We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Hadits-Hadits Tentang Wudhu` October 29, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:49 pm
Tags:

Bab Hadits-Hadits Tentang Wudhu`

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى{ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ }

Quran: Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu sampai ke siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu sampai ke buku lali; Surah Al Maaidah, Ayat 6

Abu Abdillah berkata: Rasulullah menjelaskan bahawa fardhu wudhu’ itu sekali, sekali. Nabi SAW juga berwuduk dengan membasuh anggota wudhu’nya dua kali, dua kali. Dan tiga kali, tiga kali. Baginda SAW tidak melebihi tiga kali. Ahli ilmu tidak suka sikap berlebihan dalam berwuduk dengan melampaui perbuatan Nabi SAW.

– Tertib susunan kitab ini yang disusun oleh Imam Bukhari ada maksud yang hendak disampaikan. Dia ada munasabah (kesesuaian atau kesinambungan) antara bab-bab yang dia letak. Ini adalah kelebihan dalam kitab Sahih Bukhari. Dia tak beritahu dalam kitabnya ini, tapi sesiapa yang mengaji akan faham. Kalau yang tak belajar, akan kata susunan Bukhari tu tak ikut susunan.

Kalau kita lihat susunan kitab-kitabnya, apa yang kita dapati darinya adalah satu susunan yang molek:

Pertamanya, Kitab Wahyu: Bukhari nak beritahu bahawa hanya dari wahyu kita tahu tentang iman.
Keduanya, Kitab Iman: Iman adalah perkara yang paling penting sekali. Ianya adalah perkara yang paling penting dibawa oleh wahyu.
Ketiga: Kitab Ilmu: Sebagai hamba Allah, kita disuruh beribadat kepada Allah. Iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Kita takkan tahu kalau tak dapat wahyu. Hakikat ibadat adalah syukur kepada Allah. Untuk buat ibadat, kena ada ilmu. Kalau silap, kita akan dapat sikit. Dan ilmu itu luas. Ilmu itu pula dari Quran dan Sunnah menjelaskannya.
Keempat, Kitab Wudu’: Ibadat paling penting yang dimaksudkan adalah solat. Tapi tak boleh buat terus. Yang perlu ada sebelum itu adalah kena ada wudu. Kena suci dulu. Inilah tertib imam Bukhari.

Dari segi bahasa wudu’ itu bermakna cerah, sinar, seri, bersih, cuci. Wadu‘ pula adalah air yang digunakan untuk mengambil wudu’. Air memang digunakan dimana-mana pun untuk menyucikan atau membersihkan. Air itu sifatnya membersihkan. Ini semua manusia tahu. Ianya digunakan adalah untuk membersihkan kekotoran yang zahir. Tapi Allah teruskan lagi dengan membersihkan apa yang kita tak nampak. Iaitu dosa-dosa kita. Dengan mengambil wudu’ ini, akan menunjukkan seri di anggota wudu’. Lebih-lebih lagi di akhirat nanti. Bahagian wudu’ ini akan bersinar di akhirat kelak dan akan jelas nampak bahawa ini adalah orang yang melakukan solat. Nabi Muhammad nak kenal kita pun dengan cahaya di anggota wudu’ inilah nanti. Iaitu apabila baginda nak panggil kita minum di telaganya kelak.

Hikmat wudu’: Najis aini adalah najis yang boleh nampak dan bau. Najis hukmi pada hukum adalah najis yang tidak nampak pada zahirnya. Iaitu hadas kecil dan besar. Bayangkan kalau kita berhadas itu, bukan nampak pada orang lain yang kita ada najis pun. Wudu’ akan menghilangkan najis itu. Apakah dalil najis ghaib ini? Dalam Quran 9:28

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini;
– Allah kata mereka adalah najis tapi tidaklah kita kena basuh tangan selepas bersalam dengan mereka.

Dan dalam ayat Maedah:90 Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

– Maknanya bila kotor, kalaulah kita pegang berhala, adakah kena basuh tangan? Daun terup adakah kena basuh lepas kita pegang? Tidak, kerana tidak nampak ada najis di benda-benda itu. Tapi, hakikatnya, ada najis yang bukan zahir disitu. Ada pengajaran di sebaliknya. Antaranya ialah, jangan kita buat perkara-perkara itu.

Apa yang diceritakan adalah, ada perkara yang hakikatnya adalah kotor walau zahir tak kotor. Duit curi yang kita guna buat beli makanan contohnya, adalah haram. Cuma kita tak nampak. Walaupun makanan yang kita beli itu adalah nasi ayam.
Kepercayaan orang-orang kafir itu yang kotor. Walaupun kita nampak mereka seperti orang baik. Kerana kita tak nampak apa yang dalam hati manusia. Sebenarnya ia adalah kotor dan kita kena bersihkan.

Kenapa kita kena basuh anggota-anggota wudu’ itu? Manusia apabila berhadapan dengan sesuatu, kita tengok muka. Itulah sebabnya kita basuh muka kita. Dan bila kita suka sesuatu, kita nak ambil. Kalau tak boleh ambil, kita akan guna fikiran nak buat macam mana. Fikiran itu dalam kepala yang terletak diatas. Itulah sebabnya kita sapu kepala. Dan kita ambil sesuatu itu dengan tangan, dan tangan atau badan kita dibawa dengan kaki. Maka itulah sebabnya kita basuh tangan dan kaki kita.

Di muka paling banyak ada anggota. Muka, mulut, hidung, telinga dan telinga. Tujuh anggota wudu’ adalah isyarat kepada tujuh pintu neraka. Tujuh anggota inilah yang menyebabkan kita masuk neraka. Kita guna kaki untuk pergi ke tempat maksiat contohnya. Ada pula yang guna mulut untuk menipu. Dan seperti yang kita tahu, neraka itu panas. Nak padamkan yang panas adalah dengan air. Kita sejukkan anggota itu dengan air yang sejuk yang dapat memadamkan api. Tiga kali basuh adalah isyarat taubat. Taubat rukunnyaa da tiga. Berhenti, menyesal dan azam tak nak buat lagi dah. Perbuatan wudu itu adalah perbuatan taubat sebenarnya. Kita dah berjanji dah sebenarnya. Berjanji dengan Allah. Maknanya, hari-hari kita bertaubat dan berjanji dengan Allah taknak buat lagi dosa yang kita telah lakukan itu. Kalau dengan manusia pun kita dah malu dah kalau banyak sekali berjanji. Kalau ada kesedaran ini, kita akan jadi orang baik.

Wudu’ menyucikan fikiran kita. Kita ini ada kotor dalaman sebenarnya. Ini adalah dari sudut falsafah. Kita nak jadi cerah di akhirat kelak. Nabi pun akan kenal kita. Sekarang mungkin tak nampak, tapi ketahuilah bahawa ianya akan kelihatan nanti.

Imam Bukhari mulakan Kitab Wudu’ ini dengan ayat Quran kerana itulah asas hukum. Arahan untuk melakukan wudu’ ini ada dalam Quran.
Ayat ini adalah juga isyarat kepada awal kitab ini. Kalau nak buat sesuatu yang memerlukan kesucian batin, kena *mula dengan ambil wudu. Ada elemen *mula disini.
Keduanya, hukum wajib ambil wudu dengan perincian seperti ini *bermula dengan ayat ini. Ayat ini adalah ayat Madaniah. Walaupun begitu, di mekah sudah ada solat sebenarnya. Cuma hukum wudu’ pada ketika itu bukan wajib. Perincian bagaimana nak melakukan wudu’ pun tidak ada semasa di Mekah. Jadi, permulaan* hukum wajib adalah pada ayat ini.

Ayat ini pasal nak solat. Kalau bukan solat? Di peringkat awal, setiap kali solat kena ambil wudu’. Lepas tu hukum berubah dengan tidak wajib mengambil wudu’ setiap kali, tapi kena berus gigi. Lepas tu, gosok gigi pun tidak diwajibkan lagi. Tapi kalau dah ada wudu nak ambil lagi molek.

Kita diwajibkan untuk mengangkat wudu’ selepas berhadas dan bila hendak dirikan solat. Dan apa-apa yang perlukan wudu. Tak berdosa kalau tak ambil wudu kalau tak perlu. Ayat ini juga memberitahu rukun wudu. Tapi sebenarnya tertib atau susunan anggota wudu’ tidak diceritakan dalam ayat ini. Yang dalam quran itu tidak semestinya tertib dalam perbuatan. Jadi Hanafi dan Bukhari kata tiada tertib. Kalau basuh kaki dulu pun boleh. Sebab guna huruf ‘waw’, dan tidak ‘fa’. Lain kalau guna fa. Tapi kenapa Allah letak susunan sebegitu dalam Quran? Memang semulajadi kena letak dalam susunan, takkan nak bacakan semua anggota tu dalam satu nafas pula. Jadi tidak boleh kata tak sah kalau tidak ikut tertib yang kita dah biasa itu. Jadi, ini adalah tidak sama dengan mazhab Syafie yang meletakkan tertib sebagai salah satu rukun dalam wudu’. Sebab mazhab Syafie mempunya formula, ‘Empat basah, dua kering’ sebagai rukun. yang basah adalah anggota wudu’ dan yang kering adalah niat dan tertib. Tapi Bukhari nak cerita bahawa tertib bukanlah rukun dalam wudu. Sebab itu susunan bab dalam kitab wudu Bukhari ini tidak ikut tertib. Itu juga adalah isyarat bahawa tidak ada tertib anggota dalam mengangkat wudu itu.

Niat itu sudah ada bila nak bangun solat. Niat itu sebenarnya adalah lintasan hati. Imam Bukhari nak tolak pendapat yang mengatakan ada lafaz niat. Tidak ada lafaz nawaitu. Sebab tidak ada dalam nas. Sebab itu tidak ada bab niat dalam kitab wudu ini.

Dalam ayat di atas tadi, ada kata-kata dari Abu Abdillah. Abu Abdillah itu adalah Bukhari sebenarnya dan dia letak macam nama orang lain sebagai merendahkan diri. Supaya nampak macam orang lain yang cakap, padahal itu adalah dia. Itulah cara kitab lama. Ada pula yang kata itu adalah anak murid dia. Tapi sebenarnya tidak. Dia kata Nabi sebagai menjelaskan bagaimana mengambil cara mengambil wudu. Kerana tidak disebut dalam Quran. Itu adalah tugas Nabi. Nabi sebagai mubayyin, menjelaskan. Ianya bukan rukun tetapi sebagai menyempurnakan lagi.

Apakah yang Allah maksudkan dengan ‘basuh muka’ itu? Termasuklah kumur dan sedut air ke hidung. Fardhu wudu adalah sekali, sekali sahaja. Itulah yang disebut dalam Quran. Kalau lebih dari itu adalah sunat. Kerana dari segi bahasa, wajah itu bermaksud apa yang boleh nampak apabila kita berdepan. Mulut dan hidung tidak nampak sebab duduk di dalam. Tapi Nabi mengajar bahawa rongga mulut dan hidung juga perlu dibasuh.

Nabi pernah basuh sekali dan dua kali tapi tidak selalu, sebagai menunjukkan dibolehkan. Tapi tidak pernah lebih dari tiga kali. Maka ahli ilmu menganggap bahawa ianya adalah makruh jikalau lebih dari tiga kali. Dan Nabi juga pernah bersabda supaya tidak lebih dari tiga kali. Zalim kalau buat begitu. Sebab membazir air. Kalau kurang, tidak mengapa. Tapi ada hadis dalam Abi Dawud yang kata kalau kurang dari tiga pun tak molek. Ada kata itu dimaksudkan kurang dari satu atau tidak sempurna. Tapi, tidaklah ini mengatakan kalau buat lebih dari tiga sampai batal. Ianya adalah makruh sahaja. Ibn Umar pernah membasuh kakinya sebanyak tujuh kali tapi itu adalah kerana dia membasuh kakinya kerana dia sebelum itu dalam perjalanan. Dibolehkan kerana bukan dia menambah syariat. Kerana bukanlah perlu kita basuh kaki kita dulu baru basuh anggota wudu yang lain kerana kalau kaki kita kotor pun, tidak perlu kita basuh kaki kita dulu.
Tidak semua anggota kena basuh tiga kali. Kepala sapu sekali sahaja. Yang kena tiga kali adalah anggota yang perlu dibasuh. Kepala itu disuruh sapu sahaja.

Lompat ke kuliah dan hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Hadits-Hadits Tentang Wudhu`”

  1. […] Penjelasan  : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna. kesimpulannya, semoga entri kali ini mampu memberi manfaat dan kita boleh ambil pengajaran iktibar dari semua yang tercatat insya-Allah. selamat beramal. wallahualam. cc-peribadi rasulullah sahih bukhari-kitab wudhu’ […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s