We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Mengajar Ilmu Dan Memberi Nasihat Pada Waktu Malam October 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 2:51 pm

بَاب الْعِلْمِ وَالْعِظَةِ بِاللَّيْلِ

40 – Bab Mengajar Ilmu Dan Memberi Nasihat Pada Waktu Malam

Kalau dalam hal menuntut ilmu ini, kalau perlu untuk kita bangun malam, kita kena bangun malam. Kerana mungkin kita perlu masa tambahan untuk menuntut ilmu. Hadis ini memberi motivasi kepada kita untuk menuntut ilmu itu. Kerana dalam menuntut ilmu, kena ada semangat. Kena sentiasa rajin berusaha. Dan perlu tambah masa dan jangan sambil lewa sahaja.
Allah telah mengatakan di dalam Quran bahawa malam itu memang untuk tidur. Itu adalah kebiasaan. Dalam bab mendapatkan ilmu, Imam Bukhari nak cerita bahawa ianya berkecuali. Berniaga sekarang pun dah boleh buat malam. Lebih-lebih lagi kalau untuk menuntut ilmu. Untuk berjaya, mestilah berusaha lebih lagi.
Suasana malam yang tenang kalau dibandingkan dengan siang hari akan memudahkan untuk memasukkan ilmu. Kita boleh lihat dalam sirah bahawa Nabi ajar sahabat untuk berjaga malam dengan melakukan ibadat malam. Ini adalah sebagai persediaan  untuk mempertahankan diri jikalau diserang musuh. Pernah satu kejadian, kedengaran hingar bingar. Apabila sahabat keluar untuk siasat apakah yang menyebabkan suasana itu, mereka lihat Nabi telah sedia di tempat itu. Bagindalah yang memberitahu bahawa tidak ada apa-apa. Maknanya, bagindalah yang paling bersedia. Bukan tunggu orang lain pergi dulu, awal-awal baginda dah pergi dulu.

١١٣- حَدَّثَنَا صَدَقَةُ أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ هِنْدٍ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ وَعَمْرٍو وَيَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ هِنْدٍ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ اسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا أُنْزِلَ اللَّيْلَةَ مِنْ الْفِتَنِ وَمَاذَا فُتِحَ مِنْ الْخَزَائِنِ أَيْقِظُوا صَوَاحِبَاتِ الْحُجَرِ فَرُبَّ كَاسِيَةٍ فِي الدُّنْيَا عَارِيَةٍ فِي الْآخِرَةِ

112. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari Ma’mar dari Az Zuhri dari Hind dari Ummu Salamah dan ‘Amru. Dan dari Yahya bin Sa’id dari Az Zuhri dari Hind dari Ummu Salamah berkata, “Pernah suatu malam Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bangkit lalu bersabda: “Subhaanallah (Maha suci Allah), alangkah banyaknya fitnah yang diturunkan pada malam ini. Dan betapa banyak pula khazanah-khazanah yang dibukakan. Kejutkan orang-orang perempuan di rumah-rumah itu, karena alangkah ramai orang yang berpakaian di dunia ini namun akan telanjang nanti di akhirat.”

Baginda suruh digerakkan isteri-isterinya itu untuk diajarkan ilmu. Baginda mula dengan menasihati ahli keluarganya. Nabi menceritakan tentang pakaian dalam hadis ini. Memang kita ada pakaian di dunia ini, tapi adakah kita akan berpakaian di akhirat? Ingatlah bahawa amalan baik semasa di dunia inilah yang jadi pakaian di akhirat nanti.

Keluarga Nabi pun kena nasihat juga. Bukanlah dengan hanya menjadi ahli keluarga Nabi dah kata boleh selamat, tidak. Semua orang hanya dapat atas usahanya sahaja. Tidak boleh bergantung dengan orang lain.

Apabila Nabi nak mula cakap, Nabi sebut Subhanalah. Satu perkataan mulia yang Nabi selalu sebut.
Dalam hadis ini diceritakan Nabi nampak fitnah dan khazanah diturunkan oleh Allah ke dunia. Allah angkat kashaf kepada baginda untuk waktu itu sahaja. Bukan selalu Nabi nampak.
Fitnah adalah ujian-ujian yang Allah berikan kepada manusia. Maka, sebab itulah kita kena minta berlindung dengan Allah daripada fitnah-fitnah. Hikmat diturunkan fitnah oleh Allah itu tiada siapa yang tahu. Selalu turun fitnah tu tapi ditunjukkan kepada Nabi malam itu sahaja.

Selain daripada fitnah diturnkan, khazanah yang elok pun Allah turunkan juga. Ini menunjukkan yang baik buruk itu sebenarnya dari Allah juga. Bukan daripada makhluk yang lain. Tapi kadang-kadang kita tidak tahu kedudukan sesuatu perkara itu. Dalam yang buruk pun ada kebaikan juga.

Banyaklah fesyen yang akan menyebabkan perempuan telanjang di akhirat kelak

Nabi gerak orang lain kerana untuk dapat kebaikan kena dalam keadaan sedar. Kalau tidur, tidak dapat kebaikan itu.

Dalam hadis ini, Nabi sebut ‘perempuan’, itu kita dapat faham dari bahasa yang digunakan dalam hadis ini. Sebab dia merujuk kepada isteri-isterinya. Dan lagi satu, kerana perempuanlah yang lebih-lebih dengan fesyen ni. Mereka pakai pakaian yang bermacam jenis untuk menampakkan kecantikan. Pakaian itulah nanti yang akan menyebabkan mereka dalam keadaan telanjang di akhirat nanti jikalau tidak menutup aurat semasa di dunia. Bukan mereka sahaja yang bermasalah. Dengan mereka tidak menutup aurat mereka, akan menyebabkan orang lelaki masalah pula kerana melihat mereka. Maka, masalah pakaian ini kebanyakannya kita boleh kata adalah masalah kaum wanita.
Tetapi, bukan khusus kepada perempuan sahaja. Lelaki pun termasuk juga. Maka, seorang lelaki itu pun kenalah juga menjaga aurat dia. Pakaian di dunia kenalah yang sesuai. Kain yang kita pakai tidak berguna di akhirat. Amalanlah yang paling penting.


بَاب السَّمَرِ فِي الْعِلْمِ

41 – Bab Berbual-Bual Pada Waktu MalamTentang Ilmu

١١٤- حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عُفَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَالِدِ بْنِ مُسَافِرٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمٍ وَأَبِي بَكْرِ بْنِ سُلَيْمَانَ بْنِ أَبِي حَثْمَةَ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ فِي آخِرِ حَيَاتِهِ فَلَمَّا سَلَّمَ قَامَ فَقَالَ أَرَأَيْتَكُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا لَا يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَحَدٌ

113. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin ‘Ufair berkata, telah menceritakan kepada saya Al Laits berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Abdurrahman bin Khalid bin Musafir dari Ibnu Syihab dari Salim dan Abu Bakar bin Sulaiman bin Abu Hatsmah bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah solat Isya’ bersama kami di akhir hayatnya. Setelah selesai memberi salam beliau berdiri dan bersabda: “Tahukah kamu tentang malam ini? Sesungguhnya orang-orang yang hidup di muka bumi hari ini tidak akan ada yang terus hidup selepas seratus tahun kemudian bermula dari malam ini.”

– Ada satu hadis Nabi kata tiada perbualan tengah malam melainkan untuk sembahyang dan bermusafir. Lepas solat malam tu bolehlah berehat untuk menghilangkan penat sampai berbual. Tujuan berbual itu untuk menyegarkan diri untuk meneruskan solat. Itulah sebabnya solat sunat malam itu adalah digalakkan dua, dua rakaat. Supaya cepat habis. Walaupun boleh juga dibuat lebih dari dua, dua rakaat. Dalam seseorang itu bermusafir juga elok berbual di waktu malam supaya hilang mengantuk dan tidak membahayakan diri. Sebab kalau mengantuk, takut terbabas semasa memandu pula. Maknanya, ada gunanya kalau bersembang itu diwaktu malam.
Maka, kalau berbual malam untuk belajar, lagilah boleh. Iaitu berbual tentang ilmu. Bukan berbual kosong. Kalau kita belajar seorang diri sahaja, mungkin lama kelamaan akan mengantuk dan ilmu tidak masuk kedalam fikiran. Jadi, dengan berbual, ianya adalah salah satu cara untuk mendapatkan ilmu.
Kalau malam pun boleh berbual, maka tengahari lagilah boleh.

– Nabi kata tiada manusia yang akan hidup selepas seratus tahun dari malam itu. Iaitu manusia yang dah ada hidup malam itu. Bukan mula hidup selepas malam itu. Sebab, ada juga manusia yang lebih dari seratus tahun di zaman sekarang. Cuma, mereka itu tidak termasuk dalam hadis Nabi ini kerana mereka lahir selepas malam yang Nabi sebutkan itu.

– Bilakah yang dikatakan akhir hayat Nabi dalam hadis ini? Kisah Nabi bercerita kepada sahabat dalam hadis diatas adalah sebulan sebelum dia wafat.
– Dari hadis ini menunjukkan yang kita ini adalah umat yang mempunyai umur yang pendek. Dalam hadis lain ada dikatakan yang umat Nabi itu umur mereka hanya antara 60-70. Maka maksud Nabi adalah supaya kita jangan buang masa. Ilmu kena cepat diambil. Inilah bekal untuk akhirat kita nanti. Ulama-ulama besar, umur mereka tidaklah lama. Imam Nawawi contohnya meninggal pada umur 45. Imam Suyuti pula pada umur 48. Ghazali pula pada umur 55. Walaupun umur mereka tidak lama tapi mereka telah berjaya menyampaikan ilmu yang banyak melalui tulisan-tulisan mereka. Itulah yang kita hendak. Sampai nama mereka disebut-sebut sampai sekarang.

Lonesome George, kura-kura yang hidup beratus tahun

– Hadis ini juga menyentuh soal Nabi Khidr. Kononnya, ramai yang mengatakan yang dia masih hidup lagi. Ulama hadis boleh dikatakan semuanya setuju mengatakan yang dia dah mati. Satunya berdasarkan hadis ini. Dan kalaulah dia hidup kenapa dia tidak tolong Nabi? Padahal dalam Quran Allah telah mengambil ikrar dari mereka bahawa mereka mestilah menolong Nabi-nabi yang lain. Kenapa Khidr tidak tolong Nabi dalam perang yang Nabi sertai? Banyaklah pusing ahli tasawuf untuk menjawab soalan-soalan itu. Ada yang kata dia bukan Nabi, tapi wali. Jadi wali tidak perlu menolong Nabi. Ada pula kata hadis ini adalah dalam bentuk umum. Iaitu tidak merujuk kepada semua makhluk. Dan semua tahu, memang ada makhluk yang hidup lama lebih dari seratus tahun. Macam jin dan binatang-binatang. Tapi hadis ini jelas bermaksud manusia, bukan umum. Mereka ada pula kata, yang dimaksudkan adalah manusia yang ada di bumi *waktu* itu. Mungkin Nabi Khidr waktu itu ada di udara atau di laut. Macam-macamlah ihtimal mereka nak membenarkan pendapat mereka. Itu semua andaian mereka. Ada pula kisah seorang lelaki yang jumpa Dajjal untuk menentangnya apabila Dajjal muncul di akhir zaman nanti. Dia kata dia pernah dengar sabda Nabi kata begini, begini. Maka, kalau dia pernah dengar sabda Nabi dan hidup sampai Dajjal keluar, tentulah umurnya panjang. Mungkin dia itu adalah Khidr, kata mereka. Padahal yang sebenarnya dia mengingatkan sabda Nabi itu, bukanlah dia dengar itu dengan telinga dia, tapi disampaikan kepadanya. Ada pula dikeluarkan kisah seorang lelaki yang datang semasa Nabi wafat semasa sahabat tidak pasti bagaimana nak memandikan Nabi. Samada nak buka baju atau tidak. Maka lelaki itu mengatakan dimandikan Nabi dengan bajunya sekali. Dan kemudian lelaki itu hilang. Sahabat pun tidak kenal siapakah lelaki itu. Mereka, puak tasawuf kata, itulah Khidr. Tapi mana dalilnya? Boleh jadi itu malaikat. Bukankah malaikat Jibrail pernah muncul menemui Nabi semasa Nabi dikalangan para sahabat menyerupai seorang lelaki? Banyaklah lagi hadis palsu berkenaan cerita Khidr ini. Semua itu tidak boleh dijadikan sebagai hujjah yang jelas mengatakan yang Nabi Khidr itu masih hidup lagi.

Lagi satu, ada yang mengatakan yang Nabi Khidr itu sebenarnya anak Nabi Adam. Kalau dia anak Adam, mesti dia tinggi. Tentulah orang senang nampak dia kalau dia tinggi, kan? Dan kalau dia ada pada zaman Nuh lagi, mestilah dia kena naik bahtera, sebab dikatakan semua yang tidak naik bahtera itu mati. Kalau kita terima tanpa dalil adalah haram. Kenapa dia tak tolong orang beriman sekarang dalam perang?
Sebenarnya kisah Nabi Khidr boleh hidup lama itu ada mengena dengan Syiah. Syiahlah yang memulakan kisah Nabi Khidr boleh hidup lama itu supaya menjadi landasan untuk mereka mengatakan yang Imam ke 12 mereka pun boleh hidup lama juga. Kalau kita kata tidak mungkin seorang manusia boleh hidup lama, mereka akan kata, apa yang nak dihairankan, bukankah Nabi Khidr pun boleh hidup lama juga? Begitulah bagaimana liciknya mereka memasukkan hujah-hujah mereka tanpa kita sedari.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s