We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Talbinah Untuk Orang Sakit ..(dan bab-bab seterusnya) November 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 6:24 pm

بَاب التَّلْبِينَةِ لِلْمَرِيضِ

Bab Talbinah Untuk Orang Sakit

5257 – حَدَّثَنَا حِبَّانُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّهَا كَانَتْ تَأْمُرُ بِالتَّلْبِينِ لِلْمَرِيضِ وَلِلْمَحْزُونِ عَلَى الْهَالِكِ وَكَانَتْ تَقُولُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ التَّلْبِينَةَ تُجِمُّ فُؤَادَ الْمَرِيضِ وَتَذْهَبُ بِبَعْضِ الْحُزْنِ

5257. Telah menceritakan kepada kami Hibban bin Musa telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Yunus bin Yazid dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha bahwa dia selalu menyuruh disediakan talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) untuk orang yang sakit dan orang yang sedih karena kerana bimbang akan mati, dia juga selalu berkata; “Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya talbinah itu dapat menguatkan jantung pesakit dan menghilangkan sedikit sebanyak kesedihan.”

Sekarang dah ada talbinah moden. Senang nak makan.

– Talbinah itu adalah campuran gandum dan susu. Sebab itu namanya Talbinah, diambil dari perkataan ‘laban’, iaitu susu. Kalau di Kelantan, ianya dikenali sebagai koley. Kalau tak campur dengan susu pun, boleh dicampur dengan air. Jadi, rasanya adalah tawar.

Saranan Nabi ini adalah kerana orang yang sakit tak boleh makan benda yang berat. Ianya akan menambah sakitnya lagi kalau makan berat. Sebab badan sedang lemah dan tak dapat nak proses makanan yang berat itu.

Dapat mengurangkan sedikit kesedihan itu sebab orang yang sakit dapat juga makan. Dia nak makan yang sedap-sedap dah tak boleh dah. Tapi adalah juga makanan yang dia boleh makan.

5258 – حَدَّثَنَا فَرْوَةُ بْنُ أَبِي الْمَغْرَاءِ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّهَا كَانَتْ تَأْمُرُ بِالتَّلْبِينَةِ وَتَقُولُ هُوَ الْبَغِيضُ النَّافِعُ

5258. Telah menceritakan kepada kami Farwah bin Abu Al Maghra` telah menceritakan kepada kami Ali bin Mushir telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Ayahnya dari ‘Aisyah bahwa dia juga menyuruh supaya disediakan talbinah (adonan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) untuk orang sakit, dan dia selalu berkata; “Ia adalah sesuatu yang tidak disenangi oleh pesakit namun sangat berguna baginya.”

– Orang sakit tak suka sangat sebab Talbinah ni tawar. Mereka sudah biasa dengan makanan macam-macam rasanya, jadi tekak susah nak terima. Tapi ianya adalah baik. Dapat memberi tenaga sikit. Dan mudah dihadam boleh badan yang lemah sebab sakit.

بَاب السَّعُوطِ

Bab Ubat Yang Dimasukkan Melalui Hidung

5259 – حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَأَعْطَى الْحَجَّامَ أَجْرَهُ وَاسْتَعَطَ

5259. Telah menceritakan kepada kami Mu’alla bin Asad telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau telah berbekam dan baginda telah memberi kepada tukang Bekam upahnya dan Nabi telah menggunakan ubat melalui hidungnya (memasukkan obat ke hidung untuk mengeluarkan kotoran yang ada dalam tenggorokan).”

– Nabi memberi upah sebab nak mengajar kita menghargai usaha dan kerja orang lain. Mereka berkhidmat kepada kita, takkan percuma sahaja. Walaupun mereka tak minta pun bayaran. Seorang pembekam Nabi, sampai tak sanggup nak buang darah Nabi dan dia telah minum. Maknanya, dia sayang sangat kat Nabi. Ini bukan nak kata boleh apa yang dia buat tu. Minum darah Nabi adalah perbuatan melampau tu. Jadi, kalau orang macam tu, takkan dia minta upah kepada Nabi. Tapi Nabi masih juga beri upah kepada dia.

Semasa Nabi dan Abu Bakr Hijrah, Abu Bakr sediakan unta kepada Nabi. Nabi hanya terima kalau dia bayar.

Cara perubatan yang Nabi buat itu adalah cara zaman itu. Kita tidak terikat dengannya. Nabi nak tunjuk macam-macam cara ada. Maknanya, kita sebagai umat zaman sekarang, kenalah cari cara yang boleh menyembuhkan kita.

Adakah Nabi banyak sakit sampai banyak cerita pasal pengubatan yang dia amalkan? Tidak. Nabi seorang yang sihat. Semasa wafat, hanya beberapa helai sahaja rambutnya yang beruban dan rambut baginda lebat tidak gugur. Menunjukkan baginda sihat. Kalau dibandingkan dengan Umar dan Ali, mereka dah jadi hampir botak. Tapi sebagai manusia, adalah jatuh sakit sekali sekala. Dan dengan sakit baginda itu, Nabi dapat mengajar kita.

بَاب السَّعُوطِ بِالْقُسْطِ الْهِنْدِيِّ وَالْبَحْرِيِّ

Bab Ubat Melalui Hidung Menggunakan Qust Hindi Atau Qust Bahri

وَهُوَ الْكُسْتُ مِثْلُ الْكَافُورِ وَالْقَافُورِ مِثْلُ { كُشِطَتْ } وَقُشِطَتْ نُزِعَتْ وَقَرَأَ عَبْدُ اللَّهِ قُشِطَتْ
iaitu qust sama seperti kaafur maksudnya dicabut.

5260 – حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ يُسْتَعَطُ بِهِ مِنْ الْعُذْرَةِ وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ
وَدَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنٍ لِي لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّ عَلَيْهِ

5260. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadl telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari ‘Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pastikan kamu mengguna kayu Hindi ini, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh, boleh digunakan melalui hidung kerana sakit tonsil dan boleh digunakan dengan dimasukkan ke dalam salah satu bahagian mulut untuk dikemam kepada pesakit yang sakit lambungnya atau bahagian dada.’ Lalu aku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil membawa anakku yang belum makan apa-apa makanan, lalu anakku itu telah mengencingi beliau, maka beliau meminta air dan merenjis kan air itu ke atas air kencing itu.”

Gambar Qustul Bahri. Nak cari mana, tak tahu.

– Dipanggil Qust Hindi kerana dibawa pedagang dari India. Dan dipanggil juga Qust Bahri kerana dibawa melalui jalan laut. Ianya adalah sejenis akar yang hidup di kaki bukit. Bukan berasal dari laut.

Dalam hadis ini dikatakan Nabi yang dalam Qust Bahri itu ada tujuh penawar. Tapi dalam matannya hanya disebut dua. Kerana perawi hanya ingat dua sahaja iaitu apa yang berkenaan dengannya sahaja. Maka selain dari itu, hanya Nabi sahaja yang tahu. Tapi bukanlah hanya tujuh itu sahaja. Ada lagi yang lain. Kena ada pengkajian perlu dijalankan untuk mendapatkan apakah manfaatnya lagi.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s