We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Malu Maka Dia Menyuruh Orang Lain Supaya Bertanya October 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 12:53 pm

بَاب مَنْ اسْتَحْيَا فَأَمَرَ غَيْرَهُ بِالسُّؤَالِ

Bab Orang Yang Malu Maka Dia Menyuruh Orang Lain Supaya Bertanya

Sebelum ini kita telah belajar tentang malu dalam menuntut dan mengajar ilmu. Ada yang berpendapat tidak elok kepada orang yang belajar. Tapi bagus untuk malu di mana-mana walaupun dalam belajar. Dengan menjaga adab-adab dalam belajar. Yang penting kita tahu adalah janganlah menjadikan malu itu sebagai penghalang untuk kita mendapatkan ilmu.
Kalau kita malu, jangan duduk senyap sampai tak dapat maklumat. Dia kena ikhtiar juga dengan cara lain. Dalam hadis ini diajar boleh suruh orang lain tanya. Atau dia boleh tanya secara umum. Atau tanya secara bertulis. Yang penting, kena tanya. Kena dapatkan juga jawapan.

129 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دَاوُدَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُنْذِرٍ الْثَّوْرِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ
كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ أَنْ يَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ فَقَالَ فِيهِ الْوُضُوءُ

129. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Daud dari Al A’masy dari Mundzir Ats Tsauri dari Muhammad Al Hanafiyah dari ‘Ali bin Abu Thalib berkata, “Aku adalah seorang yang selalu keluar air mazi, lalu aku suruh Miqdad bin Al Aswad untuk menanyakan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu ia pun menanyakannya kepada beliau, dan beliau menjawab: “Dengan terkeluarnya air mazi, seseorang itu perlu berwuduk.”

Muhammad Al Hanafiyah adalah anak Saidina Ali. Tapi kita jarang dengar. Dianggap sebagai anak Ali yang paling alim. Hanafiyah itu adalah nama ibunya. Dia masyhur dengan nama begitu. Sebab ramai yang bernama Muhammad bin Ali. Syiah Kaisaniah dikaitkan dengan dia yang menganggap dia adalah salah seorang imam. Syiah juga berpecah sebenarnya.
Kenapa Bukhari ambil riwayat ini yang diriwayatkan dari Ali dan anaknya? Pada zaman dia, Syiah tidak berpendapat begini. Mereka menganggap air mazi itu suci. Walaupun kalau tengah sembahyang dan air mazi meleleh sampai ke tumit pun, tidak batal solat. Itulah sebabnya Imam Bukhari mengeluarkan hadis ini. Nak menunjukkan bahawa Ali pun tanya Nabi. Padahal sepatutnya dialah imam Syiah nombor satu pada mereka. Sepatutnya dia tahulah. Dan jawapan yang diberikan oleh Nabi kepada soalan itu adalah lain sekali dengan apa yang dipakai oleh Syiah. Nak menunjukkan mereka sebenarnya bukan ikut Ali pun. Kalau betul mereka ikut Ali, kenalah mereka ikut yang ini juga. Macam mut’ah, mereka tak ikut kata Ali pun. Padahal, hadis yang mengatakan mutaah telah diharamkan diriwayatkan oleh Ali sendiri. Mereka kata Ali taqiyah pula. Memang mereka adalah puak yang sesat dari agama Islam.
Sampaikan kalau mereka tiada ulama Syiah di sesuatu kawasan itu, kaedah mereka adalah berlawanan dengan perbuatan ahli Sunnah. Ini kalau mereka tidak ada pakar rujuk mereka di sesuatu kawasan, pengangan mereka adalah lihat apa yang dibuat oleh ahli sunnah, dan kena buat yang berlawanan dengan apa yang dibuat oleh ahli sunnah itu.

Kenapa Saidina Ali selalu keluar air mazi? Puak Syiah kata dia kuat nafsu. Jadi kenapa dia tak kahwin banyak? Mereka kata sebab Fatimah boleh layan keinginannya itu. Maka keluarlah pula kisah Tongkat Ali dan kacip Fatimah. Sampai mereka kata Fatimah pernah jumpa Nabi mengadu Ali kuat seks. Nabi ajar supaya Fatimah jadikan kemuncup sebagai pencungkil gigi, untuk mengurangkan nafsu seks Ali. Ini semua cerita mengarut. Sebenarnya Ali ada penyakit yang menyebabkan dia selalu keluar air mazi. Sampai dia jadi penat sebab bila keluar, dia akan mandi junub sebab dia tidak tahu apakah hukum berkenaan air mazi itu. Sampai dia sakit sebab selalu sangat mandi. Itulah sebab dia suruh tanya kepada Nabi tu. Dia tak tanya sendiri sebab dia malu sebab dia menantu. Maknanya, dalam dia malu itu, dia cari jalan untuk mendapatkan hukum daripada Nabi. Tapi kemudian ada disebut di tempat lain yang dia ada tanya juga tapi dalam bentuk umum. Macam tanya untuk orang lain. Maka, ini mengajar kita untuk kena pandailah tanya. Jangan jadikan perasaan malu penyebab tak dapat jawapan.

Soalan ini berbentuk umum. Samada air mazi itu keluar sendiri atau kerana syahwat kepada isteri. Oleh itu kebanyakan ulama kata air mazi menyebabkan batal air wudhu. Imam Malik sahaja yg lain sikit. Dia kata, kalau air mazi itu keluar kerana penyakit, wudu’ tidak batal.

Air mazi ini adalah najis. Kalau keluar, maka kena basuh dan ambil wudhu kembali. Tapi kalau keluar semasa hendak melakukan hubungan, tidakkah ianya najis juga? Tidak, kerana dalam keadaan begitu, dimaafkan.


بَاب ذِكْرِ الْعِلْمِ وَالْفُتْيَا فِي الْمَسْجِدِ

Bab Mengajar Dan Berfatwa Di Dalam Masjid

Hormatilah masjid. Tapi jangan segan bertanya.

– Kita memang disuruh untuk menghormati masjid. Kena ada perasaan malu untuk melakukan perkara yang tidak patut di rumah Allah. Tidak molek untuk berbuat bising di masjid kerana masjid adalah tempat ibadat. Tapi dalam keadaan begitu pun, tidak menghalang untuk kita untuk bertanya dan mendapatkan  ilmu. Kalau perlu untuk bertanya untuk mendapatkan ilmu, maka kita boleh bertanya dan guru boleh menjawab.

130 – حَدَّثَنِي قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ بْنُ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا نَافِعٌ مَوْلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا قَامَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ أَيْنَ تَأْمُرُنَا أَنْ نُهِلَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهِلُّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَيُهِلُّ أَهْلُ الشَّأْمِ مِنْ الْجُحْفَةِ وَيُهِلُّ أَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ لَمْ أَفْقَهْ هَذِهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

130. Telah menceritakan kepadaku Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits bin Sa’d telah menceritakan kepada kami Nafi’ mantan budak ‘Abdullah bin ‘Umar bin Al Khaththab, dari ‘Abdullah bin ‘Umar, bahwa ada seorang laki-laki bangun berdiri di masjid lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, dari manakah engkau memerintahkan kami berihlal?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu menjawab: “Bagi penduduk Madinah berihlal dari Dzul Hulaifah, penduduk Syam berihlal dari Al Juhfah, dan penduduk Najed berihlal dari Qarn.” Ibnu Umar berkata, “mereka mendakwa bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda bahwa penduduk Yaman berihlal dari Yalamlam.” Ibnu Umar selalu berkata, “Aku tidak faham/dengar yang terakhir ini dari sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Ihtilam adalah lafaz labbaika …. hingga akhir  yang dilafazkan oleh mereka yang memulakan ibadat haji atau umrah. Ianya adalah niat dalam bentuk lafaz.

Ibu Umar berkata: “Aku tidak faham/dengar yang terakhir ini…” Ini menunjukkan bahawa sahabat itu, kalau mereka tak dengar, mereka akan cakap. Dia memang tahu tentang yalamlam, sebab dia dah dengar dari orang lain, cuma dia sendiri tak dengar dari Nabi.

Sahabat itu tanya dalam masjid. Maknanya boleh. Dia berdiri sambil tanya, maknanya dia berdiri jauh dan bermakna dia cakap dengan kuat.


بَاب مَنْ أَجَابَ السَّائِلَ بِأَكْثَرَ مِمَّا سَأَلَهُ

Bab Orang Yang Menjawab Pertanyaan Seseorang Lebih Daripada Apa Yang Disoalnya

131 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَهُ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ فَقَالَ لَا يَلْبَسُ الْقَمِيصَ وَلَا الْعِمَامَةَ وَلَا السَّرَاوِيلَ وَلَا الْبُرْنُسَ وَلَا ثَوْبًا مَسَّهُ الْوَرْسُ أَوْ الزَّعْفَرَانُ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا حَتَّى يَكُونَا تَحْتَ الْكَعْبَيْنِ

131. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan dari Az Zuhri dari Salim dari Ibnu ‘Umar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa ada seorang laki-laki bertanya, “Apa yang boleh dipakai oleh orang yang berihram?” Beliau menjawab: “Ia tidak boleh memakai baju, serban, seluar, burnus, dan kain yang dilumur minyak wangi atau za’faran. Jika dia tidak mandapati selipar, maka ia boleh mengenakan khuf dengan memotongnya hingga di bawah buku lalinya.”

Ini adalah hadis terakhir dalam kitab ilmu ini. Dalam hadis yang pertama dalam kitab ini, Imam Bukhari mengajar bahawa untuk mendapatkan ilmu, yang pertama adalah kena ada doa. Sekarang Imam Bukhari membawakan dalil bahawa untuk mendapatkan ilmu, kena tanya kepada orang yang tahu.
Hadis ini juga mengajar bahawa guru itu kena pandai dalam mengajar dan menjawab soalan. Bila perlu, hendaklah dia menjawab lebih dari pertanyaan anak murid. Kena cerita sebanyak mungkin. Kena jawab dengan lengkap. Sebab mungkin soalan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat. Tapi guru kena jawap apa yang perlu diketahui oleh pelajar itu.

Imam Bukhari akhirkan kitab ilmu ini dgn membawa riwayat dari Ibn Umar yang digelar ‘syeikhul sahabah’. Dia adalah seorang yang banyak ilmu. Ada sebab kenapa  Imam Bukhari membawakan riwayat yang melibatkan Ibn Umar. Bukan saja-saja dia letak disini. Imam Bukhari begitu halus sekali pemilihan yang diletakkannya.

Soalan yang ditanya kepada Nabi adalah ‘apakah pakaian yang boleh dipakai’. Tapi Nabi jawap mana yang tak boleh pula. Macam tak jawap soalan nampaknya, tapi sebenarnya jawapan Nabi itulah yang lebih tepat. Jadi, dalam menjawab soalan, kena tengok keadaan. Kerana, kalau nak jawap mana yang boleh dipakai, ianya banyak sangat. Tambah pula nanti, di masa hadapan, akan banyak jenis-jenis pakaian nanti. Senang kalau cerita mana yang tak boleh, kerana yang tak boleh adalah terhad. Nabi bukan sahaja jawab berkenaan pakaian sahaja sebagai ditanya, tapi Nabi tambah perkara selain pakaian iaitu wangian juga. Semua jenis wangian tak boleh. Bukan hanya jenis yang disebut dalam hadis ini sahaja.

Selipar boleh pakai. Baginda jawab dalam bentuk boleh pakai selipar. Cuma kalau tiada selipar, boleh pakai khuf tapi kena potong supaya bawah paras buku lali. Jadikan macam kasut.

Muhrim: orang yang pakai ihram. Yang haram menikah: mahram. Orang kita selalu silap guna perkataan. Muhram: perkara yang diharamkan seperti daging babi dan sebagainya. Banyak penggunaan istilah agama yang silap digunakan oleh masyarakat kita. Kena betulkan. Sebab kalau istilah bahasa Inggeris, kita betulkan. Kenapa tidak istilah agama?

Nabi nak ajar pertanyaan itu tidak tepat. Tapi baginda tidaklah cakap kepada dia secara terus. Malulah dia nanti kalau Nabi buat macam tu. Sepatutnya dia tanya apakah yang tidak boleh dipakai oleh muhrim?
Tidak boleh pakai pakaian berjahit di bahagian atas badan.
Tidak boleh menutupi kepala sebagai pakaian. Kalau junjung beg contohnya, tidak dikira pakaian.
Seluar pun tak boleh. Ini bahagian bawah badan. Nabi sendiri ada pakai seluar kalau luar muhrim. Sahabat lebih ramai pakai seluar terutama lepas bergaul dengan orang Farsi. Perkataan ‘seluar’ pun berasal dari Farsi.
Burnus itu adalah cape atau hood. Yang bersambung dengan jubah untuk menutup kepala. Tidak boleh dipakai. Ada kata ianya adalah songkok panjang.
Tadi adalah jawapan untuk lelaki. Tidak boleh juga pakain kain yang dilumur dengan air wangi. Apabila digunakan perkataan kain, berkait juga dengan perempuan. Kain ihram tidak boleh berlumuran dengan wangian.
Nabi tidak mahu menyusahkan kita dengan berjalan berkaki ayam. Bahagian kaki diberi kelonggaran. Takut pecah kaki. Kasut boleh pakai. Khuf ini selalunya dipakai didalam kasut. Tapi kalau ada khuf sahaja, boleh dipakai dengan modifikasi sikit. Islam tidak ada unsur menyusahkan atau menyeksa diri. Agama lain ada elemen ini. Kalau ada yang buat juga yang melibatkan seksaan, kena ragui ajaran itu. Dalam Islam, binatang pun tak boleh siksa. Imam Ahmad kata ini adalah saranan Nabi sahaja untuk potong. Bukan wajib. Yang jumhur kata kena potong. Kalau tak kena bayar fidyah.

Pakai ihram adalah mengingatkan mati. Mati nanti pakai macam tu juga. Bau wangi itu menyedapkan, kerana itulah tidak boleh. Biar kita bau bau badan kita. Supaya semua serupa dihadapan Allah tidak kira siapa dia. Yang penting disisi Allah adalah Taqwa. Itulah sahaja yang membezakan seorang manusia dengan yang lain.

Tanda elok Islam itu adalah tidak buat benda yang tidak berfaedah. Adakah tidak berfaedah kalau jawap lebih dari yang ditanya? Tidak dalam bab ilmu. Tambahan pula kalau jawap dengan lebih kemas.

Isyarat nak tutup kitab iman. Juga isyarat mengingatkan mati. Inilah yang penting. Saidini Umar ada mengukir dicincinnya ‘Cukuplah mati menjadi penasihatmu’. Sebelum mati kena belajar.

Dalam hadis ini ada pasal soal. Kan kita kena tanya dalam kubur nanti. Jadi, kena bersedia. Macam mana nak jawap dengan lebih banyak? Kena punya iman sempurna.

Pakai pula pakaian muhrim. Walaupun boleh kalau pakai pakaian warna lain, tapi putih lebih sempurna. Isyarat kepada kain kapan.

Berkumpul ramai juga mengingatkan kita akan berkumpul di padang Mahsyar nanti.

Potong-memotong itu adalah isyarat kepada mati juga. Contohnya putus urat. Jadi kena ingat.

Kita akan dibangkitkan bogel tapi akan diberikan pakaian. Yang pertama akan dapat adalah Nabi Muhammad supaya manusia lain tidak dapat melihat auratnya. Kemudian nabi-nabi yang lain. Pakaian itu adalah amalan kita.

Sesi soal jawab: tiada dalil mengatakan bagaimana rupa chop di belakang badan Nabi. Yang sah adalah bahawa memang ada tapi tidak dinyatakan bagaimana rupanya. Tapi ada pula manusia yang memandai lukis dan mengatakan ianya adalah chop di belakang Nabi. Dan siap kata kalau lihat gambar itu waktu pagi, boleh selamat ke petang. Kalau tengok masa nak mati, masuk syurga. Nauuzubillah.

Allahu a’lam. Tamat sudah Kitab Ilmu. Sambung kepada Kitab yang seterusnya: Kitab Wudu’

Advertisements
 

2 Responses to “Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Malu Maka Dia Menyuruh Orang Lain Supaya Bertanya”

  1. Baru semalam famili saya bincang pasal hal nie… hari nie jumpa blog awak… terima kasih atas penerangan nie…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s