We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’: Bab Membasuh Tumit, Bab Membasuh Kedua Belah Kaki Dalam Keadaan Berselipar November 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 5:45 pm

بَاب غَسْلِ الْأَعْقَابِ

Bab Membasuh Tumit

وَكَانَ ابْنُ سِيرِينَ يَغْسِلُ مَوْضِعَ الْخَاتَمِ إِذَا تَوَضَّأَ
Ibn Sirin selalu membasuh tempat cincin ketika berwuduk.

– Ibn Sirin adalah ulama tabein yang terkenal dengan ilmu menakbir mimpi itu. Dia amat menjaga wudunya kerana sahabat pun menjaga wudu mereka kerana Nabi telah mengajar mereka begitu. Dia mencabut cincinnya sebab nak memastikan yang air sampai ke tempat cincin itu.

160 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ وَكَانَ يَمُرُّ بِنَا وَالنَّاسُ يَتَوَضَّئُونَ مِنْ الْمِطْهَرَةِ قَالَ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ فَإِنَّ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ

160. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ziyad berkata, “Aku mendengar Abu Hurairah berkata ketika beliau lalu dekat kami, ketika beberapa orang sedang berwudu, “Sempurnakanlah wudu kalian! Kerana Abul Qasim shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “kecelakaan berupa neraka untuk tuan-tuan punya tumit (yang tidak membasuh kaki dengan molek semasa berwuduk).”

Jangan lupa basuh dengan baik bahagian tumit kaki itu

– Kecelakaan yang sangat berat sampai boleh masuk neraka kalau tak menjaga wudu sebab kalau wudu tak sempurna, maka solat pun tidak diterima. Kerana jika tidak dikira solat, itulah yang menyebabkan sampai boleh masuk neraka.

Kena basuh kaki itu. Tidak boleh kalau tak kena air. Ditakuti kita basuh bahagian depan kaki sahaja dan bahagian tumit itu kita sapu dengan air sahaja. Ini bahaya.

Abul Qasim itu adalah kuniah kepada Nabi Muhammad.

 

بَاب غَسْلِ الرِّجْلَيْنِ فِي النَّعْلَيْنِ وَلَا يَمْسَحُ عَلَى النَّعْلَيْنِ

Bab Membasuh Kedua Belah Kaki Dalam Keadaan Berselipar Dan Tidak Boleh Menyapu Di Atas Selipar

– Imam Bukhari nak menambahkan hujahnya takut ada yang kata kalau pakai kasut/selipar boleh sapu atas kaki sahaja. Tidak boleh begitu. Kalau pakai kasut, kena basuh dengan sempurna juga. Tak semestinya buka kasut itu. Kalau tak buka, boleh basuh sekali dengan selipar atau kasut itu. Asalkan air sampai ke keseluruhan kaki.

161 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ أَنَّهُ قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ رَأَيْتُكَ تَصْنَعُ أَرْبَعًا لَمْ أَرَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِكَ يَصْنَعُهَا قَالَ وَمَا هِيَ يَا ابْنَ جُرَيْجٍ قَالَ رَأَيْتُكَ لَا تَمَسُّ مِنْ الْأَرْكَانِ إِلَّا الْيَمَانِيَّيْنِ وَرَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ وَرَأَيْتُكَ تَصْبُغُ بِالصُّفْرَةِ وَرَأَيْتُكَ إِذَا كُنْتَ بِمَكَّةَ أَهَلَّ النَّاسُ إِذَا رَأَوْا الْهِلَالَ وَلَمْ تُهِلَّ أَنْتَ حَتَّى كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ أَمَّا الْأَرْكَانُ فَإِنِّي لَمْ أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمَسُّ إِلَّا الْيَمَانِيَّيْنِ وَأَمَّا النِّعَالُ السِّبْتِيَّةُ فَإِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ النَّعْلَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا وَأَمَّا الصُّفْرَةُ فَإِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْبُغُ بِهَا فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَصْبُغَ بِهَا وَأَمَّا الْإِهْلَالُ فَإِنِّي لَمْ أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهِلُّ حَتَّى تَنْبَعِثَ بِهِ رَاحِلَتُهُ

161. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Sa’id Al Maqbari dari ‘Ubaid bin Juraij bahwa dia berkata kepada ‘Abdullah bin ‘Umar, “Wahai Abu ‘Abdurrahman, aku melihat anda mengerjakan empat perkara yang tidak aku lihat seorangpun dari sahabatmu melakukannya!” ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Apa dia wahai Ibnu Juraij?” Ibnu Juraij berkata, “Aku melihat anda tidak menyentuh rukun-rukun (Ka’bah) kecuali rukun Yamaniyain (dua sudut kaabah yang menghala ke Yaman), aku melihat anda memakai selipar sibtiyyah yang terbuat dari kulit yang tidak berbulu, aku melihat anda mencelup baju dengan menggunakan celupan berwarna kuning, dan saat manusia di Makkah berihlal setelah melihat anak bulan, aku melihat anda tidak melakukannya kecuali pada hari tarwiyah?” ‘Abdullah bin ‘Umar pun berkata, “Adapun tentang rukun Ka’bah, sungguh aku tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusapnya kecuali dua rukun Yamani. Sedangkan mengenai selipar sibtiyyah, sungguh aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengenakan selipar kulit yang tidak berbulu, dan beliau berwudu dalam keadaan memakainya, kerana itulah aku suka memakainya. Adapun tentang celupan warna kuning itu, sungguh aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mencelup dengan warna tersebut dan kerana aku juga suka melakukannya. Dan tentang ihlal itu, sungguh belum pernah aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berihlal sehinggalah kendaraannya bangkit mengangkat baginda.”

– Bab menyentuh rukun Yamaniyain. Iaitu sudut hajarul Aswad dan rukun yamani. Bahasa Arab memanggil keduanya sebagai Yamaniyain. Ada sahabat seperti Muawiyah dan Anas yang menyentuh keempat-empat rukun Kaabah itu kerana mengatakan bahawa sama sahaja semua rukun itu. Tapi Ibn Umar tidak buat begitu. Kerana dia kata Nabi sendiri hanya menyentuh yang dua itu sahaja.
Kenapa Nabi hanya sentuh dua itu sahaja? Kerana Kaabah yang ada pada zaman Nabi yang sampai zaman sekarang bukanlah seperti pada zaman Nabi Ibrahim. Semasa pembuatan semula Kaabah pada zaman jahiliyah, mereka tidak cukup wang yang suci untuk membina kembali Kaabah seperti pada zaman Nabi Ibrahim. Jadi tidak sama keseluruhan Kaabah itu seperti pada zaman Nabi Ibrahim. Kecil sedikit dari yang sepatutnya. Jadi rukun yang sama yang ada hanyalah dua rukun yang Nabi sentuh itu sahaja. Rukun Syami dan rukun Iraqi itu bukanlah rukun yang asal. Maka yang benarnya adalah sentuh dua rukun Yamaniyain itu sahaja.

Kenapa nak sentuh? Kerana tanda kasih dan sayang. Kerana itulah bahagian yang disentuh oleh nabi-nabi dahulu. Macam kita bersalaman dengan mereka. Kerana kita dan mereka adalah sama agama dan sama tujuan. Kita bersumpah setia dengan mereka. Kerana dalam banyak banyak tempat yang disentuh Nabi, inilah tempat yang ditunjuk Nabi kita kena sentuh. Kalau tak boleh sentuh kalau jauh semasa tawaf itu, kita tunjuk angkat tangan sahaja atau dipanggil istilam sahaja. Dan kalau hajarul aswad itu, disunatkan mengucupnya kerana Nabi pun kucup. Bukanlah kerana kemuliaan batu itu. Sebab batu asal yang Nabi Ibrahim letak dulu pun entah kemana dah. Bukan kekal sampai zaman sekarang pun.

– Ibn Umar seorang yang kuat ikut Sunnah. Dia akan ikut semua sekali walaupun dalam perkara yang bukan ibadat. Kerana sayangnya dia kepada Nabi. Sampaikan ada tempat yang Nabi pernah tergelincir, dia pun buat tergelincir juga. Dia tahu bahawa benda itu bukan syariat tapi dia sayang sampai dia nak ikut apa sahaja perbuatan Nabi. Ini memberi semangat kepada kita. Kita kenalah ikut dan menjadikan Nabi sebagai uswah kita. Kalau kita ikut orang lain, tidak ada faedahnya.

– Tentang selipar sibtiyyah: Ibn Umar melihat Nabi memakai selipar jenis ini, maka itulah sebabnya dia pun pakai juga macam tu. Selalunya orang biasa memakai selipar kulit tapi yang berbulu. Sebab itu yang senang dibuat dan murah. Iaitu jenis kulit yang tak dibuang bulunya. Maknanya, selipar kulit yang tiada bulu ini adalah jenis yang mahal. Nabi pakai itu sebab dia dapat hadiah dari orang. Biasanya Nabi akan pakai untuk menggembirakan hati mereka yang memberi. Mungkin hadiah ini dari luar negara. Dan ianya adalah mahal. Maka Ibn Umar kena keluarkan duit juga sebab nak pakai selipar jenis ini.

Yang penting disini adalah bagaimana dia menceritakan dia nampak Nabi kalau ambil wudu pakai selipar ini, Nabi akan basuh sekali. Bukanlah kalau pakai selipar, Nabi sapu atau basuh sahaja bahagian atas. Maknanya, kena basuh sempurna juga. Dan kalau takut kasut atau selipar itu rosak, maka kena pecat dahulu selipar itu. Tidak boleh dijadikan alasan sebab selipar itu mahal, maka tidak perlu basuh sempurna.

– Nabi pernah juga memakai warna kuning pada baju baginda. Baginda celup dengan Za’faran. Memang wangi bau baju kalau begitu. Dan memang Nabi suka bau yang wangi. Memang pernah Nabi larang pakai warna kuning. Sebab tak mahu bagi sama dengan sami Buddha. Tapi bila masyarakat sudah faham, tidak mengapa. Bukanlah Nabi anti warna kuning itu. Dan kalau Nabi pakai warna kuning tu, bukanlah seluruh baju atas bawah warna kuning macam sami Buddha itu.

Tidak salah mewarnakan rambut. Nabi pun pernah buat. Kalau dahulu semasa perang, memang dihitamkan rambut supaya nampak muda. Tapi tidak semestinya semasa perang sahaja. Sebab kalau diluar perang pun Nabi benarkan. Dan bukan hanya warna merah atau inai sahaja. Sebab kalau warna selain dari warna rambut asal kita, maka orang tahu kita warnakan rambut. Kalau rambut kita hitam, maka kena warnakan hitam. Ini adalah untuk penampilan diri dan untuk meyakinkan diri. Dimaafkan tentang wudu kalau tidak sampai ke rambut.

ihlal itu adalah kata kata labbaikalallah ….. itu. Orang lain, masuk bulan zulhijjah sahaja dah mula berihlal. Iaitu menyatakan niat mengerjakan samada umrah atau haji. Yang dinamakan talbiyah adalah kata yang sama tapi itu yang diulang-ulang.
Nabi hanya ihlal pada hari kelapan iaitu hari tarwiyah.

 

بَاب التَّيَمُّنِ فِي الْوُضُوءِ وَالْغَسْلِ

Bab Menganan Dalam Berwudhu` Dan Mandi

162 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ حَفْصَةَ بِنْتِ سِيرِينَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُنَّ فِي غَسْلِ ابْنَتِهِ ابْدَأْنَ بِمَيَامِنِهَا وَمَوَاضِعِ الْوُضُوءِ مِنْهَا

162. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid dari Hafshah dari Ummu ‘Athiyah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada perempuan-perempuan yang memandikan jenazah anak perempuannya: “Hendaklah kalian mulai dari yang sebelah kanannya dan dengan anggota-anggota wudunya.”

– Nabi memesan kepada mereka yang memandikan anak perempuannya untuk memulakan mandian jenazah dari kanan dan mula membasuh anggota wudu dahulu. Tapi itu tidaklah bermakna dah berwuduk. Maknanya lepas dah habis mandi itu pun, kena ambil wudu lagi kepada jenazah.

163 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَشْعَثُ بْنُ سُلَيْمٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

163. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku Asy’ats bin Sulaim berkata, Aku mendengar bapaku dari Masruq dari ‘Aisyah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suka menganan dalam memakai seliparnya, menyisir rambut, bersuci dan malah dalam segala pekerjaannya.”

– Nabi suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan kerana kita orang yang bertuah akan menerima kitab amalan dia dari belah kanan. Kanan ini telah diterima dari dulu sampai sekarang adalah bahagian yang baik. Dan ramai dalam dunia ini pun pakai tangan kanan. Amat kurang yang kidal.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s