We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Bertanya Sambil Berdiri October 18, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 4:49 pm

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Orang Yang Bertanya Sambil Berdiri Seorang ‘Alim Yang Sedang Duduk & Bab Soalan Dan Fatwa Ketika Melontar

بَاب مَنْ سَأَلَ وَهُوَ قَائِمٌ عَالِمًا جَالِسًا

45- Bab: Orang Bertanya Sambil Berdiri Sedangkan Orang `Alim Sedang Duduk

– Kenapa Imam Bukhari bawa tajuk ini disini? Ada sebab kenapa Imam Bukhari meletakkan tajuk sini. Sebelum ini ada diceritakan kita kena duduk dengan hormat dihadapan guru. Macam S. Umar yang duduk melutut di depan Nabi untuk meminta maaf kepada baginda Nabi. Tapi, kena selalu macam tu kah? Bukhari nak bagitau tidak kena sentiasa begitu. Bukanlah tanda tak hormat kalau bertanya sambil berdiri. Nabi pun tak tegur pun apabila sahabat tanya baginda dengan tidak duduk. Kerana kita kena faham, bahawa Nabi akan terus menegur sahabat kalau apa perbuatan sahabat itu salah.

Nabi pernah bersabda, sesiapa yang suka orang lain berdiri kerananya, maka siapkanlah tempatnya di neraka. Nabi tak bagi kalau ada sahabat yang bangun kalau Nabi datang. Nabi tak suka macam itu. Jadi, adakah perbuatan sahabat dalam hadis ini begitu? Tidak, kerana bukanlah sahabat itu niat begitu. Kebetulan sahaja semasa dia bertanya itu, dia sedang berdiri dan Nabi sedang duduk.

Dan Imam Bukhari nak ajar bahawa kita melayanlah guru kita dengan sederhana. Jangan layan berlebihan sangat sampai ketahap memujanya. Sampai mereka pun lupa diri. Jangan kita memandang tinggi sangat sampai semuanya kita terima, tanpa usul periksa. Ini kerana dalam hadis ini, sahabat yang bertanya itu Nabi tidak pun suruh dia duduk. Kalau kena melayan guru dengan lebih, tentulah Nabi akan menegur sahabat kenapa dia tidak duduk sedangkan Nabi duduk?

Guru dibawah, murid diatas

Jadi, ini menunjukkan tidak mengapa dengan keadaan dewan kuliah macam sekarang. Seperti yang biasa kita lihat, dalam dewan kuliah yang besar, selalunya pensyarah akan mengajar dibawah dan pelajar akan duduk di tempat duduk yang menaik ke atas.

Hadis ini juga mengajar bahawa mengaji bukan semestinya dalam suasana yang formal. Dimana-mana sahaja pengajian boleh dijalankan. Bukan semestinya duduk dilantai. Tidak ada syarat yang ketat. Yang penting, ada guru dan ada murid. Yang penting adalah guru itu. Dalam sejarah banyak tempat yang tak selesa dari segi prasarananya tapi mereka berjaya.

120 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْقِتَالُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَإِنَّ أَحَدَنَا يُقَاتِلُ غَضَبًا وَيُقَاتِلُ حَمِيَّةً فَرَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ قَالَ وَمَا رَفَعَ إِلَيْهِ رَأْسَهُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ قَائِمًا فَقَالَ مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

120. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa’il dari Abu Musa berkata, “Seorang laki-laki datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah itu perang fi sabilillah (di jalan Allah)? Sebab kadang-kadang kita berperang dengan marah dan kadang-kadang dengan semangat?” Baginda lalu mengangkat kepalanya ke arah orang itu, dan tidaklah beliau angkat kepalanya kecuali kerana orang itu itu sedang berdiri. Baginda lalu menjelaskan: “Barangsiapa berperang supaya ajaran Allah menjadi tinggi, dialah yang berperang fi sabilillah.”

Jawapan yang pendek tapi dalam maksudnya. Ulama membahaskan hadis ini dengan panjang lebar.
Perasaan samada marah atau semangat itu lahir dengan  semulajadi. Semua orang akan marah atau bersemangat dalam suasana perang. Takkan nak senyum semasa memenggal orang lain pula kan? Tapi marah kerana apa? Yang penting kena ada adalah niat bahawa apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah semata-mata. Semangat pun memang perlu. Tujuan perang itu adalah untuk meninggikan agama Islam. Ada banyak cara untuk meninggikan agama Islam itu dan kemuncaknya adalah perang. Selalunya kita berperang melawan hawa nafsu kita. Atau kita berhujah untuk menyebarkan ilmu.

Kita semua tahu bahwa orang yang syahid akan mendapat kelebihan yang tinggi sekali, sampai dikatakan mereka tidak mati, tapi hidup, iaitu hidup yang istimewa. Yang mati bukan syahid pun sebenarnya hidup juga, sebab itulah akan mereka ditanya oleh malaikat dalam kubur dan mereka ada yang diazab jikalau banyak kesalahan. Tapi hidup orang yang mati syahid di dalam menjalankan fi sabilillah itu adalah hidup yang istimewa. Mereka dikatakan di dalam Quran, akan mendapat rezeki yang berterusan. Amat istimewa sekali apa yang mereka akan dapat itu. Jadi untuk dapat semua itu, kena betul-betul melakukan segala kebaikan yang dia buat itu kerana Allah sahaja. Bukan melibatkan perasaan dan akal. Kena ikhlas bebetul. Ini adalah pendapat yang pertama, yang mengatakan bahawa mesti tidak ada harapan kepada perkara lain, melainkan kepada Allah sahaja.

Pendapat kedua pula mengatakan boleh untuk mengharap ganjaran lain seperti harta ghanimah dan sebagainya, iaitu apa-apa perkara yang mereka akan dapat jikalau menang dalam perang. Tapi bukanlah itu yang utama dalam benak fikiran mereka. Kalau tak dapat pun tidak mengapa. Kalau ada, mereka ambil. Ini masih lagi dikira ikhlas.

Tapi kalau sama antara harapan ganjaran pahala dari Allah dan ganjaran keduniaan, bagaimana? Yang ini semua sepakat tak boleh. Tambahan pula kalau kemahuan kepada ganjaran dunia lebih dari ganjaran akhirat. Tak boleh. Lagilah kalau nak dunia semata-mata. Langsung tak boleh.

Perperangan ini bukan dalam perang jihad sahaja. Dalam kehidupan seharian pun. Ada masanya kita terpaksa meninggalkan kerja yang memberikan pendapatan lumayan jikalau kerja itu tidak sesuai dengan Islam. Kita kenalah ikhlas dalam perkara yang kita lakukan. Macam guru-guru agama dulu mereka tidak mengharapkan bayaran atas apa yang mereka ajarkan. Sara hidup mereka mereka dapatkan dari sumber lain seperti kerja dan meniaga. Mereka tidak mengambil upah dalam mereka mengajar agama itu. Maka mereka itu ikhlas dengan apa yang mereka lakukan.

Kalau mati dalam perang itu pada zahirnya kita nampak mati syahid. Tapi pada hakikatnya kita tak tahu samada dia benar-benar syahid atau tidak. Hanya Nabi sahaja tahu, itupun selepas diberitahu oleh Allah. Macam ada sahabat yang sengaja mematikan dirinya dengan menjatuhkan dirinya kepada pedang musuh. Jadi dia tidak syahid kerana membunuh dirinya.

Kaitan hadis ini dengan hadis sebelumnya adalah dua-dua ada pertanyaan didalamnya. Sebelum ini ada orang bertanyakan sesuatu kepada Nabi Musa dan dalam hadis ini sahabat bertanyakan kepada Nabi pula. Begitulah cara Imam Bukhari menyusun hadisnya. Kalau ada berkenaan dengan tanya, contohnya, dia akan masukkan sekali berturut-turut.


بَاب السُّؤَالِ وَالْفُتْيَا عِنْدَ رَمْيِ الْجِمَارِ

46 – Bab: Soalan Dan Fatwa Ketika Melontar

121 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عِيسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ الْجَمْرَةِ وَهُوَ يُسْأَلُ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ نَحَرْتُ قَبْلَ أَنْ أَرْمِيَ قَالَ ارْمِ وَلَا حَرَجَ قَالَ آخَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ حَلَقْتُ قَبْلَ أَنْ أَنْحَرَ قَالَ انْحَرْ وَلَا حَرَجَ فَمَا سُئِلَ عَنْ شَيْءٍ قُدِّمَ وَلَا أُخِّرَ إِلَّا قَالَ افْعَلْ وَلَا حَرَجَ

121. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul ‘Aziz bin Abu Salamah dari Az Zuhri dari ‘Isa bin Thalhah dari ‘Abdullah bin ‘Amru berkata, “Aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dekat dengan jumrah. Ketika itu baginda sedang ditanya. Seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasulullah, aku telah menyembelih korban sebelum melontar? (yakni bagaimana?)” Baginda lalu bersabda: “Melontarlah, tidak mengapa.” Kemudian datang orang lain dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah mencukur rambut sebelum menyembelih korban? (yakni bagaimana?)” Baginda bersabda: “Sembelihlah, tidak mengapa.”
Perawi berkata: tidaklah Rasulullah ditanya tentang apa-apa samada didahulukan atau dikemudiankan kecuali baginda menjawab: “Lakukanlah, tidak mengapa”

Melontar di jamrah

Kali ini sahabat bertanya semasa ibadat melontar pula. Dan Nabi jawap terus. Menunjukkan tidak terjejas ibadat jikalau menjawap pertanyaan semasa melakukan ibadat. Ada ibadat yang boleh bertanya semasa melakukannya dan ada yang tidak. Macam kalau sedang solat, tidak boleh. Memang itu sudah jelas kerana semasa solat tidak boleh berkata. Imam Bukhari nak menunjukkan ilmu itu lebih penting dari ibadat. Kerana Nabi walaupun sedang melakukan ibadat, tapi baginda berhenti untuk menjawabnya. Tambahan pula mereka sedang melakukan ibadat haji dan soalan yg dikemukakan adalah berkenaan dengan haji. Maka memang kena soalan yg ditanya. Kerana kalau tak jawap, akan mengganggu perbuatan ibadat sahabat yang bertanya.

Ulama musykil dengan tajuk yang diletakkan oleh Bukhari. Kerana dalam tajuk ada perkataan ‘melontar’, tapi dalam matan hadis, hanya disebut berada dekat jamrah sahaja. Sebenarnya Bukhari mengambil kaedah umum. Kalau dekat dengan jamrah itu, maksudnya Nabi sedang melontar.

Dan kalau pun Nabi tidak sedang melontar pun, baginda masih juga dalam melakukan ibadat. Dia nak mengajar bahawa segala perbuatan semasa melakukan ibadah haji itu adalah ibadat juga. Jadi kalau orang bertanya semasa berzikir, berdoa atau baca Quran, kita boleh berhenti dan jawab. Tidak jadi kurang pahala ibadat yang kita sedang lakukan itu.

Nabi menjawab dalam status sebagai baginda sebagai mufti sebab dia memberi fatwa dalam hadis ini. Ada kalanya dia cakap sebagai seorang ketua negara. Kena tengok apakah peranan yang Nabi mainkan semasa berkata-kata. Topik inilah yang menyebabkan banyak ulama berlainan pendapat. Kerana Nabi berkata atas status baginda yang berbagai. Sebagai contoh, pernah Nabi mengatakan yang kalau sesiapa membuka sesuatu tanah itu, maka tanah itu akan menjadi miliknya (lebih kurang begitu maksudnya). Baginda berkata begitu atas sifat baginda sebagai pemimpin, bukan sebagai pemberi hukum. Jadi, tidaklah perlu diikut kata baginda ini dalam setiap hal. Memang tidak dipakai pun kata-kata baginda ini dalam negara mana pun. Bayangkan kalau ada seorang manusia yang membuka tanah yang memang tidak diteroka lagi di mana-mana. Walaupun dia menebas tanah itu, tidak akan diberi tanah itu oleh kerajaan kerana undang-undang tanah sesuatu negara itu berbeza satu dan lain.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s