We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Orang Yang Tidak Berwudhu` Kerana Syak Sehinggalah Dia Yakin (dan seterusnya) November 6, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 7:08 am

بَاب مَنْ لَا يَتَوَضَّأُ مِنْ الشَّكِّ حَتَّى يَسْتَيْقِنَ

Bab Orang Yang Tidak Berwudhu` Kerana Syak Sehinggalah Dia Yakin

Selagi dia tidak yakin yang wudunya telah batal, maka hendaklah dikira wudunya itu masih ada.

Kaedah fekah: apa yang diyakini itu tidak hilang dengan syak.

Satu lagi: Sesuatu yang tsabit dengan yakin tidak akan hilang melainkan dengan yakin juga.

Kaedah ini banyak sekali hukum boleh diaplikasikan kepadanya. Diambil dari hadis ini salah satunya.

Syak tu apabila perasaan samada A atau B itu sama berat.

134 – حَدَّثَنَا عَلِيٌّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا الزُّهْرِيُّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ ح وَعَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ أَوْ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

134. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami Az Zuhri dari Sa’id bin Al Musayyab. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami ‘Abbad bin Tamim dari bapa saudaranya, bahwa dia mengadukan tentang seseorang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, yang  dia terasa mengalami sesuatu dalam salatnya. Baginda lalu bersabda: “Janganlah dia berhenti atau pergi (meninggalkan sembahyangnya itu) selagi dia tidak mendengar bunyi atau mendapat baunya (kentutnya).”

– Dia rasa dia kentut. Nabi kata tidak batal kalau dia tidak yakin dia kentut. Tapi kalau dia yakin dia dah kentut, maka terbatallah wudhu’nya. Yang penting disini adalah perasaan yakin itu. Kalau dia yakin memang kentut, maka terbatal juga. Kerana bukanlah kalau tiada bau dan bunyi itu sebagai tanda tidak kentut. Kerana ada orang yang pekak dan hidung tersumbat, tidak akan mendengar dan bau.

Imam Bukhari nak mengatakan bahawa hukum ini bukan dalam solat sahaja. Ini bertentangan dengan pendapat Imam Malik dan Hasan Basri. Bermakna, kaedah ini banyak kegunaan untuk dipakai ditempat lain juga. Contoh: seseorang pernah nyanyi menceraikan isteri. Dia tidak bermaksud, cuma dia nyanyi sahaja. Dia risau samada isterinya telah tercerai. Tidak jatuh cerai kerana dia tidak maksudkan dan kerana dia pun syak samada menceraikan atau tidak.

Hadis ini melatih kita untuk menjadi yakin. Banyak orang yang ada penyakit was-was. Untuk mereka ini, sebenarnya tidak sesuai jikalau mereka menggunakan mazhab Syafie yang ketat. Sebagai contoh, jikalau seorang yang selalu menitis air kencingnya, dalam mazhab Syafie, dia kena basuh air kencing sebelum solat dan kalau terkeluar air kencing dalam solat sudah tidak mengapa. Tapi dalam mazhab Malik, dalam keadaan biasa pun, wudhu’nya tidak terbatal kalau terkeluar air kencing. Maknanya, wudhu’nya akan batal kalau dia pergi tandas untuk kencing sahaja. Ini memudahkan lagi kepada mereka.

Ada yang kata kalau ambik wudu dengan satu mazhab, nak batal pun mazhab yang sama. Perbuatan menukar mazhab itu dipanggil talfid. Tapi itu adalah pendapat sahaja. Nabi tak pernah cakap tak boleh. Sahabat ada yang tanya cara ambil wudu dengan Uthman dan cara batal tanya kepada Ali. Ali tidak tanya pun samada mereka ambil wudu macam mana. Kalau dengan Ali, pegang kemaluan tidak batal.

بَاب التَّخْفِيفِ فِي الْوُضُوءِ

Bab Meringankan Wudhu’

135 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو قَالَ أَخْبَرَنِي كُرَيْبٌ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ صَلَّى وَرُبَّمَا قَالَ اضْطَجَعَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى ثُمَّ حَدَّثَنَا بِهِ سُفْيَانُ مَرَّةً بَعْدَ مَرَّةٍ عَنْ عَمْرٍو عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ عِنْدَ خَالَتِي مَيْمُونَةَ لَيْلَةً فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا كَانَ فِي بَعْضِ اللَّيْلِ قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا يُخَفِّفُهُ عَمْرٌو وَيُقَلِّلُهُ وَقَامَ يُصَلِّي فَتَوَضَّأْتُ نَحْوًا مِمَّا تَوَضَّأَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ وَرُبَّمَا قَالَ سُفْيَانُ عَنْ شِمَالِهِ فَحَوَّلَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ ثُمَّ صَلَّى مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ أَتَاهُ الْمُنَادِي فَآذَنَهُ بِالصَّلَاةِ فَقَامَ مَعَهُ إِلَى الصَّلَاةِ فَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْنَا لِعَمْرٍو إِنَّ نَاسًا يَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنُهُ وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ قَالَ عَمْرٌو سَمِعْتُ عُبَيْدَ بْنَ عُمَيْرٍ يَقُولُ رُؤْيَا الْأَنْبِيَاءِ وَحْيٌ ثُمَّ قَرَأَ { إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ }

135. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru berkata, telah mengabarkan kepadaku Kuraib dari Ibnu ‘Abbas, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidur sampai mendengkur kemudian mengerjakan shalat. Kadang-kadang Ibn Abbas mengatakan, “Nabi berbaring hingga mendengkur, kemudian Bagindabangun lalu shalat. Sufyan beberapa kali meriwayatkan hadits tersebut kepada kami, dari ‘Amru dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas ia berkata, “Pada suatu malam aku bermalam di rumah makcik aku, Maimunah, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangun pada waktu malamnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu dengan ringkas menggunakan air dari gereba usang yang tergantung. Amru menunjukkan peri ringkasnya wudu itu dan menyedikitkannya. Kemudian baginda bangun bersembahyang. Aku lalu berwudu’ lebih kurang seperti wudu baginda. Kemudian aku datang lalu berdiri di sebelah kirinya, baginda pun memusingkan aku dan meletakkan aku di sebelah kanannya. Setelah itu Baginda salat sebanyak mana yang dikehendaki Allah, kemudian Bagindatidur hingga mendengkur. Kemudian tukang adzan datang memberitahu Baginda bahwa waktu salat telah tiba, baginda keluar bersembahyang dan beliau lalu pergi keluar bersamanya untuk salat. lalu bersolatlah baginda tanpa wudu. Saya  lalu katakan kepada Amru, “Ada orang mengatakan bahwa mata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidur, tapi hatinya tidak.” Amru lalu berkata, “Aku telah mendengar Ubaid bin Umair berkata, “Mimpi para Nabi adalah wahyu.” Kemudian ia membaca: ‘(Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu..) ‘ (Qs. Ash Shaaffat: 102).

Gereba

– Gereba adalah bekas air yang dibuat dari kulit kambing. Ada yang pandai menggunakan kulit kambing itu sampai jadi bahan untuk simpan air.

Hadis ini menceritakan bahawa ada wudu yang ringkas dan ada yang sempurna. Dalam hadis ini Nabi berwudu:

1. Dengan air yang sedikit

2. Melalukan sahaja air ke anggota wudu tanpa menggosok. Nota: mazhab Syafie membolehkan kalau melalukan sahaja air ke anggota wudu walaupun untuk wudu sempurna tapi mazhab Malik kata kena gosok.

3. Sekali sahaja.

Maknanya, wudu ringkas ini pun sebenarnya datang dari Nabi juga. Sembahyang yang dilakukannya adalah sah. Terutama kepada Nabi yang tidurnya tidak membatalkan wudunya. Tapi kebanyakan ulama berpendapat tidur membatalkan wudu. Dan Ibn Abbas dalam hadis ini tidak batal wudunya kerana dia tidak tidur, sebab dia sedang menunggu untuk melihat apa yang Nabi buat malam-malam. Jadi kena pakai cara wudu’ ringkas ini dalam keadaan lain. Contohnya, apabila melakuka Tajdid wudu (memperbaharui wudu), boleh ikut cara ini. Ada tempat yang boleh digunakan. Contohnya kita memang dah ada wudu sebelum itu, dan bila nak masuk solat baru, kita pakai wudu ringkas sahaja. Atau kalau kita nak kejar waktu solat yang dah nak habis. Atau kita nak kena cepat kerana bas dah nak jalan.

Dalam solat boleh bergerak. Samada dia makmum dan imam. Tidak termasuk dalam pergerakan banyak yang membatalkan solat. Sebab tak faham inilah ramai yang membiarkan sahaja kalau saf dihadapan tidak berisi sebab takut tak boleh gerak. Ada pendapat yang kata tak boleh gerak tiga gerak berturut. Tapi dalam perbuatan Nabi dan Ibn Abbas, tidak mengikut pun macam tu.

Hadis ini juga menunjukkan boleh memperbaiki perbuatan solat orang lain terus dalam solat dan ini tidak membatalkan solat. Tak perlu tunggu lepas solat baru nak betulkan solat orang lain yang berdekatan dengan kita.

Kedudukan makmum kena belah kanan kalau lelaki. Duduk dekat bawah sedikit. Sebab Nabi tak beri saf seorang di belakang.

“sebanyak mana yang dikehendaki Allah” iaitu sebanyak mana yang Allah takdirkan untuk baginda solat pada malam itu. Bukan maknanya dia cakap itu bermakna dia seperti berkata: “masyaallah, cantiknya solat Nabi itu” sebagai faham sesetengah orang. Sebab rakaat Nabi tidak sentiasa sama.

Nabi pun berdengkur. Jadi, ini adalah perkara biasa. Tak bolehlah sampai cerai sebab suami kuat dengkur. Dan bukanlah dengkur tanda tak sihat sebab Nabi pun berdengkur. Kecuali kalau teruk sangat sampai diluar kawalan kita. Jadi, dengkur itu bukan satu keaiban.

Lepas bangun, Nabi pergi solat dan tidak ambil wudu pun lagi. Inilah yang dipegang kepada mereka yang kata tidur tidak membatalkan wudu. Tapi itu khusus kepada Nabi. Sebab Nabi tak tidur sebenarnya, mata baginda sahaja pejam. Itulah sebab boleh dapat wahyu dalam tidur. Nabi yang ambil wudu itu sebab sunat sahaja, bukan kerana batal wudunya. Kerana Nabi mata sahaja tidur tapi ada kesedaran.

Kita kena ambil wudu lepas tidur kerana tidak pasti samada kita terkentut dalam tidur itu. Bukti Nabi tak tidur kerana Nabi Ibrahim mimpi yang dalam bentuk wahyu. Kalau mimpi nabi-nabi itu bukan wahyu, mereka tidak boleh mengambil tindakan yang mereka dapat dalam tidur mereka itu. Bukan Nabi kita sahaja sedar dalam tidur, tapi nabi-nabi lain juga.

Macam mana pula ada kisah Nabi tak sedar matahari dah naik dalam satu kisah? Ulama jawap tak nampak itu dengan mata dan mata Nabi tertutup waktu itu. Yang sedar itu adalah hati Nabi untuk menerima wahyu. Keduanya, dikatakan ada ketikanya Allah beri begitu supaya manusia tahu Nabi pun manusia juga. Hanya Allah sahaja yang tidak tidur.

Bila azan, Nabi tak keluar terus. Solat sunat dulu dan lepas tu baring menyenggeng sambil menunggu orang lain. Maknanya, tak semestinya solat terus lepas azan. Beri peluang kepada orang untuk datang dan bersiap.

بَاب إِسْبَاغِ الْوُضُوءِ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ الْإِنْقَاءُ

Bab Menyempurnakan Wudu`. Ibnu Umar Berkata: Menyempurnakan Wudhu’ Itu Ialah Menyucikan

Tadi hadis bagaimana meringkaskan wudu, sekarang menyempurnakan wudu pula.

Bukhari bawa kata-kata Ibn Umar. Yang bermaksud ‘menyucikan anggota wudu’. Memang ada beberapa pendapat mengenai apa maksud إِسْبَاغُ – menyempurnakan wudu itu dan Bukhari memilih satu dari pendapat-pendapat itu sebagai pegangan fekahnya. Bukanlah dia tidak tahu pendapat-pendapat lain itu tapi dia memilih salah satu darinya.

Beberapa pendapat maksud إِسْبَاغُ

1. Membasuh tiga kali anggota wudu

2. Menggosok dengan molek. Walaupun sekali.

3. Memperlebihkan anggota wudu.

Bukhari mengambil pendapat yang mengatakan maksudnya ialah menyucikan anggota wudu itu. Pastikan bahawa telah cuci anggota wudu itu.

136 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ دَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَرَفَةَ حَتَّى إِذَا كَانَ بِالشِّعْبِ نَزَلَ فَبَالَ ثُمَّ تَوَضَّأَ وَلَمْ يُسْبِغْ الْوُضُوءَ فَقُلْتُ الصَّلَاةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ الصَّلَاةُ أَمَامَكَ فَرَكِبَ فَلَمَّا جَاءَ الْمُزْدَلِفَةَ نَزَلَ فَتَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ ثُمَّ أَنَاخَ كُلُّ إِنْسَانٍ بَعِيرَهُ فِي مَنْزِلِهِ ثُمَّ أُقِيمَتْ الْعِشَاءُ فَصَلَّى وَلَمْ يُصَلِّ بَيْنَهُمَا

136. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Musa bin ‘Uqbah dari Kuraib mantan budak Ibnu ‘Abbas, dari Usamah bin Zaid bahwa ia mendengarnya berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berangkat dari ‘Arafah hingga sampai ke Sya’bi. Baginda turun buang air kecil, kemudian Baginda berwudlu dengan tidak menyempurnakan wudu’nya. Aku lalu bertanya, “Sembahyang wahai Rasulullah? ‘ Baginda menjawab: “sembahyang nanti di hadapan.” Beliau lalu mengendarai tunggangannya hingga sampai di Muzdalifaah barulah beliau turun dan mengambil wudu’ dengan sempurna, kemudian iqamah dikumandangkan, dan beliau pun melaksanakan salat Maghrib. Kemudian tiap-tiap orang menambatkan unta-unta mereka di tempat persinggahan masing-masing, lalu iqamat isya` dikumandangkan, Baginda lalu mengerjakan salat isya` tanpa mengerjakan salat yang lain di antara sembahyang fardhu tadi.”

– Apa maksud dengan ‘tidak menyempurnakan wudu’nya’? Ada kata wudu lughawi sahaja, dari segi bahasa sahaja: iaitu untuk membersih dan menyegarkan tubuh sahaja. Nampak macam ambil wudu tapi tak cukup. Contohnya tak basuh kaki. Jadi, pendapat ini mengatakan yang Nabi tidak mengambil wudu sebenarnya.

Kedua: wudu dengan ringkas. Memang ambil wudu tapi ringkas sahaja.

Ketiga: memang tidak maksud ambil wudu tapi nak basuh sahaja.

Sebenarnya dalam kes ini, memang Nabi ambil wudu, tapi dengan ringkas. Nabi buat ini adalah kerana Nabi tidak suka tidak berada dalam keadaan suci. Kerana ada malaikat yang tidak dekat dengan kita kalau kita berhadas kecil. Dan ada yang tidak datang kalau kita berhadas besar.

Keduanya, Nabi mungkin tidak berwudu sempurna kerana mereka dalam perjalanan dan Nabi nak cepat bergerak kembali.

Ketiganya, mungkin kerana mereka bukan ditempat yang ada tempat untuk mengambil wudu yang sempurna kerana air tidak banyak.

Ada pendapat mengatakan adalah makruh ambil wudu kalau tidak ada keperluan untuknya seperti untuk solat dan baca Quran. Sebab membazir air.

Dalam hadis ini, Baginda melakukan jama’. Kerana sekarang mereka dalam ibadat mengerjakan haji. Kepada mazhab Hanafi, jamak disini adalah wajib kerana mereka tidak melakukan jamak di waktu lain. Mereka hanya menerima jamak soori sahaja. Iaitu sembahyang pada waktunya yang telah ditetapkan, cuma satu dihujung waktu dan satu lagi diawal waktu. Contohnya, solat zuhur dihujung waktu dan solat asar diawal waktu. Kerana pada mereka, kena menjaga waktu solat masing-masing. Oleh itu mereka hanya melakukan jamak seperti yang biasa kita lakukan disini hanya semasa melakuukan haji sahaja.

Beberapa pendapat berkenaan azan dan iqamah semasa jamak. Ada kata buat dua dua, ada kata tak perlu. Yang eloknya seperti dalam hadis ini. Apabila waktu isya, diiqamahkan kerana sahabat-sahabat telah keluar masjid untuk menguruskan unta dan sebagainya. Maka sudah ada putus perbuatan mereka diantara solat maghrib dan isya. Jadi, buat iqamah sahaja. Kalau terus buat isya selepas buat maghrib, tidak perlu iqamah pun.

Dan Nabi tidak melakukan apa-apa solat sunat yang baginda biasa lakukan. Dan beginilah pendapat Ibn Umar. Kerana padanya, tidak perlu buat solat sunat kerana Allah telah beri kemudahan dah iaitu pada solat qasar dan jamak. Maka tidak perlu solat sunat dah.

بَاب غَسْلِ الْوَجْهِ بِالْيَدَيْنِ مِنْ غَرْفَةٍ وَاحِدَةٍ

Bab Membasuh Muka Dengan Dua Tangan Daripada Satu Cedokan

137 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو سَلَمَةَ الْخُزَاعِيُّ مَنْصُورُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ بِلَالٍ يَعْنِي سُلَيْمَانَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَمَضْمَضَ بِهَا وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَجَعَلَ بِهَا هَكَذَا أَضَافَهَا إِلَى يَدِهِ الْأُخْرَى فَغَسَلَ بِهِمَا وَجْهَهُ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَغَسَلَ بِهَا يَدَهُ الْيُمْنَى ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَغَسَلَ بِهَا يَدَهُ الْيُسْرَى ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً مِنْ مَاءٍ فَرَشَّ عَلَى رِجْلِهِ الْيُمْنَى حَتَّى غَسَلَهَا ثُمَّ أَخَذَ غَرْفَةً أُخْرَى فَغَسَلَ بِهَا رِجْلَهُ يَعْنِي الْيُسْرَى ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ

137. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Abdurrahman berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Salamah Al Khaza’i Manshur bin Salamah berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu Bilal -yaitu Sulaiman- dari Zaid bin Aslam dari ‘Atha’ bin Yasar dari Ibnu ‘Abbas, bahwa dia berwudhu dengan mencuci wajahnya, diambilnya satu cedokan air lalu berkumur-kumur dan menghisap air kedalam hidung, lalu ia mengambil satu cedukan air dan dibuatnya begini – disokongnya dengan tangannya yang satu lagi -, lalu dengan kedua tangannya ia membasuh wajahnya, lalu mengambil air satu cedokan air dan membasuh tangan kanannya, lalu mengambil air satu cedokan dan membasuh tangannya yang sebelah kiri. Kemudian menyapu kepala, lalu mengambil air satu cedukan dan mencurah keatas kaki kanannya untuk dibasuh, lalu beliau mengambil air satu cedukan lagi dan membasuh kaki kirinya. Setelah itu ia berkata, “Seperti inilah aku lihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu.”

Kadang-kadang kena ambil wudu pakai gayung

Ini adalah cara untuk mengambil wudu kepada yang pakai gayung, timba atau bekas yang sebagainya. Kalau dalam kes ini, kena tuang pakai satu tangan, lepas tu letak gayung itu dan gunakan kedua tangan balik untuk membasuh. Ini adalah untuk menyempurnakan wudu. Sebab kalau pakai satu tangan sahaja tidak molek.

Dan hadis ini mengajar boleh gunakan tangan kiri juga dalam beribadat. Bukanlah tangan kiri itu langsung tidak boleh dipakai. Memang selalunya kita disuruh menggunakan tangan kanan. Kerana tangan kanan itu bertuah. Nanti di akhirat kelak, kalau kita mengambil buku amalan kita menggunakan tangan kanan bermakna kita adalah orang-orang yang bertuah (semoga kita tergolong orang-orang yang mendapat buku amalan dengan tangan kanan).

Tangan kanan lebih kuat dari tangan kiri. Kebanyakannya manusia pakai tangan kanan. Orang kidal tak banyak dalam dunia ini kalau dibandingkan dengan orang yang pakai tangan kanan.

Perbuatan seharian kita ada yang molek dan ada yang tidak. Biar khususkan untuk melakukan perkara yang baik dengan tangan kanan. Bahagikan perbuatan yang bersih dengan pakai tangan kanan. Katakan nak menguli tepung, kenalah pakai tangan kanan. Jadi orang lebih percaya kebersihan orang Islam kerana mereka tahu yang orang khususkan penggunaan tangan kanan untuk perkara bersih sahaja.

gunakan dua tangan untuk mengambil wudu

Zaman dulu air payah didapati. Jadi dibenarkan istinjak dengan batu. Jadi semasa istinjak tu, kadang-kadang boleh terkena juga najis pada tangan tu. Tapi kalau dah pakai tangan kiri sahaja, hanya tangan kiri sahaja tercemar dan bermakna tangan kanan selamat.

Tapi tidak semestinya pakai tangan kanan sahaja. Tengok keadaan. Ada yang tak faham, semua nak pakai tangan kanan sahaja, sampai nak cedok makanan dengan sudu pun tangan kanan juga, walaupun tangan kanan dia tu berlumuran dengan makanan. Padahal, maksud asalnya adalah kebersihan. Kalau tangan kiri itu sedang bersih, boleh sahaja pakai tangan kiri. Jangan kata tak berkat kalau menulis tangan kiri pula.

soaljawap: Tak perlu declare kalau nak pakai mazhab lain. Cuma kena tahu mana pendapat yang dipakai oleh sesuatu mazhab itu. Tidak perlu tahu dalil pun. Cukuplah kita tahu bahawa ada pandangan yang mengatakan boleh. Ijtihad ni kita tak tahu mana betul. Kerana dua-dua adalah berdasarkan kepada pendapat. Boleh pakai belaka. Sesuatu Ijtihad itu tidak roboh dengan Ijtihad lain.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana Asri boleh didapati disini

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s