We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Tidak Boleh Mengadap Kiblat Ketika Membuang Air November 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:35 am

بَاب لَا تُسْتَقْبَلُ الْقِبْلَةُ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ إِلَّا عِنْدَ الْبِنَاءِ جِدَارٍ أَوْ نَحْوِهِ

Bab Tidak Boleh Mengadap Kiblat Ketika Membuang Air Besar Atau Air Kecil Kecuali Dekat Binaan, Dinding Atau Seumpamanya

Islam mengajar adab termasuk dalam berhadas

– Sebelum ini Imam Bukhari telah memasukkan bab mengingati Allah semasa membuang air kerana dia nak mengingatkan kita bahawa kalau dalam membuang air pun kena ingat kepada Allah, apatah lagi dalam mengambil wudu. Sekarang, dia menyambung lagi bab hadas sebab nak menyambung tajuk itu walaupun ini adalah sebenarnya Kitab Wudu. Imam Bukhari nak ajar kita tentang adab. Ada lagi adab-adab dalam berhadas yang hendak diberitahu. Dalam Islam ada banyak adab. Dalam kitab sahih banyak yang ada bab adab. Termasuklah adab dalam berwuduk dan membuang air pun ada juga.

Selain dari itu, dia nak memberitahu bahawa ada khilaf dalam perkara ini. Iaitu dalam perkara membuang hadas ini. Dan dia hendak memberitahu apakah mazhab atau pegangan dia tentang perkara ini. Untuk memberitahu tentang peganganya, dia letakkan dalam tajuk dia. Sebab tajuk dia kadang-kadang tidak ada dalam lafaz hadis. Kita boleh lihat dalam tajuk diatas, dia kata tidak boleh mengadap kiblat. Ini memang ada dalam hadis yang dibawanya ini. Tapi dalam hadis ini juga ada kata yang tidak boleh membelakangi kiblat juga tapi itu tidak dimasukkan pula dalam tajuknya. Dan kekecualian pasal binaan itu tidak pula ada dalam hadis yang dibawanya ini.

Dalam hal berhadas dan cara mengadap kiblat, ada lapan pendapat:
1. Boleh mengadap mana-mana. Samada mengadap kiblat atau tidak. Samada kiblat lama atau baru. Samada dalam binaan atau tidak. Ini adalah pendapat mazhab Zahiri. Ada hadis yang digunakan sebagai hujah.
2. Tidak boleh mengadap atau membelakangi kiblat di kawasan lapang atau dalam bangunan sekalipun. Ini adalah pendapat Imam Hanifah dan dia berpegang dengan hadis dibawah. Padanya, hadis ini yang paling kuat.
3. Tidak boleh mengadap kiblat kalau di tempat lapang sahaja. Kerana hadis dibawah menggunakan perkataan الْغَائِطَ iaitu tempat lapang. Dan ada hadis lain yang mengatakan Nabi mengadap kiblat dalam bangunan. Ini adalah pendapat Bukhari, Malik dan Syafie.

Itu adalah tiga pendapat yang besar. Pendapat yang lain adalah pendapat-pendapat kecil. Macam-macam pendapat ada. Ada yang kata ini adalah makruh sahaja. Ada juga yang kata ini adalah hanya untuk penduduk Madinah sahaja. Tidak kita hendak bahaskan disini berkenaan semua pendapat itu.

Jadi ada banyak pendapat dan mereka mempunyai pendapat, hujah dan dalil masing-masing. Walaupun begitu, semua mereka berpendapat adalah lebih molek untuk tidak menghadap kiblat.

141 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِل الْقِبْلَةَ وَلَا يُوَلِّهَا ظَهْرَهُ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا

141. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b berkata, telah menceritakan kepada kami Az Zuhri dari ‘Atha’ bin Yazid Al Laitsi dari Abu Ayyub Al Anshari berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang dari kalian masuk ke tempat membuang hadas, maka janganlah menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya. Hendaklah ia menghadap ke arah timurnya atau baratnya.”

– Kita disuruh untuk tidak mengadap atau membelakangi kiblat kerana menghormati kiblat itu.
Dan ada juga pendapat yang kata bukan dimaksudkan kepada kiblat, tetapi kerana nak menghormati mereka yang sedang solat yang sedang mengadap kiblat.

Dari hadis ini, Bukhari mengambil hukum bahawa, kalau di kawasaan lapang, tidak boleh mengadap kiblat atau membelakanginya.

Dalam hadis ini Nabi menyuruh mengadap timur atau barat. Dia kata begitu kerana baginda cakap semasa di Madinah. Kalau di Madinah, kiblat adalah di utara dan baitulmaqdis adalah di selatan. Jadi dua-dua arah tidak boleh. Tapi, untuk kita yang duduk di tempat lain, tidaklah boleh mengambil kata-kata ini dengan literal. Sebab kiblat kita pula ke barat. Yang penting, kena tengok manakah arah kiblat di kawasan kita.

بَاب مَنْ تَبَرَّزَ عَلَى لَبِنَتَيْنِ

Bab Orang Yang Membuang Air Dengan [Duduk] Berpijak Diatas Dua Biji Batu Bata

– Apabila kita duduk membuang air besar, kalau kita tidak berada tinggi sikit, maka tentulah ada kemungkinan tahi itu akan terkena kepada tubuh (punggung) kita. Dan kalau buang air kecil, mungkin terpercik kena kita. Oleh itu, Nabi duduk menenggong tinggi sikit dengan diletakkan batu di bawahnya.

Dalam bab buang air pun Nabi ada tunjukkan contoh. Sampaikan orang Yahudi mengutuk Nabi kata benda-benda macam ni pun nak cerita. Maka, Salman al Farisi kata, memang begitulah.
Nabi pun pernah bersabda bahawa baginda adalah seperti ayah kepada umatnya. Maka, itulah sebabnya baginda menceritakan benda sebegini. Nabi banyak role. Ada sebagai ayah, sebagai hakim, ketua negara, ketua tentera dan sebagainya.

Menggunakan batu sebagai alat meninggikan itu adalah sebagai saranan sahaja. Bukanlah wajib macam tu. Kalau zaman sekarang mungkin lebih baik dari itu. Tidaklah Nabi duduk bertenggong, kita kena pula duduk bertenggong. Kerana ada yang tak boleh bertinggung sebab sakit urat. Yang penting, adalah kebersihan dijaga.

142 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَمِّهِ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ إِنَّ نَاسًا يَقُولُونَ إِذَا قَعَدْتَ عَلَى حَاجَتِكَ فَلَا تَسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَلَا بَيْتَ الْمَقْدِسِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ لَقَدْ ارْتَقَيْتُ يَوْمًا عَلَى ظَهْرِ بَيْتٍ لَنَا فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى لَبِنَتَيْنِ مُسْتَقْبِلًا بَيْتَ الْمَقْدِسِ لِحَاجَتِهِ وَقَالَ لَعَلَّكَ مِنْ الَّذِينَ يُصَلُّونَ عَلَى أَوْرَاكِهِمْ فَقُلْتُ لَا أَدْرِي وَاللَّهِ
قَالَ مَالِكٌ يَعْنِي الَّذِي يُصَلِّي وَلَا يَرْتَفِعُ عَنْ الْأَرْضِ يَسْجُدُ وَهُوَ لَاصِقٌ بِالْأَرْضِ

142. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Malik telah mengabarkan kepada kami Yahya bin Sa’id dari Muhammad bin Yahya bin Hibban dari pamannya Wasi’ bin Hibban dari ‘Abdullah bin ‘Umar bahwa ia berkata, “Orang-orang berkata, “Jika kamu menunaikan hajatmu maka janganlah menghadap kiblat atau menghadap ke arah Baitul Maqdis.” ‘Abdullah bin ‘Umar lalu berkata, “Pada suatu hari aku pernah naik atap rumah milik kami, lalu aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam buang hajat menghadap Baitul Maqdis di antara dua dinding. Lalu ada seseorang yang berkata, “Barangkali kamu termasuk dari orang-orang yang shalat dengan mendekatkan paha (ke tanah)?” Maka aku jawab, “Demi Allah, aku tidak tahu.” Malik berkata, “Yaitu orang yang shalat namun tidak mengangkat (paha) dari tanah ketika sujud, yakni menempel tanah.”

– Apabila Nabi mengadap ke Baitul Maqdis, maka itu bermakna, baginda membelakangi kiblat. Ini dijadikan dalil mengatakan bahawa kalau dalam bangunan, boleh kalau membelakangi kiblat. Tapi ada juga kisah bahawa ada sahabat-sahabat yang apabila pergi ke tempat lain, dan apabila mereka berhadas di tandas yang mengadap kiblat atau membelakanginya, apabila mereka keluar mereka beristighfar. Jadi, kalau tak salah, kenapa mereka minta ampun? Maknanya, tak molek juga kalau membelakangi kiblat. Tapi dalam keadaan kita yang dah duduk dalam bangunan dan tandas yang telah dibuat, tentulah kita tak dapat nak buat apa dah. Bukan kita boleh ubah kedudukan tandas itu dah.

Ibn Umar dalam hadis ini mengatakan dia ke rumah Nabi. Ini adalah kerana kakaknya adalah isteri Nabi. Ada pula yang kata, Nabi mengadap ke Baitul Maqdis itu kerana terkejut kerana nampak Ibn Umar datang. Tapi ini adalah pendapat yang tidak kukuh.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata: “Barangkali kamu termasuk dari orang-orang yang salat dengan mendekatkan paha (ke tanah)?” Ini adalah teguran dari guru yang seperti menempelak ‘kamu ni sampai tak tahukah hal itu? Sama macam orang yang duduk salah dalam solat.
Iaitu duduk macam syaitan. Yang duduk punggungnya rapat dengan lantai.
Atau macam perempuan yang zaman itu mereka ketinggalan dari segi agama. Sebab mereka solat ada yang rapat ke tanah. Lebih-lebih lagi kalau mazhab Hanafi kerana dia mementingkan adab solat kepada kaum wanita.
Ini menunjukkan boleh kalau nak tegur anak murid.

بَاب خُرُوجِ النِّسَاءِ إِلَى الْبَرَازِ

Bab Orang-Orang Perempuan Keluar Ke Tanah Lapang [Untuk Membuang Air]

– Hadis ini menunjukkan boleh kaum wanita untuk keluar membuang air apabila perlu.

143 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنَّ يَخْرُجْنَ بِاللَّيْلِ إِذَا تَبَرَّزْنَ إِلَى الْمَنَاصِعِ وَهُوَ صَعِيدٌ أَفْيَحُ فَكَانَ عُمَرُ يَقُولُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْجُبْ نِسَاءَكَ فَلَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُ فَخَرَجَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ زَوْجُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ اللَّيَالِي عِشَاءً وَكَانَتْ امْرَأَةً طَوِيلَةً فَنَادَاهَا عُمَرُ أَلَا قَدْ عَرَفْنَاكِ يَا سَوْدَةُ حِرْصًا عَلَى أَنْ يَنْزِلَ الْحِجَابُ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ الْحِجَابِ
حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أُذِنَ أَنْ تَخْرُجْنَ فِي حَاجَتِكُنَّ قَالَ هِشَامٌ يَعْنِي الْبَرَازَ

143. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari Urwah dari ‘Aisyah, bahwa jika isteri-isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ingin buang hajat, mereka keluar pada waktu malam menuju tempat buang hajat yang berupa tanah lapang dan terbuka. Umar pernah berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Hijabilah isteri- isteri Tuan.” Namun Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukannya. Lalu pada suatu malam waktu Isya` Saudah binti Zam’ah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, keluar (untuk buang hajat). Dan Saudah adalah seorang wanita yang berpostur tinggi. ‘Umar lalu berseru kepadanya, “Sungguh kami telah mengenalmu wahai Saudah! ‘ Umar ucapkan demikian karena sangat berharap agar ayat hijab diturunkan. Maka Allah kemudian menurunkan ayat hijab.” Telah menceritakan kepada kami Zakaria berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Allah telah mengizinkan kalian (isteri-isteri Nabi) keluar untuk menunaikan hajat kalian.” Hisyam berkata, “Yakni buang air besar.”

الْمَنَاصِعِ adalah tempat buang air yang dikhaskan perempuan sahaja. Zaman itu dibezakan mana kawasan lapang untuk lelaki berhadas dan mana untuk perempuan. Bukanlah sama tempat mereka pergi.

Umar rasa isteri-isteri Nabi tidak patut untuk keluar menunaikan qadha hajat macam perempuan-perempuan yang lain. Maka dia telah mencadangkan kepada Nabi. Tapi Nabi tidak berkata apa-apa kerana tidak ada arahan dari Allah lagi. Maka dia telah menegur Saudah apabila dia perasan Saudah hendak pergi menunaikan hajat. Saudah senang dikenali kerana dia tinggi. Jadi salah satu kita dapat tahu adalah salah seorang isteri Nabi yang bernama Saudah susuk tubuhnya tinggi.
Jadi Umar nampaknya telah sengaja ganggu Saudah sebab dia tahu kalau dia cakap macam itu, tentu Saudah akan bertindak dengan mengadu kepada Nabi dan nanti tentu akan ada tindakbalas dari Allah. Tujuan Umar itu adalah untuk kebaikan.

Memang isteri-isteri Nabi dah kena hijab seperti yang disebut dalam Quran. Iaitu apabila orang lain hendak berurusan dengan mereka, hanya dibalik tabir sahaja. Ini adalah ayat hijab yang pertama. Adakah salah apa yang Umar lakukan ini? Tidak, kerana Nabi tak tegur pun. Kalau salah apa yang Umar buat, tentu dah kena tegur dah. Umar sebenarnya concern tentang apa yang masyarakat kata tentang isteri-isteri Nabi. Kerana bukan hanya orang Islam sahaja yang ada di Madinah. Orang munafik pun ada. Dan mereka mencari peluang sahaja untuk menjatuhkan Nabi. Nabi pun sebenarnya berkenan dengan cadangan itu. Tapi Nabi tidak buat sesuatu ikut nafsu dia. Baginda akan tunggu arahan dari Allah juga. Bagaimana Umar boleh tahu bahawa itu adalah keinginan Nabi juga? Kerana sahabat tahu apa yang Nabi mahukan. Macam kes penukaran kiblat. Memang sebelum ditukarkan kiblat itu sahabat dah tahu yang Nabi memang mahukan penukaran itu.

Jadi, apabila ayat hijab kedua dikeluarkan, maka untuk isteri-isteri Nabi, mereka nak keluar untuk buang air dah tak boleh dah. Dan bila mereka tidak boleh keluar, maka kena buat tandas dalam rumah. Jadi ini telah menyebabkan kemajuan dalam dunia Islam. Kerana kena memikirkan bagaimana untuk membuat tandas di dalam rumah. Tapi mereka boleh keluar kalau ada hajat lain. Untuk menyambung silaturrahim contohnya. Bukan hanya darurat sahaja. Apabila hajat sahaja, boleh untuk mereka keluar. Bukanlah mereka hanya boleh keluar kalau ada darurat sahaja. Contohnya, Saidatina Aisyah telah keluar untuk mendamaikan antara tentera Muawiyah dan Ali. Jadi, pendapat yang kuat adalah tudung muka untuk isteri Nabi sahaja. Dalam keadaan sekarang, tidak sesuai untuk pakai tudung muka.

بَاب التَّبَرُّزِ فِي الْبُيُوتِ

Bab Membuang Air Di Rumah

– Bila dah tak boleh keluar rumah buang air, kenalah sediakan tempat di rumah.

Makanan masyarakat Arab waktu itu adalah ringkas, itulah sebab mereka boleh istinjak dengan batu sahaja. Buang air pun  sikit sahaja. Kita makan banyak dan macam-macam pula tu. Maka najis kita dah lain dari mereka. Maka sebab najis mereka lain dengan kita maka bolehlah mereka istinjak pakai batu.

Jamban dihadiri syaitan sepertimana yang dikatakan hadis Nabi. Maka bolehkah pula ada tandas di rumah? Macam sediakan bilik untuk syaitan pula? Maka Imam Bukhari nak cakap boleh. Sebab ada keperluan. Sebab kalau keluar rumah itu akan ada masalah. Dengan binatang buas, kala jengking dan sebagainya. Lebih baik kalau buang hadas dalam rumah. Memang ada hadis yang mengatakan yang Nabi pergi berhadas jauh. Tapi dia pergi jauh sebab nak jauh dari orang lain. Supaya orang tak nampak. Kalau memang dalam rumah, bukankah ini dah mencapai maksud supaya manusia tidak nampak apa yang kita lakukan?

Yang penting adalah tempat itu bersih. Syaitan bukan hanya melepak di tandas sahaja. Mereka akan menempek di tempat kotor. Kalau kita bersihkan tandas kita, tidak ada masalah sebegini.

144 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ عَنْ وَاسِعِ بْنِ حَبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِي فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ

144. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin ‘Iyadl dari ‘Ubaidullah dari Muhammad bin Yahya bin Hibban dari Wasi’ bin Hibban dari ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Aku pernah naik di rumah Hafshah karena suatu urusanku. Maka aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam buang hajat membelakangi kiblat menghadap Syam.”

– Rumah Nabi ada loteng. Nak menunjukkan boleh kalau rumah dua tingkat. Maka, tidaklah salah kalau rumah lagi tinggi dari masjid. Sebab masjid Nabi itu setingkat sahaja. Loteng ini pernah digunakan Nabi tempat solat sebab dia tak turun jemaah kerana cedera.
Syam itu maknanya kearah baitulmaqdis.
Tandas rumah Nabi terletak diatas rumah kat loteng itu. Ini adalah supaya orang lain tak nampak. Nabi dan isterinya akan berhadas dalam bekas. Simpan elok-elok dan esoknya buang.

Najis Nabi adalah najis. Tidak ada dalil mengatakan sebaliknya. Memang ada diriwayatkan seorang hamba Nabi pernah minum air kencing Nabi. Tapi itu adalah seorang yang diluar kawalan. Tidak sedarkan diri dia. Bukan Nabi suruh pun. Dia tak betul, terlajak sayangkan Nabi. Ada juga satu kisah tentang seorang sahabat yang minum darah Nabi. Sebab kalau ada kebaikan, tentu berebut sahabat akan dapatkan air kencing atau najis Nabi. Macam rambut Nabi pernah Nabi beri dan sahabat ambil.

145 – حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ قَالَ أَخْبَرَنَا يَحْيَى عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ يَحْيَى بْنِ حَبَّانَ أَنَّ عَمَّهُ وَاسِعَ بْنَ حَبَّانَ أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ قَالَ
لَقَدْ ظَهَرْتُ ذَاتَ يَوْمٍ عَلَى ظَهْرِ بَيْتِنَا فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدًا عَلَى لَبِنَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ

145. Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Muhammad bin Yahya bin Hibban bahwa pamannya Wasi’ bin Hibban mengabarkan kepadanya bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, ia berkata, “Pada suatu hari aku pernah berada di atas rumah milik kami, saat itu aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam duduk (buang hajat) di atas dua batu bata menghadap Baitul Maqdis.”

Kuliah Maulana Asri boleh didapati sini

Lompat ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s