We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab OrangYang Meninggalkan Sebahagian Kehendaknya… October 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 6:55 pm
Tags: , , , , , , ,

بَاب مَنْ تَرَكَ بَعْضَ الِاخْتِيَارِ مَخَافَةَ أَنْ يَقْصُرَ فَهْمُ بَعْضِ النَّاسِ عَنْهُ فَيَقَعُوا فِي أَشَدَّ مِنْهُ

Bab OrangYang Meninggalkan Sebahagian Kehendaknya Lantaran Bimbang Tidak Akan Difahami Oleh Sebahagian Orang Sehingga Mereka Terjerumus Ke Dalam Keadaan Yang Lebih Teruk Kerananya

Dalam hadis sebelum ini kita telah belajar bagaimana ada perkara yang tidak diceritakan oleh Abu Hurairah kepada umum. Kerana kalau cerita lebih pun tidak berguna. Dan takut pergi kelain. Takut manusia menjadi sesat sebab tak faham. Dan perkara yang tidak diceritakan itu pun tidak kena mengena dengan kesempurnaan agama. Kalau ada kelebihan pun, sedikit sahaja. Contohnya perkara yang akan terjadi masa hadapan dan tentang roh. Walau bagiamanapun, ulama pun tak halang untuk dikaji. Tapi ditakuti akan menyebabkan susah nanti kepada orang yang tidak mendalam ilmunya.

Nabi tidak buat perkara yang akan menimbulkan fitnah. Kerana ianya tidak elok untuk kebaikan umat. Hadis ini adalah contoh Nabi meninggalkan sesuatu dari segi perbuatan untuk mengelakkan fitnah. Nanti kita akan belajar bagaimana Nabi meninggalkan sesuatu perkataan pula untuk mengelakkan fitnah.

Tidak boleh cerita kepada umum kerana umat ini ada golongan yang dari segi lemah fikiran. Dan ada yang rendah dari segi jiwanya. Kerana kalau ada benda yang mereka tidak suka atau tidak kena dengan selera mereka, mereka akan menentang.

Jadi seorang guru kena tengok belaka masyarakat mereka. Samada mereka boleh terima atau tidak. Kalau nampak mereka jenis yang tidak terima, maka jangan cerita kepada mereka. Seperti Nabi dalam hadis ini, tidak mengubah Kaabah seperti yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim dahulu kerana mudarat nya adalah lagi banyak dari manfaatnya.

123 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ إِسْرَائِيلَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ الزُّبَيْرِ كَانَتْ عَائِشَةُ تُسِرُّ إِلَيْكَ كَثِيرًا فَمَا حَدَّثَتْكَ فِي الْكَعْبَةِ قُلْتُ قَالَتْ لِي قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ لَوْلَا قَوْمُكِ حَدِيثٌ عَهْدُهُمْ قَالَ ابْنُ الزُّبَيْرِ بِكُفْرٍ لَنَقَضْتُ الْكَعْبَةَ فَجَعَلْتُ لَهَا بَابَيْنِ بَابٌ يَدْخُلُ النَّاسُ وَبَابٌ يَخْرُجُونَ فَفَعَلَهُ ابْنُ الزُّبَيْرِ

123. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Musa dari Isra’il dari Abu Ishaq dari Al Aswad berkata, Ibnu Az Zubair berkata kepadaku, ” ‘Aisyah banyak berahsia kepadamu. Apakah yang diceritakan kepadamu tentang Ka’bah?” Aswad berkata, “Aisyah pernah bercerita kepadaku, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadaku: “Wahai ‘Aisyah, kalau bukan karena kaummu masih baru, Az Zubair menyebutkan, “- baru meninggalkan kekufuran- , nescaya Ka’bah akan aku robohkan, lalu aku buat kaabah itu mempunyai dua pintu. Satu pintu untuk orang-orang masuk dan satu untuk mereka keluar.” Di kemudian hari hal ini dilaksanakan oleh Ibnu Zubair.” iaitu semasa pemerintahannya.

Ibn zubair adalah anak saudara kepada Aisyah. Aswad pula adalah anak murid kepada Aisyah. Dia asalnya hamba tapi kemudian dimerdekakan. Walaupun dia tiada pertalian darah dengan saidatina aisyah tapi aisyah beri ilmu lebih kepada aswad. Kerana itulah Ibn zubair tanya Aswad sebab dia tahu yang Aswad adalah murid istimewa Aisyah. Mungkin aswad tahu sesuatu yang dia tidak tahu. Dan kita kena ingat bahawa Aisyah murid istimewa kepada Nabi pula. Nabi hanya menceritakan tentang keadaan kaabah itu kepada aisyah sahaja, dan mungkin hanya beberapa orang sahaja. Dan Aisyah pula memilih kepada siapa untuk dia cerita.

Ibn zubair pun sebenarnya tahu dengan hadis itu apabila dibaca oleh Aswad. Sebab itu dia boleh sambung sampai habis. Maknanya dia pun pernah dengar juga. Dan Aswad tidak membantah kata-katanya itu. Menunjukkan sama hadis yang ibn Zubair dapat itu. Ini adalah pendapat yang pertama.

Pendapat kedua mengatakan yang Ibn Zubair sambung itu hanyalah perkataan بِكُفْرٍ ‘meninggalkan kekufuran’ sahaja. Yang seterusnya adalah kata-kata Aswad. Jadi, kalau ini pun tidak dibantah oleh Aswad maka boleh diterima.

Ibn zubair tahu bahawa Kaabah yang ada masa itupun bukanlah seperti yang dibina oleh Nabi Ibrahim dulu. Kerana itulah dia tanya tu. Ada beberapa perbezaan dengan yang sepatutnya. Pintu Kaabah sepatutnya rendah, bersamaan dengan lantai. Tak perlu tangga nak masuk pintunya. Dan Kaabah sebenarnya ada dua pintu. Pintu yang macam sekarang untuk masuk dan satu lagi di rukun Syami, untuk keluar. Dan Kaabah sebenarnya besar lagi, merangkumi hijr Ismail. Kerana itulah tawaf itu perlu mengelilingi hijr Ismail itu kerana itu adalah sebahagian dari Kaabah. Yang menjadikan ianya tidak sebesar yang sepatutnya kerana semasa membina kembali Kaabah semasa zaman Nabi berumur dalam lingkungan 25 itu adalah kerana mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membina sebesar apa yang Nabi Ibrahim buat dahulu. Kerana, walaupun mereka banyak melakukan maksiat, tapi apabila membina kembali Kaabah, mereka tahu bahawa mereka kena pakai duit yang bersih. Jadi, duit yang bersih tidak banyak untuk dapat bina kembali Kaabah seperti yang sepatutnya.

Ada lima kali pembuatan Kaabah itu.
1. Pertama kali apabila Nabi Adam membina kaabah bersama malaikat. Selepas itu hilang tidak dijumpai setelah sekian lama.
2. Nabi Ibrahim membina kaabah bersama nabi Ismail.
3. Pembinaan oleh bangsa Quraish semasa Nabi berumur 25/35 tahun. Tak cukup modal yang bersih.
4. Pembinaan oleh Ibn zubair apabila dia mengangkat dirinya sebagai khalifah dan menetap di Mekah. Dia telah ikut binaan yang sebenar.
5. Pembinaan semua Hajjaj mengembalikan Kaabah seperti zaman Nabi dan seperti apa yang kita lihat sekarang. Dia telah mengubah apa yang telah dilakukan oleh ibn zubair kerana dia kata apa yang ibn zubair lakukan itu adalah atas sebab politik sahaja.

Banyak kali telah dilakukan perubahan kepada Kaabah ini

Semasa pemerintahan Harun ar rashid, dia telah tanya Imam Malik berkenaan perkara ini. Kerana dia merasakan apa yang Ibn Zubair lakukan adalah yang benar setelah dia melihat kepada hadis. Jadi dia nak buat balik seperti itu. Tapi Imam Malik kata biarkan sahaja begitu. Sebab Nabi pun boleh terima Kaabah dalam keadaan begitu. Dan dia takut Kaabah itu akan jadi permainan pemimpin. Takut nanti pemimpin yang kemudian akan buat pengubahan dia ikut suka dia pula. Nanti takut ada pula yang nak letak emas ke Perak di bahagian Kaabah nanti. Jadi, elok untuk biarkan sahaja Kaabah dalam keadaan begitu.

Nabi cakap kepada Aisyah. Bijak. Kepada yang mampu sahaja. Tidak kepada umum. Takut fitnah. Kaabah mulia sgt kepada ramai. Bukan Kaabah yang penting. Dalam Quran pun kita disuruh mengadap ke *arah* Masjidil haram. Kerana penyatuan ibadat. Kerana Kaabah pun pernah kena pecah juga. Dan pernah dicuri hajarul Aswad selama berpuluh tahun tapi kita masih lagi pergi haji kesana. Kita masih lagi mengadap ke sana waktu solat. Kerana kita bukan menyembah Kaabah ataupun hajarul aswad itu. Ini penting untuk kita tahu kerana ada agama lain mengatakan kita sama sahaja dengan mereka, iaitu kita juga menyembah batu.

Dalam hadis ini kita belajar untuk bertolak ansur apabila perlu. Kita kena lihat sesuatu perkara itu samada mendatangkan mudharat atau tidak. tapi mestilah dalam perkara yang boleh bertolak ansur. Nabi tidak pernah bertolak ansur dalam perkara syariat dan bidaah. Tiada tolak ansur dalam la ilaha illallah. Iaitu dalam perkara melibatkan syirik. Dan Nabi tidak pernah bertolak ansur dalam perkara muhammadur Rasulullah iaitu perkara bidaah. Dalam dua perkara ini tiada contoh Nabi pernah bertolak ansur.

Apabila nabi membawa ajaran islam semasa di mekah, golongan musyrikin telah berjumpa baginda dan mencadangkan supaya mereka saling tukar ibadah mereka. mereka cadangkan supaya setahun menyembah Allah dan setahun lagi menyembah berhala. Nabi tidak menerima perkara ini.

Nabi pernah berkata bahawa khalifah mestilah dari bangsa Quraish. Ini nampak macam nabi memilih bangsa pula. Tapi kata begini adalah kerana Politik semasa. Memang waktu itu bangsa arab tidak akan menerima khalifah yang lain kalau bukan dari golongan bangsa quraish. Seperti di malaysia sekarang, tentu tidak boleh diterima jikalau perdana menteri bukan dari golongan Melayu.
Jadi jikalau masyarakat islam sedunia boleh menerima Khilafah bukan dari bangsa quraish, maka boleh diberikan kekhalifahan kepada mereka.

Hadis ini mengajar kita untuk menjadi bijak. Menimbang apakah keputusan yang paling baik untuk kebaikan yang terbesar. Bukan hanya pakai dalam hal agama sahaja tapi untuk kehidupan umum juga. Contohnya kita nak menikah dengan pilihan kita tapi orang tua tidak setuju. Maka manakah keputusan yang kita nak ambil? Ataupun apabila doktor kata kena potong kaki sebab sakit. Tentulah kita akan mendengar cakap doktor dalam hal ini. Maka apakah yang perlu kita buat dalam keadaan begitu?
Maka kita kena Sesuaikan keputusan dengan keadaan. Satu contoh lagi adalah keperluan untuk pakai Niqab. Memang ianya adalah perkara yang baik dan dalam mazhab Shafie, pakai tutup muka adalah wajib. Tapi dalam keadaan universiti contohnya, ini tidak sesuai dijalankan kerana dalam keadaan begitu, pihak universiti perlu untuk memastikan identiti tetap seseorang itu.

Dalam sejarah khalifah Hajjaj telah tukar balik apa yang dilakukan oleh Ibn Zubair. Dia ikut apa yang telah dibina sezaman dengan Nabi. Mungkin ada kenaikan. Kerana itu adalah apa yang Nabi pun boleh terima. Mungkin kalau dia tak buat begitu, pemerintah yang kemudian buat ikut suka dia pula. Antara orang tak suka Hajjaj adalah apa dia lakukan ini. tapi itu adalah perkara sejarah dan kita tidak tahu dengan tepat apakah yang dimaksudkan dengan perbuatannya itu.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s