We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Berbual-Bual Pada Waktu MalamTentang Ilmu October 17, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 1:04 am

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Berbual-Bual Pada Waktu MalamTentang Ilmu

١١٥- حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ ثُمَّ قَالَ نَامَ الْغُلَيِّمُ أَوْ كَلِمَةً تُشْبِهُهَا ثُمَّ قَامَ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى خَمْسَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ نَامَ حَتَّى سَمِعْتُ غَطِيطَهُ أَوْ خَطِيطَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ

114. Telah menceritakan kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hakam berkata, aku mendengar Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Aku bermalam di rumah makcik saya (Maimunah binti Al Harits), isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya pada malam itu. Setelah melaksanakan solat isya`, beliau pulang ke rumahnya dan solat empat rakaat, kemudian tidur kemudian Nabi bangun lalu bertanya: “Adakah budak kecil itu telah tidur?.” atau begitulah lebih kurang pertanyaannya. Setelah itu baginda berdiri. Akupun berdiri si sisi kirinya, tetapi Nabi menempatkan aku di sebelah kanannya. Lalu shalat lima rakaat, kemudian shalat pula dua rakaat, kemudian Nabi tidur sehingga aku mendengar dengkurannya, kemudian beliau keluar untuk melaksanakan shalat subuh di masjid.”

Suasana malam yang menenangkan

– Ibnu Abbas datang bermalam di rumah makciknya semasa Nabi ada disitu kerana dia nak tengok apa ibadat yang Nabi buat pada waktu malam. Memang dia dengan sengaja pergi ke sana kerana ayahnya suruh dia pergi sebab tahu bahawa Nabi memang akan ada di sana.
– Tidak jelas apakah perbincangan malam yang ada dalam hadis ini. Selalunya jelas boleh nampak pertalian antara tajuk hadis dan matan hadis. Tapi dalam hadis ini sedikit samar. Kena belajar baru tahu. Banyak pendapat yang diberikan oleh ulama hadis. Satu pendapat mengatakan sepatah soalan nabi kepada isterinya pun cukup untuk dikatakan sebagai berbual malam. Maknanya kalau perkataan dikeluarkan oleh sebelah pihak pun boleh diterima. Sebab tidak dinyatakan jawapan dari isteri baginda kepada soalan baginda itu. Walaupun pada zahirnya tidak nampak perbincangan pada hadis ini. Ada yang tidak setuju dengan pendapat sebegini.
Ada yang kata dalam hadis ini, perhatian yang Nabi berikan kepada Ibn Abbas sudah boleh dikira berbincang dah.
Perbuatan Nabi yang ada makna iaitu mengajar Ibn Abbas mengerjakan solat malam. Ibn Abbas telah ikut apa perbuatan Nabi itu. Maka itu boleh juga dikira sebagai berbincang sesama mereka. Sebab takkan nak bercakap semasa solat itu.
– Ada ditempat lain mengatakan yang Nabi memang ada berbual dengan isterinya pada malam itu. Dalam cerita yang sama juga. Maknanya, kena pandai cari di tempat lain dimanakah maklumat yang ingin dibawa oleh Imam Bukhari itu. Kalau kita tidak belajar dengan orang yang tahu keseluruhan Kitab Sahih Bukhari ini, kita tidak nampak.

– Dalam hadis ini menceritakan Nabi solat 11 rakaat. Setengah riwayat sebut 13. Yang mengatakan 13 itu pun sebab memasukkan sekali solat sunat subuh dalam kiraan itu. Jadi ini dijadikan hujjah untuk mengatakan yang solat malam itu adalah 11 rakaat.

– Timbul persoalan adakah patut Ibn Abbas berada di rumah itu apabila Nabi bersama dengan isterinya? Pertamanya, kedatangan Ibn Abbas ke rumah makciknya itu adalah atas arahan bapanya, Abbas yang suruh. Sebab dia nak suruh anaknya ambil hutang dengan Nabi dan supaya dia dapat ilmu. Maka ulama mengatakan ayah pun memainkan peranan yang penting untuk membolehkan anak mendapat ilmu. Jadi kembali kepada persoalan molekkah ibn Abbas berada disitu? Ulama menjawap bahawa sebagai abang kepada isteri Nabi, tentu dia tahu bahawa adiknya sedang datang kotor. Maka kalau begitu, tentulah tidak ada hubungan dengan isterinya malam itu. Dan tentulah Ibn Abbas sudah faham hukum tersebut kerana walaupun dia anak yang kecil lagi, tapi pemahaman dia tentang Islam adalah amat baik.

– Kenapa pula ada cerita Nabi hutang dalam hadis ini? Sebenarnya ianya bukanlah hutang yang biasa kita faham itu. Ada beberapa orang yang Nabi telah ambil zakat mereka awal-awal lagi. Macam Abbas, dia telah memberi zakat beliau kepada Nabi selama dua tahun in advance. Kadang-kadang Nabi akan memakai wang tersebut untuk kegunaan masyarakat, bukan tujuan peribadi. Contohnya, jikalau ada para sahabat yang memerlukan bantuan kewangan, baginda akan beri pakai duit yang ini lah. Kemudian, baginda akan menggantinya balik. Maka, ini telah menjadi dalil kepada ulama bahawa dibenarkan sesorang pemimpin masyarakat untuk pakai dulu wang yang diamanahkan kepada mereka yang ada di tangan mereka. Asalkan mereka amanah. Contohnya seorang penguasa diberi wang untuk tujuan pembangunan masjid. Dan ada pula orang yang memohon pertolongan. Maka dia dibenarkan memberi wang tersebut walaupun ianya bukanlah wangnya sendiri. Tapi sebagai seorang yang amanah, maka perlu diganti wang itu kembali.


بَاب حِفْظِ الْعِلْمِ

42- Bab: Menghafaz `Ilmu

– Hafal itu perlu. Kalau tak mampu hafal, maka kena baca ilmu sampai faham molek. Hadis ini adalah sebagai galakan kepada pelajar untuk menghafal hadis. Kerana ilmu hadis itulah yang penting. Ilmu lain kalau nak hafal pun molek juga. Tapi sebenarnya tak ramai yang hafal hadis macam ramainya manusia yang hafal Quran. Mungkin ada beberapa kerat sahaja. Ini maksudnya yang hafal macam hafal Quran tu. Boleh baca macam baca Quran. Kalau yang ada pun kerana mereka telah berpuluh tahun mengajar hadis maka telah mereka ingati.

١١٦- حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ النَّاسَ يَقُولُونَ أَكْثَرَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَوْلَا آيَتَانِ فِي كِتَابِ اللَّهِ مَا حَدَّثْتُ حَدِيثًا ثُمَّ يَتْلُو { إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنْ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى إِلَى قَوْلِهِ الرَّحِيمُ } إِنَّ إِخْوَانَنَا مِنْ الْمُهَاجِرِينَ كَانَ يَشْغَلُهُمْ الصَّفْقُ بِالْأَسْوَاقِ وَإِنَّ إِخْوَانَنَا مِنْ الْأَنْصَارِ كَانَ يَشْغَلُهُمْ الْعَمَلُ فِي أَمْوَالِهِمْ وَإِنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ كَانَ يَلْزَمُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِبَعِ بَطْنِهِ وَيَحْضُرُ مَا لَا يَحْضُرُونَ وَيَحْفَظُ مَا لَا يَحْفَظُونَ

115. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari Ibnu Syihab dari Al A’raj dari Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya orang ramai berkata, “Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadits. Kalaulah bukan kerana dua ayat dalam Kitabullah, aku tidak akan meriwayatkan apa-apa hadis pun.” Lalu dia membaca ayat: ‘(Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk yang Allah turunkan) ‘ ……hingga akhir ayat.. ‘(Allah Maha Penyayang) ‘ (Qs. Al Baqarah: 159-160). Sesungguhnya saudara-saudara kami dari kalangan Muhajirin, mereka sibuk di pasar, dan saudara-saudara kami dari kalangan Anshar, sibuk mengusahakan ladang-ladang mereka. Abu Hurairah pula duduk bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan hanya melapik perutnya, dia hadir ketika mana mereka tidak hadir, dan dia menghafal apa yang mereka tidak hafal.”

Beginilah kot ahli suffah itu. Sebagai gambar hiasan sahaja

– Abu Hurairah adalah salah seorang dari Ahlus Suffah. Mereka ini adalah golongan yang selalu mengikuti Nabi dan mereka tinggal di serambi masjid. Itulah sebabnya digunakan perkataan suffah yang bermakna ‘serambi’ itu. Pada satu-satu masa, ada dua tiga ratus sahabat yang berada disitu. Mereka datang dari merata daerah untuk belajar dengan Nabi. Maknanya sistem asrama untuk belajar sudah ada pada zaman Nabi lagi sebenarnya. Selalunya mereka ini tiada keluarga. Tetapi bukanlah semua orang macam itu. Mereka ini walaupun banyak dapat hadis tapi tidak mereka riwayatkan. Ini kita dapat tahu kerana tidak nampak nama mereka sebagai perawi hadis . Mereka adalah ahli zikir. Mereka hanya belajar dan mengikut Nabi sahaja. Mereka makan apa yang ada yang dibawa oleh para sababat yang lain. Mereka amat cintakan ilmu dan amal ibadat. Mereka takut nak sampaikan hadis kerana seperti yang kita belajar sebelum ini, mereka takut kalau-kalau mereka tersilap meriwayatkan hadis. Abu Hurairah pun takut juga tapi dia ingat ayat yang melarang menyimpan ilmu. Boleh dilaknat oleh Allah dan siapa yang boleh melaknat kalau menyimpan ilmu. Maka kena sebarkan.
Dan yang menyebabkan dia berani untuk sebarkan hadis itu adalah kerana dia yakin dia tidak salah meriwayatkan hadis itu. Seperti hadis selepas ini kita akan berjumpa yang Nabi mendoakan dia supaya ingatannya kuat dan dia tidak lupa ajaran Nabi.

– Dia sentiasa bersama Nabi. Kerana itulah sungguh mendalam ilmunya. Dia sangat minat dengan hadis maka dia dapat lebih dari orang lain.
– Dia dikatakan hanya makan sekadar melapik perut sahaja. Maknanya nak cerita bahawa tidak perlu makan banyak. Nabi mendidik para sahabat untuk makan dengan sedikit dan tidak berlebihan seperti agama-agama lain.

– Abu Hurairah dapat belajar dengan banyak kerana dia seorang diri sahaja. Menunjukkan bahawa belajar itu elok kalau tidak ada isteri atau tanggungan lagi. Tapi kemudian memang dia bernikah juga. Dia akhirnya bernikah dengan tuannya. Sebab dia bekerja sebagai orang gaji.
Macam kita jugalah sekarang, waktu belajar yang paling sesuai itu adalah semasa muda iaitu sebelum mempunyai tanggungan lagi. Sebab bila dah ada pasangan hidup, sudah sibuk dengan kehidupan seharian, maka tidak sempat untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran sangat dah.

١١٧- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ أَبُو مُصْعَبٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أَسْمَعُ مِنْكَ حَدِيثًا كَثِيرًا أَنْسَاهُ قَالَ ابْسُطْ رِدَاءَكَ فَبَسَطْتُهُ قَالَ فَغَرَفَ بِيَدَيْهِ ثُمَّ قَالَ ضُمَّهُ فَضَمَمْتُهُ فَمَا نَسِيتُ شَيْئًا بَعْدَهُ

116. Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Abu Bakr Abu Mush’ab berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ibrahim bin Dinar dari Abu Dzi’b dari Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata “Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku telah mendengar dari tuan banyak hadits namun aku lupa. Beliau lalu bersabda: “Hamparkanlah selimut itu.” Maka aku menghamparkannya, beliau lalu mencedok dengan kedua belah tangannya, lalu bersabda: “dakap kain itu.” Aku terus mendakap kain itu, kerananya aku tidak lagi lupa apa-apa.”

– Nabi cedok dari dadanya dan seperti menuangkan apa yang dicedoknya itu keatas kain hamparan itu.
– Ini adalah cerita bagaimana Nabi telah mendoa Abu Hurairah mempunyai ingatan yang kuat. Nabi telah mendoakannya kerana dia nampak amat bersungguh dengan ilmu hadis.

– Kerana inilah yang menyebabkan Abu Hurairah mempunyai daya ingatan yang tinggi. Tapi ada yang memusuhinya seperti puak syiah mengatakan tidak mungki dia dapat menghafal begitu banyak hadis padahal dia hanya bersama dengan Nabi selama tiga tahun sahaja. Setelah mengetahui hadis ini, kita sepatutnya tidak rasa hairan lagi. Kerana Allah boleh memberikan apa sahaja kepada sesiapa yang Dia mahu.

١١٨- حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي أَخِي عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وِعَاءَيْنِ فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَبَثَثْتُهُ وَأَمَّا الْآخَرُ فَلَوْ بَثَثْتُهُ قُطِعَ هَذَا الْبُلْعُومُ

117. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku saudaraku dari Ibnu Abu Dzi’b dari Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, “Saya telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dua macam ilmu. Yang satu aku telah sebarkan, yang satu lagi sekiranya aku sebarkan nescaya akan dipotong/terputus urat leher ini.”
Abu Abdillah berkata al bulghum adalah saluran makanan.

– Imam Bukhari menukilkan hadis yang melibatkan Abu Hurairah sebab tokoh hafal hadis adalah dia.
– Pengajaran hadis ini mengajar kita bahawa untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu kita kena rapat dengan ahlinya dan ahli hafal hadis adalah Abu Hurairah. Kena rapat dengan orang yang dah hafal sesuatu ilmu itu. Dengan itu, kita dapat belajar dengan dia bagaimana cara dia boleh mengingat hadis itu atau kalau dengan orang lain, kita boleh belajar cara dia mendapatkan ilmu itu.

– Jadi, untuk jadi seperti Abu Hurairah, kenalah ikut macam mana dia buat. Pertama, dia sentiasa hadir kelas. Kedua, kena ingat perintah Allah. Maknanya, apa yang Abu Hurairah buat adalah kerana Allah. Ketiga, kena sampaikan ilmu yang kita dapat.

Kita sebagai insan kerdil memang mengharapkan kepada Allah

Keempat, beri tumpuan kepada guru. Kita boleh lihat bagaimana Abu Hurairah bersungguh dalam mendapatkan ilmu.
Dan yang akhir sekali, kena ada doa. Ini yang bahagian rohani. Satu, kita kena doa sendiri dan kedua, kita mengharapkan doa orang lain yang ikhlas dengan kita.

– Hadis ini nak cerita bahawa dalam kita banyak ilmu itu bukan untuk diceritakan semuanya kepada umum. Ada perkara yang tak dapat disebarkan. Kerana kalau sebar, orang akan kata kita sesat dan akan membunuh kita nanti. Itu kerana mereka tidak faham dan tidak dapat menerimanya.
– Pendapat ulama mengatakan apa yang tidak disebarkan oleh Abu Hurairah itu pengetahuan beliau yang beliau dapat dari Nabi tentang fitnah-fitnah yang akan datang. Perkara itu diceritakan oleh Nabi kepada beliau. Ini adalah perkara-perkara taqwini. Qada’ dan qadar yang Allah telah tetapkan akan berlaku. Atau perkara masa hadapan yang akan berlaku. Contohnya, bagaimana Uthman akan terbunuh dan sebagainya. Nabi sendiri telah memberitahu kepada Uthman beberapa kali bahawa dia akan dibunuh. Tapi kerana Uthman seorang yang berjiwa besar, dia dapat menerimanya.
– Ada pula kata ianya adalah tentang suasana pemerintahan masa hadapan. Dia sudah tahu bahawa akan terjadi perkara besar nanti. Sebab itu dikatakan dia selalu berdoa supaya diselamatkan dari ‘kepala 60’. Dia meminta supaya dia tidak melihat tahun 60 Hijrah kerana banyak sangat fitnah semasa zaman pemerintahan Yazid itu. Dia tak sanggup tengok. Dan memang Abu Hurairah meninggal pada tahun 59 Hijrah.
– Ada pula yang kata bahawa ilmu yang dia tak cerita itu adalah ilmu tasawuf iaitu ilmu hakikat. Ini tidak dapat diterima kerana kalau ilmu itu penting, kenapa dia tidak beritahu kepada masyarakat?

– Sebenarnya pendapat yang kuat adalah bahawa ilmu yang dia tidak beritahu itu adalah ilmu taqwini. Tentang rahsia taqwini yang Nabi telah berikan kepada dia. Sebab tidak ada manfaat untuk diberitahu kepada masyarakat umum. Mungkin kalau beritahu, lagi akan menyusahkan manusia. Kerana banyak perkara itu, manusia lebih elok tidak tahu. Macam banyak perkara kita tidak nampak seperti virus, jin dan sebagainya. Kalau kita nampak, akan menyusahkan kita. Macam ilmu yang ada pada Nabi Khidr itu adalah ilmu taqwini. Kalau kita tahu atau tidak pun, ianya akan terjadi juga. Kerana Allah memang telah tetapkan akan berlaku. Yang penting untuk diketahui adalah ilmu syariat. Itu yang wajib belajar.

– Nabi memang ada memberi sesuatu ilmu kepada orang tertentu yang boleh membawanya. Seperti apa yang didapati oleh Abu Hurairah ini. Macam Abu Huzaifah, dia dapat mengetahui siapakah yang munafik.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana Asri untuk hadis-hadis ini boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s