We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Wudhu’: Bab Mengucapkan Bismillah Ketika Memulakan Segala Pekerjaan Yang Baik November 7, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 8:09 pm

Bab Mengucapkan Bismillah Ketika Memulakan Segala Pekerjaan Yang Baik Dan Ketika Hendak Bersetubuh, Bab Apa Yang Diucapkan Seseorang Ketika Hendak Memasuki Tempat Membuang Air & Bab Meletakkan Air Pada Tempat Membuang Air

بَاب التَّسْمِيَةِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَعِنْدَ الْوِقَاعِ

Bab Mengucapkan Bismillah (Mengingati Allah dengan menyebut NamaNya) Ketika Memulakan Segala Pekerjaan Yang Baik Dan Ketika Hendak Bersetubuh

Macam tiada kaitan dengan wudu. Sampai ada setubuh pula ni. Bukhari Tak jumpa hadis yang sahih mengatakan kena baca bismillah semasa ambil wudu. Memang ada hadis tapi tidak menepati syaratnya. Oleh itu, imam Bukhari bawa hadis ini. Iaitu disuruh membaca bismillah sebelum melakukan hubungan. Kalau itupun disuruh, maka tentulah wudu lebih lagi. Maka hadis yang lemah dikuatkan dgn hadis ini.
Dibaca semasa nak memulakan ambil wudu itu. Kalau basuh muka dulu, maka baca bismillah sebelum itu. Dan kalau basuh tangan dulu maka baca sebelum basuh tangan. Cuma sebelum kita meletakkan air kemuka, kita boleh memeriksa air itu dengan tiga cara. Melihat rupa dengan membasuh tangan; merasa dengan berkumur; dan menghidu dengan memasukkan air ke dalam hidung.

Kenapa dibawa tajuk ini selepas cerita basuh buka dalam hadis sebelum ini? Patutnya tajuk ini lah dahulu. Ini nak tolak fekah Syafie yang rukun wudu adalah ’empat basah, dua kering’. Yang basah itu adalah anggota wudu, dan yang kering adalah niat dan tertib. Dan ada pendapat tambah lagi satu, berterusan iaitu tidak boleh diselangi dengan masa yang lama.

Fekah imam Bukhari kadang-kadang sama dengan sesetengah mazhab tapi kadang-kadang lain dari mereka. Iaitu fekahnya tersendiri. Kerana dia orang besar dan dia faham lagi tinggi dr orang lain.

Yang penting adalah mengingati Allah dalam segenap perkara. Tapi cara tidak semestinya sama. Bukan semua baca bismillah. Kerana kadang-kadang ibadat itu jelas menunjukkan sifat Jamil Allah seperti makan contohnya. Tapi kadang menunjukkan sifat Jalal atau kebesaran Allah seperti masa nak sembelih kurban contohnya.

138 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ يَبْلُغُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبْ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ لَمْ يَضُرُّهُ

138. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas dan sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Kalaulah salah seorang dari kamu ingin mendatangi isterinya (untuk bersetubuh), maka hendaklah ia membaca; ‘BISMILLAH, ALLAHUMMA JANNIBNASY SYAITHAANA WA JANNIBISY SYAITHAANA MAA RAZAQTANAA (Dengan Nama Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami) ‘. Nescaya syaitan tidak dapat memudaratkan anaknya jika ditakdirkan mereka berdua mendapat anak.”

– Masa bersetubuh memang kita kena ingat Allah kerana kita nak keberkatan. Dan waktu nak masuk tandaslah kena ingat lagi kerana kita perlukan perlindungan Allah. Tapi cara lain lain. Sebab itu dia letak tajuk ‘tasmi’, bukan ‘basmalah’.

Doa ini meminta supaya anak yang kita lahirkan kalau ada tidak diganggu sampai menyebabkan akidahnya terjejas. Sebab salah satu cara syaitan mengganggu kita adalah dengan anak kita. Itulah nanti yang mereka perangai tak molek tu. Melawan cakap dan macam macam lagi.

Dan kalau kita tak dapat anak pun perkataan rezeki itu bukan sahaja merujuk kepada anak sahaja. Tapi macam macam rezeki yang Allah berikan kepada kita. Inilah doa yang Nabi ajar kepada kita. Tidak ada doa lain semasa bersama dengan isteri.

Kena sentiasa ingat kepada Allah. Dalam semua keadaan.

بَاب مَا يَقُولُ عِنْدَ الْخَلَاءِ

Bab Apa Yang Diucapkan Seseorang Ketika Hendak Memasuki Tempat Membuang Air

139 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
تَابَعَهُ ابْنُ عَرْعَرَةَ عَنْ شُعْبَةَ وَقَالَ غُنْدَرٌ عَنْ شُعْبَةَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ وَقَالَ مُوسَى عَنْ حَمَّادٍ إِذَا دَخَلَ وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْخُلَ

139. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdul ‘Aziz bin Shuhaib berkata, aku mendengar Anas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke tempat membuang air, beliau mengucapkan: ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL KHUBUTSI WAL KHBA`ITS (Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari syaitan-syaitan jantan dan syaitan-syaitan betina) ‘.
Dan hadits ini dikuatkan oleh Ibnu ‘Ar’arah dari Syu’bah, dan Ghundar berkata dari Syu’bah ia berkata, “Apabila seseorang pergi ke tempat membuang air.”
Dan Musa dari Hammad, “Apabila dia masuk.”
Dan Sa’id bin Zaid berkata, telah meriwayatkan kepada kami Abdul ‘Aziz, “Apabila seseorang hendak masuk.”

Ada khilaf samada sudah masuk atau mahu masuk. Ini sebenarnya molek. Ada kepelbagaian. Mana nak pakai? Dua-dua boleh pakai. Kerana ada hadis yang mengatakan apabila sudah berada di dalam dan ada yang kata jika mau masuk. Macam kalau kita terlupa nak baca basmalah masa nak makan, kita boleh lagi baca lepas itu. Begitu juga kalau dah dalam tandas, masih lagi boleh nak baca doa itu.

Ada dua jenis bacaan doa ini. Dalam hadis ini menggunakan perkataan KHUBUTSI yang bermaksud ‘syaitan-syaitan lelaki’. Dan dalam riwayat lain menggunakan perkataan Khubtsi yang bermakna segala kejelikan. Jadi ada ulama yang lebih suka menggunakan perkataan kedua ini kerana ianya lebih merangkumi. Kerana keburukan bukan hanya dari syaitan lelaki sahaja, tapi macam-macam lagi. Nak baca dua-dua sekali pun boleh.

بَاب وَضْعِ الْمَاءِ عِنْدَ الْخَلَاءِ

Bab Meletakkan Air Pada Tempat Membuang Air

140 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ قَالَ حَدَّثَنَا وَرْقَاءُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي يَزِيدَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْخَلَاءَ فَوَضَعْتُ لَهُ وَضُوءًا قَالَ مَنْ وَضَعَ هَذَا فَأُخْبِرَ فَقَالَ اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ

140. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Al Qasim telah menceritakan kepada kami Warqa’ dari ‘Ubaidullah bin Abu Yazid dari Ibnu ‘Abbas, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke tempat membuang air, lalu aku letakkan air untuk beliau bersuci. Setelah keluar, Nabi SAW bertanya: “Siapakah yang meletakkan air ini?” Diceritakanlah kepada beliau, lantas baginda pun mendoakan (untuk Ibn Abbas): “Ya Allah berilah faham yang mendalam kepadanya tentang agama.”

– Tempat buang air elok ada air. Pakai batu memang boleh tapi pada hakikatnya suci dengan air. Kalau tiada, elok disediakan. Air itu menyucikan. Pada hukum dan ainnya.

Nabi tak larang. Tidak kata menyusahkan. Doa lagi.
Ibn abbas bawa wadu’. Kenapa pula? Padahal Nabi pergi berhadas. Dari istilah bahasa Arab, wadu’ adalah air untuk bersuci. Kalau nak wudu, tak payah letak kat situ.
Berapa banyak air yang diperlukan? Sebanyak air untuk berwudu’ seperti dibawa ibn abbas.
Berdoa kepada orang yang berbuat baik dengan kita. Ibn Abbas jadi orang yang pandai. Dipanggil habrul ummah. Lautan ummah. Pegangan utama ulama mazhab Syafie. Walaupun sikit hadis yang dia bawa dia sendiri dengar dari Nabi. Sebab dia anak buat Umar. Fekah umar yang dia bawa. Dia nak baligh waktu Nabi nak wafat.
Dia letak diluar, x ganggu Nabi. Maka dia mmg bijak dah. Maka, berikan peluang kepada yang ada bakat.
Nabi tak tanya siapa yang bawakan air bila dia nak pakai.

Tutup kepala masuk tandas bukan Sunnah. Sebab kalau syaitan tak nampak, dia nak lumurkan macam mana? Nabi tak buat pun.

Lompat ke kuliah dan hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s