We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’: Berwudhu` (Dengan Membasuh Setiap Anggota Wudhu`) Tiga-Tiga Kali… November 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 8:47 pm

بَاب الْوُضُوءِ ثَلَاثًا ثَلَاثًا

Bab Berwudhu` (Dengan Membasuh Setiap Anggota Wudhu`) Tiga-Tiga Kali

– Nabi membasuh tiga, tiga kali anggota wudu yang perlu dibasuh sahaja. Bukan semua kena tiga kali. Kepala hanya disapu sekali sahaja.
Ini adalah sambungan dari hadis-hadis berkenaan dengan bilangan untuk membasuh anggota wudu. Nabi pernah buat sekali, dua kali dan juga tiga kali. Yang moleknya adalah tiga kali. Tapi Islam memberikan kemudahan kepada umatnya kalau tidak boleh buat tiga kali, boleh buat kurang dari itu. Contohnya kalau air kurang, ataupun masa tidak ada untuk membasuh sampai tiga kali.

Imam Bukhari juga adalah ulama feqah. Dia bukan sahaja ulama hadis. Juga dia adalah Mujtahid Mutlak. Iaitu boleh membuat ijtihad sama seperti Imam Shafie dan Imam yang lain-lain. Maka, dia ada juga pendapat dia yang berdasarkan kepada ilmunya yang tinggi. Dan selalunya pendapat dia, dia akan letakkan dalam tajuk dia. Itulah sebabnya tajuk dalam bab-bab Sahih Bukhari ni penting.

Hadis dibawah ini disampaikan oleh Saidina Uthman, salah seorang sahabat yang kaya. Telah banyak kebajikan yang telah dilakukannya kepada Islam dan umat Islam. Banyak jasa yang telah disumbangkan kepada Islam. Sampai pernah Nabi kata kepada dia, buatlah apa sahaja yang dia hendak kerana dosanya telah diampunkan. Dia adalah antara sahabat-sahabat yang pandai berniaga. Pernah satu waktu, air telah kekurangan di Madinah. Maka Uthman telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk membeli telaga dari puak Yahudi dengan harga yang tinggi dan telaga itu telah diwakafkan untuk digunakan oleh seluruh umat Islam di Madinah.

155 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأُوَيْسِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَزِيدَ أَخْبَرَهُ أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثَ مِرَارٍ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ قَالَ قَالَ صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَكِنْ عُرْوَةُ يُحَدِّثُ عَنْ حُمْرَانَ فَلَمَّا تَوَضَّأَ عُثْمَانُ قَالَ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا لَوْلَا آيَةٌ مَا حَدَّثْتُكُمُوهُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَتَوَضَّأُ رَجُلٌ يُحْسِنُ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّي الصَّلَاةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الصَّلَاةِ حَتَّى يُصَلِّيَهَا قَالَ عُرْوَةُ الْآيَةَ { إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنْ الْبَيِّنَاتِ }

155. Telah menceritakan kepada kami Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Al Uwaisy berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Sa’d dari Syihab bahwa ‘Atha’ bin Yazid mengabarkan kepadanya bahwa Humran mantan hamba ‘Utsman mengabarkan kepadanya, bahwa ia telah melihat ‘Utsman bin ‘Affan minta untuk diambilkan bejana (berisi air). Lalu dia menuangkan pada dua telapak tangannya tiga kali lalu membasuh keduanya, lalu ia memasukkan tangan kanannya ke dalam bejana lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya, kemudian membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangan hingga siku tiga kali, kemudian mengusap kepala, kemudian membasuh kedua kakinya tiga kali hingga ke buku lali. Setelah itu ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa berwudlu seperti wudluku ini, kemudian dia shalat dua rakaat dan tidak berbicara dalam dirinya antara keduanya, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” Dan dari Ibrahim berkata, Shalih bin Kaisan berkata, Ibnu Syihab berkata. Tetapi ‘Urwah menceritakan dari Humran, “setelah ‘Utsman berwudu, dia berkata, “Maukah aku sampaikan kepada kalian sebuah hadits yang kalau bukan kerana ada satu ayat tentu aku tidak akan menyampaikannya? Aku pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang laki-laki berwudu dengan sempurna wudunya kemudian mengerjakan shalat, kecuali akan diampuni (dosa) antara shalatnya itu dan shalatnya itu yang berikutnya.” ‘Urwah berkata, “Ayat yang dimaksud adalah: ‘(Sesungguhnya orang- orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan…) ‘ (Qs. Al Baqarah: 159).

– Uthman takut kalau dia tidak menyampaikan hadis ini, dia akan dikira sebagai seorang yang menyimpan ilmu. Walaupun dia takut hendak menyampaikannya kerana takut manusia salah faham. Dia takut kalau mereka dengar hadis ini, mereka akan menyangka bahawa Islam ini mudah sangat. Sampai kalau buat dosa, senang sahaja hendak dibersihkan dosa itu. Tapi, kerana takut dikatakan nanti dia menyimpan ilmu, dia sampaikan juga hadis ini.

Dosa yang dimaksudkan adalah dosa-dosa kecil sahaja. Solat yang dibuat selepas ambil wudu itu adalah solat wudu.

Maksud tidak berbicara dalam dirinya itu adalah seseorang itu khusyuk dalam solatnya. Kalau fikirannya menerawang hal dunia, dia kena pulangkan balik supaya mengingati bahawa dia sedang mengadap Allah. Kalau yang difikirannya adalah hal akhirat, maka itu dibolehkan. Contohnya, sedang dia membawa ayat Quran di dalam solatnya, dia memikirkan tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat itu. Dan pernah juga Saidina Umar berkata bahawa dia pernah memikirkan tentang peperangan dalam solatnya. Itu dibolehkan kerana itu masih lagi dalam perkara agama.

Asbabun Nuzul ayat ini adalah berkenaan dengan ulama Yahudi yang menyimpan dan menyorok ilmu yang ada dalam kitab mereka dari masyarakat. Tapi Uthman mengambil fahaman sebegini, iaitu bukan hanya merujuk kepada pendita Yahudi yang menyorok ilmu dari dalam kitab Taurat, tapi juga merangkumi menyusup ilmu hadis yang didapati dari Nabi. Maka, ini adalah satu konsep dalam tafsir Quran yang melihat kepada makna yang terang dalam satu-satu ayat itu, dan bukan hanya melihat kepada asbabun Nuzul sahaja.

Dalam hadis ini, kita boleh lihat bahawa Uthman telah masukkan tangannya ke dalam bekas air wudu itu. Ini berlawanan dengan pendapat mazhab Shafie yang mengatakan air itu telah jadi air mustaqmal. Tidak ada konsep air mustaqmal itu kerana beginilah yang telah dilakukan Nabi dan telah ditunjuk oleh Saidina Uthman sendiri. Maka, kenapakah kita hendak mengambil pendapat yang tidak berdasarkan hadis yang sahih? Ulama Shafie mengatakan bahawa apa yang Uthman buat adalah dia telah membasuh tangannya sebelum memasukkannya balik. Tapi ini adalah pendapat yang tidak benar. Pendapat itu menyusahkan manusia. Dan menyebabkan banyak manusia ada penyakit was-was. Dan memang yang banyak mengalami masalah was-was ini adalah dari kalangan mazhab Syafie. Bukanlah kita nak kritik mazhab Syafie tapi kita yang belajar kenalah tahu mana pendapat yang lebih kuat dan boleh diterima.

 

بَاب الِاسْتِنْثَارِ فِي الْوُضُوءِ

Bab Menghembus Air Keluar Dari Hidung (Setelah Menghisap Ke Dalamnya) Ketika Berwudhu`

ذَكَرَهُ عُثْمَانُ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

156 – حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو إِدْرِيسَ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ وَمَنْ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ

156. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Idris bahwa dia mendengar Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda: “Barangsiapa berwudu hendaklah menghembus (air dari hidung), dan barangsiapa beristinja’ dengan anak batu hendaklah dengan bilangan ganjil.”

Istintsar adalah mengeluarkan air dari hidung

– Imam Bukhari mengatakan bahawa memasukkan air dalam hidung dan menyembusnya keluar adalah lebih kuat sunatnya dari kumur. Itulah sebabnya Bukhari meletakkan bab istintsar ini sebelum bab kumur. Sampai ada ulama yang kata wajib. Ini adalah kerana penekanan Nabi dalam hal ini. Baginda tidak sebut berkenaan dengan kumur sampai begini. Kerana hadis berkenaan istintsar itu adalah dari perkataan baginda dan yang berkenaan berkumur itu disampaikan oleh Saidina Uthman, iaitu melihat dari perbuatan baginda. Dalam ilmu hadis, perkataan Nabi itu lebih tinggi lagi darjatnya. Kerana kalau perbuatan Nabi, ada kemungkinan untuk baginda sahaja. Tapi kalau Nabi cakap, maknanya ianya adalah untuk semua orang.

Dan pendapat ini dikuatkan lagi kerana ada Hadis Nabi yang mengatakan bahawa syaitan bermalam di hujung hidung. Dan kerana hidung itu adalah tempat kotoran berhimpun. Dan syaitan memang suka tempat yang kotor. Jadi, dengan menghembuskannya, dapat mengeluarkan kotoran dan syaitan itu.

 

بَاب الِاسْتِجْمَارِ وِتْرًا

Bab Menggunakan Anak Batu Untuk Beristinja` Dengan Bilangan Ganjil

157 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ فِي أَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْثُرْ وَمَنْ اسْتَجْمَرَ فَلْيُوتِرْ وَإِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلْيَغْسِلْ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهَا فِي وَضُوئِهِ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ

157. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kalian berwudu hendaklah dengan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskannya keluar, dan barangsiapa beristinja’ dengan anak batu hendaklah dengan bilangan ganjil. Dan jika salah seorang dari kalian bangun dari tidurnya, hendaklah membasuh tangannya sebelum memasukkannya dalam bejana air wudunya, sebab seseorang dari kalian tidak tahu ke mana tangannya bermalam.”

– Penggunaan bilangan anak batu dalam bilangan ganjil itu adalah untuk mengingatkan manusia tentang Tuhan yang ganjil, iaitu tidak sama dengan makhluk. Yang lain dari yang lain. Allah tunggal dan tidak memerlukan sesiapa.
Dan ini juga menunjukkan bahawa membasuh anggota wudu dan istinstar itu adalah tiga kali juga.

Kita tidak tahu dimana tangan kita berada semasa kita tidur. Tidak kira samada kita tidur di malam hari atau di siang hari. Mungkin tangan kita telah memegang atau menyentuh kemaluan kita yang kotor. Ada juga pendapat yang mengatakan kita perlu membasuh tangan kita kerana itu adalah arahan Allah, tidak kira samada tangan kita telah menyentuh kemaluan atau tidak.

 

بَاب غَسْلِ الرِّجْلَيْنِ وَلَا يَمْسَحُ عَلَى الْقَدَمَيْنِ

Bab Membasuh Kedua Belah Kaki Dan Tidak Boleh (Hanya) Menyapu Kedua-Duanya

wudu29.jpg

Kena basuh kaki itu

– Bukhari nak bagitahu bahawa tidak ada tertib dalam wudu. Sebab itu dia letakkan bab membasuh kaki sebelum bab berkumur.
Juga nak menentang fahaman sesat Syiah. Pada mereka, kaki itu hanya boleh disapu sahaja. Kalau dibasuh, tak sah wudu. Sampai mereka kata dalam hal ini tak boleh Taqiyah. Padahal dalam hal lain, semua boleh taqiyah. Maknanya, kalau dalam hal lain, mereka boleh menipu seperti mereka solat bersama dengan kita. Tapi mereka tidak boleh menipu dalam membasuh kaki mereka. Mereka tak boleh nak basuh langsung kaki mereka. Tapi ada hadis yang ada dalam kitab mereka juga mengatakan Nabi membasuh kaki dalam wudu. Dan yang menuangkan air itu adalah Fatimah sendiri. Kerana mereka tak tahu nak cakap apa, mereka memberi alasan bahawa Nabi bertaqiyah semasa itu. Padahal mereka kata dalam bab basuh kaki tak boleh taqiyah. Dan kenapa pula Nabi nak taqiyah, sedangkan baginda bersama Fatimah sahaja. Bukankah Fatimah mereka kata adalah Syiah juga? Inilah salah satu pendapat bodoh dari mereka.

Pemahaman mereka ini adalah kerana mereka guna bacaan berlainan daripada ayat Quran berkenaan wudu. Pada mereka, kerana sebelum itu Allah suruh sapu kepala, maka kaki pun kena sapu sahaja. Padahal, kalau digunakan bacaan yang biasa digunakan, ianya akan bermakna kena basuh kaki itu. Dan memang boleh digunakan juga untuk menyapu kaki itu, iaitu semasa memakai khuf. Tapi Syiah tak terima pula menyapu atas khuf. Pada mereka, kena buka khuf itu walaupun dalam keadaan musim sejuk. Mereka tak terima pendapat yang mengatakan boleh sapu atas khuf. Memang mereka berlainan dengan mazhab yang lain.

Kenapa diletakkan kaki selepas kepala dalam ayat Quran itu? Kita boleh lihat bahawa pasangan tangan adalah dengan muka dan pasangan kepala dengan kaki. Kalau kita melihat sesuatu, dan kita inginkannya, kita akan mengambil dengan tangan. Bila membasuh bahagian muka, tidak disebut hadnya dan kepada tangan, ada disebutkan had iaitu hingga ke siku.
Dan fikiran kita ada dalam kepala. Apabila kita mahukan sesuatu yang jauh sedikit, kakilah yang akan menggerakkan kita untuk pergi. Maka kepala tidak diletakkan had tapi kaki ada, iaitu hingga ke buku lali.
Sebab itulah susunan adalah begitu. Bukanlah kalau kepala sapu sahaja, maka kaki pun sapu juga.

158 – حَدَّثَنَا مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنَّا فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقْنَا الْعَصْرَ فَجَعَلْنَا نَتَوَضَّأُ وَنَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا

158. Telah menceritakan kepada kami Musa berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Bisyir dari Yusuf bin Mahak dari Abdullah bin ‘Amru berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tertinggal dari kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan, beliau lalu dapat menyusul saat kami hampir kehabisan waktu shalat ‘Ashar sehingga kami berwudu dengan hanya mengusap kaki kami. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berseru dengan suara yang keras:Kecelakaan berupa api neraka untuk tuan tumit yang tidak membasuh dengan sempurna kedua kakinya ketika wudu.” Beliau ucapkan itu dua atau tiga kali.”

– Lihatlah betapa pentingnya membasuh kaki itu sampai Nabi menempik dari jauh sahabat yang tidak membasuh dengan molek kaki mereka dalam wudu.

 

بَاب الْمَضْمَضَةِ فِي الْوُضُوءِ

Bab Berkumur-Kumur Dalam Berwudhu`

قَالَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

159 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ دَعَا بِوَضُوءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ مِنْ إِنَائِهِ فَغَسَلَهُمَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْوَضُوءِ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثًا ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ كُلَّ رِجْلٍ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا وَقَالَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

159. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Atha’ bin Yazid dari Humran mantan budak ‘Utsman bin ‘Affan, bahwa ia melihat ‘Utsman bin ‘Affan minta untuk diambilkan air wudu. Ia lalu menuang bejana itu pada kedua tangannya, lalu ia basuh kedua tangannya tiga kali. Kemudian ia memasukkan tangan kanannya ke dalam air wudunya, kemudian berkumur, memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya. Kemudian membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua lengannya hingga siku tiga kali, mengusap kepalanya lalu membasuh setiap kakinya tiga kali. Setelah itu ia berkata, “Aku telah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu seperti wuduku ini, beliau lalu bersabda: “Barangsiapa berwudu seperti wuduku ini, kemudian dia salat dua rakaat dalam keadaan tidak berbicara dalam dirinya, maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu.”

– Hadis yang lebih kurang sama dengan hadis Uthman sebelum ini berkenaan cara mengambil wudu. Imam Bukhari meletakkan berkumur kemudian daripada anggota-anggota yang lain kerana nak menunjukkan tidak ada tertib dalam mengambil wudu itu. Maknanya, kalau kita nak kumur selepas kita basuh kaki pun tidak mengapa.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s