We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Beristinja Dengan Air… November 19, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:56 am

بَاب الِاسْتِنْجَاءِ بِالْمَاءِ

Bab Beristinja Dengan Air

– Imam Bukhari nak cakap bahawa air adalah cara bersuci yang paling baik. Kerana air dapat menghilangkan ain iaitu rupa, bau, rasa dan lagi menyucikan dari segi hukum. Ini adalah nak menjawap pendapat sahabat-sahabat yang mengatakan istinjak adalah dengan batu. Macam Ibn Umar, Abu Huzaifah yang berpegang sedemikian. Atau ada juga yang mengatakan bahawa istinjak dengan air itu adalah untuk perempuan sahaja. Dan ada pendapat ulama yang mengatakan tidak boleh menggunakan air kerana air adalah bahan makanan manusia. Sedangkan bahan makanan jin iaitu tulang pun tidak dibenarkan kita pakai untuk istinjak, apatah lagi kalau ianya adalah makanan manusia. Jadi Imam Bukhari nak tolak pendapat ini. Air adalah bahan bersuci yang paling baik. Nak basuh baju dan ambil wudu pun paling baik dengan air.

Di dalam Quran, Allah telah memuji penduduk Quba’. Oleh itu Nabi telah bertanya kepada mereka apakah amalan mereka sampai Allah suka kepada mereka. Mereka kata mereka beribadat seperti biasa sahaja, tapi mereka apabila beristinjak, mereka istinjak dengan air dan kerana itu Allah suka. Maka ini menunjukkan kelebihan bersuci menggunakan air.
Ayat itu ada dalam Taubah:108

يهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).

Jadi bagaimana dengan pendapat sahabat yang tidak menggunakan air itu? Itu adalah pendapat sahabat, maka tidak boleh kita senang nak tolak sahaja. Yang dibenarkan guna selain air itu adalah kerana air di kawasan mereka tak banyak. Jadi kena berjimat. Dan kalau ada air pun, kena utamakan kegunaan kepada perempuan. Kerana perempuan lebih memerlukan. Kerana kulit mereka lebih lembut dan apabila mereka kencing, mereka perlukan air yang lebih banyak untuk membasuh. Bukan macam orang lelaki yang kalau kencing, cuma perlu basuh bahagian hujung zakar sahaja.

Dan makanan orang-orang dulu pun ringkas. Tidak macam kita yang makan macam-macam, jadi bahan buangan kita pun lain macam juga. Mereka sampai boleh tentukan supaya pembuangan najis mereka waktu malam. Kita, bila dia nak keluar, dah kena pergi tandas dah. Dan najis mereka kurang pula. Jadi senang nak basuh.

146 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ وَاسْمُهُ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ أَجِيءُ أَنَا وَغُلَامٌ مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ يَعْنِي يَسْتَنْجِي بِهِ

146. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Hisyam bin ‘Abdul Malik berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Mu’adz dan namanya adalah ‘Atha bin Abu Maimunah ia berkata, “Aku mendengar Anas bin Malik meriwayatkan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar untuk buang air, maka aku sendiri dan seorang lagi budak lelaki mengekorinya sambil membawa bekas air, agar baginda dapat beristinja` dengannya.”

– Nabi pun guna air seperti yang disebut dalam hadis ini. Jadi ini menguatkan pendapat mengatakan bahawa menggunakan air untuk bersuci itu lebih molek.
Hadis ini juga menceritakan bahawa budak-budak boleh berkhidmat untuk orang tua untuk perkara yang munasabah. Mereka akan jadi cerdik sebab banyak dapat bergaul dan belajar dengan-orang dewasa lebih-lebih lagi kalau dalam hal ini, mereka bergaul dengan Nabi. Zaman itu, kanak-kanak tahu apa yang patut ditolong. Tak manja sangat macam budak-budak sekarang. Ini adalah kerana ibu bapa mereka yang mendidik mereka sebegitu dan mereka suruh anak-anak buat apa yang patut. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Dengan berkhidmat kepada Nabi, mereka boleh kenal siapa itu Nabi. Sebab itu mereka cepat menjadi dewasa sampaikan muda-muda lagi dah jadi panglima perang seperti Usamah pada umurnya baru 18 tahun.
Orang tua macam Ibn Mas’ud pun ada berkhidmat dengan Nabi. Dia juga ada membawa air untuk Nabi. Dan dia berkhidmat membawa bantal dan kasut Nabi. Supaya tidak menyusahkan Nabi dengan perkara-perkara remeh. Sebab Nabi sibuk dengan perkara yang lebih penting. Walaupun begitu, Nabi akan buat sendiri kalau dia berseorangan. Bukan hanya berharap kepada orang lain sahaja.

Janganlah macam kita sekarang yang menyusahkan guru ugama dengan perkara-perkara remeh temeh seperti baca doa, upacara belah mulut, tahlil dan itu ini. Sebab nak menjaga hati masyarakat, orang agama ikut sahaja apa yang masyarakat hendak. Semua mengharap kepada orang agama yang sebenarnya mereka pun tak berilmu mana pun. Sebab kalau mereka benar-benar berilmu, mereka tidak akan buat benda-benda macam tu. Kerana semua mengharap kepada mereka, masyarakat telah anggap mereka keramat pula. Sebab itu orang agama kita tak boleh buat banyak peninggalan berharga dalam agama. Sebab sibuk dengan benda-benda Macam Nabi, bukan semua baginda buat. Bukan semua bayi baru lahir, Nabi yang cukur jambul mereka. Bukan semua jenazah dia akan solatkan. Sampai ada sahabat yang Nabi tak tahu mereka dah mati, menikah dan sebagainya.

Nabi tak larang Anas bawa air itu bermakna Nabi setuju dengan perbuatan dia. Kerana sambil itu dia dapat belajar dari Nabi juga.
Dalam hadis ini, nampak seperti bukan Anas yang kata. Ada pendapat yang mengatakan bahawa yang mengatakan Nabi menggunakan air itu untuk beristinjak adalah perawi, bukan Anas. Jadi mereka kata ada kemungkinan, Nabi tak pakai air itu untuk beristinjak, mungkin dia pakai untuk wudu atau sebagainya. Tapi ada dalam hadis yang lain menunjukkan memang Anas sendiri mengatakan yang Nabi menggunakan air itu untuk beristinjak. Jadi persoalanan itu terjawap.

Tidak dapat dikenal pasti siapakah seorang lagi budak lelaki yang bersama Anas. Ada yang kata Ibn Mas’ud tapi itu pendapat lemah kerana Ibn Mas’ud bukannya budak semasa itu. Walaupun memang dia ada membawa air untuk Nabi untuk digunakan untuk beristinjak. Lagi pun, Anas mengatakan budak itu adalah dari kalangan mereka. Anas adalah dari Ansar dan Ibn Mas’ud pula adalah dari muhajirin.

بَاب مَنْ حُمِلَ مَعَهُ الْمَاءُ لِطُهُورِهِ وَقَالَ أَبُو الدَّرْدَاءِ أَلَيْسَ فِيكُمْ صَاحِبُ النَّعْلَيْنِ وَالطَّهُورِ وَالْوِسَادِ

Bab Orang Yang Dibawa Air Bersamanya Untuk Dia Bersuci. Abu ad-Darda` berkata: “Tidakkah ada di antara kamu pembawa selipar, air untuk bersuci dan bantal (Nabi s.a.w.?)”.

Dikatakan inilah adalah selipar Nabi. Allahu a’lam

– Cerita dalam tajuk: ada seorang anak murid Ibn Mas’ud pergi ke Madinah untuk mendapatkan ilmu. Dan dia berdoa semoga dia berjumpa sesiapa yang dapat mengajarnya. Ditakdirkan dia berjumpa dengan Abu Darda’ dan dia dah suka sangat dah sebab dapat jumpa seorang sahabat Nabi. Dan dia mengharap dapat belajar dari Abu Darda’. Abu Darda’ berkata bukankah dengan mereka ada pembawa selipar, air untuk bersuci dan bantal (Nabi s.a.w.?) Iaitu Ibn Mas’ud kerana Ibn Mas’ud lah yang terkenal membuat perkara-perkara itu. Dan lelaki itu datang dari tempat tinggal Ibn Mas’ud. Abu Darda’ nak mengatakan bahawa Ibn Mas’ud itu lagi berilmu dari dia. Dan memang Ibn Mas’ud seorang yang tinggi ilmunya. Kalau mazhab Hanafi, Ibn Mas’ud adalah rujukan utama mereka dari kalangan sahabat. Ibn Mas’ud seorang yang lekeh sahaja penampilannya, kecil betisnya tapi dia amat disayangi oleh Nabi. Masuk keluar rumah Nabi sentiasa sampai ada yang sangka bahawa dia adalah ahli keluarga Nabi. Dia antara yang awal masuk Islam semasa di Mekah dan dia telah declare dia seorang Islam sampai dia kena pukul sampai pengsan. Bila dia bangun, dia cakap lagi. Kerana dia selalu dengan Nabi, maka dia dapat belajar banyak kerana cara Nabi mengajar adalah dalam kehidupan seharian.
Dari apa yang Abu Darda cakap tu, kita boleh belajar bahawa dalam belajar ini, kalau dah boleh belajar di tempat sendiri, tak payah pergi jauh-jauh. Kebanyakan masyarakat kita rasa kalau tempat jauh itu lebih baik lagi. Padahal tidak semestinya begitu. Tentulah ada kelebihan di tempat kita juga. Kadang-kadang tu, orang lain yang datang ke tempat kita nak belajar. Kita sendiri tak tahu ada orang yang pandai di tempat kita.

147 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي مُعَاذٍ هُوَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ لِحَاجَتِهِ تَبِعْتُهُ أَنَا وَغُلَامٌ مِنَّا مَعَنَا إِدَاوَةٌ مِنْ مَاءٍ

147. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Mu’adz -yaitu ‘Atha’ bin Abu Maimunah- ia berkata, “Aku pernah mendengar Anas berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar untuk membuang air, aku sendiri dan seorang budak lelaki dari kalangan kami mengekorinya sambil membawa bekas air.”

– Imam Bukhari membawa satu hadis yang hampir sama dengan hadis sebelum ini. Pernah dia dikritik kerana itu. Sebab bawa hadis yang sama. Orang hairan kenapa nak diulang-ulang benda yang sama? Tapi sebenarnya ada sebab kenapa dia buat begitu. Dia nak menunjukkan bahawa walaupun hampir sama, tapi ada juga perbezaan. Dalam hadis sebelum ini, Anas kata bahawa dia bersama seorang ‘budak lain’ sahaja. Tapi dalam hadis ini kita dapat tahu bahawa budak itu adalah dari kalangannya, maka kita dapat tahu bahawa budak itu adalah dari puak Ansar sebab Anas adalah dari kalangan Ansar. Dari ini, kita boleh tahu bahawa orang yang dimaksudkan itu bukanlah Ibn Mas’ud kerana Ibn Mas’ud bukan golongan Ansar tapi Muhajirin.

بَاب حَمْلِ الْعَنَزَةِ مَعَ الْمَاءِ فِي الِاسْتِنْجَاءِ

Bab Membawa Lembing Kecil Dan Air Untuk Beristinja`

148 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ الْخَلَاءَ فَأَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ إِدَاوَةً مِنْ مَاءٍ وَعَنَزَةً يَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ
تَابَعَهُ النَّضْرُ وَشَاذَانُ عَنْ شُعْبَةَ الْعَنَزَةُ عَصًا عَلَيْهِ زُجٌّ

148. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari ‘Atha’ bin Abu Maimunah ia pernah mendengar Anas bin Malik meriwayatkan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke tempat membuang air, aku sendiri dan seorang budak lelaki membawa bekas air dan sebatang lembing kecil untuk Nabi SAW beristinja’ dengan air itu. Hadits ini dikuatkan oleh An-Nadlr dan Syadzan dari Syu’bah, “Al Anazah adalah tongkat yang dipasang dihujungnya besi tajam.”

– Hadis ini daripada Anas juga. Ada tambahan dalam hadis ini kalau dibandingkan dalam hadis sebelum-sebelum ini. Ada pasal lembing pula. Bukanlah bermaksud hadis yang sebelum ini lain. Orang yang ada masalah dengan hadis, tidak suka dan tidak belajar akan mengatakan bahawa hadis-hadis tidak boleh dipercayai kerana bercanggah. Itu kerana mereka tidak belajar. Ada hadis yang diriwayatkan dengan ringkas dan ada yang dibawa dengan lengkap.

Contoh lembing

Tongkat itu banyak gunanya dizaman itu. Untuk pecahkan tanah keras supaya kita bila kencing atasnya, tidak memercik air kencing kerana tanah  itu dah lembut dan dapat menyerap air kencing itu. Dan untuk memecahkan tanah keras supaya menjadi kecil dan boleh digunakan untuk beristinjak. Atau untuk mengait sesuatu  seperti buahan di pokok yang tinggi. Atau untuk dijadikan sebagai sutrah dalam solat – cacakkan di depan kita bila sembahyang. Atau untuk menghalau dan membunuh binatang buas. Atau untuk digunakan sebagai senjata kalau ada musuh nak kacau kita. Banyak gunanya. Nabi nak ajar supaya kita bersedia dengan peralatan dalam perjalanan dan dalam kehidupan seharian. Tapi tidaklah semestinya kita ikut kalau tidak perlu dengan kehidupan zaman kita. Sebab dalam kehidupan moden kita, tongkat tidak banyak gunanya. Nak ikut hadis pun kena tengok kesesuaian juga. Jangan pakai ambil sahaja. Ada Sunnah Nabi yang bukan untuk ikutan kita. Jadi, kita sesuaikan dengan kehidupan kita sekarang. Yang penting adalah bersedia.

Contoh satu lagi adalah bersugi. Memang amalan mereka dizaman itu bersuci dengan kayu araq itu. Abu Jahal pun pakai yang itu juga. Jadi, ini bukanlah syariat. Memang boleh diamalkan tapi janganlah sampai menolak berus gigi zaman ini dan sampai memandang mereka yang tidak melakukannya sebagai tidak mengamalkan Sunnah. Memang banyak perbuatan Nabi yang tidak semestinya kita kena ikut. Sebab perbuatan Nabi itu adalah apa yang dilakukan oleh manusia pada zamannya. Perbuatan Nabi yang sama juga dengan perbuatan orang kafir selalunya bukan Sunnah yang perlu diikuti. Seperti makanan Nabi. Semua manusia di zaman dan tempatnya itu makan yang sama juga. Yang sunnahnya adalah makan dengan tangan kanan kerana kalau seseorang itu bukan Islam, mereka tidak kisah makan dengan tangan mana pun. Dan satu lagi sunnah adalah memulakan makan dengan membaca basmalah.

Lagi satu adalah melabuhkan kaki seluar atau dipanggil isbal. Memang ada hadis yang melarang labuhkan kain melebihi buku lali. Tapi kena faham kenapa larangan itu diberikan Nabi. Ianya adalah kerana pada masa itu, orang yang sombong bajunya labuh sebagai menunjukkan ketinggian mereka disisi masyarakat dan menunjukkan kesombongan mereka. Nabi nak hapuskan perasaan itu. Dalil ianya boleh adalah kerana Abu Bakr mengadu kepada Nabi yang dia pun pakai baju labuh juga. Tapi Nabi kata, kepada dia tidak mengapa kerana dia tidak sombong. Oleh itu, dalam mempelajari hadis itu, kena baca semua sekali supaya kita dapat kefahaman yang lengkap.

Hadis ini juga mengajar kita boleh membawa air dalam perjalanan. Dan bukan air sahaja. Apa sahaja keperluan. Seperti cawan, sudu dan sebagainya. Ianya bukanlah menunjukkan seseorang itu berlebih-lebih sangat. Memang ianya dibolehkan.

بَاب النَّهْيِ عَنْ الِاسْتِنْجَاءِ بِالْيَمِينِ

Bab Larangan Beristinja` Dengan Tangan Kanan

149 – حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ هُوَ الدَّسْتَوَائِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ وَإِذَا أَتَى الْخَلَاءَ فَلَا يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ وَلَا يَتَمَسَّحْ بِيَمِينِهِ

149. Telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Fadlalah berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam -yaitu Al Dastawa’I- dari Yahya bin Abu Katsir dari ‘Abdullah bin Abu Qatadah dari Bapaknya ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu minum, maka janganlah ia bernafas dalam bekas (diminumnya itu). Dan apabila dia pergi ke tempat membuang air maka janganlah dia menyentuh kemaluannya dengan tangan kanannya dan janganlah dia menyapu najis dengan tangan kanannya.”

– Seperti kita telah tahu, Nabi mengajar kita untuk mementingkan kebersihan. Islam mengajar untuk mengkhususkan benda hina atau jelek dengan tangan kiri seperti beristinjak. Dan tangan kanan untuk makan dan buat benda-benda yang molek. Kerana zaman itu, air kurang, maka mereka beristinjak dengan batu atau lain-lain benda yang keras. Kalau istinjak cara itu, memang ada kemungkinan tangan kiri itu akan terpalit dan berbau. Dan air kurang untuk mereka basuh. Maka jangan gunakan tangan kanan untuk makan. Islam mengajar kita untuk berseni. Sebab ada benda-benda kotor yang kita tak nampak. Bukanlah kalau kita tak nampak, benda itu tak ada. Contoh: Kalau kita makan kari yang pekat pun, dibasuh dengan sabun berkali-kali pun susah nak hilang. Apatah lagi benda lain. Ini menunjukkan bahawa ada benda yang lekat kepada tangan kita. Tapi kita mungkin tak tahu.

Tangan kanan dikatakan lebih bertuah

Tapi bukanlah tak boleh pakai langsung tangan kanan tu. Dalam zaman kita sekarang, air banyak dan kita dah boleh basuh kekotoran dengan molek. Maka dibolehkan kalau perlu untuk guna tangan kiri juga. Bayangkan kalau tak boleh pakai tangan kiri langsung, macam mana nak tebar roti canai contohnya? Nabi dalam sesetengah situasi, menggunakan juga tangan kiri. Macam kalau baginda nak potong daging. Baginda akan gunakan tangan kiri juga untuk memegang daging itu kerana tangan kanan memegang pisau.

Dan kalau tangan kiri sakit, dibolehkan untuk membasuh dengan tangan kanan juga. Katakanlah tangan kita berbalut sebab sakit. Macam mana kita nak istinjak kalau macam tu? Takkanlah nak pakai tangan orang lain pula. Orang pun tak sanggup nak buat. Termasuklah isteri kita sendiri. Kenalah baca hadis dengan fekah juga untuk membolehkan guna tangan kanan apabila ada keperluan.

Jangan bernafas dalam gelas minuman adalah kerana Nabi tak suka kalau kita minum dengan gelojoh. Nabi selalu minum dalam tiga teguk.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s