We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Diam Untuk Mendengar Keterangan Ulama October 17, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 6:29 pm

بَاب الْإِنْصَاتِ لِلْعُلَمَاءِ

43- Bab: Diam Mendengar Keterangan Ulama’.

١١٩- حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَلِيُّ بْنُ مُدْرِكٍ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرٍو عَنْ جَرِيرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ اسْتَنْصِتْ النَّاسَ فَقَالَ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ

118. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Ali bin Mudrik dari Abu Zur’ah bin ‘Amru dari Jarir, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadanya pada Haji Wada’ “Tolong minta supaya orang ramai diam”. Selepas itu baginda bersabda: “Janganlah kamu menjadi kafir sesudahku, dimana sebahagian kamu memenggal leher sebahagian yang lain.”

Diam dan dengarlah ajaran guru dengan baik

– Untuk mendapat pelajaran dengan baik, hendaklah kita menumpukan perhatian kepada huraian guru. Iaitu dengan diam. Guru pun boleh terganggu kalau kita bercakap semasa guru mengajar. Terputus huraiannya. Memang boleh untuk bertanya, tapi berpada-pada. Kalau boleh tunggu sehingga guru habis mengajar, lagi bagus. Tapi kalau takut kalau kita tunggu lama, kita akan lupa, maka bolehlah bertanya terus. Yang pentingnya adalah, kita tidak mengganggu guru itu dalam mengajar.
Diam juga bererti kita dalam keadaan tenang. Nak belajar kena cari suasana tenang. Diam dalam gerak geri kita. Kerana kalau bergerak juga hilang tumpuan juga. Maka kalau ada tempat yang selesa untuk belajar itu adalah lebih baik lagi dari dibandingkan dengan tempat tidak selesa. Contohnya, pembelajaran sekarang selalunya dalam suasana yang menyenangkan. Ini akan memudahkan untuk kita memaham ilmu pengetahuan.
– Imam Bukhari juga nak ajar bahawa dengan diam, kita akan faham apa yang guru ajar. Dan supaya kita tidak faham salah. Ada terjadi, guru ajar lain, anak murid faham lain.
– Kita boleh suruh orang diam kerana ulama. Walaupun ada dalam hadis lain, Nabi larang kita potong percakapan orang lain. Tapi Bukhari nak ajar yang kalau untuk mendapatkan ilmu, boleh kita suruh mereka diam. Dibenarkan dalam adab majlis. Kerana ilmu itu lebih besar dari percakapan biasa.
– Bila kita diam, kita sebenarnya memuliakan ahli ilmu. Kita menghormati guru. Maka guru akan rasa senang dan kita akan dapat keberkatan.
– Bila kita diam, kita sebenarnya memuliakan juga ilmu. Bila macam tu, mudahlah untuk kita dapat ilmu. Bukan hanya suruh orang diam tapi kita sendiri pun diam untuk memuliakan ilmu.

– Dikatakan bahawa Jarir masuk Islam 40 hari sebelum Nabi wafat. Tapi kejadian ini adalah semasa haji wada’, iaitu beberapa bulan sebelum Nabi wafat. Maka, Imam Bukhari nak membetulkan sejarah Jarir. Dia masuk Islam dalam bukan Ramadhan iaitu beberapa bulan sebelum itu. Dalam peristiwa ini, memang Nabi berkata kepada Jarir sendiri. Maka dalam menentukan sejarah, kena tengok hadis juga.

– Hadis ini juga mengajar adab dalam majlis iaitu kena ada pengerusi macam Jarir ini yang disuruh Nabi untuk meminta semua orang lain diam. Tidaklah orang kata semuanya penceramah yang cakap.

– Nabi mengingatkan umat supaya jangan kembali jadi kafir. Banyak perkara penting dan besar diucapkan Nabi pada haji wada’ itu. Nabi tekankan supaya jangan jadi murtad. Sebab takut mereka berubah lepas ketiadaan dia. Apabila murtad, semua amalan yang telah lakukan sebelum itu akan jadi sia-sia.
Dan Nabi menunjukkan, bila jadi kafir, mereka akan memenggal leher sebahagian yang lain. Itulah terjadi masa zaman Abu Bakr.

– Atau dia maksud jangan jadi macam orang kafir yang tiada panduan.

– Jangan jadi seperti orang kafir yang menganggap darah orang Islam halal. Kalau bunuh orang Islam, maka akan jadi serupa orang kafir.
– Kerana perkara ini penting, maka Nabi nak memastikan yang semua orang senyap supaya dapat dengar apa yang dia nak cakapkan. Itulah sebabnya Nabi suruh Jarir mendiamkan orang lain tu.
– Bukan diam untuk dengar kata Nabi sahaja, tapi kepada ulama juga. Mereka juga mengajar perkara penting yang boleh menyelamatkan kita nanti. Kerana Nabi pernah kata bahawa ulama ada pewaris Nabi. Kena cerita sebab dalam matan hadis adalah hanya diam kepada Nabi sahaja.


بَاب مَا يُسْتَحَبُّ لِلْعَالِمِ إِذَا سُئِلَ أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ فَيَكِلُ الْعِلْمَ إِلَى اللَّهِ

44- Bab : Apa Yang Elok Untuk Orang `Alim Menjawab Apabila Ditanya; “Siapakah Orang Yang Paling `Alim”, Iaitu Dia Menyerah Pengetahuannya Kepada Allah”

١٢٠- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرٌو قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ قَالَ قُلْتُ لِابْنِ عَبَّاسٍ إِنَّ نَوْفًا الْبَكَالِيَّ يَزْعُمُ أَنَّ مُوسَى لَيْسَ بِمُوسَى بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنَّمَا هُوَ مُوسَى آخَرُ فَقَالَ كَذَبَ عَدُوُّ اللَّهِ حَدَّثَنَا أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ مُوسَى النَّبِيُّ خَطِيبًا فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ فَسُئِلَ أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ فَقَالَ أَنَا أَعْلَمُ فَعَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ إِذْ لَمْ يَرُدَّ الْعِلْمَ إِلَيْهِ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنَّ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي بِمَجْمَعِ الْبَحْرَيْنِ هُوَ أَعْلَمُ مِنْكَ قَالَ يَا رَبِّ وَكَيْفَ بِهِ فَقِيلَ لَهُ احْمِلْ حُوتًا فِي مِكْتَلٍ فَإِذَا فَقَدْتَهُ فَهُوَ ثَمَّ فَانْطَلَقَ وَانْطَلَقَ بِفَتَاهُ يُوشَعَ بْنِ نُونٍ وَحَمَلَا حُوتًا فِي مِكْتَلٍ حَتَّى كَانَا عِنْدَ الصَّخْرَةِ وَضَعَا رُءُوسَهُمَا وَنَامَا فَانْسَلَّ الْحُوتُ مِنْ الْمِكْتَلِ { فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا } وَكَانَ لِمُوسَى وَفَتَاهُ عَجَبًا فَانْطَلَقَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِهِمَا وَيَوْمَهُمَا فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ { آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا } وَلَمْ يَجِدْ مُوسَى مَسًّا مِنْ النَّصَبِ حَتَّى جَاوَزَ الْمَكَانَ الَّذِي أُمِرَ بِهِ فَقَالَ لَهُ فَتَاهُ { أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنْسَانِيهِ إِلَّا الشَّيْطَانُ } قَالَ مُوسَى { ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِي فَارْتَدَّا عَلَى آثَارِهِمَا قَصَصًا } فَلَمَّا انْتَهَيَا إِلَى الصَّخْرَةِ إِذَا رَجُلٌ مُسَجًّى بِثَوْبٍ أَوْ قَالَ تَسَجَّى بِثَوْبِهِ فَسَلَّمَ مُوسَى فَقَالَ الْخَضِرُ وَأَنَّى بِأَرْضِكَ السَّلَامُ فَقَالَ أَنَا مُوسَى فَقَالَ مُوسَى بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَ نَعَمْ قَالَ { هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَنْ تُعَلِّمَنِي مِمَّا عُلِّمْتَ رَشَدًا } قَالَ { إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا } يَا مُوسَى إِنِّي عَلَى عِلْمٍ مِنْ عِلْمِ اللَّهِ عَلَّمَنِيهِ لَا تَعْلَمُهُ أَنْتَ وَأَنْتَ عَلَى عِلْمٍ عَلَّمَكَهُ لَا أَعْلَمُهُ { قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا } فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ لَيْسَ لَهُمَا سَفِينَةٌ فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا فَعُرِفَ الْخَضِرُ فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ فَجَاءَ عُصْفُورٌ فَوَقَعَ عَلَى حَرْفِ السَّفِينَةِ فَنَقَرَ نَقْرَةً أَوْ نَقْرَتَيْنِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ الْخَضِرُ يَا مُوسَى مَا نَقَصَ عِلْمِي وَعِلْمُكَ مِنْ عِلْمِ اللَّهِ إِلَّا كَنَقْرَةِ هَذَا الْعُصْفُورِ فِي الْبَحْرِ فَعَمَدَ الْخَضِرُ إِلَى لَوْحٍ مِنْ أَلْوَاحِ السَّفِينَةِ فَنَزَعَهُ فَقَالَ مُوسَى قَوْمٌ حَمَلُونَا بِغَيْرِ نَوْلٍ عَمَدْتَ إِلَى سَفِينَتِهِمْ فَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا { قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا } فَكَانَتْ الْأُولَى مِنْ مُوسَى نِسْيَانًا فَانْطَلَقَا فَإِذَا غُلَامٌ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ فَأَخَذَ الْخَضِرُ بِرَأْسِهِ مِنْ أَعْلَاهُ فَاقْتَلَعَ رَأْسَهُ بِيَدِهِ فَقَالَ مُوسَى { أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ } { قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا } قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ وَهَذَا أَوْكَدُ { فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ } قَالَ الْخَضِرُ بِيَدِهِ فَأَقَامَهُ فَقَالَ لَهُ مُوسَى { لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ } قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْحَمُ اللَّهُ مُوسَى لَوَدِدْنَا لَوْ صَبَرَ حَتَّى يُقَصَّ عَلَيْنَا مِنْ أَمْرِهِمَا

119. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan telah menceritakan kepada kami ‘Amru berkata, telah mengabarkan kepadaku Sa’id bin Jubair berkata, aku bercerita kepada Ibnu ‘Abbas, “Sesungguhnya Nauf Al Bakali telah mendakwa bahwa Musa bukanlah Musa Bani Isra’il, tapi Musa yang lain.” Ibnu Abbas lalu berkata, “Musuh Allah itu berdusta, sungguh Ubay bin Ka’b telah menceritakan kepada kami dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Musa Nabi Allah berdiri di hadapan Bani Isra’il memberikan khutbah, lalu dia ditanya: “Siapakah orang yang paling alim dikalangan manusia?” Musa a.s menjawab: “Sayalah yang paling alim.” Maka Allah Ta’ala menegurnya kerana dia tidak mengembalikan pengetahuan tentang kepadaNya. Lalu Allah Ta’ala memahyukan kepadanya: “Ada seorang hamba di antara hamba-hambaKu di pertemuan dua laut lebih alim darimu.” Lalu Musa berkata, “Wahai Rabb, bagaimana cara untuk aku bertemu dengannya?” Maka dikatakan padanya: “Bawalah ikan dalam satu bekas, bila nanti kamu kehilangan ikan itu, maka disitulah tempatnya.” Lalu berangkatlah Musa bersama muridnya yang bernama Yusya’ bin Nun, dan keduanya membawa ikan dalam satu bekas hingga keduanya sampai pada batu besar. Lalu keduanya berehat dan tidur disitu. Lalu ikan itu melompat lalu menghilangkan diri kelaut (lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu) ‘ (Qs. Al Kahfi: 61). Kejadian ini mengherankan Musa dan muridnya, maka keduanya melanjutkan lagi perjalanan selama sehari semalam. Keesokannya Musa berkata kepada muridnya, ‘(sediakanlah makanan untuk kita, sesungguhnya perjalanan kita sudah memenatkan) ‘ (Qs. Al Kahfi: 62). Musa mula berasa penat setelah melalui tempat tadi. Maka muridnya berkata kepadanya: ‘(Tahukah kamu ketika kita berehat di batu besar itu tadi? Sebenarnya aku lupa tentang hal ikan itu. Dan tiada yang menyebabkan aku lupa untuk menyebut tentangnya melainkan setan) ‘ (Qs. Al Kahfi: 63). Musa lalu berkata: ‘(Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula) ‘ (Qs. Al Kahfi: 64). Ketika keduanya sampai di batu tersebut, didapatinya ada seorang laki-laki diselimuti dengan kain atau dia berkata berselimut dengan kain, Musa lantas memberi salam. Khidlir lalu berkata, “Bagaimana pula ada salam di negeri kamu ini?” Musa menjawab, “Aku adalah Musa.” Khidlir balik bertanya, “Musa Bani Isra’il?” Musa menjawab, “Benar.” Musa kemudian berkata: ‘(Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku sebahagian daripada ilmu yang Allah ajarkan kepadamu?) ‘ Khidlir menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama Aku) ‘ (Qs. Al Kahfi: 66-67). Khidlir melanjutkan ucapannya, “Wahai Musa, aku memiliki sedikit ilmu yang diajar oleh Allah yang kamu tidak tahu, dan kamu juga punya sedikit ilmu yang Allah ajar kepadamu yang aku tidak mengetahuinya.” Musa berkata: ‘(Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu perkara pun) ‘ (Qs. Al Kahfi: 69). Maka mereka pun berjalan di tepi pantai sementara keduanya tidak memiliki perahu, lalu melintaslah sebuah perahu. Mereka meminta agar orang-orang yang ada di perahu itu mau menerima mereka sebagai penumpang perahu itu. Karena Khidlir telah dikenali maka mereka dibenarkan naik tanpa apa-apa bayaran. Kemudian datang burung kecil hinggap di sisi perahu mematuk-matuk di air laut satu atau dua kali patukan. Khidlir lalu berkata, “Wahai Musa, ilmuku dan ilmumu tidaklah mengurangkan ilmu kecuali sekadar patukan burung ini di air lautan.” Kemudian Khidlir pergi mancabut salah satu papan perahu . Musa pun berkata, “Mereka telah membawa kita dengan tanpa bayaran, tapi kamu pula merusaknya untuk menenggelamkan penumpangnya?” Khidlir berkata: ‘(Bukankah aku telah berkata, “Sesungguhnya kamu sekali- kali tidak akan sabar bersama dengan aku) ‘ Musa menjawab: ‘(Janganlah kamu mengira salah terhadap aku atas apa yang aku lupa dan janganlah kamu membuat aku menjadi sukar dalam urusanku untuk menuntut ilmu ini) ‘ (Qs. Al Kahfi: 72-73). Ini adalah perkara yang mula-mula Musa terlupa. Kemudian mereka meneruskan lagi perjalanan hingga bertemu dengan anak kecil yang sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain. Khidlir lalu memegang kepala anak itu dari atas, dan dia terus mencabut kepala kanak-kanak itu dengan tangannya. Maka Musa pun bertanya: ‘(Adakah patut kamu membunuh satu jiwa yang bersih, dan dia tidak bersalah membunuh orang lain?) ‘ (Qs. Al Kahfi: 74). Khidlir berkata: ‘(Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?) ‘ (Qs. Al Kahfi: 75). Ibnu ‘Uyainah berkata, “teguran ini lebih kuat lagi dari yang sebelumnya. ‘(Maka keduanya berjalan hingga keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta makanan kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menerima mereka berdua sebagai tetamu. Kemudian keduanya mendapati satu dinding yang hampir roboh. Maka Khidlir menegakkan dinding itu dengan isyarat tangannya hingga lurus) ‘ (Qs. Al Kahfi: 77). Lalu Musa berkata, ‘(Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah kerana menegakkan dinding itu. Khidlir berkata, “Inilah masa perpisahan antara aku dan kamu) ‘ (Qs. Al Kahfi: 77-78). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah merahmati Musa. Alangkah baiknya kalau dia bisa sabar sehingga diceritakan Allah tentang mereka seterusnya.”

– Hadis cerita Khidr ini panjang lagi dari cerita yang sama sebelum ini. Tapi akan ada lagi hadis ini dengan lebih lengkap lagi di tempat lain. Dia nak cerita bahawa dari satu hadis banyak pengajaran yang boleh kita dapat.

– Nauf Al Bakali bawa cerita bahawa Musa yang diceritakan dalam Quran itu bukan Nabi Musa tapi adalah Musa cucu kepada Nabi Yusuf. Yang bernama Musa bin Misha.

Dalam hadis ini, nampak macam Ibn Abbas kata Nauf Al Bakali dusta. Mungkin maksud dia Nauf Al Bakali silap. Tapi dia guna kata Nauf Al Bakali musuh Allah. Apakah maksud dia? Padahal Nauf Al Bakali adalah seorang yang baik dan alim. Dia seorang waiz. Iaitu seorang yang mengajar agama. Dia menggalakkan orang buat amal dengan syurga dan neraka. Orang sebegini selalunya tidak cermat dengan hadis. Mereka ahli cerita. Banyak pakai hadis dhaif dan ada yang palsu. Zahir mereka nampak sebagai orang alim. Dia pakai cerita ahli kitab untuk menerangkan cerita tentang Khidr ini. Begitulah fahaman Yahudi tentang Khidr itu. Dalam taurat memang disebut begitu. Ahli kisah memang selalu ambil kisah dari kisah Israiliyat. Mereka berfahaman begitu kerana pada mereka, takkan seorang Nabi kena belajar dengan orang lain. Ibn Abbas sebenarnhya bukan kata Nauf Al Bakali yang dusta dan musuh Allah, tapi sumber yang dia dapat itu yang dusta iaitu dari Yahudi.

Hadis ini menceritakan adab orang alim. Penyakit orang alim adalah mereka akan mendabik dada apabila mereka telah berilmu tinggi. Dalam hadis dan ayat Quran seperti diatas, kita boleh lihat bahawa alangkah seroang nabi pun Allah tegur kalau mereka meninggikan diri. Tambahan pula kita. Kita kena kata wallahu a’lam. Jadi orang alim kena beringat selalu supaya jangan sangka mereka berilmu tinggi sangat. Silap kalau dia buat begitu. Tak boleh perasan dia paling pandai. Kena jaga hati. Kena tolak jikalau melintas pemikiran yang sebegitu. Memang kita tidak tinggi mana kerana siapakah lagi yang boleh sampai ke tahap nabi seperti Nabi Musa ini? Tapi dalam dia memang benar sudah berilmu tinggi, kerana dia seorang Nabi, ada lagi orang lain yang mempunyai ilmu yang dia tidak ada.

Keduanya, orang alim pun kalau perlu, kena juga belajar dengan orang lain. Jangan dia dah rasa cukup dah. Jangan berhenti belajar. Tentu ada perkara baru yang boleh dapati dari orang lain. Dan kena ada perbincangan juga untuk menambah ilmu. Ahli ilmu akan berterusan mencari ilmu. Mereka tidak akan berhenti.

Cuma tidak salah memberitahu kealiman kita kerana kalau tak cakap, orang tak tahu. Macam ubat, kalau doktor tak cerita, macam mana orang lain nak tahu. Cuma jangan mendabik dada. Tapi dari kisah Nabi Musa ini, kita tak boleh kata dia mendabik dada. Dia tidak berniat begitu. Berdasarkan pengetahuan dia, memang tidak ada orang lain yang lagi berilmu dari dia. Jadi dia cakaplah macam itu. Jadi perbuatan ini secara normalnya, tidaklah salah. Cuma sebab dia seorang Nabi, maka perbuatan macam itu pun Allah dah tegur. Memang Nabi Musa seorang yang tinggi ilmunya, kerana memang syarat dilantik sebagai nabi adalah dia yang paling alim dalam hal syariat. Tapi ilmu lain belum tentu lagi. Yang Khidr tahu tu pun bukan berkenaan ilmu syariat. Ilmu yang ada pada Khidir itu adalah apa yang dinamakan Ilmu taqwini, ilmu lain dari yang biasa kita tahu. Nak menceritakan bahawa ada yang nampak awalnya nampak macam rugi tapi sebenarnya di hujungnya adalah kebaikan. Sebagai contoh, apabila Nabi Musa merosakkan perahu itu, nampak macam merugikan tuannya, tapi sebenarnya tidak. Begitulah alam ini, kita tidak tahu samada perkara yang buruk itu rupanya adalah kebaikan untuk kita.

Yusha bin Nun yang mengikut Nabi Musa itu pun nabi juga. Dia kemudiannya akan mengganti Nabi Musa lepas ketiadaan Nabi Musa. Dialah yang berjaya membuka Palestin.

Ikan yang melompak keluar dari bekasnya itu sebenarnya sudah dimasak dan sudahpun dimakan sedikit oleh mereka. Yusha nampak kejadian itu tapi dia lupa nak cakap. Dia pun dah biasa tengok benda pelik-pelik dah. Jadi, walaupun perkara itu pelik, tapi tidaklah pelik sangat sebab dia dah biasa tengok benda pelik-pelik dalam kehidupan dia.

Sebelum itu mereka tidak rasa penat. Cuma bila mereka telah meninggalkan kawasan yang sepatutnya barulah mereka rasa penat. Maka ahli ilmu sepatutnya tidak penat dalam belajar. Mereka sepatutnya boleh mengadap pelajaran dalam jangkamasa yang lama. Hikmat Allah menjadikan dia penat bila dah tinggalkan tempat pertemuan yang sepatutnya. Walaupun Yusha lupa nak beritahu dan menyebabkan mereka telah jalan jauh dari yang sepatutnya, Nabi Musa tak marah anak muridnya. Maknanya, guru kena berlembut dengan anak murid.
Diceritakan bahawa ikan itu masuk lubang dalam dalam lubang yang dibuat dalam air laut itu. Seperti lorong. Ini adalah satu keajaiban yang Allah jadikan. Orang yang tidak dapat menerima cerita-cerita ajaib seperti ini mengatakan yang air itu membeku, itulah sebabnya boleh dijadikan seperti lorong dalam air itu. Mereka juga mengatakan yang bila Nabi Musa menyeberang Laut Merah itu sebenarnya bukan Nabi Musa membelah laut, tapi sebenarnya dia tahu tentang pasang surut air. Jadi sebenarnya mereka menyeberang semasa air tengah surut. Ini tidak dapat diterima, kerana jelas yang disebut dalam Quran itu, belahan air itu menyebabkan yang air di kiri kanan mereka seperti gunung. Maka, ini adalah pendapat mereka yang tidak dapat menerima kejadian ajaib yang sebenarnya Allah buat buat.

Khidr hairan ada orang bagi salam. Samada kat situ tiada orang Islam atau tempat itu selalunya tidak ada orang sebab susah nak sampai ke situ.

Ajaran dia lain dengan apa Nabi Musa ada. Maka ini menguatkan pendapat mengatakan Khidr adalah malaikat. Sebab kalau dia Nabi, tentulah ada persamaan antara syariat mereka. Kerana seorang manusia itu tentu sampai bila-bila, tidak boleh membunuh. Tapi malaikat memang boleh membunuh. Contohnya, jikalau seorang kemalangan, hakikatnya adalah dia telah diambil nyawa oleh malaikat sebenarnya. Tapi kita sahaja yang nampak dia kemalangan.
Pertanyaan Nabi Musa mulanya adalah kerana dia terlupa, keduanya adalah kerana dia terlanjur setelah diingatkan oleh Khidr bahawa dia tidak boleh bertanya dan ketiga dia sengaja cakap begitu. Kerana dia sudah tahu apa maksud Allah nak tunjuk. Kalau teruskan lagi, tak habis cerita. Ianya perkara yang dia tak perlu tahu. Semuanya dalam takdir Allah.

Nabi berdoa semoga Allah merahmati Musa. Sebab apa yang dia buat tidak salah. Cuma kalau dia bersabar sikit lagi, kita akan dapat tahu cerita lebih lagi.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas penuh Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s