We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Mengkhususkan Ilmu Kepada Satu Golongan… October 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 9:34 am
Tags: , , , , ,

بَاب مَنْ خَصَّ بِالْعِلْمِ قَوْمًا دُونَ قَوْمٍ كَرَاهِيَةَ أَنْ لَا يَفْهَمُوا

Bab Orang Yang Mengkhususkan Ilmu Kepada Satu Golongan Tidak Kepada Golongan Yang Lain Kerana Bimbang Mereka Tidak Faham

Hadis sebelum ini menceritakan bahawa Nabi tidak cerita kepada masyarakat umum kerana takut timbul fitnah. Kali ini hadis ini mengajar guru untuk khususkan orang tertentu untuk diceritakan sesuatu ilmu. Tidak boleh semua kepada semua orang. Kena tengok samada dia seorang yang boleh terima atau tidak. Sebab orang tidak sama peringkat. Ada yang pandai dan ada yang tidak. Ini adalah pendapat pertama berkenaan dengan tajuk bab ini.

Pendapat kedua: Ulama mengatakan, bab dulu berkait dengan perbuatan. Iaitu berkenaan dengan membina kembali Kaabah. Kali ini berkenaan ucapan pula. Nabi memilih sahabat untuk bercerita tentang sesuatu perkara. Nabi bercerita kepada Muaz kerana dia lain dari orang lain dan dia boleh terima apa maksud yang Nabi hendak sampaikan. Dia boleh faham jadi Nabi sampaikan kepada dia.

Pendapat ketiga: hadis sebelum ini berkaitan orang yang tak cerdik. Iaitu kaum Arab yang baru masuk Islam. Hadis ini pula berkenaan orang yang cerdik. Kepada orang cerdik boleh diceritakan.

Hadis dulu adalah Nabi tidak cerita kepada orang yang kurang macam-macam, dari segi kecerdikan, ilmu, akhlak dan sebagainya. Oleh itu mereka mudah salah faham. Kerana mereka kaum yang bangsat. Apabila mereka tidak faham atau tidak suka sesuatu perkara itu kerana tidak sesuai dengan jiwa mereka, mereka akan pusing jadi lain.

124 – وَقَالَ عَلِيٌّ حَدِّثُوا النَّاسَ بِمَا يَعْرِفُونَ أَتُحِبُّونَ أَنْ يُكَذَّبَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ مَعْرُوفِ بْنِ خَرَّبُوذٍ عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ عَنْ عَلِيٍّ بِذَلِكَ

124. Dan Ali berkata, “Berbicaralah dengan manusia mengikut kemampuan mereka, apakah kalian ingin jika Allah dan rasul-Nya didustakan?” Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin Musa dari Ma ‘ruf bin Kharrabudz dari Abu Ath Thufail dari ‘Ali seperti itu.”

Kata diatas masih dikira sebagai tajuk lagi sebab tiada sanad diletakkan diawal matan. Bukhari tidak meletakkan sanad diawal matan, padahal kita semua tahu yang Bukhari sendiri tak pernah jumpa Ali. Bukhari cuma letak sanad selepas kata-kata Ali itu. Kenapa Bukhari buat begitu? Ini lain dari kebiasaan. Selalunya sanad akan diletakkan sebelum kata-kata. Satu pendapat mengatakan ini adalah kerana dia nak membezakan atsar sahabat dan hadis. Iaitu tidak sama taraf atsar dan hadis. Atau pendapat kedua mengatakan sanad yang dia dapat tak kuat iaitu tidak sahih. Atau boleh jadi sanad itu sahih cuma tidak menepati syarat dia. Ini adalah kerana syarat yang diletakkan oleh Bukhari adalah tinggi. Pendapat yang mengatakan sanad itu tidak sahih adalah kerana perawi yang bernama Ma ‘ruf bin Kharrabudz dikatakan sebagai berpendirian Syiah. Dan matan yang disampaikan adalah melibatkan Ali. Oleh kerana itu, sanad ini tidak sahih. Ulama hadis amat berhati-hati dengan perawi yang berfahaman Syiah. Lebih-lebih lagi kalau apa yang disampaikan itu ada melibatkan Ali. Kerana mereka banyak menipu menggunakan nama Ali.

Berhati-hatilah dengan Syiah kerana mereka menyorok sifat Syiah mereka. Dari dulu lagi mereka begitu. Sebenarnya mereka telah mengarang kitab mereka dah lama dah, tapi mereka sorok kerana mereka takut pecah tembelang mereka. Apabila mereka rasa mereka kuat, mereka telah menyebarkan kitab mereka merasakan ianya akan menguatkan pendapat mereka lagi. Tapi sebaliknya, kerana dengan kitab itu, kita boleh tahu bahawa mereka telah terkeluar dari Islam.

Dalam hadis ini bukhari tidak menggunakan kata perhormatan yang biasa digunakan untuk Saidina Ali iaitu ‘karramallahu wajhah’. Dia cuma letak “Ali berkata”. Kenapakah penghormatan kepada Ali lain dari sahabat yang biasa iaitu ‘radhiallahu anhu’. Penghormatan itu biasa digunakan dan telah diberi oleh Allah sendiri dalam quran. Jadi, itu adalah yang biasa digunakan. Dari mana datang perkataan ‘karramallahu wajhah’ itu? Ada yang kata ini adalah kerana Saidina ali tidak pernah sembah berhala kerana dia telah masuk Islam dari kecil lagi. Ada pula yang kata kerana dia tidak pernah melihat kemaluan termasuk kemaluan dia sendiri pun. Sampai dikatakan kalau dia nak buang bulu ari-ari dia pun dia mendongak supaya tak nampak kemaluan dia. Ini semua adalah alasan yang tidak munasabah. Kerana bukanlah Ali seorang sahaja yang tidak pernah menyembah berhala. Abu Bakr contohnya, pun tidak pernah menyembah berhala dan juga Aisyah, tapi tidak digunakan penghormatan itu kepada mereka dan sahabat-sahabat yang lain. Ada yang kata ini adalah panggilan Syiah kerana mereka memang melebihkan Ali dari sahabat yang lain.
Sebenarnya yang meletakkan panggilan itu adalah Ahli Sunnah juga. Sebab menjawab tohmahan Syiah yang menghitamkan wajah Saidina Ali. Tapi penggunaan itu tidaklah sepanjang masa kena pakai macam tu. Sebab itulah Bukhari tak letak dalam kitabnya ini menunjukkan tidak perlu sentiasa menggunakan gelaran itu. Ianya digunakan untuk melawan apa yang dikatakan oleh puak syiah zaman itu sahaja.

Janganlah supaya nanti kata-kata penghormatan ini digunakan pula sebagai hujah Syiah nak mengatakan bahawa kita ahli sunnah juga melebihkan Ali dari sahabat yang lain. Kerana kita tidak boleh melebihkan dia berlebihan dari sahabat yang lain. Imam Malik sampai kata, kalau ada yang berkata bahawa Ali lebih layak untuk menjadi khalifah dulu sebelum Abu Bakar dan Umar pun dah dikira kafir dah. Tambahan pula kalau apa yang dikatakan oleh puak Syiah sekarang yang melampau sampai mengkafirkan Abu Bakar dan Umar.

Apa yang saidina Ali cakap ni bersamaan dengan apa yang Quran kata. Jadi kena beringat untuk cakap.
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana kelak, mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. An-an’am:108

125 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمُعاذٌ رَدِيفُهُ عَلَى الرَّحْلِ قَالَ يَا مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ قَالَ يَا مُعَاذُ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَسَعْدَيْكَ ثَلَاثًا قَالَ مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ إِلَّا حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُخْبِرُ بِهِ النَّاسَ فَيَسْتَبْشِرُوا قَالَ إِذًا يَتَّكِلُوا وَأَخْبَرَ بِهَا مُعَاذٌ عِنْدَ مَوْتِهِ تَأَثُّمًا

125. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Qatadah berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menunggang kendaraan sementara Mu’adz membonceng di belakangnya. Baginda lalu bersabda: “Wahai Mu’adz bin Jabal!” Mu’adz menjawab, “Ya saya wahai Rasulullah, bertuahlah engkau wahai Rasulullah.” Baginda memanggil kembali: “Wahai Mu’adz!” Mu’adz menjawab, “ya saya Wahai Rasulullah, bertuahlah engkau wahai Rasulullah.” Baginda berkata lagi kali ketiga: “Wahai Mu’adz!”, Mu’adz menjawab, “ya saya Wahai Rasulullah, bertuahlah engkau wahai Rasulullah.” Baginda lantas bersabda: “Tidaklah seseorang berkata tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah, dengan benar-benar dari hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan baginya neraka.” Mu’adz lalu bertanya, “Apakah boleh aku memberitahukan hal itu kepada orang tentangnya, agar mereka bergembira dengannya?” Baginda menjawab: “Nanti mereka berserah sahaja (tidak akan beramal lagi).” bagaimanapun Mu’adz menyampaikan hadits ini kepada orang ramai ketika dirinya hampir meninggal karena takut berdosa.”

Salah satu tanda Nabi berkenan kepada sahabat adalah baginda naik kenderaan bersama mereka dengan sahabat itu membonceng dibelakang baginda. Muaz memang seorang yang disayangi oleh Nabi. Pernah Nabi bersabda bahawa Muaz adalah seorang yang paling tahu tentang halal dan haram. Dan dia pandai juga hal tentang pemerintahan kerana Nabi telah menghantar Muaz untuk menjadi gabenor di Yaman semasa hayat baginda lagi.

Nabi panggil tiga kali sebagai penekanan. Dan kita boleh lihat bagaimana Muaz begitu menghormati Nabi. Dia menjawab setiap kali dengan baik walaupun Nabi telah memanggilnya sampai tiga kali. Perkataan yang digunakannya adalah amat molek sekali. Itulah antara sebabnya yang Nabi suka dengan dia dan dia mendapat ilmu yang lebih dari orang lain.

Nabi khuatir kalau masyarakat yang pendek akal akan menggunakan hadis ini sebagai dalil untuk mereka bersenang-lenang dengan tidak melakukan ibadah kerana mereka sangka cukup sahaja dengan mengucap dua kalimah shahadah mereka akan masuk syurga. Dan memang dah ada dah yang berfikiran begitu. Iaitu puak Murjiah yang dari awal kitab ini lagi Bukhari telah memberikan banyak dalil untuk mematahkan hujah mereka. Sampai golongan Murjiah itu dalam bentuk gerakan sudah tiada, tapi sampai sekarang ada orang yang berfikiran begitu. Contohnya, seperti golongan artis di India dan Indonesia.

Dalam Sunan Tirmizi ada riwayat yang sama yang menambah ibadat lain seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Ini bermakna bahawa ibadat-ibadat itu memang perlu dilakukan juga. Tapi Bukhari tidak memasukkan riwayat itu kerana mungkin tidak menepati syaratnya. Dan memang boleh terjadi, kalau seseorang itu hanya mengucap sahaja, boleh masuk syurga. Contohnya, seorang kafir masuk Islam dan memang dia berniat akan melakukan segala suruhan agama. Tapi sebelum sempat dia melakukan apa-apa ibadah pun, dia meninggal. Orang itu akan masuk syurga kerana dia tidak mempunyai apa-apa dosa. Dan kalau tiada dosa, maka dia akan masuk syurga. Maknanya, dia masuk syurga kerana dia hanya mengucap dua kalimah syahadah sahaja.

Ataupun ada kemungkinan Allah akan memasukkan seseorang itu ke dalam syurga walaupun dia ada dosa kerana itu adalah hakNya. Terpulang kepada Allah samada hendak memasukkan seseorang itu ke dalam syurga atau ke dalam neraka.

Dua kalimah syahadah ini boleh dikatakan sebagai Kalimah Sakti. Amat penting sekali dua kalimah ini. Sebenarnya, sesiapa yang mengucap dua kalimah ini sebenarnya berjanji melakukan semua tuntutan agama.

– Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Nabi dengan perkataan: “Allah akan mengharamkan baginya neraka.” Satu pendapat mengatakan orang islam itu tidak kekal dalam neraka jikalau dia masuk neraka pun. Kerana dia mungkin akan kena masuk neraka jikalau ada dosa kerana neraka itu adalah untuk dia membersihkan dosanya. Tapi selepas dosanya sudah dibersihkan, dia akan masuk syurga. Dia tidak kekal di dalam neraka.

Pendapat lain: Allah haramkan anggota tertentu untuk dibakar oleh api neraka. Iaitu anggota wudhu’ dan anggota yang melakukan sembahyang. Tapi ini bermakna, anggota yang lain akan dibakar oleh api neraka juga. Maknanya, akan masuk neraka juga.

Pendapat lain: Allah haramkan orang Islam yang mengucap syahadah dengan ikhlas dari neraka yang dikhususkan untuk orang kafir. Kalau mereka masuk kerana mereka ada melakukan dosa, mereka akan masuk neraka lain. Ini pun dah satu nikmat dah kerana neraka yang ini kurang berat dari neraka yang dikhususkan kepada orang kafir. Satu pendapat mengatakan yang azab yang paling sedikit akan dikenakan kepada orang Islam yang masuk neraka adalah dia akan diazab, tapi dia seperti kena bius. Dia tidak ada rasa apa-apa. Tapi kita jangan rasa selesa dengan pendapat ini, kerana tidak pasti samada kita akan dapat hukuman yang paling sedikit ini. Apa kata kalau Allah akan kenakan azab yang lebih berat lagi?

Semua pendapat ini adalah menunjukkan kelebihan dua kalimah syahadah. Nak masuk Islam, azan, dan apabila nak mati semuanya menggunakan kalimah syahadah ini. Cuma dalam nak mati tu, hanya la ilaaha illallah, tidak ditambah dengan Muhammadur Rasulullah. Ini adalah kerana ini adalah kalimah tauhid. Dan hanya Allah sahaja yang dapat membantu manusia dikala mereka akan menemui ajal mereka. Dalam perkara ini, tidak boleh berkongsi dengan Nabi Muhammad sekalipun.

– Muaz, walaupun dia dapat tahu dari Nabi seperti hadis ini tapi dia buat amalan seperti biasa juga. Walaupun dia dah dapat hadis ini dari Nabi, tidaklah dia tidak melakukan ibadat. Begitulah para sahabat. Mereka amat kuat melakukan amal ibadat walaupun mereka dapat ilmu-ilmu sebegini. Cuma mereka yang rendah fikiran sahaja yang akan salah tafsir dan merasa senang dengan apa yang ada pada mereka. Dan kita boleh lihat sahabat-sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Nabi, tidaklah mereka mengurangkan ibadat mereka, tapi lagi bertambah ibadat mereka lagi.

Nabi takut umat tidak kisahkan perkara sunat-sunat lagi dah kalau mereka dengar hadis ini. Sebab kalau wajib memang tak boleh lepas. Semua orang tahu itu kena buat. Tapi Nabi takut umat dah tak buat perkara sunat. Padahal sunat ada kelebihan dia. Antaranya adalah untuk menampung perkara yang wajib.

Anwar Shah Kasmiri kata yang ditakuti oleh Nabi adalah umat dah taknak buat dah perkara sunat-sunat kalau mereka salah faham dengan hadis ini. Ditakuti mereka hanya melakukan perkara wajib sahaja. Sebab perkara wajib memang tak boleh elak dah. Dimana-mana ada sebut tentang kewajiban mengerjakannya. Tapi ditakuti kalau diberitahu manusia tentang apa yang telah diberitahu kepada Muaz itu, mereka akan pandang lewa perkara sunat. Padahal perkara sunat itu amat penting. Nabi paling kuat melakukan perkara-perkara sunat. Apa yang sunat kepada kita adalah wajib kepada dirinya. Dia akan melakukan perkara sunat itu dan kalau dia tidak dapat buat, dia akan qadha. Padahal dia adalah manusia yang telah diampunkan segala dosanya dulu dan akan datang. Maknanya, tentu ada banyak kebaikan dalam perkara ibadat itu. Tapi Nabi tidak mewajibkan kepada kita umatnya kerana tidak mahu menyusahkan kita jikalau perkara itu diwajibkan. Takut nanti kita tidak mampu melakukannya.

Kita sebagai orang yang belajar hadis perlu mengamalkan apa-apa amalan yang diajar oleh Nabi dalam hadisnya. Biarpun sekali seumur hidup.

126 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ قَالَ ذُكِرَ لِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ مَنْ لَقِيَ اللَّهَ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ قَالَ أَلَا أُبَشِّرُ النَّاسَ قَالَ لَا إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَتَّكِلُوا

126. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Mu’tamir berkata, aku mendengar Bapakku berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Disebutkan kepadaku bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada Mu’adz bin Jabal: “Barangsiapa berjumpa Allah dengan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, maka dia akan masuk surga.” Mu’adz bertanya, “Bolehkan jika itu aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Beliau menjawab: “Jangan, karena aku khawatir mereka akan berpada (untuk dapat itu sahaja).”

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s