We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Apabila Anjing Minum Di Dalam Bekas Seseorang November 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 5:21 pm
Tags: , , , , ,

باب إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

Bab Apabila Anjing Minum Di Dalam Bekas Seseorang Daripada Kamu Maka Hendaklah Dia Membasuhnya Tujuh Kali

167 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

167. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf dari Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila anjing minum dari bekas seseorang dari kalian, maka hendaklah ia membasuhnya tujuh kali.”

– Banyak pendapat berkenaan hadis ini. Ada yang kata ini menunjukkan bahawa Imam Bukhari nak bagitau bahawa anjing-anjing itu adalah najis sampai kena basuh bekas makanan yang telah diminum oleh anjing itu. Tapi setelah dikaji, bukan inilah yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari. Ada lagi hadis-hadis lain yang perlu dikaji bersama dengan hadis ini.

Abu Hurairah yang membawa hadis ini sendiri tidak mengamalkan seperti hadis ini katakan. Kerana dia hanya membasuh tiga kali sahaja. Jadi sebenarnya apa yang hendak disampaikan oleh hadis ini adalah berkenaan dengan hal yang lain.
Nabi hendak menghilangkan pandangan tinggi umat Islam kepada kaum Yahudi yang menjadi tempat rujukan dan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab waktu itu. Mereka mempunyai kekayaan dan ilmu. Mereka ada kitab taurat. Maka mereka dirujuk oleh orang kebanyakan. Salah satu kesukaan orang Yahudi itu adalah memelihara anjing. Ada yang memelihara anjing kerana nak mengikuti apa yand dibuat oleh bangsa Yahudi. Jadi Nabi nak menghilangkan pandangan tinggi mereka itu dengan memberi arahan membunuh anjing yang berkeliaran pada peringkat permulaan Islam di Madinah. Kerana mereka juga memandang anjing itu sebagai mulia. Selepas itu, Nabi suruh bunuh anjing hitam sahaja. Tapi bila masyarakat dah faham, Nabi tidak suruh buat apa-apa kepada anjing. Nabi kata mereka juga makhluk Allah.

Ini adalah cara Nabi mengubah masyarakat. Perkara yang mereka pandang tinggi oleh mereka akan diserang oleh Nabi. Tapi apabila mereka telah faham, maka mereka tidak disuruh buat lagi.
Jadi kita kena faham apa yang hendak dimaksudkan oleh hadis itu. Kena faham situasi zaman itu. Macam juga isbal, iaitu pakai seluar atau jubah melebihi buku lali. Nabi melarang sampai ada hadis mengatakan yang Allah tidak melihat mereka yang melakukan isbal itu. tapi larangan itu adalah kerana mereka yang memakai baju labuh adalah tanda orang yang sombong tapi kalau zaman sekarang, tidaklah itu menunjukkan sombongnya seseorang itu lagi dah. Zaman sekarang, sombong cara lain pula. Kerana dulu pernah Abu Bakr melakukan isbal juga tapi Nabi kata Abu Bakr tidak dikira sombong. Jadi, itu maknanya, bukanlah perbuatan itu yang dilarang sebenarnya. Yang dilarang adalah perasaan sombong manusia. Kalau sekarang, umat Islam pakai seluar yang melebihi buku lali pun tidak bermakna dia sombong.

168 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ سَمِعْتُ أَبِي عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
وَقَالَ أَحْمَدُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ حَدَّثَنِي حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

168. Telah menceritakan kepada kami Ishaq telah mengabarkan kepada kami ‘Abdush Shamad telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Dinar aku mendengar bapaku dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa pernah terjadi seorang laki-laki melihat seekor anjing sedang memakan tanah basah kerana kehausan, lalu orang itu mengambil khufnya lalu mencedok air untuk kemudian diminumkan kepada anjing tersebut hingga kenyang. Allah membalas kebaikan kepadanya dengan memasukkannya ke dalam syurga.”

Ahmad bin Syabib berkata, telah menceritakan kepada kami bapaku dari Yunus dari Ibnu Syihab berkata, telah menceritakan kepadaku Hamzah bin ‘Abdullah dari Bapaknya, bahwa pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam anjing-anjing selalu kencing dan keluar masuk di dalam masjid, namun para sahabat tidak merenjis dengan apapun samada tempat pijak atau tempat kencingnya.”

– Imam Bukhari membawa hadis yang menunjukkan bahawa anjing itu tidak najis. Berdasarkan kepada cerita lelaki yang memberi air minum kepada anjing itu. Lelaki itu telah turun masuk ke dalam telaga untuk minum. Telaga itu dalam. Sebab kalau cetek sahaja, tentulah anjing itu telah turun sendiri. Apabila dia naik, dia nampak anjing itu sedang menjilat-jilat tanah yang basah kerana kehausan. Kerana kasihan, dia telah turun semula dan mengambil air dengan memasukkannya air telaga itu kedalam khufnya. Dan beliau telah memberi minum kepada anjing itu dari dalam khufnya. Beberapa kali juga kerana anjing itu tidak puas dengan sekali sahaja. Maka Allah telah membalas kebaikan orang itu dengan memasukkannya ke dalam syurga.

Mulianya memberi anjing minum

Kalau anjing itu najis, takkan Allah suka dengan perbuatannya itu. Kerana bila anjing itu minum dari khufnya, tentulah termasuk air liur anjing itu ke tubuhnya juga nanti dan bagaimana dia solat pula? Cerita ini pula disampaikan oleh Nabi, jadi kalau perbuatan itu tidak molek, tentu Nabi akan tambah kata jangan bagi anjing itu minum atau jangan sentuh anjing itukah atau sebagainya. Salah kalau Nabi tak cakap.

Kalau anjing itu adalah binatang yang hina, tidak sesuai jikalau Allah memuliakan anjing dengan membawa cerita begini. Sampai seorang manusia yang telah membantunya dimasukkan ke dalam syurga pula. Jikalau anjing adalah binatang yang hina, tentulah perbuatan yang sepatutnya dilakukan adalah meninggalkan sahaja anjing itu. Tidak pula diceritakan di dalam hadis ini yang orang itu telah membasuh khufnya selepas memberi minum kepada anjing itu menggunakan khufnya.

Selain dari cerita ini, ada lagi satu cerita bagaimana seorang pelacur pun Allah masukkan ke dalam syurga kerana memberi minum kepada anjing.

– Ada satu lagi hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari secara ‘muzakarah’. Ini adalah hadis yang lain dari hadis musnad Imam Bukhari kerana tidak ada perkataan haddasana dan akhbarana diawal hadis itu. Ini adalah kerana hadis ini tidak cukup kuat. Tapi Imam Bukhari membawanya juga untuk menguatkan hujahnya. Dia nak sampaikan bahawa dalam masjid Nabi pun pernah anjing keluar masuk dan Nabi tak larang pun. Nabi tak suruh halau pun. Dan Nabi tidak suruh pagar masjid selepas itu pun. Dan sahabat tidak disuruh pun basuh tempat kencing anjing-anjing itu. Anjing-anjing itu sampai kencing dalam masjid. Dan tentulah air liur anjing itu pun akan menitik juga ke dalam masjid kerana mereka sentiasa sahaja menjelirkan lidah mereka. Dan tentulah bulu anjing itu akan jatuh ke lantai masjid kerana anjing sentiasa sahaja menggaru-garu badannya, dan tentulah apabila itu terjadi, bulunya akan jatuh. Tapi sahabat tak buat apa-apa dan Nabi pun tak suruh mereka berbuat sesuatu apa pun. Maknanya ini adalah selepas masa Nabi suruh bunuh anjing anjing itu. Kerana kalau di awal Islam, tentu Nabi dah suruh mereka bunuh anjing-anjing itu.

169 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ ابْنِ أَبِي السَّفَرِ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

169. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Ibnu Abu As Safar dari Asy Sya’bi dari ‘Adi bin Hatim berkata, “Aku bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu menjawab: “Jika kamu melepas anjing buruanmu yang telah diajar lalu ia mendapatkan hasil buruan, maka makanlah hasil buruannya. Jika anjing itu memakan binatang buruan itu, maka kamu jangan memakannya, sebab ia menangkap untuk dirinya sendiri.” Aku lalu bertanya lagi, “Aku melepas anjing buruanku, lalu aku mendapati anjing lain bersama dengan anjingku?” Beliau menjawab: “Jangan kamu makan, karena kamu membaca basmalah untuk anjingmu sahaja dan tidak untuk anjing yang lain.”

– Imam Bukhari membawa lagi satu hadis yang menunjukkan bahawa anjing itu adalah binatang yang suci. Kerana kalau tak suci, kenapa Allah benarkan anjing itu menjadi binatang memburu? Ini seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat Maidah:4. Lepas dia buru binatang lain untuk kita, kita makan pula. Kalau nak samak binatang yang telah diburu itu, tak tersamak kita sebab tentu banyak sekali bahagian yang telah digigit oleh anjing itu.
Tetapi kena pastikan bahawa anjing itu tidak memakan sedikit pun dari bahagian binatang buruan itu. Kena pastikan bahawa anjing itu memburu untuk makanan kita sahaja.
Binatang yang boleh dijadikan binatang memburu bukan sahaja anjing sahaja. Burung helang pun ada juga. Tapi Allah meletak nama anjing sahaja dalam Quran. Ini adalah kerana Allah hendak menaikkan nama baik anjing itu. Kerana ianya adalah binatang yang telah disalah tafsirkan oleh banyak manusia. Sampai dikatakan anjing itu adalah binatang yang hina tapi sebenarnya tidak. Seperti juga Zaid anak angkat Nabi. Dalam banyak-banyak sahabat yang besar-besar, nama mereka tidak dimasukkan dalam Quran. Tapi nama Zaid ada. Kerana dia telah banyak disalah tafsir oleh masyarakat. Dia telah melalui banyak dugaan maka Allah hendak memberikan dia rasa gembira dan ketegangan.

Banyak gunanya anjing itu

Ada kelebihan kepada anjing itu. Apabila anjing telah dilatih, mereka boleh berguna banyak kepada manusia. Bukan hanya untuk berburu sahaja. Mereka boleh menjaga rumah. Menghidu bom atau dadah dan digunakan dengan banyak oleh polis. Mereka juga boleh digunakan untuk memandu orang buta. Dan malah banyak lagi. Tapi orang Islam telah kehilangan kelebihan ini kerana memandang anjing sebagai binatang yang hina. Kita telah kerugian kerana telah dilatih dari kecil lagi bahawa anjing itu adalah najis. Oleh kerana itu, kita lihat kalau dalam skuad Anjing Polis contohnya, yang banyak berkhidmat dengan anjing adalah bangsa Sikh sahaja.

Jadi kenapa ada juga hadis yang mengatakan yang kalau rumah yang ada anjing, malaikat tidak masuk dan akan kurang pahala mereka yang menjaga anjing itu? Itu adalah di peringkat awal semasa Nabi diarahkan oleh Allah untuk membunuh anjing. Itu adalah untuk menyalahi kesukaan orang Yahudi yang suka membela anjing. Tapi apabila umat Islam telah faham, maka tidak dihinakan anjing itu lagi dah.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s