dengan Bab Ini Ada Riwayat Daripada Ummi `Itiyyah

5271 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ نَافِعٍ عَنْ زَيْنَبَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ امْرَأَةً تُوُفِّيَ زَوْجُهَا فَاشْتَكَتْ عَيْنَهَا فَذَكَرُوهَا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَكَرُوا لَهُ الْكُحْلَ وَأَنَّهُ يُخَافُ عَلَى عَيْنِهَا فَقَالَ لَقَدْ كَانَتْ إِحْدَاكُنَّ تَمْكُثُ فِي بَيْتِهَا فِي شَرِّ أَحْلَاسِهَا أَوْ فِي أَحْلَاسِهَا فِي شَرِّ بَيْتِهَا فَإِذَا مَرَّ كَلْبٌ رَمَتْ بَعْرَةً فَهَلَّا أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

5271. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu’bah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Humaid bin Nafi’ dari Zainab dari Ummu Salamah radliallahu ‘anha bahwa seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, hingga matanya menjadi bengkak (karena sering menangis), lantas orang-orang mengadukan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan mereka juga menyebutkan supaya wanita itu menggunakan celak karena khawatir matanya akan semakin parah, maka beliau bersabda: “Sungguh dahulu perempuan itu duduk di rumah dengan seburuk-buruk pakaian -atau di sejelek-jelek rumah, jika ada seekor anjing yang lalu, maka dia akan melemparnya dengan tahi binatang, kenapa dia tidak boleh bersabar selama empat bulan sepuluh hari?”

– Nabi mengingatkan sahabat yang kalau zaman jahiliyah dulu, wanita yang kematian suami akan kena tinggal lama di dalam rumah yang buruk. Mereka tidak boleh keluar langsung dari tempat mereka itu. Tidak boleh mandi dan sebagainya. Mereka tidak dapat keluar selagi tidak lalu anjing di hadapan rumahnya dan dia kena lempar anjing itu dengan tahi. Maknanya, lamalah mereka kena tinggal disitu. Dalam keadaan yang jelek itu. Maka soalan Nabi, lama sangatkah kalau empat bulan sepuluh hari itu kalau dibandingkan dengan apa yang mereka kena buat semasa zaman jahiliyah itu? Tidak lama.

Serpihan halus batu yang dibuat celak. Tak tahu yang ini betul ke tidak.

Pendapat yang tidak betul yang diberi untuk hadis ini adalah Nabi tak beri perempuan bersolek semasa dalam perkabungan. Tapi hadis ini adalah berkenaan dengan kesihatan. Bukan kecantikan. Takkan Islam nak menyusahkan umatnya? Sebenarnya Nabi tak beri itu adalah kerana celak yang mereka nak pakaikan itu bukanlah ubat. Sebab Nabi diberi wahyu bahawa ianya bukan ubat untuk sakit mata itu. Maknanya, dalam nak memakai ubat itu kenalah pakai ubat yang betul. Sebab kalau salah ubat, akan menyusahkan lagi. Kena pakai batu celak yang asli. Yang didapati dari daerah Isfahan. Ini penting, kerana kalau kita guna sahaja mana-mana sahaja celak, tapi tidak menjadi, ditakuti kita akan menyalahkan hadis kalau perubatan yang kita lakukan itu tidak menjadi.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s