We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’: Tidak Boleh Seseorang Memegang Kemaluannya Dengan Tangan Kanan Ketika Kencing November 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 1:59 am

بَاب لَا يُمْسِكُ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ إِذَا بَالَ

Bab Tidak Boleh Seseorang Memegang Kemaluannya Dengan Tangan Kanan Ketika Kencing

Lafaz yang tepat yang digunakan dalam hadis ini adalah ‘Zakar’. Iaitu kemaluan lelaki. Jadi tajuk ini sebenarnya khas untuk lelaki sahaja. Sebab kalau perempuan, dia tidak perlu pegang pun kemaluan dia.
Lafaz diantara tajuk hadis dan matan berbeza. Dalam tajuk digunakan perkataan: يُمْسِكُ yang bermaksud ‘memegang’ tapi dalam matan hadis digunakan perkataan يَأْخُذَنَّ yang bermaksud: mengambil. Tapi ianya adalah makna yang sama. Imam Bukhari menjelaskan apa yang dimaksudkan di dalam matan hadis di dalam tajuknya. Sebab kalau dia tak jelaskan, kita mungkin terkeliru.

Persoalan yang timbul, adakah haram untuk memegang zakar atau hanya tak molek?
Kenapa tak boleh pegang zakar semasa kencing? Takut memercik air kencing itu ke tangan dan nanti tangan itu pula kita guna untuk makan. Islam nak mengajar tentang kebersihan. Takut makan nanti lekat najis kepada makanan dan masuk dalam badan. Begitu halus sekali Islam ini dalam menjaga kesihatan manusia.

Jadi dalam hadis ini, tidak dibenarkan untuk pegang kemaluan waktu qadha hajat sahaja. Kalau pegang diluar waktu itu, Imam Bukhari nak kata bahawa tak batal wudu. Imam Bukhari nak sampaikan mazhabnya yang kadang-kadang lain dengan mazhab ulama lain. Mazhab Syafie dan Ahmad kata batal wudu kalau pegang kemaluan. Itupun kalau pegang dengan perut tangan. Kalau selain dari itu, tidak batal.

– Banyak nanti kita akan berjumpa suruhan agama menyuruh kita membuat amalan dengan genap dan ganjil. Contohnya, kita disuruh membasuh anggota wudu kita tiga kali. Ini kerana ianya nak mengajar kita tentang Hakikat Tauhid. Makhluk semua dalam keadaan genap. Iaitu kita semua memerlukan pasangan. Seperti malam dan siang. Hitam dan Putih. Lelaki dan Perempuan. Yang ganjil hanya Allah. Dialah sahaja yang satu dan tidak perlu kepada yang lain.

150 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا بَالَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَأْخُذَنَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلَا يَسْتَنْجِي بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ

150. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Al Auza’i dari Yahya bin Abu Katsir dari ‘Abdullah bin Abu Qatadah dari bapaknya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Jika salah seorang dari kalian kencing maka janganlah ia memegang kemaluannya dengan tangan kanan, jangan beristinja’ dengan tangan kanan dan jangan bernafas dalam gelas minum.”

– Tidak dibenarkan menggunakan tangan kanan untuk beristinjak secara langsung. Iaitu tangan kanan itu tidak boleh menyentuh kemaluan. Tapi kalau nak bantu dengan tangan kiri seperti untuk ambil air contohnya, itu boleh.
– Kita tak boleh nafas dalam bekas minuman. Ini adalah untuk mengelakkan dari dijangkiti penyakit. Sebab kalau kita ada penyakit, mungkin kalau kita bernafas dalam air itu, akan memindahkan kuman penyakit kita ke dalam bekas itu. Dan kalau orang lain pakai pula bekas itu, akan menjangkiti mereka pula. Hadis ini berkait dengan kesihatan. Sebagaimana kita tidak dibenarkan menggunakan tangan kiri untuk beristinjak kerana takut kuman atau kotoran masuk ke dalam makanan kita nanti, begitulah juga kita dilarang bernafas dalam air kerana tak mahu penyakit berjangkit.
Selain dari itu, bernafas dalam air akan menjijikkan orang lain. Ini kalau mereka berkongsi bekas minuman dengan, mereka mungkin taknak pakai dah bekas itu kalau kita bernafas dalamnya. Apabila orang lain dah taknak minum dari bekas itu, dah jadi membazir pula. Di dalam hadis yang lain, dikatakan bahawa bekas minuman orang mukmin ada kebaikan padanya. Tapi tentulah bukan yang ada penyakit. Selain dari itu kalau bernafas dalam bekas minuman itu, menunjukkan sikap kita yang gelojoh. Ini tidak beradab dan dalam Islam, kita diajar untuk beradab.

بَاب الِاسْتِنْجَاءِ بِالْحِجَارَةِ

Bab Beristinja` Dengan Batu

151 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَكِّيُّ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدِ بْنِ عَمْرٍو الْمَكِّيُّ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ اتَّبَعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَرَجَ لِحَاجَتِهِ فَكَانَ لَا يَلْتَفِتُ فَدَنَوْتُ مِنْهُ فَقَالَ ابْغِنِي أَحْجَارًا أَسْتَنْفِضْ بِهَا أَوْ نَحْوَهُ وَلَا تَأْتِنِي بِعَظْمٍ وَلَا رَوْثٍ فَأَتَيْتُهُ بِأَحْجَارٍ بِطَرَفِ ثِيَابِي فَوَضَعْتُهَا إِلَى جَنْبِهِ وَأَعْرَضْتُ عَنْهُ فَلَمَّا قَضَى أَتْبَعَهُ بِهِنَّ

151. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad Al Makki berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Yahya bin Sa’id bin ‘Amru Al Makki dari Kakeknya dari Abu Hurairah ia berkata, “Aku mengikuti Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ketika beliau keluar untuk buang hajat, dan beliau tidak menoleh (ke kanan atau ke kiri) hingga aku mendekatinya. Lalu Beliau bersabda: “Carikan untukku beberapa biji anak batu untuk aku gunakan beristinja’ namun jangan bawakan tulang atau najis haiwan.” Atau begitulah katanya. Lalu aku datang kepada beliau dengan membawa beberapa biji anak batu dalam ingatan saya, batu tersebut aku letakkan di sisinya, lalu aku berpaling darinya. Setelah selesai membuang air beliau gunakan batu-batu tersebut.”

Boleh gunakan batu sebegini untuk beristinjak

– Nabi kalau jalan, dia tidak menoleh kiri kanan.
– Bukanlah Abu Hurairah nampak Nabi beristinjak, tapi dia kata Nabi beristinjak kerana Nabi sendiri yang cakap. Maknanya, dia tidak tengok sendiri.
– Kalau wudu, kalau tiada air baru boleh tayamum. Kalau ada air, tidak boleh pilih untuk tayamum. Tapi kalau istinjak, boleh pakai batu walau ada air. Maknanya ada pilihan.
– Dalam penggunaan batu sebagai bahan istinjak, ada beza antara lelaki dan perempuan. Kalau lelaki, boleh pakai batu untuk hadas kecil dan besar. Perempuan, tidak sesuai untuk pakai batu kalau kencing kerana tidak sama kencing lelaki dan perempuan. Kencing perempuan merata-rata curahnya. Tapi kalau untuk berak, dua-dua lelaki dan perempuan boleh. Kecuali kalau air kencing perempuan merebak sampai ke lubang dubur, itu dah tak boleh.
– Ulama berbeza pendapat dalam penggunaan batu dalam istinjak ini. Adakah penggunaannya untuk membersihkan atau mengurangkan najis sahaja? Syafie dan Ahmad kata kalau pakai batu untuk istinjak pun sudah dikira bersih dah. Kerana Nabi telah buat begitu. Ini adalah perkara yang diluar pemahaman kita. Tak sampai akal kita untuk sampai samada bersih atau tidak. Kalau Nabi dah buat, maka kita terima sahajalah. Pada mereka, batu itu boleh menyucikan. Ini adalah perkara Taabbudi. Iaitu mengikut perintah taat. Macam tayamum juga yang kita terima sebagai menyucikan walau nampak pada zahirnya, bagaimanakah tanah boleh menyucikan pula? Tapi kita sebagai muslim, menerimanya. Tapi, mereka hanya terima batu sahaja. Kerana itulah sahaja bahan yang disebut dalam hadis. Kalau selain dari batu, tak diterima.

Tetapi Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak terima batu sebagai alat yang membersihkan. Tayamum boleh diterima kerana hukum Tayamum ada dalam Quran. Istinjak dengan batu hanya ada dalam hadis sahaja. Tidak sama tarafnya. Jadi, pada mereka, ianya hanya untuk menipiskan najis sahaja. Kerana dengan menipiskan najis, penggunaan air untuk membasuh itu sudah kurang. Air boleh jimat. Dan kita akan merasa kurang jijik untuk membasuh dengan air pula selepas itu kerana najis dah kurang. Hakikatnya, Nabi pakai air juga. Kerana seperti cerita dalam quran yang memuji penduduk quba’. Rupanya, mereka dipuji kerana mereka membasuh najis mereka dengan air.
Zaman sekarang nak pakai batu, tidaklah sesuai dengan zaman sekarang. Mana nak buang batu-batu tu dalam tandas kita? Lama-lama penuh lubang tandas dengan batu pula nanti. Zaman Nabi, sesuailah pakai batu. Tapi sekarang yang sesuai adalah pakai tisu. Sebab kalau kita pakai batu, mana nak buang batu-batu itu semua?

Apakah yang dimaksudkan dengan najis? Sebab dalam hadis ini Nabi kata jangan beri dia najis untuk beristinjak. Sebab ada ulama seperti Imam Malik berpendapat yang najis haiwan yang boleh dimakan adalah tidak dikira najis. Maknanya kalau terkena pada kita, tidaklah kesah sangat. Boleh dibawa sembahyang kalau terkena sedikit pada baju kita. Bukanlah sampai tahap suci sampai boleh dimakan pula, tidak. Maka, pendapat ini memegang bahawa boleh pakai najis binatang yang kering. Kalau basah, memang tidak boleh.

Tapi tidak kepada Imam Syafie dan Imam Ahmad. Mereka memandang najis binatang itu adalah najis juga. Maka, pendapat ini tidak membenarkan sama sekali pakai najis binatang untuk beristinjak samada najis itu kering atau tidak. Tapi pendapat yang mengatakan tidak najis itu adalah kerana pernah Nabi menyuruh orang untuk pergi minum susu unta dan kencing unta. Kalau ada kata sebab itu adalah kerana darurat, takkanlah tidak ada lagi ubat-ubat lain dari akar kayu dan sebagainya.

Kenapa tidak boleh pakai tulang? Ada pendapat mengatakan yang tulang tu jenis licin. Maka kalau licin, tidak dapat membersihkan.

Tapi ada pendapat yang lebih kuat lagi. Iaitu Nabi tidak membenarkan kerana tulang adalah makanan puak jin dan najis binatang adalah makanan kepada binatang puak jin. Sebab mereka juga ada mempunyai binatang ternakan. Maka, sebagai menghormati mereka, kita tidak dibenarkan untuk menggunakan tulang dan najis binatang. Mereka telah minta makanan dari Nabi Muhammad dan telah diberikan makanan jenis ini kepada mereka. Walaupun nampak kosong sahaja tulang itu pada kita, tapi begitulah hakikatnya. Allah akan memberi daging kepada tulang itu untuk dimakan oleh mereka. Macam kita lihat anjing juga. Walaupun banyak makanan lain lagi, tapi anjing amat berahi dengan tulang. Tapi jin Islam hanya akan makan tulang dari binatang yang disembelih cara Islam. Yang kafir itu memang akan makan kalau tak sembelih pun. Maka, larangan tidak boleh dipakai najis dan tulang untuk beristinjak adalah kerana benda-benda itu adalah makanan kepada jin dan binatang ternakan pemeliharaan mereka. Ditakuti juga kalau mereka marah kalau kita kacau makanan mereka. Kalau yang Islam pun, kalau dah marah, mereka akan susahkan kita juga. Jangan memain dengan puak-puak jin ni.

Memang dalam dunia ini banyak sekali jin. Cara kehidupan mereka lain dengan kita tetapi mereka juga mukallaf, iaitu mereka juga mempunyai tanggungjawab agama seperti kita juga. Mereka juga kena sembahyang, puasa dan sebagainya. Kita sahaja yang tak nampak mereka. Dan ada kebaikan tak nampak mereka ni. Kerana mereka banyak sangat dan ada dimana-mana, maka kalau kita nampak, akan menyusahkan hidup kita juga nanti. Tak lalu nak buat macam-macam. Nak makan pun tak lalu nanti.

Banyak pula jin itu digunakan oleh bomoh-bomoh dan jenis-jenis mereka. Sebab itu nampak macam ada kehebatan kepada mereka tapi sebenarnya mereka menggunakan jin untuk melihat perkara perkara ghaib.

بَاب لَا يُسْتَنْجَى بِرَوْثٍ

Bab Tidak Boleh Berstinja` Dengan Najis

152 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ لَيْسَ أَبُو عُبَيْدَةَ ذَكَرَهُ وَلَكِنْ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ يَقُولُ أَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْغَائِطَ فَأَمَرَنِي أَنْ آتِيَهُ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ حَجَرَيْنِ وَالْتَمَسْتُ الثَّالِثَ فَلَمْ أَجِدْهُ فَأَخَذْتُ رَوْثَةً فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَأَخَذَ الْحَجَرَيْنِ وَأَلْقَى الرَّوْثَةَ وَقَالَ هَذَا رِكْسٌ
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ

152. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair dari Abu Ishaq berkata -Abu ‘Ubaidah tidak menyebutkannya tetapi- ‘Abdurrahman bin Aswad dari Bapaknya bahwa ia mendengar ‘Abdullah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke tempat membuang air, lalu beliau memerintahkan aku membawakan tiga biji anak batu. Aku hanya mendapatkan dua batu, lalu aku mencari batu yang ketiga, namun aku tidak mendapatkannya lalu aku pun mengambil seketul najis haiwan yang sudah kering. Kemudian semua itu aku bawa ke hadapan Nabi. Namun beliau hanya mengambil dua batu dan membuang najis haiwan yang telah kering tersebut seraya bersabda: “Ini kotor.” Ibrahim bin Yusuf berkata dari bapaknya dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Abdurrahman.”

– Ada negara-negara yang mundur masih lagi memakai najis binatang sebagai keperluan harian mereka. Contohnya, menggunakan najis kambing sebagai bahan bakaran. Sebab itu kita jangan kutuk pendapat yang mengatakan najis haiwan tidak boleh dipakai. Sebab mereka kalau dah pakai tu, memang mereka tak basuh tangan apa semua.

– Yang pakai istinjak dengan batu dengan memegang pendapat yang mengatakan boleh istinjak kerana taabbud kepada Allah itu, kata kena pakai tiga batu. Tak boleh kurang. Sebab Nabi memang suruh cari tiga batu. Tapi ada pendapat yang menolak kerana Nabi buang satu lagi pemberian sahabat itu kerana ianya adalah kotor. Mereka jawap kembali mengatakan bila Nabi buang itu, kemudian Nabi jumpa juga satu lagi batu.

Pendapat yang tidak membenarkan menggunakan najis sebagai bahan istinjak menggunakan hadis ini sebagai hujjah kuat mengatakan memang tidak boleh kerana Nabi buang najis dan mengatakan ianya kotor. Tapi mereka jawap balik mengatakan Nabi buang itu kerana najis yang diberikan kepadanya itu adalah najis dari binatang yang tidak boleh dimakan. Tapi kemungkinan pendapat itu tidak kuat kerana Ibn Mas’ud iaitu lelaki yang dalam Hadith ini tentunya kenal najis itu najis apa sebab mereka biasa hidup di kawasan padang pasir. Tentulah dia tahu najis itu najis binatang apa.

Pendapat mengatakan yang sebab Nabi tak gunakan itu sebagai istinjak itu adalah kerana ianya adalah makanan jin. Sebab itulah dia tak pakai najis itu sebagai bahan istinjak.

بَاب الْوُضُوءِ مَرَّةً مَرَّةً

Bab Berwudhu` (Dengan Membasuh Setiap Anggota Wudhu`) Sekali-Sekali (Sahaja)

Maka sampailah balik kepada penbincangan asal kitab wudu ini iaitu wudu itu sendiri. Dah lama dah pusing ke perbincangan lain sebelum ini. Ada yang kata Bukhari dah nyanyuk sebab susunan dia mereka nampak tak kemas. Dan ada yang kata Imam Bukhari tak sempat nak susun. Tapi mana mungkin pendapat ini dapat diterima kerana Imam Bukhari lama dia mengajar kitab ini. Bukannya dia mati terus lepas siapkan kitab sahih dia ini. Ada sebab mengapa Imam Bukhari buat macam ini. Kerana ada berkenaan juga antara bab wudu dan istinjak itu.

153 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ تَوَضَّأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً مَرَّةً

153. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Zaid bin Aslam dari ‘Atha’ bin Yasar dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu dengan membasuh anggota wudhu’nya’ sekali sekali sahaja.”

– Hadis ini nak menceritakan bahawa membasuh anggota wudu itu yang wajib adalah satu kali sahaja. Pernah Nabi buat tapi tidak selalu.

بَاب الْوُضُوءِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ

Bab Berwudhu` (Dengan Membasuh Setiap Anggota Wudhu`) Dua-Dua Kali (Sahaja)

154 – حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عِيسَى قَالَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ

154. Telah menceritakan kepada kami Husain bin ‘Isa berkata, telah menceritakan kepada kami Yunus bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari ‘Abdullah bin Abu Bakar bin ‘Amru bin Hazm dari ‘Abbad bin Tamim dari ‘Abdullah bin Zaid, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berwudlu dengan membasuh setiap anggota wudunya dua dua kali.

– Dan pernah juga Nabi berwuduk dua dua kali membasuh anggota yang perlu dibasuh. Tapi macam yang sekali itu, jarang Nabi buat. Yang kemasknya adalah Nabi selalu basuh tiga kali, tiga kali.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

2 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Wudu’: Tidak Boleh Seseorang Memegang Kemaluannya Dengan Tangan Kanan Ketika Kencing”

  1. joe Says:

    baguslah blog ni….informatif.tq.

  2. joe Says:

    suka dengar ceramah maulana asri yusuf dalam youtube dalam membahaskan kitab-kitab hadis termasuklah imam bukhari.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s