We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Penyakit Kusta…(dan bab seterusnya) November 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 3:17 pm

 

بَاب الْجُذَامِ

Bab Penyakit Kusta

وَقَالَ عَفَّانُ حَدَّثَنَا سَلِيمُ بْنُ حَيَّانَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مِينَاءَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah: tidak ada jangkitan dan tidak ada sempena burung tentang sesuatu dan tidak ada burung hantu dan tidak ada safar dan larilah dari orang yang terkena penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa.

– Kenapakah Imam Bukhari letak hadis ini yang berkenaan penyakit di bab perubatan? Patutnya dia letak di bab sebelum ini iaitu bab orang-orang sakit. Ini adalah kerana Imam Bukhari nak beritahu bahawa salah satu cara untuk mengubat itu adalah dengan menjauhkan diri dari penyebab sakit itu.

– Awal hadis mengatakan tidak ada jangkitan tapi akhir hadis mengatakan kena lari dari orang yang berpenyakit kusta seperti lari dari singa? Kenapa begini? Nampak seperti ada pertentangan disitu. Itulah yang dibincangkan ulama sebab seperti ada perbezaan disitu. Kerana pernah dalam hadis yang lain mengatakan bahawa Nabi pernah makan bersama dengan orang penyakit kusta. Jadi ada yang mengatakan lari dari orang berpenyakit kusta telah dimansukhkan.

Huduh rupa orang yang kena kusta ni. Mohon dijauhkan oleh Allah.

Pendapat yang kuat mengatakan bukanlah ada pemansuhan disini. Tapi Nabi nak nasihat sahaja supaya menjauhkan diri dari orang yang sakit kusta. Bukannya wajib. Dan menunjukkan harus untuk makan dengan orang yang sakit kusta. Dan ada pendapat kata Nabi suruh lari tu bukan sebab jangkitan, tapi sebab nak menjaga hati dia. Sebab orang sakit kusta rupanya buruk dan kalau kita dekat, memek muka kita akan mengecilkan hatinya, maka eloklah kita tak dekat dengan dia.

Atau sebenarnya Nabi nak menceritakan sebab dan musabab. Salah satu sebab kita boleh kena kusta atau jangkitan apa penyakit sahaja sebab kita berdekatan dengan orang sakit itu. Maka kita jauhkanlah diri dari penyebabnya. Sebagai langkah berjaga-jaga. Bukanlah kalau kita dekat sahaja akan kena. Sebab kalau macam tu, akan kenalah jangkitan  kepada doktor dan jururawat yang merawat mereka. Kalau macam tu, sudahlah tidak ada orang nak merawat mereka. Allah jualah yang menentukan samada kita kena jangkitan atau tidak. Bukan kuman itu. Sebab ada yang terdedah dengan kuman itu tapi mereka selamat sahaja. Nabi suruh jauhkan diri sejauh dua lembing dari orang yang sakit kusta.

وَلَا طِيَرَةَ tidak percaya kepada baik dan buruk dari burung. Manusia ada yang percaya burung boleh menunjukkan nasib baik atau buruk. Macam ada penilik nasib yang menggunakan burung. Dan orang jahiliyah dulu percaya kalau burung melintas terbang ke kiri menunjukkan akan nasib buruk. Nabi tak bagi percaya benda macam itu. Kita kena percaya berdasarkan sebab dan musabab. Kena ada kajian kenapa boleh jadi sesuatu perkara itu. Katakanlah ada pokok atau tanaman yang boleh menyebabkan sakit atau menyebabkan kita tidak selesa. Kena carilah sebabnya. Mungkin sebab pokok itu mengeluarkan racun yang menyebabkan kita sakit. Bukan percaya benda itu ada kuasa pula. Atau pokok yang kalau kita makan, boleh menyembuhkan kita. Bukanlah pokok itu ada kuasa ajaib pula. Tapi Allah telah berikan khasiat kepada benda itu. Macam magnet, Allah letakkan sifatnya yang boleh menarik besi.

وَلَا هَامَةَ Hammah adalah kepercayaan jahiliyah dahulu yang mengatakan kalau seseorang dibunuh, rohnya akan dimasukkan ke dalam burung dan burung itu tidak akan pergi selagi dia tidak dapat menuntut bela. Ini kepercayaan mengarut. Bukan itu sahaja, hammah ini banyak lagi jenis-jenis dia. Kita pula? Kita pun ada kepercayaan mengarut. Contohnya kalau burung hantu berbunyi, ada orang nak mati. Itu adalah satu contoh, banyak lagi masyarakat kita percaya.

وَلَا صَفَرَ Tidak ada safar. Iaitu kepercayaan bahawa ada bala pada bulan safar. Ini kita dulu pun percaya juga sebab kita ada upacara mandi safar. Sekarang dah takb buat dah. Nabi nak menghilangkan segala kepercayaan mengarut ini. Nabi dan Islam nak mengajar kita untuk mencari sebab sesuatu kejadian itu. Sebab dan musabbab. Bukan hanya percaya tanpa sebab. Dalam Nabi nak menghilangkan kepercayaan ini, Nabi pernah berkahwin dalam bulan safar. Sebab antara kepercayaannya adalah tidak baik untuk kahwin dalam bulan safar.

وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti lari dari singa. Kenapa singa? Kenapa tidak harimau, kerana harimau pun orang takut juga? Nabi dah beri isyarat kat sini. Rupanya kuman kusta itu menyerupai rupa singa. Yang dikenal pasti adalah orang saintis Jerman. Mereka juga yang dapat, padahal kalau kita buat kajian, kita akan dapat dulu.

 

بَاب الْمَنُّ شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ

Bab Mann Adalah Penawar Untuk Mata

5272 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ سَمِعْتُ عَمْرُو بْنَ حُرَيْثٍ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْكَمْأَةُ مِنْ الْمَنِّ وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ
قَالَ شُعْبَةُ وَأَخْبَرَنِي الْحَكَمُ بْنُ عُتَيْبَةَ عَنْ الْحَسَنِ الْعُرَنِيِّ عَنْ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ شُعْبَةُ لَمَّا حَدَّثَنِي بِهِ الْحَكَمُ لَمْ أُنْكِرْهُ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الْمَلِكِ

5272. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdul Malik saya mendengar ‘Amru bin Huraits berkata; saya mendengar Sa’id bin Zaid berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kulat itu sebahagian dari al Manna, dan airnya merupakan ubat untuk penyakit mata.” Syu’bah berkata, dan telah mengabarkan kepadaku Al Hakam bin ‘Utbah dari Al Hasan Al ‘Urani dari ‘Amru bin Huraits dari Sa’id bin Zaid dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Syu’bah berkata, tatkala Al Hakam menceritakan hadits kepadaku aku tidak mengingkarinya dari hadits Abdul Malik.

– Manna adalah makanan umat Nabi Musa a.s yang dahulu telah disesatkan oleh Allah di padang pasir selama 40 tahun. Selama mereka di dalam padang pasir itu, Allah telah memberi mereka makanan berupa Manna dan Salwa. Salwa ada berapa burung yang macam burung puyuh. Dan Manna adalah seperti tumbuhan macam salji yang turun dari langit. Melekat kepada batu-batu. Mereka Allah telah beri makan kerana kalau Allah tak beri, mereka tidak ada makanan. Tapi lama-lama, mereka boring juga. Maka mereka telah minta nak makanan lain. Tapi itu cerita lain.

Manna

Manna ini dikatakan ada kelebihan untuk mata. Kerana mereka berjalan sepanjang hari di padang pasir, maka pasir itu boleh merosakkan mata manusia. Tapi dengan makan Manna dari langit itu, maka mereka sembuh dan jadi kuat.

Mann zaman sekarang adalah dalam bentuk cendawan. Kalau bukan 100% sama macam Manna dari langit itu, dikatakan ada kelebihan untuk mata manusia. Telah dipakai oleh Abu Hurairah untuk mengubati mata orang. Dia telah perah dan simpan air perahan itu dalam botol. Kenalah ada kajian jenis cendawan yang macam mana. Kerana ditakuti kalau silap jenis cendawan, akan lebih menyakitkan lagi penyakit mata itu.

Banyak jenis jenis pengubatan di dalam Islam yang diberitahu oleh Nabi itu memerlukan lebih kajian lagi. Kerana kalau kita tidak buat kajian, dan apabila kita pakai saranan dari Nabi itu dan tidak menjadi, ada kemungkinan kita akan menyalahkan hadis pula nanti.

 

Kuliah Maulana Asri

 

2 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Penyakit Kusta…(dan bab seterusnya)”

  1. Abdullah Says:

    Ana seorang doktor , pada pendapat ana, lari dari penyakit kusta macam lari dari singa itu bermaksud menjauhkan diri jika terlihatnya dari jauh lagi. Dan apabila dekat hendaklah layan seperti biasa kerana akhlak lebih utama dalam Islam.
    menurut kajian, penyakit kusta atau leprosy ini berjangkit kalau berada bersama pesakitnya dalam masa yang lama, makan bulan..dan penduduk dunia ,hanya 5% yang tidak mempunyai imuniti
    Penyakit ni mmg pelik dan ada kaitan dengan kejahilan dalam hidup dan perbuatan dosa seseorang.
    Allah dan Rsulnya lebih mengetahui
    Tapi jangan kita pandai2 menjauhi orang AIDS , TB macam hadis ni sebab kedua2 penyakit tu tidak berjangkit melainkan imuniti kita rendah, jadi kuatkanlah imuniti dengan makanan yang baik, makanan sunnah dan elakkan bahan kimia sintetik dalam makanan.

    • visitor74 Says:

      Bagus pendapat anta. Itu juga adalah salah satu pendapat ulama. Iaitu jgn datang dekat pun dengan dia. Takut kita akan buat muka yang akan mengecilkan hati dia. Tapi kalau dah dekat tu, kenalah kita layan dia macam biasa. Macam Nabi pun.

      Terima kasih atas info pasal kusta tu. Rupanya bukanlah ianya senang berjangkit. Menguatkan lagi pendapat di atas. Iaitu suruh lari tu supaya airmuka kita tak mengecilkan hati dia.

      Allahu a’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s