We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Mencatit Ilmu October 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 6:48 am

بَاب كِتَابَةِ الْعِلْمِ

Bab Mencatit Ilmu

Kepentingan menulis ilmu supaya jangan lupa

– Sebelum ini Bukhari dah cerita kepentingan ilmu sampailah kepada kepentingan menyampaikan ilmu itu. Jadi untuk memudahkan ilmu itu sampai kepada orang lain adalah dengan menulisnya. Supaya kita tidak buat kesilapan dalam pembelajaran kita kerana kalau kita tulis, kita ada rujukan kepada pengajian kita. Dan kita boleh tinggalkan kepada orang lain selepas kita. Itulah cara yang paling baik untuk menyampaikan ajaran kepada orang. Kerana kalau kita hanya mengajar kepada masyarakat yang bersama kita, kita hanya dapat beberapa orang sahaja. Tapi kalau kita menulis, kita dapat menyentuh banyak orang. Bayangkan kita boleh mendapat ilmu yang banyak dari hasil tulisan penulis-penulis zaman dahulu. Seperti kitab Bukhari ini, dia sudah mati lebih dari seribu tahun, tapi kita masih lagi dapat belajar dan mengkaji ilmu yang dia tinggalkan kepada kita. Dan setiap kali kita menggunakan kitabnya, insyaallah dia akan mendapat pahalanya.

Ini adalah sebahagian dari Ilmu yang boleh dimanfaat. Kerana Nabi pernah bersabda, apabila telah mati anak Adam, maka terputuslah amalannya. Kecuali sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh. Maka, dengan menulis, kita dapat meninggalkan ilmu yang memberikan pahala kepada kita sepanjang zaman.

– Memang Nabi pernah tidak benarkan tulis hadis. Tapi hadis itu perlu ditakwil kerana dalam hadis-hadis lain, jelas menunjukkan bahawa Nabi menyuruh pula sahabat untuk menulis hadis. Jadi, ada beberapa pendapat yang menjelaskan hadis itu.
1. Nabi tidak membenarkan menulis hadis diawal Islam sahaja kerana takut para sahabat akan tersilap mengatakan yang hadis adalah Quran. Tapi selepas sahabat sudah faham ada perbezaan dari segi bahasa Quran dan bahasa hadis, maka ianya dibenarkan.
2. Atau jangan tulis dalam satu kitab yang sama dengan Quran kerana takut terkeliru. Kalau kitab itu Quran, maka perlu hanya Quran sahaja. Kalau kitab hadis, ada hadis sahaja. Sebab dah ada penulisan hadis zaman Nabi lagi.
3. Atau Nabi tidak membenarkan kepada penulis wahyu yang maklum. Sebab kerana mereka sudah dikenali sebagai penulis wahyu, takut nanti orang ramai sangka bahawa yang mereka tulis itu adalah Quran.
4. Atau Nabi kata jangan kepada orang yang tidak biasa menulis. Sebab mereka tidak biasa dan ditakuti mereka akan menulis yang salah makna.

١٠٩ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ مُطَرِّفٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ قُلْتُ لِعَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ هَلْ عِنْدَكُمْ كِتَابٌ قَالَ لَا إِلَّا كِتَابُ اللَّهِ أَوْ فَهْمٌ أُعْطِيَهُ رَجُلٌ مُسْلِمٌ أَوْ مَا فِي هَذِهِ الصَّحِيفَةِ قَالَ قُلْتُ فَمَا فِي هَذِهِ الصَّحِيفَةِ قَالَ الْعَقْلُ وَفَكَاكُ الْأَسِيرِ وَلَا يُقْتَلُ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ

108. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam berkata, telah mengabarkan kepada kami Waki’ dari Sufyan dari Mutharrif dari Asy Sya’bi dari Abu Juhaifah berkata, “Aku bertanya kepada ‘Ali bin Abu Thalib, “Apakah kamu memiliki kitab?” ia menjawab, “Tidak, kecuali Kitabullah atau pemahaman yang diberikan kepada seorang Muslim, atau apa yang ada pada sahifah/catitan ini.” Aku katakan lagi, “Apa yang ada dalam sahifah itu?” Dia menjawab, “hadis-hadis tentang diyat, membebaskan tawanan, dan orang Muslim tidak boleh dibunuh kerana membunuh orang kafir.”

– Imam Bukhari bawa hadis berkenaan Ali sebab banyak orang  mengaitkan nama Saidina Ali dengan kitab selain dari Quran. Syiah sampai kata Ali dapat wahyu dan sebagainya. Iaitu dia ada kitab yang menceritakan apa yang akan terjadi sampai hari kiamat. Iaitu dinamakan Mushaf Fatimah. Bukhari merobohkan dakwaan itu. Semuanya tiada, kerana dalam hadis ini, jelas menunjukkan tiada kitab seumpama itu. Mengarut sahaja dakwaan mereka. Sebab dah ada orang tanya kepada Ali sendiri. Menunjukkan sudah ada fitnah kepada Ali pada zamannya lagi.
– Ada lagi cerita kononnya Ali ada merahsiakan sesuatu ilmu. Sampai ada yang bertanya sendiri kepada Ali. Ali kata dia ada Quran sahaja. Atau kefahaman manusia berkenaan Quran. Dia pun ada juga kefahaman dia sendiri seperti juga orang lain. Dan dia juga mempunyai sahifah atau catitan. Maknanya Saidina Ali juga mempunyai catitan juga. Ini menunjukkan sudah ada hadis yang ditulis di zaman itu.
– Maka ilmu tasawuf atau tarikat yang dikatakan diambil dari Ali adalah tidak benar. Padahal boleh dikatakan semua tarikat sampai kepada dia. Sampai ada yang cerita bahawa ilmu itu hanya disampakani kepada Hasan Basri sahaja padahal Hasan tidak pernah berjumpa dengan Ali pun. Ini semua adalah karut belaka.
– Kalaulah ini benar, ini mengatakan bahawa sahabat tidak ramai yang boleh menerima ilmu dari Nabi kecuali Ali sahaja. Adakah patut dikatakan begitu? Ini sebenarnya nak menyerang Islam. Macam mengatakan Nabi tidak berjaya mendidik sahabatnya. Sebab kalau guru itu hebat, tentulah dia dapat mendidik anak muridnya menjadi pandai.
– Juga ini seperti mengatakan bahawa agama Islam itu tidak sempurna bila tiada tarikat. Itu semua adalah perkara yang diadakan-adakan. Kita tidak tahu kenapa boleh jadi begini. Allah sudah takdirkan bahawa banyak fitnah disandarkan kepada Ali. Macam juga dalam banyak-banyak nabi, Nabi Isa yang dijadikan sebagai tuhan oleh puak Kristian. Maka dalam umat Islam, yang diangkat melebihi dari yang sepatutnya adalah Ali. Diangkat tinggi sangat sampai melebihi Nabi dan sampai taraf tuhan pun pernah dia dijadikan. Kenapa boleh jadi begini? Semuanya dalam hikmat Tuhan belaka. Ali sendiri tak suka dia dilebihkan. Ibn saba’ pun dia suruh tangkap kerana mengatakan dia tuhan.

– Sahifah yang ada pada Ali itu bukan Quran tapi hadis. Maknanya Ali pun tulis juga. Kalau tak boleh tulis, takkan Ali akan tulis?
Cerita tentang diyat dan tawanan akan disebut didalam hadis yang lain nanti.

– Orang Islam yang bunuh orang kafir tidak boleh dibunuh berdasarkan hadis ini. Syafie dan Imam Ahmad berpegang dengan hadis ini. Tidak kira kafir jenis apa. Tapi Imam Abu Hanifah dan Imam Malik kata tidak. Yang dimaksudkan disini adalah kafir harbi sahaja. Kalau kafir dhimmi senang-senang dibunuh tanpa pengadilan, tentu ini akan menyebabkan orang bukan Islam melihat Islam itu tidak adil. Ini adalah pendapat mazhab-mazhab yang berbeza-beza. Maka janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu mazhab. Kena tengok keadaan masyarakat semasa. Masalahnya kita ikut pendapat fekah yang berdasarkan keadaan semasa mereka iaitu zaman yang telah lama berlalu. Mungkin sudah tidak sesuai dizaman sekarang. Jadi boleh merosakkan nama Islam dimata orang bukan Islam. Takut ada yang tak mahu masuk Islam kerana pendapat yang sebegini.

١١٠- حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ الْفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ قَالَ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ خُزَاعَةَ قَتَلُوا رَجُلًا مِنْ بَنِي لَيْثٍ عَامَ فَتْحِ مَكَّةَ بِقَتِيلٍ مِنْهُمْ قَتَلُوهُ فَأُخْبِرَ بِذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَكِبَ رَاحِلَتَهُ فَخَطَبَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ حَبَسَ عَنْ مَكَّةَ الْقَتْلَ أَوْ الْفِيلَ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ كَذَا قَالَ أَبُو نُعَيْمٍ وَاجْعَلُوهُ عَلَى الشَّكِّ الْفِيلَ أَوْ الْقَتْلَ وَغَيْرُهُ يَقُولُ الْفِيلَ وَسَلَّطَ عَلَيْهِمْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُؤْمِنِينَ أَلَا وَإِنَّهَا لَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ بَعْدِي أَلَا وَإِنَّهَا حَلَّتْ لِي سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ أَلَا وَإِنَّهَا سَاعَتِي هَذِهِ حَرَامٌ لَا يُخْتَلَى شَوْكُهَا وَلَا يُعْضَدُ شَجَرُهَا وَلَا تُلْتَقَطُ سَاقِطَتُهَا إِلَّا لِمُنْشِدٍ فَمَنْ قُتِلَ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يُعْقَلَ وَإِمَّا أَنْ يُقَادَ أَهْلُ الْقَتِيلِ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اكْتُبْ لِي يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اكْتُبُوا لِأَبِي فُلَانٍ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ إِلَّا الْإِذْخِرَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَإِنَّا نَجْعَلُهُ فِي بُيُوتِنَا وَقُبُورِنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا الْإِذْخِرَ إِلَّا الْإِذْخِرَ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ يُقَالُ يُقَادُ بِالْقَافِ فَقِيلَ لِأَبِي عَبْدِ اللَّهِ أَيُّ شَيْءٍ كَتَبَ لَهُ قَالَ كَتَبَ لَهُ هَذِهِ الْخُطْبَةَ

109. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim Al Fadll bin Dukain berkata, telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya dari Abu Salamah dari Abu Hurairah, bahwa suku Khaza’ah telah membunuh seorang laki-laki dari Bani Laits pada tahun pembukaan Makkah, sebagai balasan terbunuhnya seorang laki-laki dari mereka (suku Laits). Peristiwa itu lalu disampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu naik kendaraannya dan berkhutbah: “Sesungguhnya Allah telah menghalang Makkah dari pembunuhan, atau gajah.” Abu Abdillah (Imam Bukhari) berkata, “Demikian Abu Nu’aim menyebutkannya, kamu pakailah lafaz hadis ini dengan dengan syak, iaitu antara ‘pembunuhan’ atau ‘gajah’. Sedangkan yang lain berkata, “Gajah” tanpa syak. Sekarang Allah memberi kekuasaan kepada rasulNya dan kaum Mukminin untuk memerintah Mekah. Beliau bersabda: “Ketahuilah tanah Makkah tidaklah halal bagi seorangpun sebelumku atau sesudahku, ketahuilah bahwa sesungguhnya ia pernah menjadi halal buatku seketika sahaja diwaktu siang. Ingatlah Mekah saat ini telah menjadi haram; duri pada pokoknya tidak boleh dipotong, pohonnya tidak boleh ditebang, barang yang tercicir tidak boleh diambil kecuali oleh petugasnya. Maka barangsiapa dibunuh, dia akan mendapatkan salah satu dari dua pilihan; samada diberikan kepadanya diyat atau diberikan hak membunuh balas (qisas).” Lalu datang seorang penduduk Yaman dan berkata, “Wahai Rasulullah, tuliskanlah buatku?” beliau lalu bersabda: “Tuliskanlah untuk Abu fulan.” Selepas itu ada seorang laki-laki Quraisy memohon kepada Nabi dengan katanya, “Kecuali al Izkhir wahai Rasulullah, karena kami gunakannya untuk rumah-rumah dan kubur-kubur kita.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kecuali al Izkhir, kecuali al Izkhir.” Lalu dikatakan kepada Abu Abdullah, “Apa yang dituliskan untuknya?” Ia menjawab, “Khutbah tadi.”

– Apabila diberitahu kepada Nabi bahawa ada pembunuhan di Mekah, baginda cepat-cepat naik mimbar untuk memberikan khutbahnya. Orang Arab memang selalu berbalas bunuh sampai melarut menyebabkan banyak akan terkorban. Jadi Nabi nak cepat menyelesaikan perkara ini.
– Imam Bukhari dapat riwayat ini dari gurunya dengan syak samada perkataan yang digunakan oleh baginda adalah ‘bunuh’ atau ‘gajah’. Ini ada bersangkutan dengan kisah datuk Nabi, Abdul Mutalib semasa diserang oleh tentera gajah Abrahah. Jadi bila dia dapat dengan syak, dia pun riwayatkan dengan syak. Maka hadis itu kadang-kadang begitu kerana manusia tentu ada melakukan kesilapan. Kerana dalam tulisan Arab, ejaan ‘bunuh’ dan ‘gajah’ itu lebih kurang rupanya, maka itulah sebabnya boleh tersalah tu.
– Nabi tidak benarkan untuk memotong pokok di tanah Mekah. Ini menunjukkan pokok itu ada kelebihan dia. Kadang-kadang kita pun tak tahu kelebihan sesuatu makhluk kejadian Allah. Macam kisah Nabi Adam semasa di syurga. Nabi Adam makan sebahagian dari ‘pokok’ yang sebenarnya. Itulah yang kita dapat faham dari ayat Quran. Bukanlah dia makan buah, sebab tidak disebutkan perkataan ‘buah’ pun dalam ayat Quran itu. Maknanya, pokok pun ada kelebihan. Tapi kita tidak boleh gunakan nama Pokok Khuldi kerana nama Khuldi itu diberi oleh Iblis.
Bukanlah semua pokok tidak boleh ditebang. Jikalau ada keperluan, boleh digunakan juga. Kerana Nabi telah memberi contoh bahawa ada pokok yang boleh ditebang sebab ada kegunaan dia. Jadi kalau ada pokok lain yang boleh digunakan untuk keperluan harian, maka dibolehkan. Pokok yang disebut didalam hadis ini iaitu al Izkhir adalah satu jenis pokok yang banyak gunanya, macam jerami juga keadaannya.
– Jadi kenapa bila orang lain tanya baru Nabi tambah beri kebenaran untuk menggunakan pokok al Izkhir? Macam kalau orang itu tak cakap, maka Nabi pun tak cakap? Ini semua adalah takdir Allah. Allahlah yang menentukan siapa yang akan menanya perkara itu. Allah tahu apa yang perlu disampaikan. Nama orang yang menanya itu adalah bapa saudara Nabi, Abbas. Ini dapat diketahui di dalam hadis yang lain. Cuma Imam Bukhari mengekalkan sanad dan matan yang diterimanya. Sebab dia mendapat hadis ini dengan tidak disebut nama, dia tidak meletakkan nama itu, walaupun dia sebenarnya tahu siapa sebenarnya yang menanya itu.
– Kena ada petugas yang mengiklankan barang yang dijumpai. Jangan kita ambil melainkan kita rasa kita boleh iklankan secara berpanjangan. Tapi itu akan menyusahkan kita kerana kita duduk di Mekah pun selalunya tidak lama. Maka Nabi mengisyaratkan disini bahawa di Mekah itu kena ada petugas khas yang ada tugas masing-masing.

– Yang kena bunuh ada dua pilihan. Samada keluarganya menerima diyat (wang) ataupun balas bunuh. Keputusan itu terletak kepada keluarganya. Sebab ada yang takkan puas hati selagi tidak dibalas bunuh orang yang membunuh ahli keluarganya. Dan ada pula yang memerlukan wang kerana yang dibunuh itu adalah sumber pendapatan mereka.

– Selepas Nabi cakap tu, ada yang minta dituliskan untuknya kata-kata Nabi itu. Maka Nabi pun suruh seseorang untuk menulis. Jadi kalau menulis hadis itu salah, takkan Nabi suruh pula.

١١١- حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرٌو قَالَ أَخْبَرَنِي وَهْبُ بْنُ مُنَبِّهٍ عَنْ أَخِيهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ

مَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَدٌ أَكْثَرَ حَدِيثًا عَنْهُ مِنِّي إِلَّا مَا كَانَ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو فَإِنَّهُ كَانَ يَكْتُبُ وَلَا أَكْتُبُ تَابَعَهُ مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

110. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amru berkata, telah mengabarkan kepadaku Wahhab bin Munabbih dari saudaranya berkata, aku mendengar Abu Hurairah berkata, “Tidaklah ada seorangpun dari sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang lebih banyak meriwayatkan hadits daripadaku, kecuali ‘Abdullah bin ‘Amar. Sebab dia menulis sedang saya tidak menulis.” Ma’mar juga meriwayatkan dari Hammam dari Abu Hurairah.”

– Kitab hadis yang ditulis Abdullah bin Amar dinamakan Sahifah Sodiqah. Ada lebih kurang 700 hadis atau 900 hadis didalamnya. Dia adalah sahabat yang kuat melakukan ibadah seperti yang telah diceritakan di hadis-hadis sebelum ini. Selepas kematiannya, kitab tersebut diwariskan kepada anak cucunya. Hadis-hadis itu kita boleh jumpa didalam kitab-kitab hadis yang muktabar. Cuma kitab dalam bentuk satu buku lengkap tidak dijumpai.
– Abu Hurairah pun sebenarnya ada juga kitab hadisnya yang dinamakan Sahifah Sohihah. Tapi dalam hadis diatas, dia kata tidak tulis. Ini adalah kerana pada zaman Nabi memang dia tak tulis. Dia tulis kemudian. Mulanya dia tidak perlu tulis hadis sebab dia mempunyai kekuatan ingatan yang hebat. Dalam kitabnya ada 5300 hadis. Walaupun dia kata Abdullah lagi banyak hadis yang diriwayatkan daripadanya, tapi sebenarnya dia lagi banyak. Mungkin sebab dia pun tidak mengira dan membandingkan betul-betul bilangan hadis dia dan Abdullah. Kenapa banyak padahal dia tiga tahun sahaja bersama Nabi? Padahal Ali yang duduk dengan nabi dari kecil pun tak sebanyak tu. Syiah nak kata bahawa dia sebenarnya reka hadis dan hadis-hadis yang dibawanya banyak yang mengarut. Ini kerana kalau tak belajar dengan molek, kita tak faham apa yang nak disampaikan oleh hadis-hadis Nabi itu. Dan apa yang nak dihairankan dengan kelebihan Abu Hurairah itu? Dia telah didoakan Nabi supaya mempunyai kekuatan ingatan. Dan telah dikurniakan oleh Allah kelebihan itu. Allah boleh beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
– Para sahabat yang jadi khalifah seperti Abu Bakr dan Ali sibuk dengan pemerintahan. Itulah sebab mereka tidak banyak riwayatkan hadis. Tapi Abu Hurairah adalah seorang yang mementingkan pembelajaran ilmu dan akhirnya dia telah menjadi guru. Ada lapan ribu anak muridnya. Tambahan pula lepas Nabi tiada, dia duduk di Madinah pula. Sebab itu ilmu dia tersebar sebab Madinah adalah pusat ilmu. Ramai yang datang ke sana untuk mendapatkan ilmu dan hadis yang dia riwayatkan telah tersebar merata-rata. Dan dia lagi banyak hadis dari Abdullah Ammar pula adalah kerana Abdullah itu ahli ibadat. Jadi dia tidak mengajar. Padahal Abu Hurairah tidak begitu. Maka dia mempunyai masa yang lebih untuk mengajar dan menyebarkan hadis.
– Apa yang Imam Bukhari nak bawa disini adalah dari zaman Nabi sendiri telah ada kitab hadis. Maka ini menunjukkan bahawa Nabi tak larang hadis ditulis. Dan dengan adanya catatan hadis itu, ilmu hadis boleh disampaikan kepada orang Islam dengan lebih banyak.

١١٢- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا اشْتَدَّ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ قَالَ ائْتُونِي بِكِتَابٍ أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لَا تَضِلُّوا بَعْدَهُ قَالَ عُمَرُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَلَبَهُ الْوَجَعُ وَعِنْدَنَا كِتَابُ اللَّهِ حَسْبُنَا فَاخْتَلَفُوا وَكَثُرَ اللَّغَطُ قَالَ قُومُوا عَنِّي وَلَا يَنْبَغِي عِنْدِي التَّنَازُعُ فَخَرَجَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَقُولُ إِنَّ الرَّزِيَّةَ كُلَّ الرَّزِيَّةِ مَا حَالَ بَيْنَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ كِتَابِهِ

111. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahhab berkata, telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengalami sakit berat, beliau bersabda: “Berikan aku kertas supaya aku tuliskan sesuatu perkara yang mana kalian tidak akan sesat selepasnya.” Umar berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sedang sakit tenat dan di sisi kita telah pun ada Kitabullah, cukuplah buat kita. Kemudian orang-orang berselisih pendapat dan suasana menjadi bising, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pergilah kalian tinggalkan daku, adalah tidak sesuai pertengkaran berlaku dekat aku.” Maka Ibnu ‘Abbas keluar sambil berkata, “kerugian paling besar ialah terhalangnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam daripada menulis.”

– Syiah marahkan Umar disebabkan kisah ini. Mereka mengatakan yang Umar melarang Nabi menulis wasiat baginda. Kalau tak belajar Sahih Bukhari dengan molek, memang akan boleh jadi silap. Sebab tak faham apakah yang sebenarnya yang terjadi. Syiah pandai memutar belitkan cerita. Sampai mereka menggunakan hadis ini untuk memburukkan Saidina Umar.
– Ibn Abbas sebenarnya tiada disitu walaupun nampak macam dia ada disana kalau kita baca hadis ini tanpa belajar. Tapi sebenarnya apa yang dia kata itu adalah berpuluh tahun selepas itu, iaitu semasa dia mengajar kepada orang. Dia cakap macam tu kerana dia merasa terkilan kerana Nabi tidak menulis apa yang hendak ditulisnya. Memang sebagai sahabat, mereka amat menilai tinggi apa-apa sahaja yang datang dari Nabi. Tapi bukanlah dia berpendapat jahat macam orang Syiah yang menyalahkan Saidina Umar.
– Sebenarnya hadis ini menunjukkan kelebihan Umar yang faham keadaan Nabi dan dia seorang yang faham bahawa ilmu agama semuanya telah diturunkan. Dia kasihankan Nabi yang sakit. Dan tiga bulan sebelum itu telah turun ayat yang mengatakan agama dah sempurna yang diturunkan semasa Nabi melaksanakan waji wada’. Jadi dia dah tahu yang panduan Quran dah cukup. Kalau penting apa yang Nabi nak cakap itu, akan cakap juga. Dia hidup empat hari lagi lepas itu. Kejadian hadis ini berlaku hari Khamis dan baginda wafat hari Isnin. Kalaulah orang kata yang Umar yang menahan Nabi, takkan dalam masa itu dia tidak ada peluang untuk menceritakan juga kepada orang ramai. Saidina Ali juga tidak datang menemui Nabi secara sendiri jikalau apa yang Nabi hendak sampaikan itu adalah berkenaan perkara imamiah. Takkanlah Ali takutkan juga kepada Umar sebab semua orang tahu yang Ali adalah seorang yang berani. Ini sebenarnya adalah helah syiah nak mengatakan bahawa buruknya perangai Umar dan lemahnya Nabi. Dan secara tak langsung juga mengatakan Allah salah memilih Nabi.

– Tak boleh angkat suara depan Nabi. Tapi maksudnya adalah tidak boleh melebihi suara Nabi. Sahabat dalam cerita ini tidak begini. Mereka cuma kecoh sesama mereka sahaja sahaja dihadapan Nabi dan bukanlah meninggikan suara kepada Nabi. Maka mungkin dengan kecoh mereka itu menyebabkan Nabi sampai tidak menyampaikan apa yang nak disampaikan. Macam cerita Nabi hendak memberitahu tentang bilakah lailatul qadr tetapi kerana ada sahabat yang berbalah, maka dilupakan kepada baginda apa yang hendak diceritakan.

– Hadis ini nak cerita bahawa Nabi pun nak tulis. Maka ini menunjukkan bahawa boleh menulis.

– Makna dalal (sesat) yang digunakan oleh Nabi dalam hadis ini tidak semestinya hanya bermaksud ‘sesat’ sahaja. Makna dalal itu banyak maksud. Dalam hadis ini perkara yang hendak disampaikan oleh Nabi bukan berkenaan perkara hidayat. Ia adalah hal keduniaan. Seperti juga dalam Quran menceritakan Nabi Yaakob kesedihan kerana kehilangan Nabi Yusuf. Anak-anak dia yang lain mengatakan dia ‘dalal’. Maknanya ‘dalam kesilapan’. Anak dia bermaksud kenapakah ayah mereka masih lagi menangisi kematian Nabi Yusuf dan kata dia hidup lagi padahal mereka yang ramai adik beradik itu ada lagi dan boleh memanfaatkan Nabi Yaakob lebih dari Nabi Yusuf yang muda itu.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Kelas Maulana yang lengkap

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s