We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Tidak Diturunkan Allah Satu Penyakit Melainkan Diturunkan Untuknya Penawar… November 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 5:03 pm

كِتَاب الطِّبِّ

Kitab Perubatan

– Sebelum kitab ini adalah kitab Orang-orang sakit. Lepas sakit, kenalah ada perubatan. Itulah penyususan tajuk dalam kitab Bukhari.
Hampir semua kitab jami’ ada bab perubatan.

بَاب مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Bab Tidak Diturunkan Allah Satu Penyakit Melainkan Diturunkan Untuknya Penawar

5246 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِي حُسَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

5246. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad Az Zubairi telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Sa’id bin Abu Husain dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Atha` bin Abu Rabah dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Tidak Diturunkan Allah Satu Penyakit Melainkan Diturunkan Untuknya Penawar.”

– Semua penyakit ada penawar untuknya. Kalau tak sembuh itu sebab tak jumpa penawarnya atau salah cara penggunaan ubat. Jadi untuk nak dapat sembuh itu, kenalah ada pengajian khusus bab pengubatan ini.

Perkataan yang digunakan adalah syifa‘. Penyembuh. Sembuh yang tidak ada kesan sampingan. Ada juga penggunaan lain iaitu dawa’, ubat. Tapi kalau ubat, belum tentu sembuh. Atau kadang-kala kalau pakai ubat ada kesan sampingan.

أَنْزَلَ: Menurunkan. Adakah penyakit dari atas? Maksudnya dari perkataan ini adalah ‘mengadakan’. Allahlah yang mengadakan penyakit itu. Dan Nabi juga gunakan juga perkataan ‘turun’ adalah kerana Allah arahkan Malaikat dalam urusan penyakit dan ubat. Disebalik zahir yang kita nampak dengan mata kita ini, ada urusan malaikat disitu. Itulah sebabnya kadang-kadang pelik penyakit dan ubat itu. Kena pada seorang dan tidak pada yang lain. Allah boleh buat sendiri tapi Allah mengajar cara pentadbiran kepada manusia.

Ini semua adalah ujian dari Allah. Nak lihat siapakah yang terbaik amalannya. Kadang-kadang, sebab kita silap, kita telah menyebabkan org lain susah. Contohnya, ubat yang kita gunakan tidak sesuai kerana kita tidak cekap mengadakan kajian berkenaan ubat itu.

دَاءً bermaksud ‘semua penyakit’. Bukan satu sahaja. Maknanya, semua penyakit itu ada ubatnya, tidak ada pengecualian. Maka kalau tak sembuh itu adalah kerana belum jumpa ubat lagi. Semua penyakit ada ubatnya. Dalam hadis lain kata, ‘melainkan mati’. Jadi dalam mencari ubat itu, berusahalah manusia membuat kajian. Boleh jadi kerjaya pula kepada mereka yang terlibat dalam hal ini. Sebab nak mengubat penyakit manusia, ada yang dapat kerja sebagai doktor, sebagai nurse, sebagai penjual ubat, sebagai pengkaji ubat dan sebagainya. Inilah nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Lebih banyak kebaikan dari keburukan.

بَاب هَلْ يُدَاوِي الرَّجُلُ الْمَرْأَةَ أَوْ الْمَرْأَةُ الرَّجُلَ

Bab Bolehkah Lelaki Merawat Perempuan Atau Perempuan Merawat Lelaki

– Tujuan Imam Bukhari adalah nak mengatakan boleh lelaki merawat perempuan. Memang tiada jawapan yang jelas dalam hadis yang diberikan oleh Imam Bukhari ni. Sebab kalau kita lihat pada matan hadis, tidak menyebut tentang mengubat orang lain pun. Tapi cara dia adalah dengan dia tanya satu soalan dan dia memberi hadis contoh. Itu bermakna bahawa dia membolehkan.

5247 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ عَنْ خَالِدِ بْنِ ذَكْوَانَ عَنْ رُبَيِّعَ بِنْتِ مُعَوِّذِ بْنِ عَفْرَاءَ قَالَتْ
كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْقِي الْقَوْمَ وَنَخْدُمُهُمْ وَنَرُدُّ الْقَتْلَى وَالْجَرْحَى إِلَى الْمَدِينَةِ

5247. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Al Mufadlal dari Khalid bin Dzakwan dari Rubayyi’ binti Mu’awwidz bin ‘Afra` dia berkata; Kami selalu berperang bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kami memberi minum kepada orang ramai (sahabat-sahabat yang berperang) dan kami berkhidmat kepada mereka, dan kami mengembalikan orang-orang yang terbunuh dan yang terluka ke Madinah.”

– Tidak ada dikatakan bahawa wanita-wanita itu mengubat dalam hadis ini. Tapi ada dalam hadis yang lain yang mengatakan bahawa antara tugas yang mereka buat adalah mengubat sahabat-sahabat yang berperang.

Ada yang kata ini adalah hanya kepada situasi berperang. Tapi Imam Bukhari nak mengatakan boleh. Apabila ada keperluan sahaja. Perang dalam hadis ini adalah sebagai contoh. Bukan hanya limited kepada perang sahaja. Tidaklah bermakna hanya dalam perang juga. Kerana ada sahabiah yang bernama Syifa’ yang selepas perang pun Nabi ada suruh dia berkhidmat mengubati orang. Secara kebetulan nama dia pun dah syifa dah.

Kalau dalam situasi perang itu, maka akan adalah perempuan itu yang melihat aurat lelaki. Tidak dapat dielakkan. Maka dibolehkan. Sama juga lelaki dibolehkan melihat aurat perempuan. Tapi elok kalau perempuan mengubat perempuan dan lelaki mengubat lelaki. Maka, kenalah perempuan juga belajar untuk mendapatkan ilmu. Dengan itu, perempuan digalakkan untuk belajar dan meninggikan ilmu mereka.

Dalam hadis ini dikatakan “kami berkhidmat kepada mereka”. Ini menunjukkan bahawa bukan hanya doktor sahaja buat kerja. Kena adalah orang yang membantu. Macam sekarang ni di klinik atau hospital ada nurse yang membantu.

بَاب الشِّفَاءُ فِي ثَلَاثٍ

Bab Penawar Ada Pada Tiga Perkara

5248 – حَدَّثَنِي الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ حَدَّثَنَا سَالِمٌ الْأَفْطَسُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
الشِّفَاءُ فِي ثَلَاثَةٍ شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنْ الْكَيِّ
رَفَعَ الْحَدِيثَ وَرَوَاهُ الْقُمِّيُّ عَنْ لَيْثٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْعَسَلِ وَالْحَجْمِ

5248. Telah menceritakan kepada kami Al Husain telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani’ telah menceritakan kepada kami Marwan bin Syuja’ telah menceritakan kepada kami Salim Al Afthas dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas radliallahu ‘anhuma dia berkata; “penawar itu ada pada tiga perkara, pada minum madu, bekam dan pada selaran api, dan aku melarang ummatku dari menggunakan selaran api (ataupun menggunakan kepanasan api).” Hadits ini di rafa’kan oleh Ibn Abbas (kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dan di riwayatkan pula oleh Al Qumi dari Laits dari Mujahid dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang minum madu dan berbekam.”

5249 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ أَخْبَرَنَا سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ أَبُو الْحَارِثِ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ عَنْ سَالِمٍ الْأَفْطَسِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشِّفَاءُ فِي ثَلَاثَةٍ فِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ كَيَّةٍ بِنَارٍ وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنْ الْكَيِّ

5249. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdurrahim telah mengabarkan kepada kami Suraij bin Yunus Abu Al Harits telah menceritakan kepada kami Marwan bin Suja’ dari Salim Al Afthas dari Sa’id bin Jubair dari Ibnu Abbas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “penawar ada pada tiga perkara, yaitu; berbekam, minum madu atau pada selaran api dan aku melarang ummatku dari menggunakan selaran api.”

– Bukanlah pengubatan itu hanya tiga ini sahaja. Tapi ini adalah sebagai contoh cara pengubatan dari banyak-banyak cara pengubatan yang banyak. Makan madu adalah jenis penawar yang memerlukan memakan sesuatu  atau minum. Berbekam adalah jenis mengeluarkan sesuatu dari dalam badan. Seperti mengeluarkan air kencing atau tahi. Kadang-kadang ada pengubatan yang memerlukan kita berbuat sebegitu. Baru rasa lega kalau dah keluarkan air kencing atau tahi itu. Selaran api adalah jenis menggunakan kepanasan. Kalau zaman sekarang, macam kemoterapi. Sampai gugur rambut semua. Ataupun menggunakan electric shock therapy kepada orang gila contohnya.

Pengubatan kay atau selaran api

Kalau zaman dulu ada kay itu ada gunanya untuk mengubat. Bakar besi sampai merah dan lekapkan dengan cepat kepada tubuh badan. Dalam hadis ini dikatakan Nabi larang tapi dalam hadis lain Nabi kata dia tak suka sahaja. Dan dalam hadis lain ada juga mengatakan Nabi membenarkan penggunaannya. Jadi menunjukkan kalau tiada cara lain, boleh pakai. Cuma kalau tiada cara lain. Maka kenalah orang yang mengubat mencari jalan yang lebih baik dalam mengubat. Kena belajarlah kalau nak tahu.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s