We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Firman Allah [ Dan Tidaklah Diberikan Kepada Kamu Ilmu Kecuali Sedikit Jua ] October 22, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 1:49 pm

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا }

Bab Firman Allah [Dan Tidaklah Diberikan Kepada Kamu Ilmu Kecuali Sedikit Jua]

122 – حَدَّثَنَا قَيْسُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ سُلَيْمَانُ بْنُ مِهْرَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا أَنَا أَمْشِي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خَرِبِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ يَتَوَكَّأُ عَلَى عَسِيبٍ مَعَهُ فَمَرَّ بِنَفَرٍ مِنْ الْيَهُودِ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ سَلُوهُ عَنْ الرُّوحِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا تَسْأَلُوهُ لَا يَجِيءُ فِيهِ بِشَيْءٍ تَكْرَهُونَهُ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَنَسْأَلَنَّهُ فَقَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ فَقَالَ يَا أَبَا الْقَاسِمِ مَا الرُّوحُ فَسَكَتَ فَقُلْتُ إِنَّهُ يُوحَى إِلَيْهِ فَقُمْتُ فَلَمَّا انْجَلَى عَنْهُ قَالَ { وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ الرُّوحِ قُلْ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي } وَمَا أُوتُوا مِنْ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
قَالَ الْأَعْمَشُ هَكَذَا فِي قِرَاءَتِنَا

122. Telah menceritakan kepada kami Qais bin Hafsh berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy Sulaiman bin Mihran dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari ‘Abdullah ibn Mas’ud, beliau bercerita, “Ketika aku berjalan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di kawasan yang tidak berpenghuni di Madinah, Nabi SAW bertongkat dengan pelepah kurma yang ada bersamanya. Kemudian Nabi SAW lalu berdekatan sekumpulan orang Yahudi, maka sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, “Tanyakanlah kepadanya tentang ruh!” Sebagian yang lain berkata, “Janganlah kamu tanya dia, nanti dia akan mengemukan sesuatu yang kalian tidak senangi.” Bagaimanapun ada sebahagian dari mereka berkata, “kita pasti akan menanyainya.” Lalu tampillah seorang laki-laki dari mereka seraya bertanya, “Wahai Abul Qasim, ruh itu apa?” Nabi SAW diam sahaja. Maka aku (perawi) pun berkata, “Sesungguhnya dia sedang didatangi wahyu. Kerananya aku berdiri.” Setelah selesai penurunan wahyu, Nabi SAW terus membaca: ‘(mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: “Ruh itu adalah urusan Rabbku, dan tidaklah diberikan kepada mereka ilmu melainkan sedikit) ‘ (Qs. Al Israa`: 85). Al A’masy berkata, “Seperti inilah dalam qira`ah kami.”

Tajuk ini diambil dari Quran. Kadang-kala Imam Bukhari bawa hadis sebagai tajuk. Kadang-kala, athar sahabat. Atau pendapat tabein. Tajuk adalah yang paling penting dalam Bukhari ini. Kerana ada perkara yang hendak disampaikan dalam tajuk itu. Jadi kena ingat selalu tentang kepentingan tajuk yang Bukhari letakkan.

Bukhari nak cerita bahawa ilmu ini memang kita dapat sedikit sangat. Dari dulu sampailah sekarang. Orang dulu pun dapat sedikit dan orang kemudian pun akan dapat sedikit. Maka janganlah tunggu sampai dah cukup ilmu baru mengajar. Takkan cukup ilmu kita sampai bila-bila. Kena sampaikan apa yang kita tahu. Dan ini adalah motivasi kepada murid supaya jangan hilang semangat untuk belajar walaupun tak banyak boleh dapat ilmu. Jangan kita rasa yang kalau kita belajar pun, bukan dapat banyak, sampai kita tak mahu belajar. Jangan begitu.

Nabi sendiri pun ada perkara dia tak tahu. Kena tunggu wahyu juga daripada Allah. Seperti yang terjadi dalam hadis ini. Baginda senyap sahaja menunggu wahyu. Padahal baginda seorang manusia yang paling pandai dah tu. Tambahan pula kita ini, memang jauh lagi kurang dari Nabi. Kenalah sentiasa kita ingat bahawa akan ada orang yang lebih tahu dari kita. Seperti hadis sebelum ini bagaimana Nabi Musa sangka dialah yang paling pandai dalam dunia pada masa itu, tapi sebenarnya tidak.

Maka, kalau kita faham maksud hadis ini, kalau ada perkara yang kita tanya guru dan guru tak boleh jawab, maka jangan kita berasa hati. Sebab guru itu pun bukan tahu semua perkara. Yang disuruh kita buat adalah untuk bertanya. Jangan kita segan untuk bertanya. Selain dari itu, guru pula tak boleh nak tekan murid sangat. Kadang kala ada yang guru berasa resah hati kalau anak murid tak faham. Kenalah guru itu juga ingat bahawa tidak semua anak murid sama. Ada yang dapat terima dan ada yang tidak. Dan tidak semestinya semua yang kita ajar itu, anak murid akan dapat 100%. Semuanya bergantung kepada Allah.
Kita kena sentiasa ingat bahawa ilmu itu, Allah yang beri. Semuanya ada hikmat kenapa Allah buat begitu.

Keduanya, dia nak cerita ada perkara yang walaupun kita tahu, tapi apa yang kita tahu itu, terhad sangat. Macam hal roh seperti yang diceritakan dalam hadis ini. Ada perkara lain yang kita rasa kita tahu, tapi hakikatnya bukan kita tahu semuanya.

– Hadis ini juga mengingatkan kepada orang berilmu supaya jangan sombong. Jangan berasa ujub iaitu merasa bangga dengan diri dengan merasa kita sudah tahu. Sebab apa yang kita tahu sikit sahaja. Ini adalah sebagai penawar kepada orang alim.

Hakikatnya Allah yang beri ilmu. Dan Dia boleh ambil balik. Berapa ramai orang yang asalnya pandai berilmu tapi kemudian Allah jadikan gila.

‘Kamu’ dalam hadis ini merujuk kepada orang Islam. Dan ‘ilmu’ yang dimaksudkan itu adalah Quran. Faham yang diberiNya tentang Quran sikit sahaja. Maknanya, kita yang dah ada Quran ini pun dapat sikit sahaja pemahaman dari Quran. Yang selain orang Islam, lagi sikit mereka dapat kerana mereka tidak ada Quran. Sebab kitab mereka seperti Taurat contohnya, kurang dari Quran. Jadi hadis ini nak bagitahu kepada mereka kenapakah mereka nak berbangga dengan perkara yang sedikit?

Meletak sutrah di hadapan semasa solat

Dalam hadis ini, Nabi dikatakan bertongkat tapi Nabi bertongkat bukan sebab uzur. Banyak gunanya, antaranya untuk halau binatang liar yang ada di jalan macam ular dan lain-lain. Atau boleh digunakan untuk memecahkan tanah keras untuk dibuat istinjak atau tayamum. Ini mengajar kita untuk bawa barang keperluan untuk perjalanan. Atau tongkat itu juga boleh digunakan sebagai sutrah iaitu pendinding depan kita waktu solat. Nabi kadang-kadang memacak tongkat untuk dijadikan sebagai sutrah. Ulama mengambil kira walaupun benda-benda kecil didalam hadis seperti tongkat ini sebagai pengajaran. Kerana apa-apa sahaja yang Nabi lakukan, boleh diambil sebagai pengajaran.

Mereka orang-orang Yahudi yang nampak Nabi itu berbalah antara mereka untuk bertanya kepada Nabi. Ini adalah sikap yang salah. Iaitu takut untuk mendapatkan ilmu. Ada yang sanggup tidak tanya kerana takut kesan kepada soalan mereka nanti.

Pertamanya, mereka takut hilang pengaruh kerana kalau mereka tanya dan Nabi beri jawapan yang benar, akan menyebabkan ada yang terbuka hati untuk masuk Islam pula.

Atau takut nanti mereka tidak lagi dirujuk oleh kaum yang selalunya merujuk kepada mereka selama ini. Sebab kalau orang tahu yang mereka pun tanya Nabi, maka mereka akan hilang sebagai tempat pertanyaan oleh orang lain. Selama ini memang penduduk Yathrib selalu bertanya kepada pendita Yahudi. Mereka menghormati pendita Yahudi kerana pada mereka, pendita Yahudi itu mempunyai kitab, sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa.

Dan mereka takut bertanya, kerana bila Nabi beri jawapan yang benar nanti akan terbongkarlah penyelewengan yang mereka lakukan selama ini. Mereka memang telah menyelewengkan agama mereka dari agama yang asal. Mereka amat takut tembelang mereka akan pecah. Banyak penyakit umat Yahudi ni. Mereka dah dapat kebenaran tapi masih taknak ikut.

Dan yang nak bertanya itu pun untuk menguji Nabi. Nak menjatuhkan dia. Sebab mereka sudah tahu yang dalam kitab Taurat tidak diberitahu kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad. Mereka sangka Nabi akan jawap ikut fikirannya sahaja. Kalau Nabi buat begitu, mereka akan kata yang Nabi Muhammad itu bukanlah Nabi sebenarnya.

Apabila Ibn Mas’ud kata: “Aku kata” itu apa maksudnya? Adakah dia kata dalam hati atau dia cakap kepada orang-orang Yahudi itu? Dalam riwayat lain dikatakan dia berkata dalam hatinya. Ada pula riwayat lain mengatakan dia memberitahu kepada orang Yahudi bahawa Nabi sedang menerima wahyu. Kerana kalau tak cakap, mereka tidak tahu. Kerana nabi-nabi dulu terus kitab lengkap sekaligus. Sedangkan Nabi kita dapat sedikit demi sedikit. Lagi senang kalau dapat terus sebenarnya sebab terus boleh rujuk. Tentulah ada hikmatnya Allah menurunkan Quran sedikit demi sedikit. Maknanya orang kafir pun boleh juga melihat bagaimana Nabi menerima wahyu. Sekarang mereka tahu cara Nabi terima wahyu macam mana,  tidaklah seperti dukun menurun atau sebagainya.

Ibn Mas’ud berdiri apabila Nabi menerima wahyu. Pertama, kerana menghormati dan kedua, untuk mempertahankan Nabi jikalau mereka mahu melakukan sesuatu kepada Nabi. Kerana Nabi dalam keadaan begitu tidak dapat mempertahankan dirinya. Kerana proses penurunan wahyu itu amatlah susah kepada Nabi.

Maka Nabi membacakan ayat Quran kepada mereka. Kenapa lain dengan ayat yang kita biasa dengar sebelum ini? Kerana dalam hadis ini Nabi menggunakan perkataan ” tidaklah diberikan kepada mereka ilmu…” sedangkan ayat yang biasa kita baca adalah ” tidaklah diberikan kepada kamu ilmu….” Satu pendapat mengatakan yang ayat ini turun dua kali, jadi ada melibatkan proses nasikh dan mansukh. Sebab memang terdapat beberapa ayat Quran turun beberapa kali.

Pendapat yang lain ada yang kata dalam hadis ini adalah sebagai tafsiran Ibn Mas’ud dalam menjawab Yahudi pertanyaan Yahudi itu. Iaitu memberitahu bahawa mereka tidak banyak yang mereka tahu. Dan itu bermakna yang sebenarnya turun adalah apa yang dalam Quran sekarang. Ini adalah pendapat yang lebih sesuai. Dan memang ada dalam hadis yang lain mengatakan apa yang sebenarnya turun adalah sebagai apa yang ada dalam Quran sekarang. Oleh sebab itulah Bukhari telah meletakkan ayat Quran tersebut dalam tajuk untuk hadis ini. Tambahan pula hadis ini adalah hadis ahad. Iaitu perawinya hanya Ibn Mas’ud. Jadi memang tidak boleh dimasukkan dalam Quran.

Perbincangan Tentang Roh. Ini adalah satu perbincangan tentang perkara yang kita tak tahu. Memang tidak boleh dibayangkan bagaimanakah rupa atau hakikat roh itu. Kita hanya boleh mengagak sahaja.

Apakah yang sebenarnya Yahudi itu tanyakan? Memang mereka tanya tentang Roh tapi roh itu banyak maksudnya. Roh manusia, binatang, Quran, jibrail, Nabi Isa atau kejadian-kejadidan yang lain. Mereka tanya sebenarnya tentang Jibrail. Kerana mereka memusuhi Jibrail dan Mikhail. Ada pula yang kata mereka tanya tentang kejadian yang lain. Ada kata mereka tanya tentang Quran.

Apa maksud “dari urusan Rabbku”? Satu pendapat yang mengatakan bahawa Roh itu adalah dalam alam Amri, bukan Khalqi. Teori ini mengatakan bahawa kejadian alam ini boleh dibahagi kepada dua jenis. Yang pertama, iaitu Khalqi adalah kejadian perkara-perkara yang dibawah Arash. Ada juga yang kata bahawa kejadian alam khalqi adalah dari bahan lain yang Allah telah buat dah. Seperti kita menjadikan meja dari kayu yang Allah telah jadikan. Kejadian Alam Amri pula, kita tak tahu jadi dari apa. Dari kata Allah kun!
Ada kata khalqi adalah perkara berkenaan syariat dan Amri alam semesta. Roh bukan perlu diketahui dalam syariat. Kalau tak tahu roh pun tidak mengapa.

Golongan Mutakallimin pula kata roh ini adalah bersifat jisim Latif Nurani. Jisim yang halus dan lembut. Dan bersifat nur iaitu cahaya. Ianya berada dalam tubuh manusia seperti adanya air mawar dalam mawar. Ataupun seperti api yang ada didalam bara arang. Bila tiada api itu, maka matilah bara itu. Ibn Qayyim bersetuju dengan pendapat ini.

Ahli falsafah kata roh bebas dari kebendaan. Ia bukan benda. Ia sebenarnya yang mengendali tubuh kita. Tidak di dalam tubuh dan tidak diluar. Hakikatnya, tidak boleh nak cerita sebenarnya.

Dikatakan roh itu sama saiz dengan kita tapi boleh merupa jadi lain.
Roh ada rupa. Sebab itu Nabi boleh kenal nabi-nabi yang baginda jumpa di langit semasa peristiwa isra mi’raj. Roh itu duduk di alam mitsal.

Semua ini adalah pendapat sahaja. Kerana tidak ada dalil nas yang menceritakannya. Ulama tak larang berbahas tentang semua pendapat yang diberikan oleh ramai orang. Tapi ada yang tak boleh terima kerana istilah-istilah seperti ‘khalqi’, ‘amri’ dan sebagainya adalah istilah yang tidak jelas. Iaitu tidak tahu dari mana istilah itu datang.

Istilah Khalq dan amr selalu ada dalam Quran. Jadi ada hubungan antara keduanya. Ada perbandingan antara roh kita dan kejadian kita seperti ada hubungan antara Kereta Control dan Remote. Roh yang mengendalikan nafs dalam tubuh manusia.

Roh dan nafs (nyawa) perkara yang samakah? Roh itu bukan nafs. Ibn Qayyim mengatakan dalam Quran jikalau disebutkan tentang mati adalah nafs itu, bukan roh. Tapi dalam hadis nampak macam synonim. Jadi ada yang kata ianya sama sahaja.
Bila manusia mati, adakah roh mati juga? Tidak. Ianya hanya berpisah dari jasad sahaja.

Istilah roh banyak digunakan dalam Quran untuk merujuk kepada banyak perkara. Ianya boleh merujuk kepada Roh manusia, binatang, Quran, jibrail, Nabi Isa atau kejadian-kejadidan yang lain.

Dalil roh tidak mati itu ada dalam surah sajdah. Roh itu ‘diambil’, bukan dimatikan. Jadi roh itu sebenarnya tidak mati. Wafat itu bukan maksudnya dimatikan seperti yang kita boleh lihat dalam surah az zumar. Dalam ayat itu dikatakan bahawa orang yang tidur pun diambil rohnya. Ini menunjukkan bahawa Roh itu ada dua jenis. Roh ‘hayat’ dan roh ‘yaqazah’. Roh hayat itu menyebabkan kita boleh hidup. Kalau tak, apabila kita tidur dan kita diambil, kita akan mati. Sebenarnya, semasa tidur, yang diambil adalah roh yaqazah dari tubuh dan ditinggalkan roh hayat itu di dalam tubuh kita. Jadi roh yaqazah itu boleh keluar masuk. Bila ditakdirkan manusia itu akan dimatikan, Allah akan mengambil kedua-dua jenis roh itu.

Mana dijadikan dulu, roh atau jasad kita? Ada kata jasad dijadikan sama dengan roh sekali. Pendapat ini tidak kuat. Ibn Hazm kata ramai ulama kata roh dah ada sebelum jasad dijadikan. Roh telah dijadikan dan duduk di alam roh. Inilah tempat dimana Allah bertanya kepada roh samada Dia adalah tuhan mereka?

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s