We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’: Bab Mencari Air Sembahyang Apabila Telah Hampir Waktu Sembahyang November 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 1:02 am

بَاب الْتِمَاسِ الْوَضُوءِ إِذَا حَانَتْ الصَّلَاةُ

Bab Mencari Air Sembahyang Apabila Telah Hampir Waktu Sembahyang

وَقَالَتْ عَائِشَةُ حَضَرَتْ الصُّبْحُ فَالْتُمِسَ الْمَاءُ فَلَمْ يُوجَدْ فَنَزَلَ التَّيَمُّمُ

Dan berkata Aisyah “waktu subuh telah masuk, air dicari tapi tidak ditemui, maka turunlah ayat tentang hukum tayammum.

– Kisah ini adalah bagaimana Aisyah telah kehilangan kalungnya semasa dalam perjalanan. Maka rombongan semuanya berhenti kerana nak cari kalung itu. Maka telah menyebabkan mereka berada di tempat yang tidak ada air. Masa itu belum ada hukum tayamum lagi. Bila dah masuk waktu subuh, air tidak ada. Maka turunlah ayat tayamum. Mulanya semua marah kepada Aisyah termasuklah bapanya abu Bakr. Tapi ternyata ada nikmat kenapa hilang itu. Rupanya bila unta bangun, kalung itu berada dibawah unta itu. Cerita ini ada dalam hadis yang lain yang lebih panjang lagi. Dan ianya tidak sama dengan cerita yang menyebabkan Aisyah dikatakan telah berzina dengan seorang lelaki lain. Tapi itu bab lain.

– Persoalan yang hendak disampaikan didalam perkara ini adalah: bilakah perlunya kita mencari air untuk berwudu? Imam Bukhari nak menjawab bahawa tidak wajib mencari air sebelum waktu solat masuk. Kerana sebelum masuk waktu, solat pun tidak wajib lagi. Dan Nabi tidak menegur sahabat yang tidak mencari air sebelum masuk waktu. Dalam perkara ini, Imam Bukhari sependapat dengan Imam Syafie yang mengatakan tidak wajib mencari air untuk berwuduk sebelum masuk waktu.

Adakah perlu cari air kalau dah tahu bahawa tempat itu tidak ada air? Kalau pendapat Imam Hanifah dan yang sependapat dengannya, tidak perlu cari dah sebab dah tahu memang tiada. Tapi pendapat Imam Bukhari dan Imam Syafie kena cari juga sebab mungkin Allah jadikan ada air kat situ walaupun kita dah tahu memang tidak ada air kat situ dah. Mungkin Allah berikan air dalam bentuk yang lain dari yang lain, macam dalam hadis dibawah, Allah telah memberikan air melalui jari baginda Nabi. Jadi kena cari juga. Manalah tahu Allah akan memberikan air dalam cara yang luar biasa.

Kita hanya boleh guna tayamum kalau air tidak ada. Ini seperti disebut dalam ayat Quran. Kalau ada air, kita tidak ada pilihan untuk pakai tayamum.

164 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَانَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَالْتَمَسَ النَّاسُ الْوَضُوءَ فَلَمْ يَجِدُوهُ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِوَضُوءٍ فَوَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ذَلِكَ الْإِنَاءِ يَدَهُ وَأَمَرَ النَّاسَ أَنْ يَتَوَضَّئُوا مِنْهُ قَالَ فَرَأَيْتُ الْمَاءَ يَنْبُعُ مِنْ تَحْتِ أَصَابِعِهِ حَتَّى تَوَضَّئُوا مِنْ عِنْدِ آخِرِهِمْ

164. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah dari Anas bin Malik berkata, “Saya melihat Rasululllah SAW Ketika waktu salat Asar hampir tiba, orang-orang mencari air wudu namun tidak mendapatkannya. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dibawa sedikit air untuk berwuduk, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memasukkan tangannya di dalam bekas air itu dan memerintahkan orang-orang untuk berwudu dari bekas itu.” Anas berkata, “Aku melihat air memancut keluar dari bawah jari-jari beliau hingga semua orang sampai yang terakhir dapat berwudu.”

– Cari dulu air kot-kot ada. Walaupun dengan cara mukjizat atau keramah wali ke. Atau dengan cara yang luar biasa. Air yang boleh digunakan adalah apa sahaja air yang diterima pakai sebagai air oleh manusia. Seperti dalam hadis ini, air yang keluar dari jari tangan Nabi.
Air memang tidak ada, yang ada adalah hanya dalam bejana yang kecil sahaja, hanya muat tangan sahaja nak masuk. Nabi telah memasukkan tangan baginda yang mulia dan apabila baginda mengeluarkannya kembali, air memancar dari jari-jari tangan baginda. Sahabat mengambil wudu dari air itu. Dikatakan sampai 300 sahabat mengambil wudu dari air itu.
Air ini dikatakan air yang sangat suci, lagi suci dari hujan, lagi suci dari air zam zam kerana ianya keluar dari tangan Nabi. Ini adalah nikmat yang diberikan kepada sahabat Nabi. Mereka boleh melihat sendiri mukjizat yang dilakukan oleh Nabi. Kita tidak dapat merasa begitu. Sebab itu sahabat tahap iman mereka amat tinggi. Kerana mereka bersama Nabi. Mereka dapat menyaksikan sendiri apa yang Nabi buat. Mereka dididik sendiri oleh Nabi. Tidak sama dengan kita ini.

Ini bukan pertama kali Nabi buat macam ini. Sahabat pernah mendapat seperti begini diwaktu lain lagi. Tapi mereka tidak mendesak Nabi. Bukanlah setiap kali tidak ada air, mereka akan minta Nabi keluarkan air. Tidak seperti umat nabi-nabi dahulu seperti umat Nabi Musa yang macam-macam mereka minta kepada nabi mereka. Atau kepada Nabi Isa yang mereka minta diturunkan makanan dari langit. Tapi sahabat Nabi Muhammad tidak begitu. Tidak pernah disebut di mana-mana. Yang ada minta kepada Nabi pun adalah orang kafir yang minta kepada Nabi macam-macam. Kerana sahabat tahu bahawa mukjizat Nabi itu bukan Nabi minta. Ianya adalah pemberian dari Allah ketika perlu. Kalau tidak perlu, Allah tidak beri. Bukan Nabi yang menentukannya. Kalau yang boleh buat setiap kali menjadi itu adalah sihir.

 

بَاب الْمَاءِ الَّذِي يُغْسَلُ بِهِ شَعَرُ الْإِنْسَانِ

Bab Tentang Air Yang Dibasuh Dengannya Rambut (Atau Bulu) Manusia

– Bolehkah memakai air yang dimasuki rambut atau bulu badan? Kalau Imam Shafie kata tidak boleh kerana dia melihat rambut atau bulu yang terpisah dari badan adalah najis. Iaitu yang terpisah dari badan binatang yang tidak boleh dimakan. Dan manusia tidak boleh dimakan. Jadi kalau termasuk rambut atau bulu manusia ke dalam air, air itu telah najis. Kecuali kalau air itu lebih dari dua kolah atau banyak. Tapi Imam Bukhari tidak berpendapat demikian. Kita boleh lihat dari hadis diatas bagaimana Nabi memasukkan air ke dalam bekas. Jadi kalau begitu, tentulah ada kemungkinan bulu tangan Nabi pun masuk juga. Dan mungkin bulu itu pun boleh jatuh. Ada kemungkinan. Pun air itu boleh dipakai. Kalau ada yang kata adakah kamu nampak bulu itu jatuh?, kita boleh tanya balik, adakah kamu nampak bulu itu tidak jatuh?

Bagaimana dengan bulu binatang? Kalau syafiiah, mereka mengatakan yang bulu dari haiwan yang tidak boleh dimakan adalah najis. Maka kalau masuk dalam air, air itu tidak boleh digunakan untuk bersuci. Contohnya bulu kucing dan juga bulu manusia. Tapi Imam Bukhari tidak berpendapat demikian berdasarkan hadis yang dibawa. Maknanya air yang dimasuki oleh bulu manusia dan binatang boleh digunakan untuk wudu.

وَكَانَ عَطَاءٌ لَا يَرَى بِهِ بَأْسًا أَنْ يُتَّخَذَ مِنْهَا الْخُيُوطُ وَالْحِبَالُ وَسُؤْرِ الْكِلَابِ وَمَمَرِّهَا فِي الْمَسْجِدِ وَقَالَ الزُّهْرِيُّ إِذَا وَلَغَ فِي إِنَاءٍ لَيْسَ لَهُ وَضُوءٌ غَيْرُهُ يَتَوَضَّأُ بِهِ وَقَالَ سُفْيَانُ هَذَا الْفِقْهُ بِعَيْنِهِ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا } وَهَذَا مَاءٌ وَفِي النَّفْسِ مِنْهُ شَيْءٌ يَتَوَضَّأُ بِهِ وَيَتَيَمَّمُ

Atha berpendapat tidak ada apa-apa kesalahan menggunakan air seperti itu. Juga tidak mengapa untuk dijadikan darinya benang atau tali. Dan sisa anjing dan tempat anjing lalu di masjid. Az Zuhri berkata: apabila anjing menjilat air di dalam bekas seseorang yang tidak mempunyai air lain untuk berwudu selain air itu, ia boleh berwudu dengannya. Sufian pula berkata: inilah fiqh yang sebenarnya. Kerana Allah telah berfirman: { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا } ini adalah air tapi jiwa berasa ragu terhadapnya. Orang yang berada dalam keadaan sebegini, boleh berwudu dengannya disamping bertayammum.

– Imam Bukhari membawa pendapat Atha, seorang ulama zaman tabein yang terkenal. Bukhari akan membawakan pendapat ulama yang sama dengannya untuk menunjukkan apakah pegangannya. Dia tahu bahawa ada beberapa pendapat yang diutarakan dan untuk menunjukkan pendapatnya, dia akan membawakan pendapat ulama yang sama dengannya.
Atha kata rambut atau bulu itu suci sampai boleh dijadikan benang atau tali timba. Kalau sebagai tali timba itu, tentulah basah rambut itu.
Ini adalah pendapat yang bagus kerana kalau tidak suci bulu atau rambut itu, maka akan susahlah kehidupan manusia. Kalau kucing masuk rumah pun susah. Susahlah kalau nak guna rambut orang lain kalau ada seseorang yang perlukan rambut palsu sebab dia botak sebab sakit contohnya. Maknanya lebih molek kalau kita menggunakan pendapat yang mengatakan bahawa air yang dimasuki bulu itu tidak najis.

Kalau anjing masuk dalam masjid pun Nabi tak suruh sahabat halau anjing itu. Tentulah anjing itu akan meleleh air liurnya, tapi Nabi tak suruh cuci pun. Nak cerita bahawa kalau anjing pun boleh begitu, apatah lagi kalau rambut atau bulu badan manusia. Kalau ada yang kata, adakah kamu nampak air liurnya meleleh, kita boleh tanya balik, adakah kamu nampak air liurnya tidak meleleh?

Sampaikan Az Zuhri mengatakan kalau anjing dah jilat air, air itu boleh lagi digunakan untuk berwuduk.
Sufian berkata inilah fiqh yang sebenarnya iaitu kefahaman agama yang tinggi. Cuma dia kata kalau tak yakin, bolehlah berwuduk, dan ditambah dengan bertayamum juga.

165 – حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ قُلْتُ لِعَبِيدَةَ عِنْدَنَا مِنْ شَعَرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَبْنَاهُ مِنْ قِبَلِ أَنَسٍ أَوْ مِنْ قِبَلِ أَهْلِ أَنَسٍ فَقَالَ لَأَنْ تَكُونَ عِنْدِي شَعَرَةٌ مِنْهُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

165. Telah menceritakan kepada kami Malik bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Israil dari ‘Ashim dari Ibnu Sirin berkata, “Pernah Aku menceritakan kepada Abidah, “Kami memiliki rambut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang kami dapat dari Anas, atau keluarga Anas.’ Abidah lalu berkata, “Sekiranya aku memiliki satu helai rambut Rasulullah, maka itu lebih baik bagiku daripada memiliki dunia dan seisinya.”

Dikatakan rambut Nabi. Allahu a’lam

Abidah adalah seorang ulama tabein.
Nabi pernah cukur rambut. Separuh dari rambut itu diberikan kepada Abu Talhah. Separuh lagi kongsi diantara sahabat-sahabat yang ada. Abu Talhah adalah bapa tiri Anas. Sirin pula adalah bekas hamba keluarga Anas. Keluarga Anas telah mewasiatkan kepada keturunan mereka dan keluarga Ibn Sirin pun dapat juga walau mereka bekas hamba.

Ulama mengambil hukum dari hadis ini mengatakan ada berkah dari Nabi. Sebagai kenangan. Kerana rambut tahan lama. Maknanya, kalau kita nak tinggalkan rambut kita kepada keturunan kita pun boleh. Sebab sebagai kenangan. Dan sekarang kerana teknologi kita dapat tahu bahawa ada DNA yang boleh dikaji untuk menentukan nasab dan sebagainya. Nabi dah tunjuk rupanya kepentingan simpan rambut itu.

Kalaulah rambut itu najis, kenapa Nabi beri kepada orang lain? Nabi pun manusia dan kaedah biasa adalah dia sebagai contoh kecuali kalau ada dalil mengatakan ada kekecualian. Sebab ada yang mengatakan kita tidak boleh samakan antara Nabi dan manusia. Itu bukanlah asas hukum. Secara dasarnya kita kena melihat Nabi sebagai manusia. Dan apa yang baginda buat, kita boleh ikut kecuali kalau diberitahu. Contohnya, Nabi beristeri sampai sembilan org dan telah diberitahu kepada kita bahawa kita tidak boleh sebegitu. Maknanya, Nabi akan beritahu kalau perkara itu bukan untuk dibuat oleh umum.

166 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ قَالَ أَخْبَرَنَا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبَّادٌ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا حَلَقَ رَأْسَهُ كَانَ أَبُو طَلْحَةَ أَوَّلَ مَنْ أَخَذَ مِنْ شَعَرِهِ

166. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdurrahim berkata, telah mengabarkan kepada kami Sa’id bin Sulaiman berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abbad dari Ibnu ‘Aun dari Ibnu Sirin dari Anas, bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mencukur rambutnya, maka Abu Thalhah adalah orang yang pertama mengambil sebahagian rambut baginda.”

– Abu Talhah adalah bapa tiri Anas. Dialah yang mula ambil rambut Nabi. Sampai sekarang ada tempat-tempat yang menyimpan lagi rambut Nabi. Tapi ada juga yang menipu supaya tempat mereka dilawati orang. Di Kashmir ada satu. Pernah sekali rambut Nabi itu dicuri dan satu negara berdemonstrasi. Nak menunjukkan bahawa umat Islam ini kalau peninggalan Nabi memang amat sayang sekali.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s